Categories
Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 2

Sejarah Bab 2 Peningkatan Tamadun

Latar Belakang Tamadun
Peningkatan Tamadun
– Kemampuan manusia menggunakan pemikiran untuk mengawal dan menggunakan sepenuhnya alam sekitar
– Seterusnya ia akan membawa kepada kehidupan yang lebih maju dan kompleks berbanding sebelumnya
– Peningkatan ini berkaitan dengan kemahiran menghasilkan idea baru dari aspek sosial, politik dan ekonomi

Tamadun Yunani
– Letakan: di Semenanjung Greece dan pulau sekitarnya yang dikelilingi laut Mediterranean dan Aegen
– Bermula dengan negara kota (polis): hasil gabungan beberapa bandar dan kampung
– Setiap negara kota mempunyai sebuah kota yang dikelilingi kawasan pertanian
– Dalam kota pula terdapat pasar kubu kuil dan istana
– Contoh negara kota terkenal ialah Athens dan Sparta yang terletak berhampiran Laut Mediterranean
– Setiap negara kota mempunyai pemerintahan dan undang-undang tersendiri serta mempunyai beberapa tuhan
– Masyarakat dalam negara kota sentiasa bersatu padu tetapi perang kerap berlaku antara negara kota

Tamadun Rom
– Letakan: di Bukit Palatine berhampiran Sg. Tiber di lembah Latium yang di diami oleh masyarakat latin
– Ia berkembang ketika diperintah oleh Romulus
– Kemudian wujud majlis perbandaran di setiap bandar yang mentadbir tanpa gangguan pentadbiran pusat di Rom
– Bandarnya lengkap dengan bekalan air, sistem pemanas, rumah ibadat, teater, sarkas, tempat forum, rumah mandi awam dan istana.
– Contohnya Bandar Pompei lengkap dengan pejabat, dewan, perpustakaan mahkamah, pintu gerbang, Colloseum, paip bawah tanah, saliran, terusan, industri dan pengangkutan
– Penduduknya seramai 50 ribu orang pada tahun 80 M.

Tamadun India
– Kedatangan orang Aryan membentuk zaman Vedik sempena kelahiran kitab-kitab Veda
– Agama Hindu lahir pada zaman Vedik ini
– Kemudian tamadun ini berpindah ke Lembah Ganges
– Pada masa ini, pemerintah ialah golongan raja
– Dua bentuk kerajaan terbentuk: janapada (kerajaan kecil) dan mahajanapada (kerajaan besar)
– Chandragupta Maurya kemudiannya menyatukan kerajaan-kerajaan kecil, maka muncullah empayar pertama di India di bawah Dinasti Maurya (menyatukan utara India)
– Kemuncak kegemilangan dinasti ini ketika di zaman Asoka

Tamadun China
– Letakan: di Lembah Hwang Ho hingga ke selatan China
– Empayar pertama ialah Dinasti Chin
– Maharaja Shih Huang Ti memperluaskan empayar hingga ke Sg. Merah di Vietnam
– Jajahan yang luas disatukan di bawah pentadbiran pusat

Pemerintahan Dan Pentadbiran

Tamadun Yunani
– Bentuknya berubah-ubah seperti monarki, oligarki, aristokrasi, diktator dan akhirnya demokrasi

– Di Athens: mulanya mengamalkan sistem beraja. Raja menjadi ketua hakim, tentera dan agama. Beliau dibantu oleh konsul yang terdiri daripada golongan kaya

– Kemudian konsul menjadi kuat dan raja merosot: raja dipilih tetapi kuasa terhad. Beberapa orang konsul memerintah, sistem ini dinamakan oligraki.

– Kemudian lahir aristokrat dikalangan konsul tadi yang memiliki kuasa besar, sistem ini ialah aristokrasi

– Kemudian berlaku rampasan kuasa kerana rakyat tidak puas hati maka muncul sistem ditaktor dikalangan golongan kaya atau tentera

– Rampasan kuasa ini ditentang oleh aristokrat maka muncullah demokrasi

– Sistem demokrasi di Athens terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis Semua warganegara lelaki menjadi anggota Dewa Perhimpunan selama 6 hingga 1 tahun. Dewan ini berhimpun 3 kali setahun, ahli boleh mencadangkan dasar kerajaan, tetapi keputusan di kendalikan oleh Majlis. Ahli Majlis, Majistret dan Juri dilantik oleh dewan, maka dewan berkuasa penuh keatas ketiga-tiganya

– Negara kota yang mengamalkan sistem raja berkuasa mutlak tidak mengamalkan sistem demokrasi

– Sistem tentera di Sparta pula pertahanan amat penting, anak lelaki dilatih menjadi askar yang handal dan patriotik.

Tamadun Rom
– Bermula dengan sistem raja berkuasa mutlak iaitu keturunan raja Etrucan (bukan keturunan Latin tempatan)

– Patrician (bangsawan) mengetuai pemberontakan masyarakat Latin menjatuhkan raja Etruscan

– Kemudian dibentuk sistem Republik: dua konsul dilantik oleh Dewan Semat supaya tiada yang lebih kuasa. Konsul dibantu oleh Dewan Senat (bangsawan) bagi membincangkan hal pentadbiran dan perundangan. Konsul dilantik dikalangan ahli Dewan Senat yang biasanya praeotor (pemerintah tentera). Di bawah Dewan Senat ialah Dewan perhimpunan (semua rakyat Rom). Keputusan Dewan Senat disampaikan kepada Dewan Perhimpunan untuk diluluskan

– Pemerintahan bercorak empayar ketika Julius Caesar: berlaku selepas perluasan kuasa ke Macedonia, Yunani, Mesir hingga ke Brittania dan Jerman. Wilayah kecil telah disatukan di bawah pentadbiran pusat. Julius bergelar maharaja menjadi diktator dengan menguasai tentera dan Senat

– Maharaja Augustus membentuk empayar keamanan Rom (Pax Romana) meliputi benua Asia, Afrika dan Eropah

Tamadun India
– 2 bentuk kerajaan: kerajaan kecil (kepuakan/tiada raja) dan kerajaan besar (diketuai raja seperti kerajaan Kashi, Kosala).

– Raja berkuasa mutlak diperkukuhkan dengan kepercayaan raja suci dan harus dihormati. Brahim menjadi penasihat raja dan Ksyatria menjadi pemerintah tertinggi

– Pemerintahan empayar: Raja Maurya menjadi maharaja. Empayar ini meliputi dari Teluk Benggala ke Pergunungan Hindu Kush. Ibu negaranya ialah Pataliputra

– Kegemilangan Dinasti Maurya ketika pemerintahan Asoka telah menamatkan perang Kalinga, membentuk kedaiaman menakluk melalui penyebaran agama Buddha dan membentuk birokrasi pentadbiran

Tamadun China
– Sistem feudal bertukar kepada pentadbiran pusat kerana perluasan kuasa empayar Dinasti Chin

– Konsep raga menjadi maharaja

– Maharaja membentuk birokrasi awam dan melantik pegawai dikalangan rakyat. Perlantikan dibuat oleh jawatankuasa perkhidmatan awam berasaskan peperiksaan awam. Sistem ini diwujudkan oleh Dinasti Han, tokoh pentingnya ialah Shih Huang Ti.

Perundangan

Tamadun Yunani
– Dewan perhimpunan menggubal undang-undang
– Plato dalam bukunya Republik mengatakan negara harus diperintah oleh ahli falsafah
– Katanya ahli falsafah berupaya menggubal undang-undang

Tamadun Rom
– Dharma Sastra ialah kitab undang-undang Hindu tertua
– Raja memelihara kesucian undang-undang
– Denda kesalahan bergantung keseriusan kesalahan
– Brahmin dominan dalam hal undang-undang kerana mereka mahir berkaitan hal keagamaan
– Ketika Dinasti Maurya undang-undang disampaikan sebagai titah perintah diraja yang diukir pada tiang Asoka yang berpegang kepada kesejahteraan rakyat

Tamadun China
– 2 prinsip utama: hukuman berat dan bercorak kolektif
– undang-undang berasaskan falsafah Legalisme yang digubal dan diperkenalkan oleh Han Fei Tzu yang menyatakan undang-undang tegas dapat mengawal tingkah laku manusia
– Undang-undang tiada belas kasihan dan penguatkuasaannya perlu dipelihara
– Sebaliknya ajaran Confucius menekankan raja berpekerti baik dan menjaga keharmonian

Perluasan Kuasa

Tamadun Yunani
– Philip II: menyatukan Macedonia dan Yunani
– Alexander The Great: menguasai Parsi, Mersi, Turkistan Samarkand dan seluruh kawasan Laut Mediterranean
– Beliau menyebarkan kebudayaan Hellenistik (campuran budaya Yunani, Parsi dan budaya timur yang lain) ke Itali, Iskandariah dan Antioch
– Empayar Yunani berakhir dengan kematian Alexander dan munculnya empayar Rom

Tamadun Rom
– Augustus Caesar: mengubah sistem republik menjadi sistem empayar yang meliputi Britain, Sepanyol, Sg Rhine, Sg Danube, Laut Hitam, Turki dan Palestin

Tamadun India
– Changragupta Maurya mempunyai tentera yang besar untuk menguasai India Utara, Punjabi dan sempadan India Barat.
– Anaknya Bindusara meluaskan ke Mysore di selatan India
– Asoka lebih lembut dan menekankan agama Budha
– Ketika Asoka seluruh India berjaya ditakluk hasil kemenangan dalam Perang Kalinga

Tamadun China
– Shih Huang Ti menyatukan seluruh kerajaan kecil di China
– Beliau memerintah secara automatik (tegas dan mutlak)
– Bangsawan dihapuskan dan gabenor serta panglima tentera dilantik mentadbir wilayah
– Beliau membina Tembok Besar China untuk menghalang serangan orang gasar
– Maharaja Han Wu Ti (Dinasti Han) meluaskan empayar ke Sinkiang, Lembah Tarim, Yang Tze, Kwangsi dan Kwang Tung. Pada masa ini pengaruh China hingga ke Jepun dan Turkistan dan keamanan China diwujudkan

Peningkatan Ekonomi

Tamadun Yunani
– semua negara kota kecuali Sparta menumpukan perdagangan kerana bumi bergunung-ganang tidak sesuai untuk pertanian. Kesannya perdagangan melalui jalan laut dengan wilayah luar dijalankan. Mulanya perdagangan pesisir pantai seperti dengan Mesir, Syria

– Athens dan Corinth kekurangan makanan kerana kurang tanah pertanian, maka mereka mendapatkan makanan dari kawasan selatan dari Laut Hitam
– Athens juga menjadi pusat pengumpulan barang dari timur
– Cukai yang dikenakan di sini telah menaikkan harga barang, kesannya ramai rakyat Yunani berpindah ke Alexandra pada zaman Gracco Rom

Tamadun India
– Perdangangan dalam kerajaan Maurya seperti di Anga dan Kalinga barangnya seperti senjata, emas, gading gajah

– Perdagangan antarabangsa dengan Macedonia, Sri Langka, Asia Tenggara pelabuhan terlibat, Tamralipti, Cambay

– Wujud persatuan perdagangan (sresthin) di setiap Bandar seperti Persatuan Tukang Kayu, Tukang Logam

– Matlamat persatuan ini, mengawal harga, kualiti barang dan gaji pekerja persatuan ini dikawal oleh raja

– Mata wang emas digunakan ketika zaman Gupta
– Perusahaan utama: sutera (di Bengal), kain kapas, emas
– Cukai hasil perdagangan buah-buahan dan pertanian dikutip untuk menyara tentera, pentadbir dan raja
– Zaman Gupta: memperoleh rempah dari alam Melayu, tembikar dari China

Tamadun China
– Kemajuan pertanian menambah hasil petani seperti kolar kuda menarik tenggala untuk membuat batas, penyisir tanah, tanaman bergilir, teres bukit dan terusan

– Perusahaan tembikar, logam, sutera (zaman Dinasti Han) didagang ke alam Melayu, India, Timur Tengah dan Barat

– Mula-mula melaui Jalan Sutera (darat), kemudian Jalan Laut (Dinasti Tang)

– Di China muncul persatuan perdagangan yang melahirkan ramai golongan pertengahan kesan perdangangan dalam negeri, ia turut memajukan pengangkutan di China seperti jalan raya, jambatan, kereta kuda dan kereta lembu.

Pendidikan

Tamadun Yunani
– Di Athens: pendidikan bertujuan melahirkan manusia seimbang (rohani dan jasmani) seperti aktiviti pendidikan, sukan, sastera, pidato, muzik, menulis

– Di Sparta: pendidikan untuk melahirkan tentera yang gagah dari setia kepada negara kota (kemahiran fizikal dan senjata amat dipentingkan)

– Banyak sekolah falsafah dibina seperti di Athens, Thebes yang melahirkan sejarawan seperti Herodotus, pemikir sains seperti Thalse, Anaxagoras

– Athens menjadi pusat cendiakawan penting ketika pericles

Tamadun Rom
– Mereka menyerap unsur Yunani pada peringkat awal
– Pendidikan mementingkan aplikasi pratikal ilmu: contohnya membina infrastruktur dan kemudahan awam
– Pendidikan ini melahirkan jurutera pengairan, bangunan

Tamadun India
– Pendidikan bermula pada zaman Vedik yang mementingkan agama Hindu yang mendominasi oleh kaum lelaki
– Mereka menggunakan kitab veda dalam bahasa Sanskrit
– Kaedah yang digunakan ialah agama (persediaan selepas mati)
– Pendidikan awal terdapat di Istana dan rumah
– Kemudian lahir sistem pendidikan tinggi di kolej Brahman, Universiti agama Buddha di Nalanda
– Untuk menjadi Brahmin mereka harus menghafal Veda yang mengandungi peraturan ritual, mentera dan lagu-lagu agama, mempelajari karya saintifik dan falsafah
– Zaman seterusnya pendidikan untuk meningkatkan ilmu sains, mengatasi buta huruf dan mendapat jawatan kerajaan

Tamadun China
– Matlamat pendidikan untuk lulus peperiksaan awam
– Tiga peringkat pendidikan ialah rendah, menengah, tinggi
– Peringkat rendah: mengenal/menghafal tulisan ideogram dan 9 buku suci
– Peringakat menengah menumpukan karangan dan sastera
– Peringkat tinggi: menterjemahkan buku suci
– Peperiksaan awam 3 tahap Hsiu Tai (Ijazah pertama), Chun Jen (sarjana) dan Chin Shih (doktor falsafah).
– Peluang kerjaya: menjadi pegawai kerajaan dan pada tahap 3 mereka akan menjadi pendidik
– Waktu peperiksaan: tahap 1 (3 tahun 2 kali), tahap 2 dan 3 (3 tahun 1 kali)

Falsafah

Tamadun Yunani
– Ahli falsafah seperti Herodotus, Socrates, Aristotle, Plato
– Isu utama: nilai individualisme, kehidupan manusia, demokrasi
– Herodotus ialah bapa sejarah, karyanya ialah History Of Persian War?
– Thucydidies seorang pengasas sejarah saintifik, karyanya ialah History of The Peloponnesia War?

Tamadun Rom
– Mengambil falsafah Yunani contohnya falsafah Rom (stoisisme) diasaskan oleh Zeno (ahli Yunani)
– Falsah ini mengajar kebahagian dan nasib manusia bergantung kepada alam, penekanan kepada keadilan, tanggungjawab, keberanian dan perikemanusian

Tamadun India
– Falsafah terawal di dunia direkod ialah falsafah India
– Falsafah mereka bersumberkan kitab Veda seperti Rig Veda, Yajur Veda, Upanishad
– Falsafah bukan aliran Veda bersumberkan ajaran seperti Carvaka Buddhisme.

Tamadun China
– Falsafah China menekan hubungan manusia dengan manusia. Sumber utama Confucianisme, Taoisme, Mo Tzu tetapi Mo Tzu (Mencius) menolak Confucianisme
– Mo Tzu menekankan hubungan manusia dengan alam sekitar
– Falsafah Legalisme pula berasaskan fahaman hanya undang-undang akan memberi nilai baik.

Sains Dan Teknologi

Tamadun Yunani
– Thales telah mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba
Pythagoras: memperkenalkan Teorem Pythagoras dan mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba dan Babylon
Hippocrates: Bapa Perubatan
Archimedes: ahli matematik dan fizik, teorinya ialah isipadu air dan graviti
Ptolemy: ahli astronomi Yunani
– Sistem angka Yunani ialah heodianic dan ionic

Tamadun Rom
Boethius: mendapat pengaruh matematik Yunani, beliau mengaitkan matematik dengan muzik, geometri, astronomi
– Ilmu pelayaran (ciptaan perahu layar): memajukan perdagangan dengan Yunani, India dan China

Tamadun India
– Ilmu astronomi diambil daripada kitab Rig Veda
– Ilmu matematik India seperti konsep geometri, angka Brahmin, angka Kharosti
– Ilmu perubatan: berkaitan dengan fisiologi (yoga)

Tamadun China
– China menganggap astronomi ialah ilmu sains negara
– Ilmu perubatan: berkaitan konsep Yin Yang (kesimbangan membolehkan manusia sihat)

Seni Bina
Tamadun Yunani
– Aeropolis oleh Pericles atas tujuan keagamaan dan pusat kegiatan

Tamadun Rom
– Aqueduct bekalan air
– Colloseum pahlawan bertarung dan teater

Tamadun India
– Stupa Besar di Sanchi tujuan keagamaan
– Great Bath binaannya baik dan lengkap
– Kompleks kuil di Gua Ajantha dan Gua Ellora bercirikan agama Buddha/Hindu
– Menara pelbagai bentuk kon, kubah dan pagoda

Tamadun China
Tembok Besar China: kubu pertahanan sepanjang 1500 batu dari Kansu ke Peking
Bandar purba tembok batu: Changan, anyang, Peking
– Mereka turut menggunakan tanah liat, batu-bata, pintu gerbang, parit besar, menara
Kota Larangan: istana maharaja yang banyak dewan (balai penghadapan, tempat hukuman, kerajaan) dan tanam
Kuil dan Pagoda: tempat tinggal, ruang tamu, pemujaan

Bahasa Dan Kesusateraan

Tamadun Yunani
– Hesiod: penyair dan penulis puisi Theology dan Works dan Days
– Homer: mengahsilkan Lliad dan Odyssey
– Tulisan orang Phoenecia tersebar di Yunani (ditambah huruf vokal) kemudian ke Rom dan Asia Tenggara (huruf rumi)

Tamadun Rom
– Penulis dan penyajak patriotisme: Cicero dan Virgil

Tamadun India
– Masyarakat Dravidia: bahasa Telegu, Malayalam
– Masyarakat Indon: Arya bahasa Sanskrit yang melahirkan bahasa Hindi, Urdu, Punjabi
– Sastera India terbahagi 3: Vedik, epik dan sajak
– Epik Mahabharata dan Ramayana: mengenai tentera baik dan tentera jahat

Tamadun China
– Wujud dialek: Mandarin, Wu, Hakka, Kantonis
– Ssu: ma Chien mencipta karya sastera prosa, Shih Chi
– Tokoh puisi: Tu Fu, Li Po (semasa Dinasti Tang)
– Ketika Dinasti Han: pelajar perlu mampu bersajak

Sistem Sosial

Tamadun Yunani
– Di Athens terbahagi 3 kumpulan: warganegara (ada hak politk), bukan warganegara dan hamba (tiada hak politik)

– Di Sparta 3 kelas: warganegara tulen, pekerja/artisan/pedagang, helot (penguasaha tanah/majoriti)

Tamadun Rom
– Terbahagi 3: warganegara (orang Rom). bukan warganegara (penduduk taklukan) dan hamba

Tamadun India
– Sistem 4 kasta utama: Brahmin, Ksyatria. Vaisya, Sudra
– Perkahwinan lelaki/wanita dan bercampur gaul kasta berbezs tidak dibenarkan

Tamadun China
– Terbahagi 3 kelas utama: Atasan (pentadbir seperti maharaja dan keluarganya; bangsawan dan sida-sida), rakyat bawahan (petani,artisan) dan hamba. Kumpulan 2 dan 3 ialah kumpulan sokongan

– Confiusius membahagikan 4 kelas: teratas (sarjana/pegawai), ke-2 (petani), ke-3 (tukang), terbawah (pedagang).

– Setiap individu boleh bertukar kelas

Sumbangan Tamadun Kepada Dunia Hari Ini
Tamadun Yunani
– Demokrasi: rakyat terlibat secara langsung
– Kesan Di Malaysia: demokrasi berparlimen
– Aristotle, Socrates, Plato menjadi rujukan falsafah moden
– Karya lliad masih dirujuk
– Teknologi matematik dan sains masih diterima pakai

Tamadun Rom
– Republik: sistem 2 konsul
– Zaman kini di India, Perancis dan Afrika Selatan: mempunyai unsure demokrasi memilih president
– Aqueduct, Collosium menjadi sumber pelancongan
– Bahasa Latin digunakan agama Kristian
– Sukan Olimpik terus diadakan 4 tahun sekali hingga kini

Tamadun India
– Agama Buddha dan Hindu hingga kini
– Stupa, candi dan pagoda menjadi sumber pelancongan
– Bahasa Sanskrit digunakan agama Hindu/Buddha
– Karya Ramayana Mahabharata masih dirujuk

Tamadun China
– Confucianisme dan Taoisme menjadi amalan hingga kini
– Tembok Besar China menjadi sumber pelancongan
– Mewariskan teknologi kertas dan tembikar
– Sistem peperiksaan awam diteruskan dan diubahsuai

Kemunculan Agama Dan Ajaran Utama Dunia
Agama Hindu
– Perkataan Hindu mulanya merujuk penduduk di Sg Sindhu (Indus)

– Kemunculan agama ini tidak dapat dikenalpasti. Dikatakan muncul ketika tamadun Indus dan kian jelas pada zaman Vedik dengan adanya kitab Veda (pegangan Hindu)

– Percaya tuhan 3 fungsi: Brahman (mencipta), Vishnu (memelihara) dan Siva (membinasa).

– 6 aliran agama ini ialah Savisme, Vaishnavisme, Saktham, Ganapathyam, Kaumaram dan Saura

– Hindu didominasi golongan Brahmin

– Zaman Gupta ialah zaman kegemilangan Hindu, zaman Maurya dan Asoka pula Buddha menjadi saingan Hindu

– Hukum Karma: berkaitan kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati, kelahiran ini bergantung Karma (kelakuan baik/buruk ketika hidup).

– Tujuan hidup untuk mencapai Moksya (kebebasan mutlak), sesiapa mencapai Moksya akan bersatu dengan tuhan dan tidak akan lahir ke dunia

– Syarat mencapai Moksya perlu berbuat baik semasa hidup.

Agama Buddha
– Diasaskan oleh Siddharta Gautama (dikenali Buddha)

– Kemunculannya kesan penentangan golongan Ksyatria terhadap Brahmin dalam hal agama

– Sistem kasta yang ketat menyebabkan Gautama mencari kebenaran dengan bertapa di bawah pokok bodhi di Uruveda. Kebenaran yang di temuinya dipercayai akan melepaskan diri manusia daripada kesengasaraan.

– Asas ajarannya ialah 4 kebenaran mulia (kesengsaraan dan kepahitan hidup adalah lumrah, kesengsaraan berpunca daripada nafsu memperoleh kekayaan, cara mengelak kesengsaraan dengan mengatasi nafsu, cara menamatkan kesengsaraan dengan “Jalan Lapan Lapis Mulia”).

– 4 kebenaran dapat dicapai melalui 8 jalan, antaranya pengetahuan yang baik, membuat amalan suci seperti bersedekah

– Kegemilangan agama ini ketika zaman Asoka, ia menjadi agama rasmi kerajaan Maurya dan berkembang ke Tibet, Sri Lanka, Asia Tenggara dan China

– Agama ini menggunakan bahasa Pali dan kitab Tripitaka.

Agama Kristian
– Diasaskan oleh Jesus Christ yang berasal dari Jerusalem

– 25 Disember tarikh lahir Jesus (Hari Natal)

– 2 kitab suci (Old Testament dan New Testament) dikenali sebagai Bible.

– Pada mulanya, agama ini mendapat tentangan orang Eropah termasuk pemerintah Rom. Sebelum kedatangan Kristian orang Eropah majoritinya adalah pagan (tiada agama)

– Kristian diterima pada zaman Rom semasa pemerintahan Constantine. Beliau mengecualikan kerja berat kepada mereka yang menjalankan aktiviti agama ini.

– Hari Ahad dikhaskan kepada aktiviti agama

– Agama ini terus berkembang dari Zaman Rom dikenali Empayar Kristian, kejatuhan Rom tidak meruntuhkan Kristian malah terus kukuh ketika Zaman Pertengahan.

Agama Islam
– Islam diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui malaikat Jibril di Gua Hira

– Islam ditentang oleh kaum Quraisy Makkah dan nabi pun berhijrah ke Madinah. Islam bertapak kuat bermula di sini

– 2 teras agama ini ialah akidah (keyakinan seluruh jiwa terhadap keesaan Allah) dan syariah (undang-undang yang terkandung dalam Al-Quran dan as-sunnah).

Confucianisme
– Diasaskan oleh Confucius yang lahir di Lu

– Beliau menjadi pegawai kerajaan di Lu, tetapi meletakkan jawatan mengembara menyebar idea kepada orang China

– Beliau di sembah sebagai salah satu dewa orang China

– Ajarannya menekankan prinsip moral tinggi yang didapati daripada pendidikan seperti perimanusiaan (ren), kesusilaan (li), taat ibubapa (xiao)

Taoisme
– Pengasasnya Lao Tze yang lahir di Chu

– Bekerja di Chou kemudian mengembara menyebar idea

– Bukunya Tao Te Ching: mengandungi falsafah Taoisme

– Ajarannya seperti konsep Tao (jalan): setiap tindakan ditentukan oleh Tao, maka manusia tidak boleh bertindak terhadap apa-apa yang berlaku pada alam (wu-wei), jika bertindak manusia akan merosakkan dunia.

Kuiz Sejarah Bab 2: Klik Sini
Sejarah Tingkatan 4 Bab 2:
Nota Sejarah: Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 9

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 10

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 8

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 7

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingaktan 4 Bab 6

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 5

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 4

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 3

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 2

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 1

Hadis

Mimpi Yang Baik

Hadis

Kelebihan Mempelajari Al-Quran

Hadis

Adat Memberi Salam

Hadis

Nasihat Dari Rasulullah SAW

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah