Categories
Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 8

Sejarah Tingkatan 2 Bab 8 Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan Dan Perlis

Pengasasan Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan Dan Perlis

a) Kerajaan Kedah
– Maharaja Drebar Raja dari Parsi datang ke Kuala Sungai Merbok, Kedah pada sekitar tahun 630 M.
– Tan Dermadewa dan Tun Perkasa, ketua orang Melayu di Kedah telah menghadap dan melantik Maharaja Derbar Raja menjadi Raja Kedah.
– Pemasyhuran Maharaja Drebar Raja sebagai Raja Kedah.
– Baginda kemudiannya telah membina pusat kerajaan di Sungai Mas. Kawasan pemerintahan kerajaan Kedah berkembang menerusi pembukaan kota atau pusat pentadbiran baharu setelah seseorang pemerintah menaiki takhta.
– Kedudukan Kuala Sungai Merbok yang menghala ke Selat Melaka dan Gunung Jerai, iaitu puncak tertinggi di Kedah telah menarik kehadiran pedagang

b) Kerajaan Kelantan
– Pada tahun 1650, Kelantan merupakan sebahagian daripada Negara Patani Besar yang diasaskan oleh Raja Sakti I.
– Pada tahun 1670, Kemangkatan Raja Bahar menyebabkan Kelantan berpecah kepada dua wilayah pemerintahan iaitu Kelantan Barat dan Kelantan Timur.
– Pada tahun 1672, di Kota Kubang Labu Long Yunus telah berjaya menyatukan kedua-dua wilayah dan Baginda menaiki takhta dengan gelaran Yang di-Pertuan Kelantan.
– Pada tahun 1777, baginda telah memindahkan pusat pentadbiran ke Kota Galoh di timur tebing Sungai Kelantan.
– Pada tahun 1837-1886, Sultan Muhammad II merupakan antara pemerintah yang masyhur. Baginda telah mengasaskan Kota Bharu sebagai pusat pemerintahan pada tahun 1844. Istana Balai Besar telah dibina sebagai tempat bersemayam dan pentadbiran kerajaan Kelantan

c) Kerajaan Negeri Sembilan
– Negeri Sembilan pada asalnya merupakan naungan Kesultanan Johor Riau.
– Sejak awal abad ke 15, masyarakat Minangkabau yang berasal dari Sumatera telah merantau dan mendiami beberapa wilayah di Negeri Sembilan
– Pada tahun 1770. empat penghulu Luak terdiri daripada Sungai Ujong,Jelebu, Johol dan Rembau telah menghantar utusan untuk menjemput anak raja Minangkabau
– Raja Minangkabau bersetuju mengutuskan Raja Melewar sebagai pemerintah di Negeri Sembilan.
– Pada tahun 1773, Raja Melewar mengasaskan kerajaan Negeri Sembilan yang berpusat di Seri Menanti
– Yamtuan Antah 1872-1888 merupakan antara yang masyhur.Baginda berusaha menjamin keamanan negeri daripada campur tangan kuasa luar.

d) Kerajaan Perlis
– Pada peringkat awal, Perlis merupakan sebahagian daripada wilayah Kedah.
– Sultan Kedah, Sultan Muhyiddin Mansur Shah, Sultan Dhiauddin Mukarram Shah I dan Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II telah menjadikan Perlis sebagai pusat pemerintahan kerajaan
– Sultan Muhyiddin Mansur Shah telah membina Kota Sena yang menjadi asas kepada perkembangan Bandar Kangar.
– Sultan Dhiauddin Mukarram Shah I, telah mengasas dan membangunkan Kota Kayang dan baginfa mangkat pada tahun 1688 dan dimakmkan di Kota Kayang, Perlis.
– Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II -membangunkan Kota Kayang II semasa menjadi Raja Muda -membentuk Mukim Arau dengan melantik Syed Harun Jamalullail sebagai Penghulu pada tahun 1798
– Pada tahun 1839, wilayah Kedah dipecahkan kepada empat unit pentadbiran, iaitu Setul, Perlis, Kubang Pasu dan Kedah.
– Pada tahun 1843, Siam mengiktiraf Syed Hussin Jamalullail sebagai pemerintah negeri Perlis dengan gelaran Phya Songkhram Ramu Wichit Willis Asmara Phya Pelit
– Syed Hussin Jamalullail telah menjadikan Arau sebagai pusat pentadbiran

Hubungan Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan Dan Perlis Dengan Negeri-Negeri Melayu Yang Lain

Asas Hubungan
1) Tujuan
– Pada peringkat awal, setiap kerajaan menjalinkan hubungan luar kerana hendak memperkukuh kedaulatan kerajaan.
– Pemerintah telah menghantar utusan ke negeri Melayu yang lain bagi mendapatkan pengiktirafan kedaulatan kerajaan.
– Kestabilan dalam negeri kemudiannya mendorong perintah berusaha menjalinkan hubungan luar untuk kemakmuran negeri.

a) Keserumpunan
– Persamaan dalam aspek bahasa dan budaya mendorong wujud hubungan dengan negeri-negeri Melayu yang lain.
– Memudahkan interaksi sesama kerajaan
-Setiap kerajaan saling bertoleransi dalam menerima amalan budaya lain.

b) Geografi
– Sempadan antara negeri yang berjiran memudahkan perhubungan.
– Tarikan perhubungan: hasil alam dan sumber bumi
– Sungai: laluan perhubungan yang dikongsi bersama
– Kepentingan sungai mendorong setiap negeri menjamin keselamatan laluan tersebut.
– Pelabuhan di pinggir sungai –menggalakkan hubungan negeri berjiran dan kuasa luar.

c) Agama
– Islam diterima oleh pemerintah.
– Diperkukuhkan dalam kegiatan keagamaan menerusi peranan ulama.
– Berkongsi institusi Pendidikan agama menerusi kehadiran penuntut dari pelbagai wilayah

2) Hubungan Diplomatik
Cara Jalinan Hubungan Diplomatik
a) Pengiktirifan
– Bertujuan mengabsahkan sultan sebagai pemerintah
– Mewujudkan hubungan antara kerajaan berdaulat yang mempunyai taraf yang sama
– Sultan Mahmud Shah, pemerintah KMM telah mengiktiraf kerajaan Kedah sebagai kerajaan yang berdaulat
– Kerajaan Kedah mengakui pertuanan Sultan Melaka.
– Sultan Terengganu mengiktkraf kerajaan Kelantan

b) Pertahanan
– Penting untuk memastikan kelangsungan kerajaan
– Mengekalkan kedaulatan kerajaan daripada campur tangan kuasa lain
– Long Yunus mendapat ketenteraan daripada kerajaan Terengganu dan kerajaan Reman di Hulu Perak dalam usaha menyatukan Kelantan.
– Pelantikan Long Gaffar dari kerajaan Reman sebagai Perdana Menteri Kelantan merangakap Panglima Perang membantu mengekalkan keamanan di Kelantan.

c) Perkahwinan
– Perkahwinan diraja antara kerajaan merupakan amalan tradisi kerajaan negeri-negeri Melayu
– Mengukuhkan hubungan dan menjamin kedaulatan kerajaan
– Orang Kening, iaitu puteri Kelantan dikahwinkan dengan Sultan Mahmud Shah dari Melaka. Lahirnya Raja Muzaffar yang kemudiannya menjadi Sultan Perak yang pertama.
– Che’ Ku Wan, puteri Long Yunus dikhwinkan dengan Tengku Muhammad, putera Sultan Terengganu.
– Raja Perlis, Raja Syed Hussin berkahwin dengan Tengku Nor Asiah, cucunda Sultan Abdullah Mukarram Shah, Sultan Kedah ke-20.

3) Hubungan Perdagangan
Pelabuhan
– Hubungan antara kerajaan berlaku melalui aktiviti perdagangan di pelabuhan.
– Pelabuhan asas kepada pembentukan hubungan pedagang tempatan dan luar seperti Melaka, Johor, Siam, China

a) Kedah
-Pangkalan Lembah Bujang, Pangkalan Kuala Merbok di Sungai Merbok
– Pangkalan Kuala Muda di Sungai Muda
– Sultan Muhammad Jiwa telah memperkemaskan penggunaan mata wang Kedah di pelabuhan

b) Kelantan
– Pangkalan Galoh ialah Pangkalan Permata dibina di Sungai Kelantan
– Menggunakan mata wang logam dinar dalam urusan perdagangan

c) Perlis
– Pelabuhan Kuala Perlis di Sg. Perlis
– Pekan Kangar menjadi tempat pertemuan pedagang

d) Negeri Sembilan
– Pangkalan di Sungai Linggi
– Pedagang Rembau menguasai aktiviti perdagangan dengan pedagang luar

Barang Dagangan
-Kekayaan hasil bumi dan kepelbagaian jenis barang dagangan tarikan pedagang tempatan dan dari luar Alam Melayu.
– Keperluan barang dagangan mendorong hubungan perdagangan antara kerajaan

a) Kedah
– Kedah memperdagangkan beras, garam, damar kapur barus dan emas urai. Manakala pedagang dari Perak dan Melaka membawa arang kayu, papan, dan ikan kering.
– Kedah juga pembekal gading dan gajah bagi pedagang entrepotnya.

b) Kelantan
– Memperdagangkan emas dan dikunjungi oleh pedagang dari dalam dan luar Kepulauan Melayu.

c) Perlis
– Memperdagangkan beras dan bijih timah dengan negeri jiran dan Siam

d) Negeri Sembilan
– NS memperdagangkan bijih timah, sirih, kayu gaharu, dan kapur barus dengan Johor dan Melaka.

Kuiz Sejarah Bab 8: Klik Sini
Sejarah Tingkatan 2 Bab 8: Muat Turun
Nota Sejarah: Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 1

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 2

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 3

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 4

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 5

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 6

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 7

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 8

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 9

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 10

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara