Categories
Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 8

Sejarah Tingkatan 4 Bab Pembaharuan Dan Pengaruh Islam Di Malaysia Sebelum Kedatangan Barat

Pengenalan
a) Islam tersebar merangkumi sebahagian Eropah, Asia Tengah, Asia Selatan, Asia Timur dan Asia Tenggara.
b) Kedudukan Asia Tenggara di tengah perjalanan Timur-Barat menjadi wilayah terbuka kedatangan pedagang serata dunia seawal abad masihi
c) Pedagang Islam juga turut terlibat dan berdagang di pelabuhan Perlak, Pasai, Sulu, Acheh, Pattani dan Brunei, Tanah Melayu – Melaka jadi pusat perdagangan dan penyebaran Islam. Kemudia diikuti Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor
d) Pengaruh dalam politik, ekonomi dan sosial hanya berlaku dan ketara selapas abad ke 15M – Zaman Melaka
e) Melaka – Islam jadi teras kehidupan dalam politik, ekonomi dan sosial
f) Dilakukan menerusi peluasan kuasa, perkahwinan, pendidikan dan kegiatan intelektual.

Pengaruh Islam Terhadap Politik
– Unsur pengaruh Islam dapat dilihat dari aspek:

1) Pentadbiran dan Pemerintahan
a) Pengaruh Islam dalam pentadbiran dan pemerintahan
i) Gelaran Sultan – bayangan Allah di muka bumi
ii) Gelaran Khalifatul Mukminin – pemimpin orang Mukmin : Sultan Mahmud Melaka dan SUltan Abdul Ghafar Muhyidin Pahang
iii) Nasab Sultan dari Iskandar Zulkarnain. Sebelum ini daripada Dewa
iv) Kekal sebagai institusi warisan – sultan kuasa tertinggi
v) Pentadbiran dibantu oleh pembesar seperti Bendahara, Laksamana, Temenggong dan Penghulu Bendahari
vi) Ulama jadi penasihat Sultan
vii) Konsep daulat ikatan taat setia terhadap sultan.
viii) Adat istiadat yang membabitkan budaya istana – gambarkan kedaulatan sultan
ix) Amalan protokol atau hijabah – pengaruh Umaiyah
x) Upacara lafaz taat setia – baiah dalam pelantikan sultan
xi) Pengganti Sultan dilantik sebelum pemakaman sultan – seperti dalam Bani Umaiyah

2) Ulama sebagai penasihat Sultan:
a) Melaka: Makhdum Syaid Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Maulana Sadar Jahan, Maulana Jalaludin , Qadi Yusuf
b) Kelantan: Tuk Pulau Condong
c) Terengganu: Tuk PUlau Manis

3) Perundangan
4) Terikat dengan hukum adat – undang-undang tidak bertulis yang jadi malan orang melayu
5) Dua jenis adat – adat pepatih dan adat temenggong
6) Peranan adat:
a) Menjamin keselamatan
b) Mengawal pelakuan dalam masyarakat
c) Menentukan hak pewarisan harta
d) Menentukan bidang tugas
e) Mewujudkan masyarakat bersistem dan berorganisasi
f) Merapatkan tali persaudaraan

7) Beza adat pepatih dan temenggong

a) Temenggong
– Diasas Dato Ketemenggongan: Palembang
– Negeri lain di Tanah Melayu
– Asas pentadbiran mutlak Sultan dilantik: warisan
– Pilihan pasangan terbuka asal patuh hukum Islam
– Sistem nasab cara patrilineal: bapa
– Warisan harta keutamaan anak lelaki seperti faraid
– Hukuman berbentuk pembalasan dan pengajaran
– Perempuan berkahwin menetap rumah lelaki

b) Pepatih
– Dato Pepatih Nan Sebatang: Pagar Ruyung
– Negeri Sembilan dan Utara Melaka
– Musyawarah
– Dari bawa – pilihan pembesar
– Perkahwinan dari suku berlainan
– Matrilineal: ibu
– Harta pusaka: perempuan
– Berbentuk pemulihan atau diat/denda
– Menetap rumah perempuan

8) Undang-undang bertulis di Melaka
a) Hukum kanun Melaka – 44 fasal
b) Undang-undang laut Melaka – 24 fasal

9) Sebab Penggubalan Undang-Undang Melaka
a) Sebagai peraturan dan hukuman
b) Corak perjalanan pemerintahan dan pentadbiran
c) Perjalanan masyarakat tersusun dengan pelakuan, tanggungjawab serta hukuman terhadap pesalah
d) Hukum Kanun – Menjelaskan tanggungjawab pembesar dan raja, pantang larang anggota masyarakat, hukuman terhadap pesalah, undang-undang keluarga, pemasalahan ibadat, jenis hukuman
e) Undang-undang Laut – Jelaskan seraoang makhoda diertikan sebagai imam dan anak buah makmum.

Pengaruh Kedatangan Islam Terhadap Sosiobudaya
– Unsur pengaruh dalam sosiobudaya dapat dilihat dari aspek

1) Pendidikan
a) Pengaruh Islam terhadap pendidikan
i) 2 jenis pendidikan – formal / tak formal
ii) Tidak formal – pendidikan awal atau asuhan dalam keluarga
iii) Peringkat keluarga tekankan nilai moral, pembelajaran melalui dengar, lihat dan perhati
iv) Kemahiran daripada ibu/bapa, pemerhatian dan latihan
v) Kanak-kanak belajar tentang agama, budaya, adat, sikap, cara berkawan dan jaga maruah
vi) Kaedah – bercerita dan serap nilai budaya, unsur pengajaran seperti dalam cerita binatang dan lain-lain.
vii) Kanak-kanak belajar pantang larang dan adat melalui pergaulan seperti tunduk sambil hulur tangan hadapan orang dewasa.
viii) Pantun, peribahasa, teka-teki dan pepatah ajar kelakuan baik.

b) Sistem Pendidikan Agama
i) Formal – Berkembang pesat dan tidak terhad kepada golongan atasan
ii) Tempat – Istana, masjid, rumah, surau, madrasah dan pondok
iii) Pendidikan di rumah:
– Bentuk pendidikan tak formal
– Pendidikan Al-Quran
– Di rumah Tok Guru
– Umur 7 hingga 15 tahun
– Selepas waktu Zohor atau Maghrib
– Kitab, Muqadam & Al-Quran
– Bayaran percuma

iv) Di masjid, ilmu lebih formal seperti fiqah, tajwid, cara bacaan dalam solat dan perkara wajib
v) Sistem pendidikan Pondok
– Bentuk pendidikan – formal
– Bermula abad 12M di Patani dan berkembang
– Terdapat di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu
– Contoh pengajian pondok – Pulau Condong & Pondok Kutan – Kelantan, Pondok Pulau Manis – Terenggani, Pondok Titi Gajah & Pondok Langgar – Kedah
– Penekanan ilmu Agama
– Guru daripada para pelajar yang lulus
– Masa panjang hingga 10 tahun
– Ilmu yang dipelajari – Feqah, Tafsir, Saraf. Nahu Arab, Tauhid, Sirah, Manfik * Tawarif Islam
– Sistem tersusun
– Pakaian tutup aurat
– Pelajar kongsi pondok – tempat tinggal

vi) Sistem Pendidikan Madrasah
– Berdasarkan sukatan pelajaran
– Secara bilik darjah
– Ada jadual waktu
– Diawasi oleh mudir, guru besar
– Diselia sebuah lembaga, jawatan kuasa kewangan dan lain-lain

v) Peranan Istana – Pusat Intelektual
– Istana Melaka Pusat Pengajian Agama
– Mansur Shah terima Islam daripada Maulana Abu Bakar, Mahmud Shah dan Raja Ahmad berguru dengan Maulana Sadar Jahan
– Ulama dan pendakwah – bangsa asing tinggal di Melaka – kembangkan Ilam
– Melaka beri perhatian terhadap perkembangan ilmu – ramai tinggal di Melaka
– Melaka berminat terhadap ilmu apabila kitab Al Dur Al Manzum karangan Maulana Abu Bakar diarak ke Istana
– Mansur Shah berminat tasauf
– Alauddin Riayat Shah Johor jadikan istana pusat pengajian
– Istana tempat simpan buku hikayat seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
– Istana pusat pendidikan yang berkaitan hal pentadbiran dan politik

2) Bahasa dan Kesusateraan
a) Pengaruh Islam Dalam Bahasa
i) Perkenal tulisan Jawi
ii) Jawi saluran utama pembacaan dan tulisan – milik Melayu
iii) Perbendaharaan Kata Melayu bertambah
iv) Pinjam dari Bahasa Arab seperti adat, adil, sultan, syaitan dan lain-lain
v) Istilah bidang lain tambah seperti dalam fiqah, tauhid & tafsir
vi) Bahasa Melayu jadi linguafranca – bahasa pertuturan harian
vii) Bahasa Melayu meningkat menjadi Bahasa Ilmu

b) Pengaruh Islam Dalam Sastera
i) Bahasa Melayu lebih mantap bila Cerita Panji disampaikan dalam Bahasa Melayu
ii) Hasil sastera terpengaruh gaya bahasa, tatabahasa * bentuk sastera Islam seperti syair, gurindam, nazam dan cerita hikayat
iii) Fungsi berubah daripada hiburan kepada mengkritik
iv) Bahasa Melayu digunakan dalam perdagangan – bahasa perantaraan
v) Prosa memperkenalkan cerita nabi dan sahabat seperti Hikayat Nur Muhammad dan Hikayat Bulan Berbelah
vi) Hikayat Amir Hamzah dan Muhammad Ali Hanafiah penting dan disimpan di istana Melaka
vii) Hikayat Saduran bercorak Arab Parsi contoh Hikayat Abu Nawas & Hikayat Hassan Damsyik
viii) Karya bentuk puisi contoh syair dahulu kala oleh Tengku Ampuan Mariam – Terengganu

c) Bentuk Sastera Melayu Sebelum Islam
i) Tersebar secara lisan
ii) Cerita asal usul – merangkumi cerita tahyul, alam, nama tempat, tumbuhan dan binatang – guna nama binatang
iii) Cerita jenaka dan lucu seperti Pak Kaduk, Pak Pandir dan lain lain
iv) Cerita dongeng seperti Batu Belah batu Bertangkup, Bawang Putih, Bawang Merah
v) Puisi dalam bentuk pantun, teka teki, seloka dan gurindam

d) Kesenian – Pengaruh kesenian Islam
i) Masjid dan tempat perkumpulan ada ciri khas seperti mihrab, mimbar, telaga, pancuran dan bumbung seperti Masjid Kg Laut, Kelatntan, Masjid Peringgit, Masjid Tengkera Melaka.
ii) Istana indah – ada balairung, tempat bersemayam, balai istiadat – contoh Istana Melaka
iii) Hiasan seni kemahiran bermotif tumbuhan dan geometri
iv) Kesenian epigrafi seperti Batu Bersurat Terengganu
v) Seni khat atau kaligrafi
vi) Tarian dabus, Perak ciri Arab kaitan dengan Saidina Ali
vii) Tarian Mak Inang – di istana Melaka
viii) Nazam bersyair riwayat Nabi sangat terkenal
ix) Seni Dikir – senikata lagu bercampur bahasa Melayu Arab
x) Kesenian ghazal – jenis puisi Arab – Johor

e) Gaya Hidup – Adat dan Nilai kehidupan

Pengaruh Islam Terhadap Ekonomi
1) Perdagangan
2) Penggunaan Mata Wang
3) Percukaian

Kuiz Sejarah Bab 8: Klik Sini
Sejarah Tingkatan 4 Bab 8:
Nota Sejarah: Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 9

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 10

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 8

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 7

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingaktan 4 Bab 6

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 5

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 4

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 3

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 2

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 1

Hadis

Mimpi Yang Baik

Hadis

Kelebihan Mempelajari Al-Quran

Hadis

Adat Memberi Salam

Hadis

Nasihat Dari Rasulullah SAW

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah