Categories
Sejarah Tingkatan 1

Sejarah Tingkatan 1 Bab 6

Sejarah Tingkatan 1 Bab 6

Sejarah Tingkatan 1 Bab 6 Peningkatan Tamadun Yunani Dan Rom

6.1 Tamadun Yunani
1) Lokasi Dan Perkembangannya

 Tamadun Yunani berkembang di Semenanjung Greece dan pulau-pulau yang bertaburan di Laut Aegean dan Mediterranean.
 Cuaca yang sederhana telah membolehkan kegiatan di luar rumah seperti perdebatan dan sukan giat dijalankan.
 Kedudukannya yang berhampiran dengan laut menyebabkan orang Yunani dikenali sebagai pelayar yang handal.
 Tamadun Yunani terkenal dengan negara-kota atau polis yang merupakan gabungan tiga komponen, iaitu bandar utama, bandar kecil dan kawasan kampung.
 Di tengah-tengah polis, terdapat acropolis, iaitu pusat komuniti yang dilindungi oleh kubu.
 Terdapat juga kawasan lapang yang dikenali sebagai agora yang digunakan sebagai tempat pertemuan dan pasar awam.
 Di luar kawasan acropolis, terdapat penduduk di kawasan kampung yang menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan.

2) Polis
 Terdapat tiga polis yang terkenal dalam Tamadun Yunani, iaitu Athens, Sparta dan Corinth.
 Athens merupakan negara-kota yang paling ramai penduduk, manakala Sparta merupakan negara-kota yang paling luas.
 Dua ciri utama polis ialah jumlah penduduk yang ramai dan keluasan wilayah.
 Bagi penduduk Yunani, setiap polis merupakan tanah suci kurniaan dewa.
 Oleh itu, setiap warganegara mempunyai hak dan tanggungjawab untuk menjaga kepentingannya.

6.2 Peningkatan Pemerintahan Dan Pentadbiran Tamadun Yunani

 Sistem demokrasi di Athens melalui beberapa tahap perkembangan.
 Sebelum sistem ini diasaskan oleh Solon pada tahun 594 SM, Athens telah melalui sistem pemerintahan bercorak monarki, oligarki, aristokrasi dan tirani.
 Sistem demokrasi yang diamalkan di Athens merupakan demokrasi langsung.
 Demokrasi langsung bermaksud setiap warganegara Athens terlibat secara langsung dalam perbincangan dan perdebatan bagi menentukan sesuatu dasar dan peraturan yang berkaitan dengan Athens, termasuklah hal ehwal ekonomi, sosial dan politik.
 Pada zaman pemerintahan Pericles (495-429 SM), penekanan diberikan kepada kuasa rakyat bagi memantapkan sistem demokrasi.
 Walaubagaimanapun, demokrasi menjadi lemah dan terhapus pada zaman Raja Philip yang menguasai Yunani pada tahun 338 SM.

Ciri-ciri Demokrasi di Athens
-Dewan Perhimpunan
i) Majlis
ii) Majistret
iii) Juri

Dewan Perhimpunan
Keanggotaan Dewan Perhimpunan:
1. Anggotanya terdiri daripada semua warganegara lelaki Athens.
2. Setiap warganegara berpeluang memegang jawatan selama enam bulan hingga setahun.
3. Bersidang sekurang-kurangnya tiga kali sebulan.
4. Semua warganegara dibenarkan menghadiri perhimpunan.


Fungsi Dewan Perhimpunan

1) Berperanan melantik Ahli Majlis sebagai sebahagian sistem pentadbiran yang wujud
2) Menggubal undang-undang bagi memastikan keadilan dapat dilaksanakan dengan seadil-adilnya di Athens
3) Membuat deklarasi peperangan bagi mempertahankan kedaulatan Athens.
4) Perjanjian dengan negara lain bagi melicinkan hubungan antarabangsa kedua-dua belah pihak.
5) Membincangkan hal kewangan dan percukaian bagi mengukuhkan ekonomi Athens
6) Menerima duta dari negara asing bagi mengukuhkan hubungan antara kedua-dua pihak.

Majlis
Majlis merupakan jawatankuasa yang mengendalikan urusan dan perbincangan hal-hal penting yang berkaitan pemerintahan dan pentadbiran. Badan ini kadangkala dikenali sebagai majlis 500

Keanggotaan:
1. Ahli dilantik oleh Dewan Perhimpunan
2. Ahli terdiri daripada 500 orang dengan keahlian selama dua tahun.
3. Ahli sebanyak 500 orang ini kemudiannya akan dipecahkan kepada 10 jawatankuasa (Prytany) yang setiap satu dianggotai oleh 50 orang.
4. Pemilihan pengerusi dilakukan pada setiap kali persidangan diadakan

Fungsi Majlis
1) Melaksanakan keputusan Dewan Perhimpunan.
2) Ahli-ahli Majlis bertanggungjawab mengendalikan jabatan-jabatan kerajaan
3) Kuasa Majlis tidak mengatasi kuasa Dewan Perhimpunan

Majistret
Majistret merupakan badan yang melaksanakan segala dasar yang telah ditetapkan. Majistret sama dengan perkhidmatan awam dalam sistem pentabiran hari ini.

Keanggotaan:
1. Warganegara Athens.
2. Dianggotai 6,000 orang ahli.
3. Sebanyak 200 hingga 500 orang merupakan hakim.
4. Sebanyak 10 orang jeneral tentera menganggotai badan ini.

Fungsi Majistret
1) Merupakan kakitangan kerajaaan
2) Melaksanakan dasar-dasar yang diputuskan oleh Majlis.
3) Mengurus hal-ehwal pendidikan, percukaian, dan sebagainya

Juri
Mengurus hal-ehwal pendidikan, percukaian, dan sebagainya

Keanggotaan:
1. Dianggotai oleh 101 hingga 1001 orang berdasarkan keseriusan kes yang sedang dibicarakan.
2. Perbicaraan diketuai oleh pengerusi

Fungsi Juri
1) Fungsi Juri
2) Pesalah akan merayu terus kepada warganegara.
3) Kuasa pengadilan terletak dalam tangan warganegara.

Pemerintahan dan Pentadbiran di Sparta
 Terdapat dua orang raja yang memerintah Sparta bersama-sama bagi mengelakkan seorang daripada raja bertindak kejam.
 Kedua-dua raja datang daripada keluarga Eurypontids dan Agiads.
 Urusan pentadbiran raja dibantu oleh sebuah Dewan Perhimpunan dan Majlis.
 Kaum wanita di Sparta juga tidak terlibat dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan.
 Penekanan diberikan kepada disiplin ketenteraan.
 Kanak-kanak seawal usia tujuh tahun dan kaum wanita akan dilatih menjadi anggota tentera.
 Kaum wanita turut menjalani latihan fizikal dan diajar berlari, bertinju, menari dan menyanyi di hadapan khalayak ramai.
 Malahan kaum wanita di Sparta tidak terkecuali daripada tugas mempertahankan negara.
 Penekanan terhadap aspek disiplin dan taat setia kepada negara-kota menjadi asas perkembangan Sparta.

6.3 Tamadun Rom
Lokasi dan Perkembangannya.
 Tamadun Rom terletak di Lembah Latium, berhampiran dengan Sungai Tiber.

 Lembah Latium merupakan kawasan yang subur yang membolehkan aktiviti pertanian giat dijalankan.

 Sungai Tiber pula menjadi sumber air utama kepada penduduk dan menjadi laluan utama untuk berlayar ke laut.

 Tamadun Rom boleh dibahagikan kepada tiga zaman, iaitu Zaman Beraja (753 – 509 SM), Zaman Republik (509 – 27 SM), dan Zaman Empayar (27 SM- 476 M).

 Tamadun Rom mencapai tahap kegemilangannya pada era Pax Romana (27 SM – 180 M)

 Pax Romana begitu penting kerana selama 200 tahun keamanan wujud dalam Tamadun Rom yang berkembang meliputi tiga buah benua, iaitu Asia, Afrika, dan Eropah.

 Masyarakat dalam Tamadun Rom terbahagi kepada tiga kelompok, iaitu kalangan Patrician atau atasan, Plebian yang terdiri daripada petani, artisan, peniaga dan golongan hamba.

 Tamadun ini mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang seperti politik, ekonomi, sains, dan teknologi, falsafah, dan pendidikan
sejarah tingkatan 1 bab 6 empayar rom

6.4 Peningkatan Seni Bina Dalam Tamadun Rom
 Tamadun Rom terkenal dengan kepakaran dalam bidang seni bina.
 Setiap binaan mempunyai kegunaan yang khusus.
 Binaan-binaan ini juga mempunyai ketahanan tinggi yang masih kekal hingga kini dan menjadi warisan Sejarah yang tidak ternilai harganya.

Ciri-ciri Pembinaan
 Seni bina Rom merupakan gabungan antara teknik seni bina yang diwarisi sejak zaman Yunani dengan inovasi yang dilakukan oleh orang Rom dengan menggunakan bahan binaan baharu serta reka bentuk yang kretif.

 Gabungan ini membolehkan bagunan dan binaan dalam tamadun Rom mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang kekal sehingga kini.

COLOSSEUM
sejarah tingkatan 1 bab 6 coloseum
 Colosseum merupakan binaan yang melambangkan keagungan Tamadun Rom yang dijadikan tempat mengadakan persembahan dan pertandingan bersaiz besar seperti acara gladiator.
 Colloseum mempunyai sistem pengurusan penonton yang setanding dengan stadium pada zaman moden.
 Terdapat 80 pintu masuk serta tempat duduk penonton yang dibina bertingkat-tingkat.
 Binaan ini dimulakan oleh Raja Vespian pada tahun 72 M dan diselesaikan oleh anaknya, Tiitus pada tahun 80 M.

PANTHEON
sejarah tingkatan 1 bab 6 pantheon
 Binaan berkubah yang terbesar di dunia yang digunakan sebagai tempat penyembahan dewa-dewi masyarakat Rom.
 Pada awalnya, Pantheon dibina oleh Marcus Visanius Agrippa pada tahun 27 SM, namun musnah dalam kebakaran pada tahun 80 M.
 Pantheon dibangunkan semula oleh Maharaja Hadrian pada tahun 125 M.
 Pantheon dibina dengan mengambil gaya binaan zaman Yunani terutamanya di bahagian hadapan yang mempunyai tiang yang kukuh.

AMFITEATER
sejarah tingkatan 1 bab 6 amfiteater
 Binaan ini merupakan Colosseum mini atau sebuah gelanggang terbuka yang digunakan untuk membuat persembahan seni, pertunjukan dan gladiator.
 Amfiteater ini berbentuk lingkaran.
 Terdapat kira-kira 230 amfiteater yang dibina di seluruh empayar Rom dengan mempunyai pelbagai saiz dan kapasiti penonton yang berbeza.

AKUEDUK
sejarah tingkatan 1 bab 6 akueduk
 Akueduk berfungsi membekalkan air ke rumah kediaman di sekitar bandar dalam empayar Rom.
 Air dari akueduk juga disalurkan ke tempat mandi awam dan binaan-binaan utama di Rom termasuklah ke Colosseum sewaktu acara gladiator diadakan.
 Akueduk pertama dibina di Aqua Appia pada tahun 312 SM dengan panjangnya 16 KM.
 Marcus Agrippa merupakan antara jurutera Rom yang bertanggungjawab membina akueduk, seperti Aqua Virgo yang dibina pada tahun 19 SM

JALAN RAYA
sejarah tingkatan 1 bab 6 jalan raya rom
 Jalan raya dibina pada tahun 500 SM dengan tujuan untuk menghubungkan bandar-bandar utama bagi memudahkan pergerakkan tentera serta sebagai sistem pengangkutan.
 Oleh sebab matlamat asas adalah untuk kegunaan tentera, jalan raya tersebut dibina secara berlapis-lapis dengan menggunakan batu besar, batu kecil, dan batu kerikil supaya tahan dan kuat menahan beban serta pergerakan pasukan tentera.

TEMBOK PERTAHANAN
sejarah tingkatan 1 bab 6 tembok hadrian
 Pembinaan tembok pertahanan bertujuan untuk melindungi Tamadun Rom daripada serangan musuh.
 Tembok ini juga menjadi pemisah antara kawasan yang terletak di bawah kekuasaan Rom dengan kawasan yang bukan wilayah Rom.
 Seni membina tembok pertahanan telah bermula pada tahun 100 M dengan menggunakan batu yang disusun memanjang serta mencapai ketinggian sehingga lima meter.

TEMPAT MANDI AWAM
sejarah tingkatan 1 bab 6 tempat mandi awam
 Orang Rom membina tempat mandi awam yang boleh digunakan oleh setiap orang.
 Tempat mandi awam ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.
 Ruang mandi pula mempunyai bahagian yang berasingan, iaitu tempat mandi air panas, sejuk, suam serta berwap.
 Tempat mandi awam yang terkenal termasuklah Caracalla di Rom

Kuiz Sejarah Bab 6: Klik Sini
Sejarah Tingkatan 1 Bab 6: Muat Turun Nota
Nota Sejarah: Tingkatan 1