Categories
Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 8

Sejarah Tingkatan 3 Bab 8 Kebijaksanaan Raja Dan Pembesar Melayu Menangani Cabaran Barat

Reaksi Pemerintah Negeri-Negeri Melayu Utara dan Johor Terhadap Tindakan Barat

Reaksi Pemerintah Perlis
– melalui Protokol Sempadan Perjanjian Bangkok 1909, Perlis kehilangan wilayah Pujoh yang terletak di sebelah utara Sungai Perlis kepada Siam
– Raja Syed Alwi Jamalullail membantah tindakan Siam mengambil wilayah Pujoh dan dimasukkan ke dalam wilayah Setul
– wilayah Pujoh sepatutnya menjadi sebahagian daripada Perlis kerana sebelum itu Pujoh ditadbir oleh kerajaan Perlis melalui Penghulu Kuala Perlis

Reaksi Pemerintah Kedah
– Sultan Abdul Hamid Halim Shah berasa tersinggung kerana tidak dibawa berunding perihal negeri baginda
– berdasarkan Protokol Sempadan Perjanjian Bangkok 1909, Kedah kehilangan wilayah Sadao, Setul, Pulau Terutau, Butang dan pulau-pulau sekitarnya kepada Siam
– Sultan Abdul Hamid Halim Shah menegaskan sempadan baharu di antara Kedah dan Siam harus ditentukan mengikut kirteria sempadan yang sedia ada
– Baginda amat murka sehingga menyatakan tidak akan memaafkan pihak yang menjual negeri Kedah

Reaksi Pemerintah Terengganu
– Perjanjian Bangkok tidak dapat diterima sama sekali oleh pelbagai pihak di Terengganu, terutamanya dalam kalangan sultan, ulama dan pembesar
– Sultan Zainal Abidin III mengecam tindakan Siam menyerahkan Terengganu kepada British tanpa pengetahuan baginda dan mempertahankan kedaultan negeri
– baginda menegaskan bahawa Siam tidak mempunyai sebarang hak ke atas Terengganu
– Baginda mengulangi kenyataan bahawa penghantaran bunga emas bukan menandakan Terengganu adalah jajahan Siam tetapi sebagai tanda persahabatan
– Baginda mengemukakan bantahan kepada Gabenor Negeri Selat pada 24 Mei 1909

Reaksi Pemerintah Kelantan
– J.S Mason dan wakl Siam datang ke Kota Bharu menghadap Sultan Muhammad IV memaklumkan persetujuan antara Siam dengan British melalui Perjanjian Bangkok 1909
– dalam pertemuan tersebut, Sultan Muhammad IV menolak perjanjian berkenaan
– Sultan Muhammad IV juga kecewa dengan tindakan British menyerahkan wilayah Tabal, iaitu daerah di Kelantan yang dihuni kira-kira 15,000 orang Melayu kepada Siam

Kebijaksanaan Pemerintah Johor menyekat kemaraan British
Kewibawaan Temenggung Daeng Ibrahim (1825-1862)
i) Menjamin keselamatan perairan
– memastikan perairan Johor dan Singapura selamat untun perdagangan
– mendapat hadiah pedang keemasan daripada Ratu Victoria sebagai menghargai jasa beliau mewujudkan keamanan perairan

ii) Mengasaskan Bandar Iskandar Puteri
– memindahkan pusat pentadbiran Johor dari Teluk Belanga, Singapura ke Tanjung Puteri utnuk mengelakkan tekanan British di Negeri Selat yang juga berpusat di Singapura.
– mengisytiharkan Tanjung Puteri sebagai ibu negeri Johor dan dinamakan Iskandar Puteri

iii) Memodenkan Pentadbiran Negeri
– mempelopori birokrasi moden
– Sistem tradisional diperkukuh dengan unsur baharu dari Barat ke dalam sistem pentadbiran seperti pendidikan moden

iv) Memperkenalkan Sistem Kangcu
– menggalakkan kemasukan orang Cina untuk mengusahakan tanaman gambir dan lada hitam
– Tahun 1860: Johor menjadi pengeluar gambir dan lada hitam yang terkemuka di Alam Melayu

v) Mengeksploitasi Hasil Hutan
– mengeluarkan hasil hutan tertama getah percan untuk dijual kepada pedagang British
– perdagangan getah perca menguntungkan sehingga Temenggung mengisytiharkan sebagai monopoli Johor

Tindakan Raja Melayu dalam Menangani Cabaran Barat
1) Tuntutan Raja Melayu Melalui Durbar
Durbar di Kuala Lumpur 1903
– Sultan Perak, Sultan Idris Murshidul Adzam Shah mengkritik pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral dan mendesak dilaksanakan langkah mengembalikan kuasa kepada institusi raja
– baginda juga mendesak bilangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan kerajaan persekutuan ditambah dan dilantik ke jawatan yang lebih tinggi
– Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhammad Ibni Yamtuan Antah menuntut kuasa bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi Persekutuan

Durbar di Pekan, Pahang 1932
– Sultan Perak, Sultan Iskandar Shah bertitah dengan tegas mendesak agar kuasa pemerintahan dikembalikan kepada Raja-raja Melayu dan Majlis Negeri dalam semua aspek pemerintahan negeri

Durbar di Klang, Selangor 1937
– Yang Di Petuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman menggesa British memberikan peluang perkhidmatan kepada buruh dari rumpun Alam Melayu, khususnya orang Jawa menggantikan buruh Cina dan India di negeri-negeri Melayu|
– Sulan Pahan, Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muazzam Shah mendesak British memberikan perhatian kepada masalah orang Melayu yang tidak mempunyai pekerjaan atau tanah

Durbar di Seri Menanti, Negeri Sembilan 1939
– Sultan Selangor, Sultan Hisamuddin Alam Shah mencadangkan penubuhan Malay Girls College yang sama tarafnya dengan Malay College Kuala Kangsar untuk meningkatkan pendidikan kaum wanita

2) Diplomasi Menangani Tekanan British
Diplomasi Sultan Abu Bakar Johor
i) Mengadakan Hubungan Baik Dengan Kerajaan Negeri Selat
– British mengekalkan kawasan Teluk Belanga di Singapura sebagai milik Kesultanan Johor
– baginda dan kerabatnya menetap di Singapura sehingga tahun 1889 sebelum berpindah ke Johor

ii) Kunjungan ke England Bertemu Dengan Ratu Victoria
– baginda dikurniakan gelaran Maharaja Johor pada tahub 1868
– meredakan tekanan gabenor negeri selat
– diberikan kepercayaan menyelesaikan pertikaian di negeri-negeri Melayu

iii) Menubuhkan Lembaga Penasihat Johor Di Labuan
– ahli dilantik oleh baginda dalam kalangan pegawai British yang berpengaruh
– membantu menasihati baginda dalam hal pentadbiran

Diplomasi Sultan Zainal Abidin III Terengganu
i) Kebijaksanaan dalam Rundingan
– baginda merupakan pemerintah yang berani mempertahankan kedaulatan negeri
– berangkat ke Singapura berunding dengan Gabenor Negeri Selat selepas Perjanjian Bangkok 1909

ii) Menandatangani Perjanjian British-Terengganu 1910
– hasil rundingan membawa kepada Perjanjiuan Tahun 1910 yang meminda Perjanjian Bangkok 1909
– baginda hanya bersetuju menandatangani perjanjian apabila British mengakui Terengganu negeri yang merdeka
– Terengganu hanya menerima wakil British yang tidak mempunyai kuasa dalam pentadbiran negeri

3) Keengganan Pemerintah Negeri-Negeri Melayu Utara Menerima Penasihat British

i) Syed Hamzah Jamalullail (Naib Presiden Majlis Mesyuarat Negeri Perlis)
Penasihat British di Perlis
– Pada 15 julai 1909, British melantik Meadow Frost sebagai Penasihat British di Perlis
– meskipun pemindahan naungan Siam kepada British berlaku pada 1909, namun British dan Perlis tidak terikat dengan sebarang perjanjian rasmi
– pada 28 april 1930, Perjanjian Perlis-British yang ditandatangani menjadi Perlis secara rasmi negeri Melayu terakhir menerima naungan British
– perjanjian tersebut meningkatkan kawalan Penasihat British terhadap pentadbiran negeri melalui Majlis Mesyuarat Negeri Perlis

ii) Tunku Mahmud (Presiden Majlis Mesyuarat Negeri Kedah)
Penasihat British di Kedah
– pada 15 julai 1909, British menghantar W.G Maxwell sebagai Penasihat British di Kedah
– Keengganan menerima kehadiran W.G. Maxwell menimbulkan pergeseran dengan Majlis Mesyuarat Negeri Kedah
– konflik berpunca daripada tindakan W.G Maxwell yang dianggap melampaui dalam mencampuri urusan pentadbiran negeri.
– Majlis Mesyuarat Negeri Kedah menentang langkah W.G Maxwell menuntut surat rasmi mesti melalui Residen Jeneral dan ditulis dalam bahasa Inggeris
– Tindakan W.G Maxwell mengetepikan nama Kedah dalam surat rasmi dan mengibarkan bendera Union Jack di kediamannya dianggap tidak wajar dan mencabar identiti negeri.
– Konflik dengan Penasihat British membawa kepada Perjanjian Kedah-British pada 1 November 1923
– Kedah berjaya mengekalkan identiti sebagai negeri Melayu
a) Penggunaan bahasa Melayu dalam pentadbiran dan perundangan
b) Penggunaan kalendar Hijrah
c) Cuti Umum pada Hari Jumaat
d) Keutamaan melantik pegawai Melayu dalam pentadbiran

iii) Sultan Muhammad IV, Kelantan
Penasihat British di Kelantan
– Sultan Muhammad IV tidak menerima Perjanjian Bangkok.
– British berunding dengan baginda untuk mewujudkan perjanjian lain
– akhirnya, perjanjian ditandatangani antara British dengan Kelantan pada tahun 1910.
– Antara kandungan perjanjian tersebut termasuklah:
a) J.S Mason dihantar ke Kelantan sebagai Penasihat British
b) Sultan Kelantan perlu mengikut dan melaksanakan nasihat Penasihat British dalam semua perkara kecuali agama Islam dan adat Melayu
c) Sultan Kelantan tidak dibenarkan membuat hubungan dengan kuasa luar tanpa melalui Penasihat British

iv) Sultan Muhammad II
Penasihat British di Terengganu
– Sultan Zainal Abidin III enggan menerima Penasihat British dan hanya menerima pelantikan wakil British yang tidak mempunyai kuasa dalam pentadbiran negeri pada tahun 1910
– Penguasaan British dalam pentadbiran Terengganu berlaku selepas kemagkatan Sultan Zainal Abidin III apabila Sultan Muhamaad II yang menaiki takhta selepas itu didesak menandatangani Perjanjian Terengganu-British pada 24 Mei 1919.
– Melalui perjanjian ini, status wakil British ditukarkan menjadi Penasihat British yang membolehkan British campur tangan dalam segala hal ehwal pentadbiran negeri kecuali agama Islam dan adat Melayu
– penasihat British yang pertama di Terengganu ialah J.L Humphreys
– Sultan Muhammad II (1918-1920) lebih banyak berunding dengan pembesar negeri berbanding dengan merujuk Penasihat British
– Tindakan Sultan Muhammad II menimbulkan kemarahan British dan dianggap sebagai penghalang dasar British di Terengganu. Baginda turun takhta pada tahun 1920 dan digantikan dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.

4) Menggubal Undang-Undang Tubuh
i) Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor
– pada 14 april 1895, Sultan Abu Bakar memasyhurkan perlembagaan negeri yang dikenali sebagai Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor
– pengenalan undang-undang ini menjadikan Johor sebagai negeri Melayu pertama yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan mempunyai unsur demokratik.

Kandungan
– Sultan tidak boleh menyerahkan negeri dan kerajaan Johor kepada sebarang kuasa asing
– menteri-menteri dan Jemaah Pangkuan Kerajaan juga tidak boleh menyerahkan negeri kepada kerajaan asing
– Jemaah Menteri hendaklah terdiri daripada bangsa Melayu, rakyat Johor dan beragama Islam
– Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan mestilah terdiri daripada rakyat Johor
– agama Islam sebagai agama negeri selama-lamanya
– Raja dan kerajaan Johor mengekalkan hubungan baik dengan kerajaan lain terutama British

Kepentingan
– Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor menyediakan asas yang kukuh bagi negeri Johor untuk mengimbangi kuasa British dan mempertahankan identiti negeri
– perlembangan tersebut digubal untuk membentuk kerajaan yang berteraskan demokrasi bagi menggantikan pemerintahan bercorak mutlak
– langkah ini memberikan kesan kepada rancangan British untuk menguasai Johor

ii) Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu
– pada 2 novembe 1911, Sultan Zainal Abidin III menggubal Undang-Undang Tubuh bertulis pertama di Terengganu iaitu Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu

Kandungan
– kerajaan Terengganu merupakan kerajaan Melayu Islam (Malayuwiyyah Islamiyyah)
– Islam merupakan asas perundangan negeri
– Sultan Terengganu tidak boleh menyerahkan negeri Terengganu kepada mana-mana kuasa asing
– Sultan Terengganu yang menyerahkan negeri Terengganu kepada kuasa asing hendaklah turun dari takhta
– Menteri Besar mestilah beragama Islam dan rakyat Terengganu
– Ahli Mesyuarat Negeri boleh terdiri daripada orang bukan beragama Islam tetapi mestilah rakyat Terengganu

Kepentingan
– penggubalan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu merupakan langkah Sultan Zainal Abidin III untuk memantapkan pentadbiran dan memelihara kedaulatan negeri
– Penggubalan undang-undang tersebut juga berhubung rapat dengan usaha sultan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan raja, pembesar dan rakyat jelata
– Kekuatan hubungan antara raja dengan rakyat menjadi benteng untuk menghalang campur tangan British terhadap pemerintahan Terengganu.

5) Raja Menerajui Pemodenan Negeri
i) Pemodenan Johor
– Sultan Abu Bakar dengan kerjasama Majlis Jemaah Menteri yang cekap, meneruskan pemodenan pentadbiran yang dipelopori oleh Temenggung Daeng Ibrahim
– antaranya ialah aspek pentadbiran, kewangan, undang-undang,pelajaran, kesihatan, tanah, polis dan tentera.
– Sultan ABu Bakar dengan kerjasama pembesar telah menubuhkan pelbagai jabatan untuk mengurus pembangunan rakyat dan negeri
– jabatan-jabatan ini beroperasi dengan begitu cekap dan berkesan sehingga pihak British tidak mempunyai ruang untuk campur tangan
– Sultan Abu Bakar berjaya meletakkan Johor sebagai negeri moden berbanding dengan negeri Melayu lain pada abad 19 sehingga baginda digelar “Bapa Pemodenan Johor”

ii) Pemodenan Kedah
– Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882-1943) terkenal sebagai “Bapa Moden Kedah” kerana pemerintahan baginda
– Baginda dibantuk oleh pembesar negeri yang berkebolehan dalam menjayakan pembangunan negeri
– Pada akhir abad 19, Kedah mewujudkan Jabatan Perbendaharaan, Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Audit, Pejabat Besar Pos dan Telekom, Mahkamah Keadilan dan Pasukan Polis Kedah
– Kedah dapat mengembangkan sistem politik yang tersusun sebelum campur tangan British kerana mempunyai pegawai berpengalaman dan memainkan peranan yang berkesan dalam sistem pentadbiran

iii) Pemodenan Terengganu
– Sultan Zainal ABidin III bersama-sama yang Yand Dipertuan Muda Tengku Muhammad melakukan pembaharuan dan pemodenan dlaam bidang pentadbiran dengan menubuhkan Jemaah Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah Menteri sejak tahun 1912.
– Penubuhan badan ini membawa kepada penubuhan jabatan kerajaan seperti Pejabat Setiausaha Kerajaan, Pejabat Perbendaharaan, Pejabat Pesuruhjaya Keadilan, Pejabat Agama dan Pelajaran, Pejabat Kerja Raya dan Pejabat Pesuruhjaya Hutan.

Usaha Pembesar Melayu Dalam Pemodenan Negeri
1) Pembangunan Sosioekonomi

Long Jaafar
– membawa kemajuan di Larut sekali gus memperkenalkan negeri Melayu di pasaran dunia sebagai pengeluar utama bijih timah
– menggalakkan pusat pengajian agama dan membina sekolah Melayu Matang pada tahun 1826 untuk membeikan pendidikan kepada anak tempatan

Tengku Menteri Ngah Ibrahim
– Jutawan berwatak nasionalis dan berwawasan dalam membangunkan ekonomi bangsa
– Menemui Sultan Abu Bakar Johor untuk mempelajari sistem pentadbiran moden baginda bagi memajukan daerah Larut
– usaha Ngah Ibrahim beakhir apabila beliau dijatuhkan hukuman dibuang negeri ke Pulau Seychelles dan kemudiannya meninggal dunia di Singapura pada 1895

2) Pembangunan Pertanian
Wan Muhammad Saman
– Beliau dikenali sebagai Tokoh Pembangunan Negeri Kedah kerana mencetusidea membina terusan bermula dari Alor Setar hingga kaki Gunung Jerai, Gurun
– sempena mengenangkan jasa meliau kepada pembangunan negeri, terusan yang dibina oleh beliau dinamakan Terusan Wan Muhammad Saman

3) Pembangunan Bandar
Dato’ Muhammad Salleh Bin Perang
– beliau melukis peta lengkap pertama bagi negeri Johor bagi memudahkan kerajaan menggerakkan pembangunan pertanian, perbandaran dan sistem perhubungan
– beliau mengasaskan pembukaan Bandar Maharani (Muar), Endau dan Bandar Penggaram (Batu Pahat)

4) Pentadbiran Dan Pendidikan
Dato’ Jaafar bin Muhammad
– memelihara kedaulatan negeri dengan mengarahkan bendera Union Jack dikibarkan lebih rendah daripada bendera negeri Johor
– memartabatkan bahasa Melayu dengan menetapkan penggunaan bahasa Melayu dalam penulisan surat rasmi kerajaan
– mewajibkan pegawai British yang berkhidmat di Johor memakai pakaian rasmi kerajaan Johor

Dato’ Abdul Rahman Bin Andak
– bertanggungjawab mengawal hubungan Johor dengan British, bijak dalam diplomasi dan berpandangan jauh dalam usaha mengekalkan kedaulatan negeri
– kebijaksanaan mematahkan usaha peluasan kuasa British menyebabkan beliau dibersarakan daripada pentadbiran Johor atas desakan British
– perintis penubuhan Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa pada tahun 1888 yang merupakan badan persuratan terulung ketika itu

Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi
– menggalakkan perkembangan pendidikan moden melalui penubuhan Jabatan Pelajaran pada tahun 1883 dan sekolah-sekolah di Johor
– membentuk Jawatankuasa Pelajaran Negeri yang terdiri daripada tokoh birokrat, agama dan masyarakat
– mendesak diwartakan pendidikan wajib kepada kanak-kanak Johor.

Syeikhul Islam Terengganu
– Saiyid Abdur Rahman bin Saiyid Muhammad bin Saiyid Zainal Abidin al-Aidrus. Terkenala dengan gelaran Tok Ku Paloh
– pembesar istana yang dilantink sebagai Sheikhul Islam dalam pemerintahan Sultan Zainal Abidin III.
– tokoh penting dalam memberikan nasihat dan semangat perjuangan kepada sultan ketika berhadapan epluasan kuasa British di Terengganu termasuk terlibat dalam penggubalan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu

5) Ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan
– golongan bangsawan yang dilantik kepada Ahli Majlis Mesyuarat Persekutuab
– menuntut pembentukan Rejimen Askar Melayu Diraja untuk menjaga keselamatan bangsa
– mendesak British membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak-anak watan khususnya dalam perkhidmatan awam.

6) Kepimpinan Tempatan Di Sarawak Dan Sabah
Datuk Hakim Imam Abang Haji Murshidi
– memainkan peranan penting dalam pentadbiran Dinasti Brooke terutamanya dalam hal ehwal yang berkaitan dengan umat Islam di Sarawak
– memulakan pengajian Islam yang lebih formal di Sarawak melalui penubuhan Madrasah al-Murshidiyyah di Kuching pada awal abad 20
– bersama Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah dan Abang Haji Bolhassan menubuhkan sebuah sekolah khas bagi kaum wanita mempelajari ilmu agama yang dikenali sebagai Sekolah Kajang
– Pada 1925, beliau dilantik sebagai Datuk Hakim dan sebagai ahli Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri Sarawak
– pada 1932, beliau dilantik sebagai Datu Imam
– beliau juga mengasaskan Majlis Syuyukh Islam yang kemudiannya dikenali sebagai Majlis Islam Sarawak

Orang Kaya-kaya Haju Mohammad Arshad
– Ketua Anak Negeri yang membantu Pegawai Daerah menjalankan pentadbiran pada peringkat daerah
– menjaga keamanan, mengutip cukai, mengurus hal yang berkaitan dengan pembahagian tanah dan memajukan pertanian dalam masyarakat tempatan
– menjadi hakim di Mahkamah Anak Negeri yang mengendalikan kes berkaitan dengan hukum adat dan syariah

Keberkesanan Peranan Pemerintah Tempatan Dalam Menangani Cabaran Barat
1. Kemakmuran Negeri
i) kemakmuran ekonomi Johor merupakan manifestasi kecekapan dan keberkesanan sistem pentadbiran yang diwujudkan pada akhir abad ke 19 dan awal abad ke 20. Walaupun pemodenan dan kemajuan ditempa, namun jati diri dalam kalangan rakyat masih kekal dan utuh

ii) pemodenan dalam pentadbiran dan ekonomi menarik lebih ramai pelabur asing datang ke Johor untuk melabur dalam sektor petanian komersial

iii) Sultan Abu Bakar mengabadikan peranan yang dimainkan sumber hasil pertanian penting yang membawa kemajuan ekonomi Johor dengan menjadikan motif lada hitam dan gambir tersebut sebagai awan larat pada semua peralatan istana dan kerajaan

iv) usaha memajukan perlombongan bijih timah oleh Tengku Menteri Ngah Ibrahim di Larut dan peranan Sultan Ismail di Lembah Kinta memperkenalkan Perak sebagai pengeluar bijih timah utama dunia

v) Pembaharuan pentadbiran Kedah sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan kewibawaan Perdana Menteri Wan Muhammad Saman berjaya menjadikan Kedah sebagai negeri jelapang padi

vi) Kerancakan kegiatan ekonomi di Sarawak dan Sabah juga berlaku sebelum kedatangan kuasa Barat. Kewujudan pelabuhan membuktikan penduduk Sarawak dan Sabah sudah terlibat dalam kegiatan pdagangan. Pelabuhan tersebut memperdagangkan bahan mentah, hasil hutan dan hasil laut. Sarawak dan Sabah kaya dengan pelbagai hasil hutan yang diusahakan oleh penduduk tempatan

2) Melambatkan Peluasan Kuasa British
– penggubalan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor dan Undang-Undang Bagi Diri Terengganu membantutkan cita-cita British untuk meluaskan kuasa ke atas negeri Melayu
– kawalan undang-undang tubuh tersebut terhadap kedaulatan negeri dinyatakan dengan tegas bahawa pemerintah tidak boleh menyerahkan negeri kepada kuasa asing
– British hanya berjaya menempatkan Penasihat Am British di Johor selepas Sultan Abu Bakar mangkat dengan mendesak Sultan Ibrahim menandatangani perjanjian British-Johor pada tahun 1914

Perjanjian antara Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain dengan Negeri Johor 1914
– bahawasanya adalah dianggap perlu bahawa Perkara III Perjanjian 11 Disember 1885 yang dibuat oleh Yang Teramat Mulia Frederick Arthur Stanley, Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan Baginda Queen, bagi pihak Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen Great Britain dengan Duli Yang Maha Mulia Baginda Maharaja Johor hendaklah dimasuhkan dan Perkara yang lain menggantikannya

Perkata III
– Sultan Negeri dan wilayah Johor akan menerima dan menyediakan kedaiaman yang sesuai untuk seorang Pegawai British ayng dinamakan Ketua Penasihat, yang akan ditauliahkan ke istana Baginda dan tinggal dalam Negeri dan wilayah Johor, dan nasihatnya mestilah diminta dan diambil tindakan atas semua perkara yang melibatkan pentadbiran am negeri itu dan semua persoalan selain yang menyentuh agama Islam dan adat istiadat orang Melayu.

3) Kemajuan Pendidikan
– penyediaan kemudahan pendidikan bukan menjadi keutamaan British kerana tumpuan British adalah untuk mengeksploitasi sumber ekonomi negeri-negeri Melayu
– British kurang memberikan perhatian kepada pendidikan terutama pendidikan wanita kerana dianggap tidak memberikan pulangan ekonomi kepada British
– Desakan berterusan Raja-raja Melayu melalui Durbar mengenai kepentingan anak wantan membawa kepada penubuhan sekolah-sekolah di negeri-negei Melayu termasuk sekolah perempuan

4) Penubuhan Rejimen Askar Melayu Diraja
– Rejimen Askar Melayu ditubuhkan hasil insiatif Yamtuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhammad ibni Yamtuan Antah, Sultan Perak Sultan Alang Iskandar, Undang Luak Rembau Dato’ Abdullah Dahan dan Raja Di Hilir Perak, Raja Chulan ibni Sultan Abdullah
– Raja-raja Melayu dan pembesar Melayu mendesak melalui Durbar dan Majlis Perundangan Persekutuan tentang keperluan pasukan bersenjata yang dianggotai oleh anak watan bagi memelihara kedaulatan dan keselamatan negara
– Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD)

5) Pegawai Tadbir Melayu
– penubuhan PTM merupakan hak kepada raja-raja Melayu bagi kepentingan anak-anak mereka
– British sedar bahawa mereka perlu mendapatkan kerjasama elit Melayu untuk mengekalkan kedudukan mereka di negeri-negeri Melayu
– Pelantikan elit Melayu dalam pentadbiran British akan memberikan peluang kepada mereka untuk menyesuaikan diri dengan kehendak British
– Pegawai-pegawai Melayu boleh dinaikkan pangkat dan dipindahkan ke Perkhidmatan Awam Tanah Melayu (PATM) dan menduduki jawatan-jawatan tinggi
– PTM dianggap sebagai eksklusif dengan prestij yang tinggi dalam kalangan masyarakat Melayu

6) Mempertahankan Institusi Beraja
– Raja-raja membuktikan kebolehan berdiplomasi sehingga institusi raja dapat dikekalkan dan berjaya dipertahankan
– Peluasan kuasa British di negeri-negeri Melayu tidak menghapuskan kedudukan raja-raja Melayu
– British hanya dapat mengambil alih pemerintahan pada peringkat pembesar negeri
– Peranan pembesar negeri digantikan oleh pegawai British
– Jabatan dan sistem bercorak barat digunakan bagi menggantikan peranan pembesar tempatan

Kuiz Sejarah Bab 8: Klik Sini
Sejarah Tingkatan 3 Bab 8:
Nota Sejarah: Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 1

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 2

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 3

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 4

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 5

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 6

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 7

Sejarah Tingkatan 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 8

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara

Hadis

Perbanyakkan Selawat di Hari Jumaat