Categories
Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 3

Sejarah Tingkatan 2 Bab 3 Sosiobudaya Masyarakat Kerajaan Alam Melayu

Sosiobudaya merupakan cara hidup dan pemikiran sesebuah masyarakat.
– Sosiobudaya diamalkan mengikut kesesuaian situasi dan kreativiti kerajaan masing-masing

1) Bahasa & Tulisan
a) Kerajaan Funan
– Menjadikan bahasa Sanskrit sebagai bahasa utama. Hal ini dibuktikan dengan penemuan batu bersurat Funan bertarikh abad kedua
– Tulisan berasaskan tulisan orang Hu yang menggunakan tulisan orang India.
– Funan menggunakan kalendar Saka yang berasal dari India.

b) Kerajaan Champa
– Masyarakat kerajaan Champa menuturkan bahasa Melayu Champa dan bahasa Sanskrit. Hal ini dibuktikan dengan penemuan batu bersurat dalam kedua-dua bahasa.
– Dalam aspek tulisan : Tulisan Palava dan tulisan Champa kuno. Penggunaan tulisan Palava dibuktikan dengan penemuan inskripsi bertarikh abad keenam yang ditulis oleh Raja Sambhuvarman.
– Agama Islam tersebar di Champa sejak abad kelapan. Oleh itu, bahasa Melayu Champa menjadi bahasa utama seiringg dengan perkembangan tulisan jawi.

c) Kerajaan Srivijaya
– Menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam urusan pentadbiran dan harian. Bahasa ini menerima pengaruh daripda bahasa Sanskrit
– Hal ini dibuktikan dengan penemuan batu-batu bersurat seperti kedukan Bukit, Kota Kapur, Telaga Batu dan Talang Tuwo di Sumatera bertarikh abad ketujuh
– Batu bersurat ini ditulis dalam bahasa Melayu dengan pengaruh bahasa Sanskrit menggunakan tulisan Palava
– “Pada Tahun saka 606, pada saat itulah taman yang dinamakan Sriksetra dibuka di bawah pimpinan Baginda Sri Jayanasa Niat Baginda, semoga yang ditanam di sini, seperti pokok kelapa, pinang, nipah, sagu dan pelbagai pokok buah-buahan dapat dimakan hasilnya”

d) Kerajaan Angkor
– Menggunakan bahasa Sanskrit dan Khmer. Hal ini dibuktikan dengan penemuan inskripsi pada dinding candi.
– Terdapat dua jenis tulisan yang ditemukan pada dinding candi, iaitu tulisan Palava dan tulisan Khmer.

e) Kerajaan Kedah Tua
– Penemuan batu-batu bersurat menunjukkan penggunaan bahasa Sanskrit dan tulisan Palava di Kedah Tua.
– Buktinya, melalui penemuan batu bersurat di Sungai Mas dan Cherok Tok kun yang bertarikh abad kelima.

2) Persuratan
– Masyarakat terkenal dengan tradisi lisan. Tradisi lisan lahir berdasarkan alam sekeliling. Tema utama tradisi lisan ini bertemakan asal-usul, binatang, nasihat, seloka, teladan dan adat.
– Persuratan merupakan antara bukti keintelektualan masyarakat kerajaan Alam Melayu. Bukti kegiatan persuratan awal kerajaan Alam Melayu yang ditemukan adalah bentuk batu bersurat

a) Kerajaan Funan
– Kegiatan persuratan masyarakat kerajaan Funan dibuktikan dengan penemuan batu bersurat terawal di Alam Melayu yan bertarikh abad kedua

b) Kerajaan Champa
– Kegiatan persuratan masyarakat kerajaan Champa dibuktikan dengan penemuan batu bersurat tertua di Kauthara bertarikh 192 M.
– Di Champa diteukan sebanyak 206 buah batu bersurat . Selain itu, di temukan bukti persuratan Champa dalam bentuk manuskrip sejak abad ke-13. Karya sastera yang masyhur ialah AkayetInra Patra dan Akayet Deva Mano

c) Kerajaan Srivijaya
– Kegiatan persuratan masyarakat kerajaan Srivijaya dibuktikan dengan penemuan beberapa batu bersurat seperti Karang Brahi dan Palas Pasemah bertarikh abad ketujuh.
– Batu bersurat ini memerihalkan pengukuhan kerajaan terutama kepentingan taat setia terhadap raja

d) Kerajaan Angkor
– Kegiatan persuratan masyarakat kerajaan Angkor dibuktikan dengan penemuan batu bersurat Sdok Kok Thom di barat laut Kemboja yang mengisahkan pemerintahan Jayavarman
– Inskripsi yang terdapat pada dinding-dinding candi pula menggambarkan aspek keagamaan dan pemerintahan

e) Kerajaan Majapahit
-Kegiatan persuratan masyarakat kerajaan Majapahit dibuktikan dengan penemuan beberapa batu bersurat Trowulan bertarikh 1358 yang bertulisan kawi
– Ditemukan bukti persuratan dalam bentuk manuskrip. Karya sejarah termasyhur ialah Nagarakertagama yang dikarang oleh Prapanca pada tahun 1365. Karya lain yang terkenal ialah Pararaton dan Tantu Panggelaran

f) Kerajaan Kedah Tua
– Kegiatan persuratan masyarakat kerajaan Kedah Tua dibuktikan dengan penemuan batu bersurat. Antaranya termasuklah di Bukit Choras dan Bukit Meriam bertarikh abad kelima
– Ditemukan juga inskripsi yang dituulis di atas pinggan tanah liat,kepingan emas dan kepingan perak
– Kebanyakkan inskripsi menyentuh tentang doa dan amalan dalam agama Buddha

g) Persuratan epik
– Persuratan kerajaan Alam Melayu mendapat pengaruh epik dan sastera India yang terkenal seperti Ramayana , Mahabhrata, Purana dan Jataka yang disadurkan ke dalam bahasa tempatan di Alam Melayu.
– Apabila Isalam tersebar ke Alam Melayu, sastera Islam yang berbentuk syair, gurindam, cerita hikayat dan nazam mula mempengaruhi persuratan melayu
– Karya kisah nabi yang terkenal ialah Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Nabi Wafat, Hikayat Bulan berbelah dan Hikayat Nabi Yusof
– Karya epik(mengisahkan perjuangan pahlawan Islam) ialah Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Iskandar Zulkarnain dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah

3) Seni Bina
– Seni bina merupakan suatu seni mereka bentuk sesebuah binaan yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Hasil masyarakat kerajaan Alam Melayu ialah seni bina candi, perkapalan dan sistem pengairan

a) Kerajaan Funan
– Mampu membina kapal besar yang boleh memuatkan sehinga 700 orang dan 1000 tan kargo barangan.Mereka juga terkenal dengan perahu panjang yang boleh membawa 100 orang penumpang.
– Sistem pengairan dibina untuk mengawal limpahan air dan mengalirkan air masin keluar dari tanah pertanian.
– Candi dibina sebagai rumah ibadat, pusat pendidikan dan pertemuan masyarakat. Tinggalan candi masyarakat kerajaan Funan

b) Kerajaan Angkor
– Mempunyai seni bina yang berkait rapat dengan kegiatan pertanian. Mereka membina baray berukuran 2 x 8 kilometer yang dapat menampung 30 juta meter padu air untuk disalurkan ke sawah-sawah padi di sekitarnya.
– Seni bina yang masyhur ialah Angkor Wat dan Angkor Thom. Angkor Wat dibina oleh Raja Suryavarman II pada abad ke-12.
– Turut membina kapal untuk kegunaan perdagangan dan peperangan

c) Kerajaan Champa
– Seni bina masyarakat kerajaan Champa dapat dilihat melalui binaan candinya.
– Candi kerajaan Champa yang masyhur ialah kompleks candi di Lembah Mi Son, Dong Duong dan Po Nagar

d) Kerajaan Srivijaya
– Candi kerajaan Srivijaya yang masyhur ialah Candi Muara Takus dan Candi Muar Jambi di Sumatera.
– Ibu kotaa Srivijaya menjadi pusat binaan kapal. Rekod kerajaan China mencatatkan Palembang sebagai pusat binaan kapal-kapal Melayu (Kun-lun-po) yang besar, boleh belayar hingga pelabuhan Tonkin dan tenggara China.

e) Kerajaan Majapahit
– Candi kerajaan Majapahit yang masyhur ialah Candi Tikus di Jawa Timur dan Candi Cetho di Jawa Tengah.
– Selain itu, mereka membina pintu gerbang seperti Gapura Wringin Lawang, iaitu pintu gerbang laluan raja dan Gapura Bajang Ratu, iaitu pintu masuk ke dalam sebuah bangunan suci di Jawa Timur.

f) Kerajaan Kedah Tua
– Candi kerajaan Kedah Tua yang masyhur termasuklah di Bukit Choras, Bukit Pendiat dan Bukit Meriam. Tinggalan candi Hindu yang masyhur adalah di Bukit Batu Pahat dan Bendang Dalam.Kedua-dua candi ini mendapat pengaruh seni bina kerajaan Cola, India.
– Seni bina arca Hindu dan Buddha turut ditemukan di lokasi candi tersebut

g) Kerajaan Gangga Nagara
– Penemuan patung Buddha yang diperbuat daripada gangsa setinggi 18 meter di Tanjung Rambutan merupakan antara bukti seni bina masyarakat kerajaan Gangga Nagara
– Turut ditemukan beberapa binaan patung Buddha lain di Sungai Siput dan Pangkalan. Seni bina arca tersebut menerima pengaruh daripada kerajaan Gupta, India

4) Struktur Sosial
– Masyarakat kerajaan Alam Melayu terikat dengan struktur sosial yang hampir sama. Asas struktur ini terbahagi kepada kelas atasan yang dikenali sebagai golongan pemerintah dan kelas bawahan dikenali sebagai golongan diperintah

i) Golongan Diraja (Pemerintah)
– status tertinggi
– terdiri daripada Raja dan kerabat diraja (permaisuri, putera, puteri, adik-beradik, ibu bapa dan ahli keluarga).

ii) Kolongan Bangasawan (Pemerintah)
– mendukung sistem pentadbiran kerajaan
– terdiri daripada pembesar, ilmuwan, golongan agama, pujangga dan pendeta istana

iii) Rakyat Merdeka (Diperintah)
– mengukuhkan sistem beraja melalui konsep taat setia dan menjana ekonomi kerajaan.
– terdiri daripada petani, askar, pekerja istana, pedagang dan artisan

iv) Hamba (Diperintah)
– berkhidmat dalam sektor sosioekonomi dan meningkatkan status pemiliknya.
– Terdiri daripada tawanan perang, hamba berhutang dan rela menjadi hamba

Kuiz Sejarah Bab 3: Klik Sini
Sejarah Tingkatan 2 Bab 3: Muat Turun
Nota Sejarah: Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 10

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 9

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 8

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 7

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 6

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 5

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 4

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 3

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 2

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 1

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara

Hadis

Perbanyakkan Selawat di Hari Jumaat