Sejarah Tingkatan 2 Bab 7 Kesultanan Melayu Pahang, Perak, Terengganu Dan Selangor
Pengasasan Kesultanan Pahang, Perak, Terengganu Dan Selangor
a) Kesultanan Pahang
– Pada abad ke-15, Pahang merupakan sebahagian wilayah naungan Kesultanan Melayu Melaka. Seri Bija Diraja dilantik sebagai wakil untuk mentadbir Pahang.
– Raja Muhammad berangkat dari Melaka ke Pahang diiringi oleh golongan bangsawan Melaka. Mereka telah dilantik sebagai Bendahara,Penghulu Bendahari,Temenggung dan Hulubalang Besar.
– Pada tahun 1470 Raja Muhammad mengasaskan Kesultanan Pahang dengan gelaran Sultan Muhammad Shah.
– Sultan Muhammad Shah mendirikan pusat pemerintahan di Pekan, berhampiran Kuala Sungai Pahang.
– Pada tahun 1495-1512, Sultan Abdul Jamil Shah merupakan sultan ketiga yang memerintah Pahang dan antara sultan yang masyhur.
– Pada tahun 1592-1614, Sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Shah tidak meninggalkan waris kerana puteranya Raja Muda Abdullah mangkat.
– Keluarga Bendahara Johor yang mentadbir Pahang, Kemudian mengasaskan Kesultanan Pahang yang baharu..Pengasasnya ialah Bendahara Siswa Raja Wan Ahmad.
b) Kesulatanan Perak
– Pada abad ke 15, Perak merupakan sebahagian wilayah naungan Kesultanan Melayu Melaka. Serangan Portugis menyebabkan Sultan Mahmud Shah dan keluarga meninggalkan Melaka dan akhirnya bersemayam di Kampar, Sumatera.
– Raja Muzaffar berangkat ke Perak bersama-sama alat kebesaran berupa sebilah pedang Cura Si Manja Kini, sebilah keris, cap mohor, nobat dan Surat Ciri.
– Pada tahun 1528, Raja Muzaffar mengasaskan Kesultanan Perak dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah.
– Sultan Muzaafar Shah mendirikan pusat pemerintahan yang pertama di Tanah Abang, di persisir Sungai Perak.
c) Kesulatanan Terengganu
– Pada tahun 1708, Sultan Abdul Jalil menganugerahkan Teremgganu kepada Tuan Zainal Abidin yang juga merupakan putera angkat Raja Patani yang digelar Nang Chayam (Raja Kuning).
– Tun Zainal Abidn berangkat ke Terengganu diiringi oleh 80 orang keluarga Patani dan beberapa orang tokoh agama seperti Qadhi Wan Imam Mahmud dan Che Buang.
– Pada tahun 1708, Tun Zainal Abidin mengasaskan Kesultanan Terengganu dengan gelaran Sultan Zainal Abidin I.
– Sultan Zainal Abidin I mendirikan pusat pemerintahan yang pertama di Tanjung Baru, Kuala Berang.
– Pada tahun 1881-1918, Sultan Zainal Abidin merupakan antara Sultan Terengganu yang masyhur. Antara sumbangan penting baginda termasuklah penggubalan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu yang dikenali sebagai Itqan al-muluk bi ta’dil al-suluk
d) Kesultanan Selangor
– Pada abad ke 18, Daeng Chelak yang berketurunan Bugis menjadi Yang di-Pertuan Muda Kesultanan Johor Riau. Selangor merupakan sebahagian Muda Kesultanan Johor Riau.
– Sultan Mahmud Shah telah menabalkan Raja Lumu sebagai sultan Selangor dan dianugerahkan nobat dan cap mohor.
– Raja Lumu mengasaskan Kesultanan Selangor dengan gelaran Sultan Salehuddin Shah.
– Sultan Salehuddin Shah mendirikan pusat pemerintahan pertama di Kuala Selangor.
– Sultan Ala’iddin Suleiman Shah 1898-1938 merupakan antara Sultan Selangor yang masyhur. Banyak jalan raya dan landasan kereta api telah dibina.
Warisan Kesultanan Melayu Melaka Di Pahang, Perak, Terengganu Dan Selangor
a) Kesultanan Pahang
– Mengamalkan sistem perwarisan takhta. Waris ganti digelar Tengku Mahkota.
– Sistem pentadbiran berasakan pembesar empat, lapan dan enam belas. Empat pembesar utama Pahang ialah :
i) Orang Kaya Indera Shahbandar
ii) Orang Kaya Indera Segara
iii) Orang Kaya Pahlawan
iv) Orang Kaya Indera Perba Jelai
b) Kesultanan Perak
– Mengamalkan sistem penggiliran. Dewan Negara Perak bertanggungjawab memilih dan melantik sultan.
– Sistem pentadbiran berasakan pembesar empat, lapan enam belas dan tiga puluh dua. Empat pembesar utama Perak ialah :
i) Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja
ii) Orang Kaya Besar Maharaja Di-Raja
iii) Orang Kaya Temenggong Paduka Raja
iv) Orang Kaya Menteri Paduka Tuan
c) Kesultanan Terengganu
– Mengamalkan sistem perwarisan takhta. Waris ganti digelar Yang Di-Pertuan Muda.
– Dewan Pangkuan Diraja berhak memilih dan melantik sultan. Jumaah ini turut dikenali sebagai Ahli al-Hal wa al-Aqad yang bermaksud ahli yang memilih dan menjadikan raja.
– Pemerintahan kerajaan negeri dijalankan bersama-sama Majlis Mesyuarat Kerajaan
d) Kesultanan Selangor
– Mengamalkan sistem perwarisan takhta. Waris ganti digelar Raja Muda.
– Dewan di-Raja bertanggungjawab membantu dan menasihati sultan dalam menjalankan fungsi baginda. Antara anggota dewan ini termasuklah Raja Muda,Tengku Laksamana dan Tengku Bendahara.
– Pemerintahan kerajaan negeri dijalankan bersama-sama Majlis Mesyuarat Kerajaan.
Agama Islam Dalam Pemerintahan
– Sultan merupakan ketua agama bagi setiap negerinya.
– Institusi agama berperanan penting dan bidang kuasa mereka mestilah dihormati.
– Sultan juga bertanggungjawab dalam mendaulatkan syiar Islam.
Perundangan
– Hukum Kanun Melaka menjadi asas kepada kelahiran undangundang bertulis negeri-negeri Melayu yang lain seperti Hukum Kanun Pahang dan Undang-Undang 99 Perak.
– Warisan Hukum Kanun Melaka berrhubung peraturan dan larangan istana, kekeluargaan Islam, jenayah, hutang-piutang dan hukum jual beli.
Adat Istiadat
a) Adat Keputeraan
– melenggang perut ketika kandungan berusia tujuh bulan
– bayi diperdengarkan azan sebaik sahaja dilahirkan.
– bercukur apabila putera atau puteri berusia 7 tahun.
– berendoi
b) Adat Perkahwinan
– merisik, meminang, bertunang, berinai
– khatam Al-Quran
– pernikahan
– persandingan dan bertepung tawar
– santap beradab
– bersiram di atas panca persada
c) Istiadat Pemakanan
– tempoh berkabung bergantung pada pihak istana
– pihak istana memberikan sedekah kepada rakyat
– usungan disediakan untuk mengangkat jenazah dikenali sebagi Seraja Diraja
– nobat tidak akan dimainkan dalam tempoh tertentu
Persuratan
a) Karya Sejarah
– Hikayat Pahang dikarang oleh Haji Muhammad Nor, mengisahkan sejarah Kesultanan Pahang abad ke-19
– Misa Melayu, dikarang oleh Raja Chulan mengisahkan sejarah Kesultanan Perak abad ke-18
b) Karya Perubatan
– Kitab Tib, disalin oleh Haji Mahmud al-Jawi, di Terengganu pada tahun 1819.
Sastera Rakyat
– Hikayat Sang Kancil, cerita teladan dan jenaka yang berasaskan manuskrip Hikayat Pelandok Jenaka dibukukan oleh Daeng Abdul Hamid
– Hikayat Isma Yatim dibukukan oleh Tengku Ampuan Mariam permaisuri Terengganu
Ekonomi
a) Pelabuhan
– Aktiviti perdagangan dijalankan melalui pelabuhan.
– Antara hasil dagangan utama termasuklah bijih timah, kian sutera, senjata, gula dan hasil hutan.
– Pelabuhan tersebut diuruskan oleh syahbandar dan pegawai pelabuhan yang lain.
b) Mata Wang
Negeri Perak – mata wang bongkah timah yang dinamakan bidor sejak abad ke-17.
Negeri Pahang – mata wang pitis yang diperbuat daripada timah digunakan di Pahang dan mata wang tampang digunakan pada abad ke 19
Negeri Terengganu – mata wang berupa kupang emas dan juga mata wang pitis Negeri Selangor – mata wang syiling digunakan
c) Ekonomi Sara Diri Dan Jual Beli
– Ekonomi sara diri seperti pertanian,penternakan,perlombongan,mengutip hasil hutan dan perikanan dijalankan.
– Perlombongan bijih timah merupakan kegiatan yang utama di Selangor dan Perak.Mereka juga mengusahakan tanaman padi, buah-buahan dan sayur-sayuran.
– Pengusaha Perak merupakan antara pengusaha utama hasil hutan seperti rotan,sumbu badak dan kayu-kayan.
– Di Terengganu pula mengusahakan tanaman lada hitam dan perlombongan emas.
Kuiz Sejarah Bab 7: Klik Sini
Sejarah Tingkatan 2 Bab 7: Muat Turun
Nota Sejarah: Tingkatan 2