Categories
Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 10

Sejarah Tingaktan 4 Bab Dasar British Dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara

1) Perkembangan Aktiviti Ekonomi Sebelum Dan Semasa Pemerintahan British

a) Ekonomi Tradisional
i) Contoh ekonomi sara diri – melombong, cucuk tanam, memungut hasil hutan, menangkap ikan
ii) Pengeluaran skala kecil, teknologi mudah, modal yang kecil, buruh yang terhad dan pasaran kecil
iii) Lebihan pengeluaran – untuk kenduri, zakat, sedekah, hadiah
iv) Padi pula disimpan untuk bekalan hingga musim berikutnya
v) Tanaman lain – ubi, pisang, kelapa
vi) Ternakan – ayam, itik, lembu untuk keluarga
vii) Teknologi mudah – penanaman padi, seperti tajak, cangkul, tugal, tenggala
viii) Sistem pengairan mudah – sungai dan hujan
ix) Menangkap ikan – mengail, bubu, jala

b) Ekonomi Dagangan
i) Pertanian dan perlombongan yang melibatkan lebihan pengeluaran untuk pemasaran
ii) Pengeluaran dalam skala yang besar, buruh yang ramai, modal besar, pemasaran lebih luas
iii) Bijih timah dipasarkan ke China, Jepun, India
iv) Bijih timah juga dibuat gendang gangsa, senjata, alat muzik
v) Kaedah melombong dengan mendulang – diusahakan oleh pembesar seperti Long Jaafar dan Ngah Ibrahim
vi) Kawasan lombong di sungai dan diusahakan oleh buruh tempatan
vii) Kedatangan British meminggirkan ekonomi orang Melayu. Wujud ekonomi duaan (dwiekonomi) iaitu ekonomi, tradisional dan ekonomi dagangan. Pantai barat dan timur juga tidak seimbang ekonominya
viii) Akhrinya British mengambil alih ekonomi dagangan dan membawa masuk buruh China.

c) Sistem Pertanian Komersial
i) Pertanian komersial berasaskan kepada eksport dan menjadi penyumbang utama kerajaan
ii) Contohnya pertanian komersial ialah ubi kayu, lada hitam, tebu
iii) Maharaja Abu Bakar telah menanam gambir dan lada hitam melalui sistem Kangchu
iv) Pemodal British telah menguasai getah, pemodal China pula menguasai gambir dan lada hitam
v) Pada masa ini, masyarakat Melayu menjalankan ekonomi sara diri

d) Perkembangan Perusahaan Getah
i) Getah digunakan ketika revolusi Industri dalam industri kereta, maka getah ditanama di Tanah Melayu
ii) Pada mulanya, getah ditanama di halaman kediaman Residen Hugh Low, Perak sebagai tanaman hiasan
iii) H.N Ridley (Pengarah Botanical Garden Singapura) mempromosi tanaman getah dengan memberi benih percuma kepada peladang
iv) Beliau juga menemui sistem menoreh ibidem (Cara tulang ikan hring) yang tidak merosakkan pokok.
v) Industri barangan pengguna yang memerlukan getah seperti kasut, tayar basikal dan alat elektrik
vi) Modal milik pelabur Eropah turut mengembangkan industri getah di Tanah Melayu, syarikat di London membawa masuk modal melalui penubuhan syarikat perwakilan di Tanah Melayu seperti Guthrie, Sime Darby.
vii) Dasar galakan British kepada pemodal asing seperti sewa tanah dan tariff cukai yang rendah kepada pengusaha getah
viii) Kemajuan jalan raya dan kereta api telah menghubungkan kawasan pertanian dengan pelabuhan atau pusat pentadbiran telah memudahkan pengusaha (golongan komprador)
ix) British juga membawa masuk pekerja India Selatan bekerja di ladang getah dengan gaji yang murah

e) Kejatuhan Perusahan Getah
i) Kemerosotan perusahaan getah berlaku ketika Zaman Kemelesetan Ekonomi Dunia (1929-1932)
ii) Ini bermakna ekonomi Tanah Melayu, telah mempengaruhi perkembangan ekonomi dunia
iii) Industri getah pulih semula pada tahun 1934 kerana pertambahan permintaan dan kawalan negara pengeluar
iv) Rancangan sekatan Stevenson diperkenalkan bagi menahan harga getah jatuh. Prinsip rancangan ini ialah menghadkan pengeluaran getah oleh negara pengeluar agar harga naik

f) Perkembangan Industri Perlombongan
i) Galian Tanah Melayu – contohnya bijih timah, emas, besi, arang batu, bauksit, antimoni
ii) Bijih timah dan emas ialah galian terawal diperdagangkan yang diusahakan secara kecil-kecilan oleh orang Melayu
iii) Bijih timah mendapat permintaan antarabangsa yang besar hingga muncul pengusaha Eropah dan China mengambil alih peranan pembesar melayu.
iv) Kedatangan pengusaha China pada awalnya dipantau oleh pembesar Melayu. Mereka perlu mendapat kebenaran melombong dan menjual semual hasil timah ini kepada pembesar Melayu. Harga timah ini juga ditentukan oleh pembesar melayu
v) Kedatangan pemodal Eropah telah menghentikan penguasaan pembesar Melayu ini
vi) Kedatangan pemodal ini berjaya menyaingi pengusaha China kerana mereka menguasai kapal korek yang menghasilkan pengeluaran secara besar-besarn. Mereka berintensifkan modal, orang China berintensifkan buruh
vii) Kerajaan penjajah British juga telah meluluskan enakmen dan undang-undang yang mewujudkan penguasaan pengusaha Eropah
viii) Tedapat juga pembesar melayu yang mengambil mudah mencari keuntungan dengan memajakkan lombong mereka kepada saudagar China dari Negeri Negeri Selat kerana ketiadaan modal
ix) Tanah Melayu terus menjadi pengeluar utama bijih timah dunia sehingga Perang Dunia Kedua

g) Pengusaha Tenaga Buruh China
i) Kedatangan buruh ini mendapat galakan British dan tidak ditentang oleh orang Melayu
ii) Buruh China datang dari wilayah selatan China seperti Kwangtung, Kwangsi dan Fukien
iii) Kedatangan mereka ini untuk bekerja dilombong bijih timah
iv) Buruh China datang dengan cara sistem kredit, sebelum ke Tanah Melayu mereka dikumpul di kampung mereka di China oleh Kheh thau (Ketua).
v) Bakal imigran ini dikenali sebagai Kin Kheh. Ketua ini akan mendapat upah wang bagi setiap sin kheh
vi) Seterusnya sin kheh dikawal oleh nakhoda kapal atau agensi buruh terlebih dulu telah mendapat bayaran daripada bakal majikan sin kheh
vii) Kemudiannya sin kheh perlu membuat perjanjian secara bertulis atau lisan membayar hutan (kos kedatangan ke Tanah Melayu) dengan cara bekerja di bawah bakal majikan berkenaan dalam jangka waktu tertentu
viii) Mereka akan diberikan tiket yang menyatakan pelabuhan yang perlu dituju, di pelabuhan mereka akan diambil oleh pemborong buruh yang menjadi orang tengah bagi mendapatkan majikan dengan bayaran tertentu.
ix) Kemudian jawatan pegawai pelindung buruh dan imigran dari China diwujudkan, mereka akan mengawasi kemasukan buruh dan imigran China ini
x) Selepas iti sistem tiket kredit diganti dengan sistem pengambilan kakitangan dan sistem pengambilan rumah kongsi
xi) Melalui sistem pengambilan kakitangan ini majikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainya ke China. Tambang dan pembiayaan buruh akan ditanggung oleh majikan. Pegawai berkenaan akan mengiringi buruh-buruh hingga ke tempat majikan
xii) Melalui sistem pengambilan rumah kongsi pula, pengambilan buruh akan dilakukan oleh pegawai di negara China yang dilantik oleh rumah kongsi. Pegawai tersebut akan menanggung kos membawa buruh hingga ke rumah kongsi di Tanah Melayu. Setelah buruh diserahkan pegawai dari China tersebut akan mendapat sejumlah bayaran tertentu
xiii) Di Sarawak, imigran keturunan China Foochow secara berkumpulan dibenarkan masuk melalui persetujuan Charles Brooke dan Wong Nai Siong (ketua Foochow di Sibu). Mereka ini akan menjadi buruh gambir dan lada hitam.

j) Penggunaan Tenaga Buruh India
i) Buruh India datang untuk bekerja di ladang-ladang getah
ii) Kedatangan mereka ini juga tidak dihalang oleh orang Melayu dan mendapat galakan pihak British, di samping itu orang India sudah mempunyai hubungan tradisi dengan Tanah Melayu
iii) Kemasukan buruh India melalui sistem buruh bebas atau merdeka sistem kontrak dan sistem kangani.
iv) Melalyu sistem buruh bebas, mereka datang dengan biaya sendiri yang diatur oleh orang atau kumpulan tertentu. Di Tanah Melayu mereka bebas memilih tempat dan pekerjaan mereka.
v) Melalui sistem kontrak, majikan membiayai tambang ke Tanah Melayu dan buruh India ini akan bekerja dalam tempoh masa tertentu (1-3 tahun) dengan gaji minimum dianggap 9-13 sen sehari. Sistem ini amat menindas dan dianggap perhambaan tidak ketara. Sistem ini digantikan dengan sistem kangani
vi) Kangani bermaksud ketua, tandil atau mandur
vii) Kangani diberi kepercayaan oleh majikan dan diberi lesen dan kemudiannya akan ke India mencari tenaga buruh. Kangani diberi wang pendahuluan untuk membiayai kos buruh hingga ke Tanah Melayu
viii) Kangani kemudiannya dijadikan pengurus agensi membawa masuk buruh dan akhirnya sistem ini diharamkan kerana adanya penyelewengan

i) Penggunaan Mata Wang
i) Zaman Muzaffar Syah Melaka – contoh wang emas, perak dan timah yang digunakan untuk urusan perniagaan
ii) Di negeri lain – dinar emas (Kelantan), kupang emas (Terengganu), jongkong tampang (Pahang)
iii) Pedagang Eropah membawa mata wang asing contohnya mata wang perak Sepanyol yang digunakan di Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu
iv) Kemudiannya kerajaan British mengeluarkan wang kertas bagi Negeri-Negeri Selat dibawah Lembaga Pesuruhjaya Wang, wang ini sahaja yang sah digunakan ketika itu dan wang kerajaan Melayu kian pupus.

j) Institusi Kewangan Atau Perbankan
i) Institusi kewangan berperanan menyediakan kemudahan pinjaman kepada pelabur yang kemudiannya memajukan industri bijih timah dan getah
ii) Bank memperkenalkan kaedah baru yang berorientasikan keuntungan berasakan kadar faedah yang tinggi
iii) Bank telah menyebabkan dana luar negara dapat disalurkan terus ke Tanah Melayu dengan mudah dan cepat
iv) Bank telah bertindak sebagai ejen pembayar kepada pengeksport dan pengimport dan melicinkan perdagangan antarabangsa
v) Bank pertama di Tanah Melayu ialah Mercantile Bank
vi) Selepas Perjanjian Pangkor wujud banyak bank lain seperti The Chartered Bank, Hong Kong dan Shanghai Bank
vii) Bank Eropah mengutamakan pedagangan Eropah
viii) Pedagang tempatan mendapat perkhidmatan bank Eropah melalui Komprador (orang tengah) yang terdiri daripada orang tempatan yang diberi kepercayaan oleh bank untuk menjadi penaja kepada peminjam
ix) Bank tempatan pertama ialah Kwong Yik Bank di Kuala Lumpur, Bank of Malaya di Ipoh, Ban Hin Lee Bank di Pulau Pinang
x) Di Sarawak – Kwong Lee Bank, Ban Chiang Bank
xi) Bank orang melayu pertama – Malay National Banking Corporation Bhd.

k) Perkembangan Perkhidmatan Insurans
i) Antara insurans penting ialah insurans maritim, kebakaran, hatrra, perniagaan, kemalangan dan nyawa.
ii) Insurans maritim – melindungi dagangan dan kapal pedagang
iii) Insurans kebakaran – penting kerana kebakaran kerap berlaku contohnya kebakaran hampir seluruh Kuala Lumpur tahun 1892
iv) Peringkat awal syarikat insurans di Tanah Melayu adalah cawangan syarikat beribu pejabat di luar negara – contohnya Boustead and Company England
v) Syarikat insurans tempatan contohnya Straits Insurance Limited di Singapura
vi) Kerajaan British juga telah mengasingkan insurans nyawa daripada insurans kebakaran.

Dasar-Dasar Pertanian British
a) Dasar-Dasar Pertanian British
i) Orang melayu diperkenalkan oleh British dengan tanaman yang mempunyai pasaran seperti kopi, tembakau, getah
ii) British telah mengkomersialkan tanaman tradisional seperti gambir dan lada hitam
iii) Tenaga buruh China dan India digunakan untuk memajukan lagi sektor perladangan
iv) Undang-undang pemilikan tanah telah diperkenalkan oleh British, bertujuan untuk melindungi tanah orang Melayu daripada diceroboh oleh pemodal asing. Tetapi beberapa daripada aspek undang-undang ada yang menindas orang Melayu.

b) Pengenalan Undang-Undang Berhubung Tanah
i) Sebelum kedatangan British persoalan tanah tidak menjadi masalah kepada orang Melayu kerana tanah yang luas, penduduk rendah, urusan cukai dan kebenaran mengusahakan tanah hanya dengan pembesar Melayu. Pemilikan tanah amat mudah iaitu pemilik tanah ialah sesiapa yang meneroka dan mengerjakan tanah tersebut
ii) rekod bertulis adalah elemen penting dalam mengesahkan pemilikan tanah pada masa British
iii) Rekod ini juga digunakan dalam urusan tanah seperti cukai, pajakan, sewa beli, jual dan beli tanah.
iv) Tanah juga dilihat sebagai cagaran untuk mendapatkan modal
v) Undang-undang tanah pertama ialah Peraturan Tanah Perak. Seterusnya Kanah Tanah Selangor, Peraturan Tanah Sungai Ujong
vi) Tanah dibahagikan mengikut nilai komersial seperti tanah ladang pribumi dan perlombongan
vii) Kadar cukai tanah bergantung kepada jenis tanah dimiliki

c) Kesan Pengenalan Undang-Undang Tanah British
i) Permohonan kebenaran mendapatkan tanah sama ada syarikat atau individu didapati daripada Pejabat Tanah dan bukan dari Pembesar Melayu lagi
ii) Kebenaran Pejabat Tanah juga diperlukan untuk mengutip hasil hutan seperti nipah, damar, rotan
iii) Bermakna kuasa residen negeri amat besar untuk menentukan tanah yang boleh diberikan kepada pemodal.
iv) Kelulusan tanah pula bergantung kepada modal, teknologi dan bilangan buruh yang akan digunakan
v) Dasar tanah British juga membawa kepada perkembangan ekonomi wang. Di mana cukai, jual beli, sewa ke atas tanah perlu menggunakan wang. Orang Melayu perlu membayar cukai hasi hutan dalam bentuk wang.
vi) Kesannya orang Melayu yang tiada wang meminjam daripada orang tengah dan kemudiannya menyelesaikan menjual tanah untuk menyelesaikan hutan mereka.

d) Undang-Undang Melindungi Tanah Bumiputra
i) Akta Tanah Simpanan Melayu (TSM) diperkenalkan oleh British bagi mengelakkan tanah milik Melayu berpindah kepada orang asing
ii) Residen berhak mengisytiharkan mana-mana tanah orang Melayu sebagai TSM untuk mengelak TSM daripada dijual, dipajak gadai atau ditukar milik
iii) TSM juga ingin melindungi ekonomi penjajah, contohnya TSM tidak boleh diusahakan tanaman komersial. TSM tidak subur dan tidak sesuai untuk tanaman perladangan
iv) Land Order di Sarawak diperkenalkan bagi melindungi tanah peribumi daripada dicerobohi oleh pengusaha China.
v) Di sini jaga diperkenalkan Land Settlement Order bagi melindungi tanah peribumi daripada diceroboh
vi) Di Sarawak pemindahan hak milik tanah hanya boleh dilakukan melalui perwarisan, bagi mengelakkan pemajakan, pemecahan dan penjualan tanah kepada orang luar.
vii) Land Order Sarawak seterusnya membahagikan tanah kepada 3 kawasan iaitu tanah campuran, tanah simpanan dan tanah pedalaman
viii) Imigran hanyak dibenarkan memiliki tanah campuran sahaja manakala tanah simpanan dan pedalaman dilindungi
ix) Di Sabah pula, Proklamasi III Perlindungi Hak Peribumi yang melindungi kepentingan peribumi diwartakan oleh British. Peraturan ini menetapkan hak milik peribumi di bawah kuasa Pegawai Daerah.
x) Segala urusan jual beli tanah di Sabah dengan orang Eropah pula perlu dimaklumkan kepada ketua peribumi. Penduduk peribumi juga berhak menuntut ganti rugi ke atas tanah yang dijual kepada orang asing.

e) Dasar British Terhadap Pekebun Kecil Getah
i) Kebanyakan pekebun kecil ialah orang Melayu. British berhasrat mengekalkan orang Melayu sebagai petani
ii) Maka Enakmen Tanah Padi diperkenalkan untuk menghalang tanaman getah ditanam di kawasan tanaman padi, sekaligus mengurangkan penglibatan pekebun kecil getah dalam penanaman padi
iii) Halangan kepada orang Melayu seterusnya ialah apabila British menaikkan permium tanah baru untuk tanaman getah
iv) Selepas itu British melarang sama sekali pembukaan tanah baru untuk penanaman getah
v) Pada awalnya penglibatan pekebun kecil Melayu secara kecil-kecilan tidak mendatangkan kebimbangan kepada pengusaha Eropah
vi) Apabila ekonomi meleset dan harga getah jatuh, British terpaksa melindungi pengusaha Eropah
vii) Antaranya dengan memperkenalkan Rancangan Sekatan Stevenson yang menghadkan pengeluaran getah negara pengeluar
viii) Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa pula memberi kuota lebih tinggi kepada pekebun kecil, mereka juga ditekan kerana dianggap mengancam pengusaha Eropah
ix) Tanaman getah yang banyak masalah ini tetap menguntungkan orang Melayu berbanding tanaman padi
x) Oleh itu, orang Melayu tidak berminat mengusahakan tanaman padi

f) Dasar Tanaman Padi
i) Minat orang Melayu kepada getah berbanding padi membimbangkan British kerana Tanah Melayu terpaksa mengimport beras dari Thailand, Myanmar, Indo-China
ii) Bekalan import beras ini tidak terjamin, contohnya ketika berlaku kekurangan pengeluaran beras di Myanmar
iii) Maka petani tidak dibenarkan menanam padi di tanah sawah
iv) British menubuhkan Jabatan Parit, dan Tali Air bagi memperbaiki sistem peparitan dan membantu tanaman padi
v) Ini membuktikan bahawa British tidak memberi perhatian kepada kemajuan ekonomi orang Melayu

Kesan-Kesan Dasar Ekonomi British
a) Perkembangan Pembandaran

i) Pembandaran bermaksud perubahan pekan kecil atau kampung kepada bandar hasil pertambahan fungsi dan kegiatan ekonomi
ii) Pembadaran lebih cepat berlaku dikawasan yang menjadi pusat kegiatan ekonomi penjajah
iii) Pekan di kawasan perlombongan biasanya mempunyai penduduk yang kian bertambah, menjadi pusat mengumpul hasil lombong, pusat mendapatkan keperluan harian
iv) Pekan ini kemudiannya menjadi bandar yang menjadi pusat pentadbiran, perbankan seperti Kuala Lumpur, Taiping
v) Bandar Miri pula berkembang kerana adanya petroleum
vi) Bandaru baru muncul ini menjadi tumpuan penduduk dan berfungsi sebagai pusat perniagaan, pentadbiran
vii) Bandar ini lengkap dengan kemudahan jalan raya, sekolah, air, elektrik, pusat kesihatan, dan insitiusi kewangan
viii) Bandar-bandar ini kebanyakkannya di diami oleh orang China, sebaliknya orang Melayu dan India menetap di luar bandar
ix) Bandar baru pesat kerana adanya kemajuan pengangkutan dan mempunyai rangkaian jalan raya dan kereta api
x) Hasil getah dan bijih timah turut mengembangkan bandar pelabuhan kerana keperluan eksport seperti pelabuhan Klang, Pulau Pinang.
xi) Bandar Kuching pula muncul kerana kemajuan tanaman gambir dan lada hitam
xii) Walau bagaimanapun kemudahan infrastuktur ketika pemerintahan British tidak melibatkan kawasan luar bandar khususnya di kawasan pantai Timur Melayu.

b) Pembentukan Masyarakat Berbilang Kaum
i) Kedatangan imigran China dan India kerana keperluan tenaga manusia khasnya perlombongan dan perladangan
ii) Kedatangan imigran yang berlipat kali ganda banyaknya ketika British telah membentuk masyarakat berbilang kaum di tanah Melayu
iii) Semasa British petempatan dan kegiatan ekonomi berasaskan kaum, Melayu bertani di luar bandar, Cina berniaga dan melombong di bandar dan kawasan perlombongan. India menoreh getah di ladang
iv) Bahasa pertuturan mereka mengikut bahasa ibunda masing-masing
v) Pada masa ini tidak wujud interaksi dan perpaduan antara kaum

c) Perkembangan Sistem Pendidikan Vernakular
i) Sistem ini menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa penghantar dan tidak memupuk perpaduan kaum
ii) Pendidikan Melayu tradisional – mempelajari al-Quran, bahasa Arab, ilmu agama, membaca, menulis dan mengira di surau, masjid dan sekolah pondok
iii) Sekolah melayu – contohnya di Singapura, Seberang Prai, Kuala Kangsar yang dijalankan di peringkat rendah sekadar menjadikan mereka petani yang lebih baik daripada bapanya
iv) Maktab Perguruan Sultan Idris – melatih guru Sekolah Melayu
v) Kolej Melayu Kuala Kangsar – sekolah untuk golongan elit Melayu
vi) Sekolah Tamil – disediakan oleh British di bandar dan pengusaha ladang membiayai sekolah di ladang. Ia berorientasikan negara India, di mana sukatan, buku, guru dari India dan menggunakan bahasa Tamil.
vii) Sekolah Cina – dibiayai oleh saudagar dari China. Ia juga menggunakan sukatan, buku, guru dari negara asal (China) dan menggunakan dialek cina masing-masing. Selepas adanya pengaruh komunis British mengawal sekolah ini.
viii) Sekolah Inggeris – peringkat awal diusahakan oleh mubaligh dan badan sukarela. Sekolah ini sekolah elit yang terletak di bandar dan pelajarnya di kalangan orang atasan. Kurikululmnya disusun mengikut sistem pendidikan di England
ix) Univerisiti Malaya – diusahakan oleh British di Singapura tetapi agak lewat

d) Perkembangan Sektor Perkilangan
i) Pada awalnya British terlalu menumpukan kepada eksport getah dan bijih timah, hampir semua barangan kilang diimport
ii) Barangan kilang yang diimport seperti pakaian telah bersaing hebat dengan perkilangan tradisional tempatan seperti batik, sutera
iii) Kasut getah – contohnya kilang Syarikat Fung Keong dan Syarikat Bata di Klang
iv) Kilang membina kapal korek, kapal kecil dan mesin memproses getah – Syarikat United Engineers
v) Kilang mengetin nanas – diusahakan oleh bangsa Perancis di Johor
vi) Sektor ini dikuasai oleh pengusaha Eropah dan Cina, sementara orang Melayu tercicir.

e) SIstem Pengangkutan Dan Perhubungan
i) Jalan kereta api dibina untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah ke pelabuhan untuk dieksport, contohnya Taping ke Port eld, Seremban ke Port Dickson, Kuala LUmpur ke Port Swettenham

f) Perkhidmatan Kesihatan
i) Kedatangan imigran menyebabkan kesesakkan penduduk dan berlaku pelbagai penyakit berjangkit kerana tempat tinggal yang kotor dan air yang tidak bersih
ii) Hospital kerajaan terawal dibina di Taiping dan Kuala Lumpur
iii) Pusat perubatan pula dibina di Batu Gajah, Kuala Kangsar dan Kuala Lumpur
iv) Pusat perubatan kecil pula di Pahang dan Negeri Sembilan
v) Hospital di Sabah – Jesseltonm Sandakanm Tawau
vi) Perkhidmatan perubatan di Sarawak di Kuching dan pusat perubatan kecil di Sibu dan Sri Aman
vii) Hospital swasta – contohnya Hospital Tung Shin di Kuala Lumpur member khidmat khasnya kepada pelombong
viii) Institut Penyelidikan Perubatan di Kuala Lumpur – mengkaji punca penyakit dan langkah-langkah pencegahannya
ix) Sanitary Board – lembaga yang menjaga kebersihan dan kesihatan awam di bandar Kuala Lumpur. Fungsi lembaga ini kemudiannya terpecah dua kepada dua bahagian iaitu Sanitary Board menjaga kebersihan bandar dan Jabatan kesihatan menjaga kesihatan.

Kuiz Sejarah Bab 10: Klik Sini
Sejarah Tingkatan 4 Bab 10:
Nota Sejarah: Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 9

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 10

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 8

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 7

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingaktan 4 Bab 6

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 5

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 4

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 3

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 2

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 1

Hadis

Mimpi Yang Baik

Hadis

Kelebihan Mempelajari Al-Quran

Hadis

Adat Memberi Salam

Hadis

Nasihat Dari Rasulullah SAW

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah