Categories
Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 5

Sejarah Tingkatan 2 Bab 5 Kesultanan Melayu Melaka

1) Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka
-Parameswara berjaya memilih lokasi yang sesuai untuk mengasaskan kerajaan. Pemilihan lokasi ini menjadikan Melaka sebagai sebuah kerajaan yang unggul di Alam Melayu.

a) Pemilihan lokasi yang strategik oleh Parameswara
i) Lalaun perdagangan
– Kedudukan Melaka di laluan perdagangan utama antara timur dengan barat membolehkannya mengawal laluan kapal dagang

ii) Bentuk muka bumi
– Melaka mempunyai bentuk muka bumi yang berbukitbakau yang sesuai dijadikan benteng pertahanan dan menjadi panduan kapal dagang

iii) Benteng pertahanan
– Pokok bakau dan api-api yang terdapat di pesisir pantai pula menjadikannya sebagai benteng pertahanan dan pelindung semula jadi yang sukar ditembusi oleh musuh.

iv) Terlindung angin monsun
– Muara sungai yang terletak di Selat Melaka terlindung daripada tiupan angin monsun.Keadaan ini membolehkan kapal dagang datang dan berlabuh di pelabuhan Melaka dengan selamat.

2) Faktor Kegemilangan
a) Kepimpinan Raja
– Raja merupakan ketua pemerintah dan ketua kerajaan yang mempunyai kuasa tertinggi.

b) Keterunan Raja Palembang
– Berdasarkan teks Sulahatus Salatin, pemerintah Melaka berasal daripada zuriat keturunan anak Raja Palembang yang dikatakan bersusur galur daripada Iskandar Zulkarnain.
– Susur galur ini memberikan taraf kedudukan yang tinggi kepada Sultan Melaka dalam kalangan kerajaan lain di Alam Melayu.

c) Peranan yang unggul
Raja mempunyai pelbagai peranan dalam sisitem pemerintahan:
– Menjadi simbol perpaduan dan kemakmuran
– Merupakan ketua angkatan tentera
– Mengetuai hubungan diplomatik
– Menyelaraskan kegiatan ekonomi
– Menjadi Ketua Agama Islam

d) Daulat dan alat kebesaran
-Kepemimpinan raja juga dikaitkan dengan konsep daulat dan derhaka serta pelbagai institusi perajaan seperti adat istiadat istana dan alat kebesaran diraja.
– Daulat merupakan kuasa dan kewibawaan raja sebagai pemimpin.Rakyat mengakui kedaulatan raja dengan memberikan taat setia sepenuhnya dan tidak boleh menderhaka kepada raja.
– Antara alat kebesaran diraja termasuklah cap mohor,nobat,keris,lembing dan mahkota. Alat kebesaran digunakan semasa upacara istiadat pertabalan, perkahwinan dan kemangkatan raja.
– Konsep daulat,adat istiadat dan alat kebesaran menjadikan raja mempunyai kedudukan yang tinggi dan istimewa.

e) Kewibawaan
-Raja memiliki ciri ciri kepimpinan seperti adil,berwibawa dan mengambil berat terhadap kebajikan rakyat.
– Raja memerintah berdasarkan bidang kuasa yang ditetapkan mengikut Hakum Kanun Melaka.
– Sultan Muzaffar Shah dan Sultan Mansur Shah merupakan pemerintah yang mengutamakan keamanan dan kebajikan rakyat.Sultan Mansur Shah menasihatkan puteranya, Sultan Alauddin Riayat Shah supaya bersikap adil terhadap rakyat.

3) Sistem pentadbiran
sej t2b5 1
a) Sistem Pembesar Empat Lipatan
– Sultan dibantu oleh pembesar berempat, pembesar berlapan, pembesar enam belas dan pembesar tiga puluh dua
– Pembesar ini merupakan pentadbir kerajaan pada peringkat pusat,jajahan,daerah,mukim dan kampung.

b) Tugas Pembesar
– Menjaga keamanan kawasan
– Mengutip cukai dan hasil lain melalui sitem serah
– Membekalkan tenaga tentera ketika perang dan menyediakan tenaga buruh melalui sistem kerah.

Pemerintah Melaka mengurniakan kawasan khas kepada pembesar sebagai tanda untuk mendapat sokongan pembesar bagi mewujudkan pentadbiran yang mantap.
– Kawasan yang dikurniakan kepada pembesar berempat dikenali sebagai kawasan pegangan.
– Kawasan pembesar jajahan dan daerah pula dikenali kawasan pemakanan.
– Pembesar dibenarkan mengutip cukai dan menyerahkannya kepada pemerintah sebagai ufti

Sultan
Pembesar Berempat

Bendehara (Penasihat raja, menteri utama, ketua hakim, pemangku sultan)
Penghulu Bendahari (pemungut hasil, ketua bendahari, ketua urus setia istana)
Temenggung (ketua polis dan penjara, penguasa bandar dan kota melaka)
Laksamana (Ketua angkatan laut, pengawal peribadi raja, ketua duta)

4) Sistem peurndangan
a) Hukum kanun Melaka
– Hukum Kanun Melaka ditulis semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah(1446-1456)
– Undang-undang ini mengandungi 44 fasal yang berkaitan hak keistimewaan, tanggungjawab raja dan pembesar
– Hukum Islam berkaitan dengan jenayah,urusan jual beli dan kekeluargaan
– Hukum Kanun Melaka dapat mewujudkan keamanan dan menjamin keselamatan rakyat

b) Undang-undang Laut Melaka
– Undang-undang ini ditulis semasa zaman Sultan Mahmud Shah bertujuan menentukan peraturan pelayaran dan perdagangan
– Undang-undang yang mengandungi 25 fasal(peraturan di laut, tertib berniaga,tatacara berjual beli,tanggungjawab nakhoda,anak kapal,kiwi dan syahbandar
-Undang-undang ini menyebakan aktiviti perdagangan berjalan lancar dan adil

c) Undang-undang adat
ADAT TEMENGGUNG
– Diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan
– Berkaitan sistem pemerintahan, perwarisan takhta, perkahwinan, perwarisan harta dan perundangan
– Berkaitan sistem penggantian sultan, iaitu takhta kerajaan diwarisi oleh anak lelaki yang sulung
– Mengamalkan sistem pemerintahan beraja
– Membolehkan sistem perwarisan takhta berlaku secara teratur

5) Aspek kegemilangan
a) Cara Pembentukan Empayar
i) Penaklukan
– Menjamin keselamatan dan kemakmuran Kesultanan Melayu Melaka
– Kawasan taklukan di Semenanjung Tanah Melayu (Kuala Linggi,Beruas, Pahang,Terengganu Kelantan)
– Kawasan taklukan di Sumatera (Siak,Rokan,Kampar dan Rupat)

ii) Perkahwinan
– Antara Sultan Melaka dengan puteri diraja kerajaan lain
– Mengukuhkan lagi hubungan persahabatan dan kekeluargaan antara kerajaan Melaka dengan kerajaan lain
– Perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan puteri Majapahit,Raden Galuh Cendera Kirana menyebabkan pengaruh Melaka semakin meluas

iii) Naungan
– Terdapat pemerintah kerajaan lain yang rela bernaung di bawah Kesultanan Melayu Melaka
– Raja yang berada di bawah naungan Melaka ditabalkan oleh Sultan Melaka
– Antara kerajaan yang rela bernaung (Lingga,Patani dan Kedah)

b) Kepentingan Pembentukan Empayar
i) Politik
– Meluaskan wilayah dan jajahan takluk.
– Mengukuhkan hubungan dengan kerajaan yang ditakluk.
– Menyekat pengaruh kuasa kuasa serantau seperti Siam, Majapahit dan Pasai.

ii) Ekonomi
– Menerima hadiah dalam bentuk wang, emas, timah dan bantuan ketenteraan.
– Mendapat bekalan seperti hasil pertanian,rempah-ratus dan bijih timah
– Menguasai perdagangan di Selat Melaka

iii) Sosial
– Asimilasi budaya tempatan dengan budaya dari Arab,India,China dan Alam Melayu.
– Wujud masyarakat majmuk.

iv) Agama
– Mendorong usaha penyebaran agama Islam.
– Islam telah berkembang luas ke Pahang,Kelantan,Perak,timur Sumatera dan Patani

c) Pentadbiran Empayar
i) Pentadbiran Pusat
– Pusat pemerintahan dan pentadbiran di Melaka yang terletaknya tempat raja bersemayam. Raja dibantu oleh pembesar pusat.

ii) Pentadbiran Kawasan Naungan
– Kawasan yang mengakui ketuanan Melaka dan menghantar ufti.Pemerintahan diketuai oleh pemerintah negeri berkenaan dan dibantu oleh pembesar tempatan.

iii) Pentadbiran Kawasan Jajahan
– Pemerintahan diketuai oleh pemerintah yang dilantik oleh Sultan Melaka.

d) Pusat Penyebaran Agama Islam
Cara penyebaran agama islam

i) Pengislaman Pemerintah
– Pengislaman Sultan Iskandar Shah pada tahun 1414.
– Sultan Muzaffar Shah menjadikan agama Islam sebagai rasmi Kesultanan Melayu Melaka.

ii) Perkahwinan
– Perkahwinan puteri Sultan Mansur Shah dengan putera Raja Siak.

iii) Peranan Ulama Dan Mubaligh
– Pemerintah Melaka menghantar ulama dan mubaligh.
– Ajaran tasawuf dan sufi dari Timur Tengah dan India.
– Sultan Alauddin Riayat Syah menghantar ulama untuk mengajar Raja Pahang,Kampar dan Inderagiri tentang hal ehwal agama.

iv) Perdagangan
– Islam tersebar melalui pedagang Arab, India dan China yang datang ke Melaka.
– Mereka juga menyebarkan Islam ke kawasan seperti Brunei, Filipina dan kepulauan Indonesia.

v) Perluasan Kuasa
– Kesultanan Melayu Melaka menyebarkan agama Islam melalui proses perluasan kuasa.
– Negeri naungan dan jajahan memeluk Islam sebagai tanda taat setia kepada pemerintah Melaka.

Kesan Penyebaran
i) Tumpuan Ulama
– Melaka menjadi tumpuan ulama dan pendakwah. Sulatan Melaka menjadi penaung kepada aktiviti dakwah dan perbincangan kitab agama seperti Darul Manzum

ii) Tempat Pembelajaran
– Pemerintahan Sultan Muzaffar Shah, madrasah, masjid dan surau menjadi tempat mempelajari Al-Quran dan ilmu tasawuf.

iii) Persuratan
– Pengaruh Islam dari Arab dan Parsi seperti Hikayat Muhammad Ali Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah

iv) Pemerintahan dan Pentadbiran
– Undang-undag Islam terkandung dalam Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.

e) Pusat perdagangan
i) Kedudukan Strategik
– Melaka terletak di laluan perdagangan antara India dan China
– Melaka dikunjungi oleh pedagang dari dalam dan luar Alam Melayu

ii) Pusat Pengumupulan Dan Pengedaran Pelbagai Barangan
– Barang yang dikumpul seperti timah,emas,kapur,barus,hasil hutan dan rempah-ratus.
– Barangan luar yang dibawa masuk ke Melaka ialah benang emas,kain pelikat,batu delima,tembikar,wangian dan bahan makanan

iii) Pusat Perkapalan
– Kapal kecil terdiri daripada perahu,sampan,ghurab,penjajap,sagur,payar, baluk,lancang,kakap,balang dan kelulus. Kapal besar seperti jong dan bahtera.

iv) Dikunjungi Pedagan Dari Dalam Dan Luar Alam Melayu
– Pedagang yang paling ramai ialah pedagang Arab,China dan Gujerat

f) Pengurusan Perdagangan
i) Syahbandar
– Memainkan peranan penting dalam menjadikan Melaka sebagai pelabuhan entrepot.
– Mengurus pasar dan gudang,menjaga kebajikan serta keselamatan pedagang.
– Memeriksa alat timbang,sukat dan mata wang, menjadi harkim di pelabuhan, mengurus cukai dan menguatkuasakan peraturan keluar masuk kapal.

ii) Cukai Perdagangan
– Pengurusan cukai pelabuhan yang rendah menarik minat
– Cukai dan bayaran surat kebenaran berniaga di pelabuhan menjadi sumber pendapatan Kesultanan Melayu Melaka.
– Ada dua jenis cukai yang dikenakan.
*Cukai rasmi : cukai import yang dikenali sebagai panduan.
*Cukai tidak rasmi : dalam bentuk hadiah.

iii) Mata Wang
– Penggunaan mata wang telah melancarkan lagi urusan jual beli.Pada peringkat awal, digunakan tukaran nilaian seperti jongkong timah, serbuk emas dan kulit siput (cowrie)
– Mata wang timah yang digunakan dikenali sebagai Calains.
– Mata wang dari Pasai, Hormuz dan Cambay.

iv) Orang Laut
– Mereka merupakan pelayar dan penunjuk arah yang cekap
– Bertanggungjawab sebagai tentera untuk menjamin keselamatan pedagang di perairan Melaka.

v) Kemudahan Pelabuhan
– Gudang tempat menyimpan barang.
– Kemudahan pengakutan, tempat beribadat bekalan makanan dan minuman.
– Khidmat membaiki kapal.
– Tempat penginapan.

g) Hubungan Luar
Hubungan Kesultanan Melayu Melaka Dengan Kerajaan Alam Melayu
i) Pasai
– hubungan berlaku antara atas dasar sama taraf.
– hubungan diplomatik terjalin melalui perkahwinan.
– hubungan berlaku atas dasar berkongsi pendapat dan perbincangan berkaitan hal agama islam

ii) Demak
– hubungan berlaku atas dasar kepentingan bersama dalam perdagangan dan penyebaran Islam
– membekalkan beras, bahan makanan, rempah-ratus dan tentera kepada Melaka

iii) Majapahit
– hubungan disebabkan perkahwinan pemerintah Melaka dengan puteri Majapahit
– hubungan ini dapat mengukuhkan lagi persahabatan dengan Majapahit

iv) Makasar
– hubungan ini berlaku dalam aspek perdaganganm perkapalan, islam, kebudayaan dan kesenian
– hubungan ini semakin rapat dengan kerajaan Makasar menghadiahi “Budak Raja” kepada Sultan Melaka.

Hubungan Kesultanan Melayu Melaka Dengan Kerajaan Luar Alam Melayu
i) China
– hubungan diplomatik, persahabatan dan perdagangan terjalin dengan kunjungan utusan diketuai oleh Yin Ching.
– pengurniaan payung kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian sebagai tanda pengiktirafan

ii) Ryukyu (Jepun)
– hubungan diplomatik dan pedagangan dengan krajaan Ryukyu
– Sultan Mansur Shah berutus surat dengan kerajaan Ryukyu berkaitan tingkah laku pedagannya yang melanggar undang-undang di Melaka

iii) Siam
– Menjalinkan hubungan dengan Siam atas dasar diplomatik dan perdagangan.
– Melaka menghantar utusan ke Siam yang diketuai oleh Tun Temalai dan Menteri Jana Putera.
– Melaka memperoleh bekalan kayu jati, beras dan bahan makanan daripada Siam

iv) Kerajaan Lain
– Hubungan berbentuk perdagangan dilakukan dengan Pegu, Luzon, Gujerat, Koromandel dan Bengal
– Melaka juga menjalinkan hubungan dengan Mesir, Parsi, Turki dan Arab

4) Pengakhiran Kesultanan Melayu Melaka Yang Berpusat Di Melaka
a) Faktor Dalaman
i) Masalah Kepimpinan
– kelemahan Sultan Mahmud Shah dan pembesar dalam pemerintahan dan pentadbiran menyebabkan ketidakstabilan politik.
– amalan pilih kasih, rasuah dan penyelewangan dalam pentadbiran
– perbalahan sesama sendiri dalam kalangan pembesar

ii) Masalah Perpaduan
– rakyat tidak bersatu padu
– berlaku persaingan kuasa antara pembesar Melaka yang menyebabkan perpecahan.
– askar upahan dari luar yang tidak taat setia kepada Melaka

b) Faktor luaran
– Kedatangan Portugis untuk mencapai kekayaan,keagamaan dan kemasyhuran dan juga menyebarkan agama Kristian dan menghapuskan penguasaan pedagang Islam.
– Serangan berlaku sebanyak tiga kali pada 25 Julai 1511, 10 Ogos 1511 dan 24 Ogos 1511.

c) Perjuangan mengembalikan kedaulatan
– Sultan Mahmud Shah berundur dari Melaka ke beberapa wilayah naungan serta jajahannya kemudian bersemayam di Bentam.
– Tahun 1515-1519 : Sultan Mahmud Shah melakukan tiga kali serangan untuk mendapatkan semula Melaka.
– Tahun 1526 : pusat pemerintahan Sultan Mahmud Shah di Bentan telah dimusnahkan Portugis
– Tahun 1528 : Sultan Mahmud Shah berundur ke Kampar dan mangkat .

d) Strategi Melaka menghadapi serangan Portugis
i) Lancaran dan perahu berapi
ii) Menggunakan tentera bergajah
iii) Kayu-kayan dan pelbagai jenis meriam
iv) Tembakan meriam bertalu-talu dari pantai

Kuiz Sejarah Bab 5: Klik Sini
Sejarah Tingkatan 2 Bab 5: Muat Turun
Nota Sejarah: Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 1

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 2

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 3

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 4

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 5

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 6

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 7

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 8

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 9

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 10

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara

Hadis

Perbanyakkan Selawat di Hari Jumaat

Hadis

Harus Minum Dengan Menggunakan Bekas Yang Suci

Hadis

Memberi Pertolongan Kepada Sahabat

Hadis

Memuliakan Tetamu