Categories
Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 2 Sistem Pemerintahan Dan Kegiatan Ekonomi Masyarakat Kerajaan Alam Melayu

Sistem Pemerintahan
– sistem pemerintahan yang diamalkan oleh kerajaan Alam Melayu yang masyhur ialah sistem beraja. Sistem beraja ini terbahagi kepada dua, iaitu pusat dan wilayah

1) Kerajaan Funan
Raja
– Raja-raja Funan menggunakan pelbagai gelaran . Antaranya termasuklah Kurung Bnam yang bermaksud raja gunung, Rajadhiraja yang melambangkan raja Funan sebagai raja segala raja dan Cakravatin yang bermaksud pemerintah alam sejagat.

Pemerintahan Pusat dan Wilayah
– Raja Funan dibantu oleh golongan agama dan golongan tentera . Funan dibahagikan kepada tujuh buah wilayah. Ketua wilayah ini terdiri daripada puteraputera raja. Mereka digelar sebagai raja Kecil

2) Kerajaan Champa
Raja
– Raja-raja Champa menggunakan pelbagai gelaran Rajadhiraja Raja-raja Champa diiktiraf sebagai pemerintah yang mulia dan suci serta dikaitkan dengan Dewa Siva.

Pemerintahan Pusat dan Wilayah
– Raja Champa dibantu oleh para pembesar yan bertanggungjawab mengutip cukai, menjaga keamanan dan mengukuhkan pertahanan.
– Pada peringkat wilayah, Champa dibahagikan kepada lima wilayah, iaitu Indrapura, Amaravati, Vijaya, Kauthara dan Panduranga

3) Kerajaan Srivijaya
Raja
– Raja-raja Srivijaya mempunyai unsur kesaktian dan dianggap sebagai Bodhisattva yang merujuk peranan raja sebagai Buddha di bumi. Raja Srivijaya digelar sebagai Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau.

Pemerintahan Pusat dan Wilayah
– Raja dibantu oleh Yuvaraja, iaitu Putera Mahkota Pratiyuvaraja sebagai Raja Muda dan Rajakumara. Raja turut dibantu oleh golongan agama, tentera, pemungut cukai, hakim dan penjaga harta kerajaaab.
– Pentadbiran wilayah terbahagi kepda dua, iaitu kedatuan yang ditadbir oleh Datu berketurunan raja dan Pradatuan yang ditadbir oleh datu bukan keturunan raja

4) Kerajaan Angkor
Raja
– Raja-raja Angkor menggunakan gelaran Dewaraja yang mengaitkan raja sebgai dewa. Kuasa kedua dan ketiga yang penting dalam sistem pemerintahan ialah permaisuri dan Raja Muda.

Pemerintahan Pusat dan Wilayah
– Raja-raja Angkor dibantu oleh pembesar-pembesa yang bertanggungjawab dalam bidang keagamaan, kehakiman, keselamatan dan perbendaharaan.
– Pada peringkat wilayah, Angkor dibahagikan kepada wilayah, daerah kecil dan kampung

5) Kerajaan Kedah Tua
– Kerajaan Kedah Tua banyak dibayangi oleh kerajaan besar di Alam Melayu terutamanya kerajaan Srivijaya. Namun begitu, kerajaan Kedah Tua mempunyai bentuk pentadbiran yang mudah dengan adanya seorang ketua. Ketua ini mengurus hal perdagangan dan keagamaan. Apabila kerajaan Kedah Tua menjadi sebahagian daripada kerajaan Srivijaya, corak pemerintahannya berubah. Kerajaan Kedah Tua menjadi sebahagian daripada Pradaruan kerajaan Srivijaya.

6) Kerajaan Majapahit
Raja
– Raja-raja Majapahit menggunakan gelaran Maharaja, Sri Maharaja dan Sri Bathara

Pemerintahan Pusat dan Wilayah
– Raja dibantu oleh Sapta Prabu dan para pembesar. Sapta Prabu ialah Majlis Penasihat Diraja yang terdiri daripada kerabat diraja
– Majapahit dibahagikan kepada 14 wilayah. Setiap wilayah ini dipecahkan kepada Kabupaten, Kawadanan, Pakuwuan dan Kebuyutan, iaitu daerah dan daerah kecil serta kampung.

7) Kerajaan Gangga Nagara
– Struktur pemerintahan kerajaan gangga Nagara tidak jelas. Kajian menunjukkan kerajaan Gangga Nagara mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Raja ini berperanan membangunkan kemajuan perdagangan dan bertanggungjawab dalam hal ehwal keselamatan

Kegiatan Ekonomi
– Petempatan awal dan peranan sungai dalam mengembangkan kegiatan ekonomi masyarakat kerajaan Alam Melayu . Masyarakat Alam Melayu menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti pertanian, perdagangan, mengutip hasil hutan dan laut, serta perlombongan dan pembuatan

1) Pertanian
– Alam Melayu mempunyai tanah yang subur untuk keiatan pertanian.Pada tahap awal, kegiatan pertanian untuk menyara diri sahaja.
– Kemudian jika terdapat lebihan hasil pertanian,lebihan tersebut akan dipasarkan atau dibekalkan kepada penduduk yang tidak terlibat dalam kegiatan pertanian. Sebahagian besar kawasan Alam Melayu ditanam dengan padi

a) Padi
– Padi ditanam di kawasan tanah tinggi atau bukit yang kurang mendapat bekalan air dengan dibuat teres atau relung

i) Kerajaan Funan, Champa dan Angkor
– Kerajaan Funan dan Angkor yang terletak di Lembah Sungai Mekong mendapat manfaat daripada kesuburan tanahnya.
– Hujan membekalkan air ke tasik-tasikmengairi Tonle Sap yang digunakan untuk mengairi kawasan padi sawah.
– Pemerintah Angkor telah membina kolam yang dikenali sebagai baray untuk menyimpan air.
– Di Champa, terdapat ketua Air di setiap kampung untuk menyelenggarakan terusan dan daik

ii) Kerajaan Majapahit
– Pulau Jawa mempunyai tanah subur yang sesuai untuk kegiatan pertanian. Sungai Bengawan Solo dan Sungai Brantas membekalkan air untuk pengairan padi sawah.
– Beberapa sistem pengairan dibina untuk meningkatkan pengeluaran padi sawah

iii) Kerajaan Srivijaya
– Padi menjadi tanaman utama kerajaan Srivijaya.
– Padi ditanam di kawasan pendalaman Palembang terutama di Tanah Tinggi Pasemah dan Hulu Musi

b) Rempah-ratus
– Rempah-ratus yang terdapat di Alam melayu ialah bunga cengkih, buah pala dan lada hitam. Bunga Cengkih ditanam di Kepulauan Maluku, buah pala pula ditanam di Pulau Banda, manakala lada hitam di tanam di Sumatera dan Jawa

c) Kegiatan Pertanian yang lain
– Mengusahakan tanaman yang lain seperti pisang, tebu, bijan, kekacang, kelapa, sayuran dan buah-buahan.

2) Perdagangan
– Perdagangan merupakan kegiatan ekonomi yang penting bagi kerajaan Alam Melayu.
– Kedudukan Alam Melayu di tengah-tengah laluan perdagangan timur dan barat dan adanya kemudahan pelabuhan .
– Pelbagai kemudahan seperti bekalan air, tempat tinggal, tempat menyimpan barang dagangan dan kawasan berjual beli

a) Pedagang Luar
sej t2b2 1

i) Kerajaan Funan
Pelabuhan: Oc o
Barang didagangkan: Damar, kapur barus, kayu cendana dan gaharu

ii) Kerajaan Srivijaya
Pelabuhan: Palembang
Barang didagangkan: Damar, kapur barus, gaharu, madu, rotan, rempah, mutiara, rumpai lau, gading gajah dan badak sumbu.

iii) Kerajaan Champa
Pelabuhan: Turan, Kam ran, Sri Banoy dan Maliti
Barang didagangkan: Beras, emas, perak, gading gajah dan gaharu

iv) Kerajaan Angkor
Pelabuhan: Yasodharapura
Barang didagangkan: Gaharu, buah pelaga, lilin lebah, minyak sayuran, damar dan gading gajah.

v) Kerajaan Majapahit
Pelabuhan: Tuban, Sidayu, Gresik dan Surabaya
Barang didagangkan: Rempah, beras, rotan, kayu cendana, gaharu, ikan, kulit penyu dan mutiara

vi) Kerajaan Kedah Tua
Pelabuhan: Sungai Mas dan Pangkalan Bujang
Barang didagangkan: Rotan, damar, kayu cendana dan gading gajah

vii) Kerajaan Gangga Nagara
Pelabuhan: Pangkalan, Lembah kinta, tanjung rambutan, Bidor dan Sungai Siput
Barang didagangkan: Emas, bijih timah, rempah-ratus, kapur barus dan damar

3) Hasil laut
– Kerajaan Alam Melayu kaya dengan hasil hutan dan laut.Pada peringkat awal, kegiatan mengutip hasil hutan dan laut untuk kegunaan mereka sahaja.Hasil yang lebih akan didagangkan dalam kalangan petempatan tersebut. Antara hasil hutan dan laut yang mendapat permintaan tinggi daripada pedagang asing termasuklah gaharu, sarang burung, rotan, kapur barus, gamat , mutiara dan rumpai laut

4) Hasil Hutan
i) Gaharu digunakan sebagai bahan pewangi dan perubatan. Banyak didapati di hutan Sungai mekong, tanah melayu dan Sumatera
ii) Sarang burung layang-layang banyak didapati di utara Pulau Borneo dan digunakan untuk kesihatan dan perubatan
iii) Kapur barus banyak ditemukan di Sumatera dan Borneo. Kapur barus digunakan sebagai bahan pewangi
iv) Rotan mudah didapati di seluruh Alam Melayu. Rotan digunakan sebagai bahan binaan dan barang kraf tangan

5) Perlombongan
– Ialah kegiatan melombong emas, perak, dan bijih besi.
– Pada peringkat awal, kegiatan melombong dengan cara mendulang secara kecil-kecilan
i) emas – Di Champa, emas dilombong di kawasan pegunungan Hue
ii) perak – Di Champa, perak dilombong di Indrapura dan kawasan di antara Amaravati dan Vijaya
iii) bijih besi – Di Angkor, bijih besi dilombong di pergunungan Phnom dek.

6) Pembuatan
– ialah kegiatan membuat barang harian dan mewah seperti perhiasan emas, cuka kelapa, pembuatan garam dan pembuatan tembikar.

i) Masyarakat kerajaan Funan dan Angkor
– menghasilkan pelbagai barangan daripada bijih besi dan emas seperti barang perhiasan

ii) Masyarakat kerajaan Champa
– Mahir dalam pembuatan barangan tembikar
– mengusahakan pembuatan cuka kelapa

iii) Masyarakat kerajaan Majapahit
– mengusahakan pembuatan garam, gula dan minyak. Selain itu, pembungkusan dagin kerbau dan membuat mi daripada beras

Kuiz Sejarah Bab 2: Klik Sini
Sejarah Tingkatan 2 Bab 2: Muat Turun
Nota Sejarah: Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 1

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 2

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 3

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 4

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 5

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 6

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 7

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 8

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 9

Sejarah Tingkatan 2

Sejarah Tingkatan 2 Bab 10

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara