Sejarah Tingkatan 2 Bab 4 Agama, Kepercayaan Dan Keunikan Warisan Masyarakat Kerajaan Alam Melayu
1) Agama Dan Kepercayaan
i) Animisme
– kepercayaan bahawa makhluk hidupan dan tumbuhan memiliki roh atau semangat
– kepercayaan terhadap makhluk halus dan penyembahan roh nenek moyang
ii) Dinamisme
– kepercayaan terhadap kekuatan = mana atau semangat.
– benda atau makhluk dianggap mempunyai mana yang mempengaruhi kehidupan seseorang.
iii) Perkembangan agama
a) Kerajaan Funan
– Agama Hindu dan Buddha tersebar sejak abad pertama
– Raja Funan, Fan Shih -man berperanan besar dalam perkembangan agama Buddha.
– Candi Budhha tinggalan kerajaan Funan= candi Go Cay Thi
b) Kerajaan Angkor
– Agama Hindu menjadi anutan utama sejak kerajaan diasaskan dan menjadi gemilang semasa pemerintahan Suryavarman II.
– Candi Hindu termasyhur ialah Angkor Wat.
– Semasa pemerintahan Jayavarman VII pada abad ke -12, agama Buddha menjadi agama utama.
c) Kerajaan Champa
– Agama Hindu tersebar sejak abad ke -4 ketika pemerintahan Bhadravarman.
– Beliau mendirikan candi Hindu di Lembah Mi Son/ Siva -Bhadresvara dan di Po Nagar.
– Candi Dong Duong ialah bukti penyebaran agama Buddha di Champa.
– Islam tersebar luas semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin pada abad ke -14
d) Kerajaan Srivijaya
– Merupakan pusat kegiatan agama Buddha sejak abad ke-7.
– Pendeta Buddha bernama ITsing dari China pernah datang ke Srivijaya untuk mempelajari bahasa Sanskrit dan menterjemahkan kitab-kitab agama Buddha.
– Antara candi Buddha yang masyhur termasuklah Candi Muara Jambi, Candi Bahal, dan Candi Muara Takus.
e) Kerajaan Majapahit
– Agama Hindu dan Buddha berkembang serentak.
– Hayam Wuruk menyatukan aliran dalam agama Hindu dan Buddha pada abad ke-14 dipanggil Tripaksa.
– Antara candi yang masyhur termasuklah Candi Jabong, Candi Sukuh dan Candi Brahu.
– Agama Islam tersebar sejak abad ke-14. Buktinya, Wu Ping, pegawai kerajaan Ming beragama Islam dilantik sebagai wakil tetap.
f) Kerajaan Kedah Tua
– Agama Buddha menjadi anutan utama sejak abad ke5. Agama Hindu turut tersebar kemudiannya.
– Kedah mula menerima pengaruh Islam pada abad ke-12. pemerintah Kedah yang ke-9, iaitu Maharaja Derbar Raja II telah memeluk agama Islam pada tahun 1136.
g) Kerajaan Gangga Nagara
– Menganut agama Buddha penemuan arca-arca Buddha di Lembah Kinta
– Turut ditemui ialah patung Buddha Avalokitesvara di Perak bertarikh abad ke-6 hingga ke-9 M
2) Keunikan Warisan Masyarakat Kerajaan Alam Melayu
i) Sistem pemerintahan beraja
a) Pemilihan raja
– pemilihan raja berasaskan keturunan dan pembesar mengesahkannya
– keturunan diraja dianggap suci dan berdaulat
– raja juga dipilih dari golongan tentera kerajaan Funan dan Champa
– wanita keturunan diraja boleh dilantik sebagai pemerintah kerajaan Majapahit
b) Gelaran Pemerintah
– pengaruh hindu dan buddha memasyhurkan gelaran Raja dan Maharaja
– Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau gelaran menggambarkan kebesaran kuasa
– Raja Funan, Champa, Angkor dan Srivijaya menggunakan gelaran Sanskrit “varman” gelaran mengikut identiti dan keunikan kerajaan
c) Kedudukan Raja
– kedatangan islam memperkenalkan konsep khalifah
– raja-raja perlu ditaati
– raja dianggap sebagai titisan dewa dan dihormati semasa pengaruh Hindu dan Buddha berkembang
– mengingkari raja dianggap mengingkari tuhan dan dianggap sebagai menderhaka.
d) Kebijaksanaan Pemerintah
i) Memilih dan membangunkan pusat pemerintahan
– lokasi dipilih di pesisiran pantai
– lokasi di lembah sungai dan tanah yang subur
– contohnya, Gunung Jerai menjadi mercu kerajaan Kedah Tua
ii) Menjalinkan hubungan diplomatik
– hubungan persahabatan
– bantuan ketenteraan atau senjata
– perkahwinan
iii) Memanfaatkan kesuburan tanah
– Kesuburan tanah dimanfaatkan dengan tujuan untuk menjalankan aktiviti pertanian
– kawasan yang terlibat terletak di lembah Sungai Mekong, Sungai Musi, Sungai Bengawan Solo dan Sungai Brantas.
iv) Membina pelabuhan
– pelabuhan dibina di lokasi yang strategik
– di tempat yang mudah dikunjungi oleh pedagang
– terdapat 3 bentuk pelabuhan, iaitu pelabuhan pembekal, pelabuhan kerajaan dan pelabuhan entrepot.
v) Mencipta sistem pengairan
– mencipta sistem pengairan seperti baray dan sistem saliran.
– untuk memastikan bekalan air mencukupi di kawasan pertanian
– tanaman seperti padi dan rempah-ratus dapat diusahakan sepanjang tahun.
3) Perkembangan Sosiobudaya
a) Sistem Tulisan dan Bahasa
– pengaruh diadaptasi oleh masyarakat kerajaan Alam Melayu untuk mengembangkan sistem tulisan dan bahasa tempatan
b) Persuratan
– kegiatan persuratan mempamerkan keintelektualan masyarakat kerajaan Alam Melayu
c) Seni Bina
– aktiviti seni bina memudahkan kehidupan masyarakat dan memajukan kegiatan pertanian, perlayaran, perdagangan dan keagamaan
4) Keunikan warisan dalam amalan beragama
a) Anutan pelbagai agama
– berlaku kerana pengamalan sikap terbuka rakyat
b) Pembinaan candi besar
– menjadi lambang keagungan sesebuah kerajaan
c) Simbol penyatuan
– agama menyatukan golongan raja dan rakyat
d) Pembinaan masjid
– sistem pendidikan islam wujud melalui pembinaan masjid dan institusi pondok atau madrash
Kuiz Sejarah Bab 4: Klik Sini
Sejarah Tingkatan 2 Bab 4: Muat Turun
Nota Sejarah: Tingkatan 2