Categories
Syair

Syair Pohon Buluh

Syair Pohon Buluh: Maksud, Tema & Persoalan,Bentuk, Gaya Bahasa dan Nilai Pengajaran

Maksud

Rangkap 1
Pihak berkuasa menjalankan tugas dengan adil dan saksama tanpa mengira pangkat dan darjat.

Rangkap 2
Kehidupan mereka yang bersaudara dan orang kaya yang sedia menghulurkan bantuan kepada orang lain.

Rangkap 3
Golongan tua dan muda bergandingan dan bersama-sama dalam memperkukuh perpaduan masyarakat.

Rangkap 4
Setiap anggota masyarakat bertanggungjawab menjaga imej dan keamanan daripada gangguan pihak luar.

Tema
Perpaduan atau keutuhan hidup bersatu.

Persoalan
1. Pihak berwajib melaksanakan tugas dengan adil dan saksama kepada semua pihak.
2. Anggota masyarakat yang hidup bersaudara.
3. Anggota masyarakat berkongsi matlamat secara bersama-sama dan berusaha untuk mencapainya secara bersama-sama.
4. Pangkat tidak membezakan seseorang dalam masyarakat.
5. Kekukuhan perpaduan hidup masyarakat membawa kejayaan dan berjaya menempuh segala cabaran dan dugaan yang hebat.
6. Anggota masyarakat tanpa mengira besar atau kecil dan tua atau muda hidup dengan bersatu padu.
7. Anggota masyarakat bersama-sama bertanggungjawab menjaga nama baik.

Bentuk dan Ciri-ciri Syair
1. Bentuknya terikat.
2. Terdiri daripada empat rangkap.
3. Berisi empat baris serangkap.
4. Bilangan katanya empat hingga lima patah kata sebaris.
5. Terdiri daripada lapan hingga dua belas suku kata sebaris.
6. Rima akhir bagi setiap rangkap adalah sama, iaitu aaaa.

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
Kata arkaik. Contohnya, gara (baris 4, rangkap 2).
Inversi. Contohnya, Terlalu kuat pula asasnya (sepatutnya Asasnya terlalu kuat pula).
Perulangan kata. Contohnya, tinggi (baris 1, rangkap 1; baris 2, rangkap 3).
Simile. Contohnya, Gelapnya di dalam seperti malam (baris 2, rangkap 4).
Asonansi. Contohnya, Di sana tiada bilik bersekat (perulangan vokal i).
Aliterasi. Contohnya, Menara tinggi banyak bertingkat (perulangan konsonan b).

Nilai
Keadilan.
Tolong-menolong.
Perpaduan.
Persaudaraan.
Bertanggungjawab.

Pengajaran
1. Pihak berkuasa hendaklah menjalankan tugas dengan adil.
2. Anggota masyarakat harus hidup dalam semangat persaudaraan yang kukuh.
3. Kita tidak harus menjadikan pangkat sebagai pemisah antara anggota masyarakat.
4. Setiap anggota masyarakat harus berganding bahu dalam memelihara nama baik dan negara daripada ancaman.
5. Kita harus memberikan layanan dengan saksama.
6. Golongan tua dan muda harus berganding bahu untuk memperkukuh asas perpaduan.

Syair Pohon Buluh: Muat Turun Nota
Nota Ringkas: Tingkatan 1