Categories
Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingaktan 4 Bab 6

Sejarah Tingkatan 4 Pembentukan Kerajaan Islam Dan Sumbangannya

Pengenalan

Khutbah terakhir Nabi Muhammad menjelaskan Aspek Berikut
a) umat islam mesti bersatu padu
b) mencintai perdamaian
c) berpegang teguh kepada agama islam

Dugaan besar umat Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad
a) mendapatkan calon pengganti nabi Muhammad
b) munculnya individu yang mengaku nabi
c) golongan yang tidak membayar zakat
d) murtad – golongan al-riddah

Kerajaan Khulafa Al-Rasyidin
– Selepas wafat 632M – sistem pemerintahan Islam dikenali sebagai khalifah dikenali dengan khulafa al-rasyidin. Antara khalifahnya:
a) Abu Bakar Assiddiq – Bani Tamim – 632M – 634M
b) Umar Al Khattab – Bani Adi – 634M-644M
c) Uthman bin Affan – Bani Umaiyah – 644M-656M
d) Ali bin Abu Talib – Bani Hasyim – 656M – 661M

Konsep Khalifah
a) Arab – pengganti yang melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran kerajaan
b) Agama – tanggungjawab memelihara kemurnian agama Islam yang disampaikan Nabi Muhammad dan tanggungjawab kekalkan keharmonian serta kestabilan Islam

Syarat
a) Lelaki yang merdeka
b) Beragama Islam
c) Memiliki pengetahuan Islam
d) Mematuhi perintah Allah
e) Sanggup melaksanakan hukum islam
f) Bersifat adil dan akhlak yang mulia
g) Tubuh badan yang sifat dan sempurna
h) Berfikiran cerdas, warak
i) Pandai mentadbir

Kaedah Atau Cara
a) Musyarawarah atau syura
b) Cadangan satu nama sahaja
c) Pemilihan beberapa calon
d) Pencalonan sekelompok masyarakat
e) Baiah atau lafaz setia selepas dilantik jadi khalifah

Kepentingan Baiah dan Syura
a) Jamin bakal pentadbir yang tepat berkelayakan dan berhemah tinggi
b) Pentadbiran kerajaan lancar

Tugas Khalifah
Aspek Agama
a) Memelihara kedudukan agama
b) Mentadbir mengikut hukum syariah
c) Menitikberatkan sistem politik, ekonomi, soaial supaya berlaku keseimbangan antara keperluan rohani dan jasmani

Politik
a) Memastikan kelicinan pentadbiran negara
b) Mempertahankan negara Islam daripada msuuh
c) Bertanggungjawab melantik dan melucutkan jawatan pegawai
d) Ketua Negara

Sosial
a) Menjaga kebajikan rakyat supaya nikmati hidup sejahtera di dunia dan akhirat
b) Menjaga dan meneruskan ajaran Allah swt
c) Mengekalkan perpaduan melalui konsep musyawarah dan syura
d) Memantapkan sistem perundangan Islam

Ekonomi
a) Menguruskan hal ehwal kewangan dan perbendaharaan negara baitulmal
b) Mengatur pungutan kharaj, jizyah dan zakat

Sumbangan Khulafa Al Rasyidin

Abu Bakar As Siddiq
a) Lahir 573M. Nama sebenar Absdullah bin Abu Quhafah. As Siddiq bermaksud yang membenarkan kerana sentiasa menyakini kebenaran nabi saw. Ikhlas, jujur dan setia. Juga digelar penyelamat umat Islam

Sumbangan
a) Berjaya mengatasi masalah perpecahan masyarakat Islam. Berpunca daripada:
1) Orang islam yang murtad dan gerakan golongan al Riddah yang menyalahtafsirkan ayat al-Quran sehingga tindak mahu bayar zakat
2) Mempertahankan Madinah daripada ancaman kuasa luar seperti Parsi, Rom Timur, Menghantar Khalid Al Walid tentang Parsi di Iraq, Usamah bin Zaid ke Ghassan
3) Melicinkan pentadbiran dengan pembahagian 10 wilayah:
– Makkah
– Taif
– Yaman
– Al Jund
– Khalwan
– Bahrin
– Jarsh
– Zabid
– Hadrahmaut
– Nijran
– Memperkenalkan bayaran bergaji untuk tentera melalui hasil rampasan perang
– Memperkenalkan undang-undang tanah dan hak rakyat terutama golongan Mawali – orang bukan arab yang peluk Islam – hanya perlu bayar cukai tambahan

– Mengumpulkan kita al-Quran – arahkan Zaid bin Thabit. Sebab kumpul
i) Ramai hafiz al quran gugur syahid semasa gerakan ar riddah
ii) sebelumnya ayat al quran disalin dalam bentuk batu, kulit binatang, kayu dan tulang
iii) Disimpan oleh Khalifah Umar, Hafsah (insteri Nabi saw) dan Uthman bin Affan

Umar Bin Al-Khattab
a) Berasal daripada Bani Adi, Lahir pada 583M. Nama sebenar Umar bin Al Khattab bin Naufal. Keturunan Quraish. Terkenal dengan sifat berani, tegas dan berterus terang. Dikenali dengan Amirul Mukminin atau Panglima Agung Mukmin

b) Pelantikan dicadang oleh Abu Bakar As Siddiq dan dipersetujui para sahabat

Sumbangan
a) Jangka masa pemerintahan beliau dianggap zaman keemasan sebab:
i) Banyak perubahan dan pembaharuan dilakukan
ii) Bidan Politik:
– perkenalkan dasar pentadbiran dan pelantinkan pegawai
– tubuhkan Majlis Syura dianggotai Muhajirin dan Ansar
– bahagikan jajahan takluk kepada beberapa wilayah
– melantik wali atau gabenor sebagai ketua bertindak sebagai ketua pentadbiran dan tentera
– menubuhkan beberapa jabatan seperti Jabatan Tentera, Polis, Percukaian dan Perbendaharaan. Negara diketuai Khatib atau setiausaha
– Jabatan kehakiman dipisahkan daripada jabatan lain untuk elak salah laku oleh hakim dan dibayar gaji bualan – 500 dirham

Uthman Bin Affan
a) Nama sebenar Uthman bin Affan Bin Abis As Bin Umaiyah. Lahir pada 576M
b) Hartawan yang dermawan, lemah lembut, bertolak ansur, sikap simpati
c) Digelar Zun Nurain – mempunyai dua cahaya kerana pernah kahwini dua orang puteri Nabi saw
d) Pelantikan melalui majlis syura. Enam calon dicadangkan
e) Ali Abu Talib dan Uthman bin Affan mendapat undi sama banyak. Abd Rahman Bin Auf mendapatkan pendapat orang ramai dan bersetuju yang Uthman layak menjadi khalifah yang ketiga

Sumbangan
a) Berjaya meluaskan wilayah Islam hingga ke Afganistan, Smarkand, Cyprus dan Tripoli
b) Memperkukuhkan pertahanan dan membina tentera Islam
c) Menjadi satu naskah Al Quran sebagai bacaan yang rasmi – Mushaf Uthmaniah
d) Membina jalan raya, jambatan, rumah rehat
e) Mengukuhkan peranan baitulmal untuk biayai pembangunan negara dan perkuat tentera islam seperti pembelian senjata dan kapal
f) Jizyah dikekalkan

Ali Abu Talib
a) Lahir 602M Bani Hasyim
b) Terkenal dengan sifat keberanian dan kepahlawannya. Tegas serta berpengetahuan luas dalam Islam
c) Pelantinkan mendapat sokongan terbanyak
d) Kepakaran dalam perundangan Islam

Sumbangan
a) Berusaha mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara. Contoh dalam Perang Siffin. Sanggup berdamai dan berunding
b) Membina markas tentera di Parsi dan Sempadan Syria
c) Ekonomi: Kutipan Jizyah diteruskan. Seperti dalam surat kepada al-Asytar

Kesimpulan Khulafa Ar-Rasyidin
a) Sistem pemerintahan Khulafa Ar Rasyidin menitikberatkan: Kesejahteraan agama, rakyat dan negara
b) Kerajaan Islam Madinah dapat berkembang dengan kukuh dan berkembang menjadi negara yang kuat
c) Kerajaan Islam dapat bersaing dengan Rom dan Parsi. Khalifah tidak mementingkan diri dan tidak mengamalkan kehidupan mewah
d) Berjuang mengekalkan pembangunan, kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat jelata
e) Rakyat dapat menikmati kesejahteraan dan kemakmuran hidup
f) Pada akhir pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin digantikan dengan pemerintahan sistem warisan iaitu pemerintahan dibuat secara turun temurun atau monarki

Kerajaan Bani Umaiyah
a) Sempena mengambil nama Umaiyah bin Abdul Shams bin Abd Manaf. Tokoh peniaga terkenal dan dipadang tinggi pada waktu itu
b) Diasaskan oleh Muawiyah Bin Abu Suffian – berikutan penyerahan oleh Hassan Bin Ali
c) Penyerahan dilakukan bagi mengelakkan umat Islam berpecah belah
d) Bermula dari 661M hingga 750M berpusat di Damsyik. Merupakan tahap pertama dan masih guna gelaran Khalifah
e) Tahap kedua di Sepanyol diasaskan oleh Abdul Rahman al-Dakhil atau Abdu Rahman 1 di Cordova dengan Andalusia sebagai ibu kota
f) Bermula dari 756M hingga 1031M. Gelaran ketua negara ialah Amir.

Sumbangan
Politik
a) Sistem Khalifah – pelantikan khalifah menggantikan Nabi saw.
b Sistem wazarah – pelantikan wazir – mengetuai sistem pentadbiran di bahagian kerajaan pusat dan gabenor dilantik bagi mengetuai pentadbiran wilayah
c) Sistem urus setia – beberapa pegawai dilantik bagi mengumpul rekod, mengurus surat. Bahagian yang diwujudkan – Surat menyurat, cukai ketenteraan, polis dan kehakiman
d) Sistem hijabah – seorang pegawai ditugas untuk menjaga keselamatan khalifah
e) Satu sistem politik sistematik dan jelas
f) 4 sistem diatas diperkukuhkan dengan penubuhan:
– Jabatan cukai, Jabatan Surat menyurat, Jabatan Urusan Am dan Jabatan Cap Mohor Pemerintahan (diasaskan oleh Muawiyah)
g) tahap pertama sistem ketenteraan diperkemaskan – Jabatan Ketenteraan, diikuti dengan penubuhan tentera darat dan laut

Sosial
a) Kota Basrah pusat pengajaran dan penyebaran ilmu. Lahir ilmuan seperti:
– Khalili bin Ahmad – pakar bahasa dan filologi arab
– Sibawayhi – ahli nahwu arab
– Al – Farazdaq, Jarir, Umar ibn Abi Rabiah dan Jamil al-Uzri – sasterawan.

b) Bahasa Arab menjadi bahasa rasmi negara. Orang bukan Arab jua mendapat faedah dengan adanya tanda bunyi atau baris dalam al-Quran.
c) Perkembangan ilmu agama terutama dalam era Umar Abdul Aziz. Lahir tokoh seperti:
– Urwah bin al-Zubayr – Hadis
– Zihat al Zuhri – Hadis
– Ibn Jarih – tafsir
– Hasan al Basri – Usuluddin
– Wasli bin Ata – Usuluddin

d) Taraf kesihatan meningkat – pembinaan hospital di Damsyik oleh al-Walid bin Abdul Malik. Hospital Kusta oleh Umar Abdul Aziz
– Buku diterjemahkan ke dalam bahasa Arab
– Ibn al Nafis – pakar bedah menghasilkan al Shamsil fis Sinaah al-Tabibiyah (Kajian Umum Profesion Kedoktoran) – bincang teknik pembedahan dan rawatan selepas bedah
– Ilmu dalam bidan kimia dan astronomi turut berkembang

e) Sistem perundangan:
– Hakim mengenakan hukum berdasarkan itjuhad berpandukan Quran, Hadis dan ijmak
– Hakim tidak boleh mempengaruhi

Sumbangan Bani Umaiyah Tahap Kedua – Andalusia
Pendidikan
a) Pusat Pengajian Tinggi di Cardova. Diasaskan Abd Rahman III. Menjadi pusat ilmu pengetahuan di Eropah
b) Perpustakaan dibina – al-Hakam II
c) 17 pusat pengajian dan 70 perpustakaan di Andalusia
d) Pusat ilmu – Seville, Toledo dan Granada

e) Pusat Terjemahaan
– terjemah karya yunani ke Arab di Toledo
– Cardova pusat kegemilangan ilmu – jambatan dunia Islam dan Eropah
– Ilmu Islam faedah kepada Eropah

f) Seni Bina
– Masjid cardova 36 meter, kubah berasaskan kayu berukir, tiang marmar 1293, 4700 lampu guna tan minyak setahun
– Baitulmal
i) Sistem kewangan – imbang pendapatan dan perbelanjaan
ii) Sumber pendapatan berdasarkan Kharaj – cukai tanah, Jizyah – cukai perlindungan, zakat, Usyur – cukai satu persepuluh daripada hasil pertanian, Haninah – rampasan perang
iii) Cardova pusat ekonomi dan perdagangan antara bangsa
iv) Andalusia buat tembikar/perhiasan perak dan emas, memproses kulit, senjata
v) Sektor pertanian – sistem saliran, penyelidikan untuk dapat benih terbaik.

Kesan
a) Tunjuk kebijaksanaan pemerintah merancang dan melaksanakan pembaharuan
b) Selaraskan pentadbiran kerajaan
c) Pembangunan dan perkembangan tamadun perlu menyeluruh merangkumi politik, ekonomi dan sosial

Sebab Keruntunhan Umaiyah Dan Kemunculan Abbasiyah
a) Penentangan luar dan dalam negara kerana:
i) Orang Islam bukan Arab seperti Parsi dan Barbar merasakan mereka tidak diberi jawatan dan didiskriminasikan
ii) Kena kadar cukai yang intti daripada orang Arab Islam
iii) Abai tanggungjawab terhadap rakyat dan agama Islam
iv Pemilihan Khalifah secara warisan ditentang sebilangan besar orang Islam seperti Siah dan Khawarij

Kerajaan Abbasiyah
Pembentukan Kerajaan

a) Mula 750M ditaja oleh Ali bin Abdullah
b) Peringkat awal sulit kemudian terbuka
c) Gunakan kempen Ahlul Bait
d) Pusat Operasi di Khurasan, Kufah dan Humaimah
e) Diperkukuhkan dengan sokongan 2 pahlawan besar – Abu Salamah Al -Khallal di Kufah dan Abu Muslim al-Khurasani di Khurasan
f) Ambil sempena nama bapa saudara Nabi Muhammad saw – Abbas
g) Amal sistem monarki warisan
h) Zaman Abu Jaafar, pusat pemerintahan ke Baghdad
i) Berakhir dengan serangan tentera mongol pimpinan Hulagu Khan – cucu Genghiz Khan. Mengusir Sultan al Mutasim. Meninggal Dunia di pulau Shahi setelah memeluk Islam

Sumbangan Abbasiyah
a) Zaman kegemiloangan dalam zaman Harun A-Rashid, dan Al Makmun
b) Baghdad menjadi pusat intelektual dan penyebaran ilmu – melalui aktiviti terjemahan bahasa asing ke bahasa arab. Bahasa asing seperti Yunani, Sanskirt, Suriani
c) Baitulhikimah – institusi keilmuan diasas oleh Harun Al Rashid – berkembang pada zaman al_Makmun Harus al Rashid.
d) Kegiatan utama
i) terjemahan falsafah dan sains, terutama dari Yunani 3 tahap:
– catat segala idea atau percakapan
– Kumpul idea yang serupa atau kumpul hadis nabi dalam buku
– mengarang – lebih teliti kerana dicatat dan diatur ke dalam bab tertentu

e) Penglibatan golongan ulama dalam penulisan – susun Hadis dan hasilkan buku fikah, tafsir, sejarah. Ulama terkenal seperti Imam Malik (Al-Muwatta), Ibn Ishaq (Sejarah hidup Nabi), Abu Hanifah (Fikah dan Itjihad), Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Shafiee, Imam Ahmad Hanbal.
f) Wujud pemisahan dalam ilmu tafsir, sirah dan hadis.

g) Kelebihan terjemahan:
i) terjemahan/penciptaan dapat buat perubahan karya. Hurai dan buat penambahbaikkan dengan memuatkan keterangan dan ulasan
ii) Peranan besar dalam kebudayaan dunia – pelihara ilmu daripada lenyap dan pupus kerana terima hasil penulisan daripada zaman gelap di Eropah
iii) Penubuhan institusi tingkatkan kegiatan penyelidikan hingga ke Eropah, kemudian diterjemah ke bahasa asing dan mula kebangkitan Eropah

iv) Kesan perkembangan ilmu:
– Mula zaman pemulihan budaya @ Renaissance
– Tingkat pengetahuan manusia dan warisan yang tidak ternilai
– Keterbukaan dan kesediaan terjemah daripada bahasa asing bagi faedah umat Islam
– Cendikiawan Islam memperbaiki dan meningkatkan karya asal
– Berlaku percambahan dan perkembangan ilmu

Kerajaan Turki Uthamaniyah
– terbentuk daripada kerajaan kecil semasa wujud kelemahan dalam kerajaan Abaasiyah

Pembentukan Kerajaan
a) Daripada Uthman bin Erturgul bin Sulaiman Shah – suku Qayi – Amir Saljuk bagi kawasan barat Anatolia
b) Bersempadan dengan Byzantine @ Rom Timur
c) 1301 berjaya mengalahkan Byzantine menyebabkan ghazi @ pahlawan bersatu dibawah Uthman
d) Meninggal dunia 1326 gantinya Orhan 1
e) 1336-1354 Orhan 1 menguasai Marwara dan Pantai Aegean, Ankara, Galliph, Murad 1 dan Bayezid 1 kuasai Balkan Selatan, Utara Bulgaria, Phlippopolis, Sofia, Salonia, Kosovo, Utara Albania dan Wallachia
f) Mehmed 11 menawan Istanbul (Constantinople) ibu negeri Roma Timur
g) Pengukuhan empayar bermula dengan penaklukan Istanbul. 1453-1566 sehingga kematian Suleiman 1

Faktor Kemerosotan Uthmaniyah
a) Pemimpin yang lemah
b) Keruntuhan sistem pungutan cukai
c) Pertambahan penduduk sangat pesat dan sukar dikawal

Sumbangan Kerajaan Uthmaniyah
a) Empayar Islam yang mewujudkan kesatuan bagi umat Islam selama 600 tahun. Menjadikan Istanbul pusat pentadbiran dunia Islam. Sultan Selim 1 digelar Pelindung 2 bandar suci

b) Sistem perundangan – Dikenali sebagai Kanun Suleiman
1) Suleiman 1 mempertahankan dan membela nyawa, harta, kehormatan setiap individu. Perkenalkan Kanun Suleiman
2) Sistem organisasi dan pentadbiran perundangan Islam
i) Jawatan kadi, mufti, Sheikhful Islam – Ketua Ulama keluarkan fatwa. Fatwa sebagai sumbangan utama kepada agama dan sains undang-undang
ii) Sektor ekonomi – jalinan perdagangan Timur dan Barat / Dunia Islam dan Bukan Islam
– Meliputi Laut Tengah, Laut Merah, Laut Hindi dan Mediterranean
– Membentuk Jalinan Perdagangan Dunia Islam berpusat di Istanbul
– Di Balkan perkenalkan sistem yang menggalakkan kecemerlangan individu – wujud mobiliti sosial. Sebelum Islam. Sebelum Islam – sistem berasaskan keturunan dan susun lapis masyarakat
– Perkembangan ilmu pengetahuan, pendidikan, budaya, penerbitan, penterjemahan
– Pendidikan Sistem madrasah, sekolah pengetahuan akademik, sekolah sastera, maktab tentera, maktab teknik dan kolej perubatan
– Penulisan ensiklopedia sains Islam – Penulis: Mehmed al-Fanari, Mofla Lufti, Katib Clebi.

c) Kepentingan perpustakaan – wujud di masjid, hostpital dan rumah
d) Seni bina – minar sinan 1490 – 1588 menghasilkan Masjid Sultan Ahmad (masjid biru)

Faktor Penyebaran Islam Ke Eropah
a) Semangat Ketenteraan – Ghazi
i) Tidak gentar untuk berjuang bagi penyebaran agama
ii) Penaklukan kawasan Sicily, Selatan Sepanyol, – Zaman Umaiyah, Zaman Uthmaniyah takluk Constantinople (Kejatuhan Kerajaan Byzantine) sebarkan ke kawasan Balkan dan Eropah Timur
iii) Pegangan Aqidah yang kukuh dan akhlak yang tinggi
iv) Sistem ketenteraan tersusun serta penggunaan peralatan moden
– meriam besar
– tentera berkuda/infantri
– kumpulan janisari – elit dan terlatih 5400 orang
– tentera laut – 300 buah kapal – kawal laut Mediteranean
– Keadaan politik Eropah yang tidak stabil
i) Pertelingkahan dan peperangan, kerajaan kecil bantu kerajaan Islam
ii) Tentera Islam ke Eropah atas jemputan Maharaja John VI Cantacuzens untuk dapatkan bantuan Uthmaniah (Orhan) bagi dapatkan Kerajaan Byzantine
iii) Kelemahan dan Kejatuhan Kerajaan Byzantine
iv) Kejatuhan institusi gereja, pergaduhan pemimpin dan kekurangan wang
v) Aspek politik dan keagaaman
– Dasar diplomasi, tiada paksaan untuk peluk islam
– penganut Kristian bebas amal agama, urus sendiri gereja, Islam tidak campur tangan
– tertarik dengan dasar sosial islam:
i) berasaskan kecemerlangan indiviu, bukannya keturunan
ii) membina sekolah, rumah sakit, dan kawasan perdagangan

b) Penghijrahan orang Turki ke Balkan dan usaha dakwah
c) Terutama ke Thrace, Lembah Maritsa, Utara Bulgaria, Albania pada abad 14 dan 15M
d) Bina petempatan yang didiami mubaligh dan ahli sufi – menekankan toleransi dan assimilasi, Kesannya:
– islam tersebar ke Utara Albania, Montenegero, dan Selatan / Barat Macedonia serta Crete

Pertembungan Tamadun Islam Dengan Tamadun Lain
Cara Pertembungan
a) Perdagangan dan perniagaan
i) Zaman Nabi pertembungan dengan Syam
ii) Penguasaan Islam di Teluk Parsi, Laut Merah dan Timur Mediteranean pertembungan dengan Tamadun Rom dan Yunani
iii) Orang Islam menetap dan berdagang di Canton Cina
iv) Hubungan diplomatik
– penghantaran kumpulan peneroka ke Gibraltar, Selatan Sepanyol.
– bertemu dengan orang bukan Islam di Cardova, Valencia dan Rhonda dan berjaya buat hubungan diplomatik. Boleh memahami cara hidup, pandangan politik, keagamaan, ekonomi dan pentadbiran
– penaklukan dan ketenteran
i) kerajaan-kerajaan Islam membentuk ekpedisi ketenteraan menguasai Iran dan Iran. Bertembung dengan Tamadun Parsi
ii) penaklukan Mesir dan Afrika Utara bertembung dengan Tamadun Eropah
iii) Kebudayaan:
– kemasukan islam ke Sepanyol wujud kebudayaan baru. Bahasa Arab menjadi bahasa utama berpusat di Cardova
– lahir golongan Mozarab – orang Kristian yang ambil kebudayaan Islam dan berbahasa Arab
– intelektual: berlaku antara ahli fikir Islam dan bukan Islam. Ilmuan Islam berjaya mendalami ilmu dan keilmuan Eropah.

Kesan Pertembungan
a) Dapat dilihat melalui sumbangan tamadun Islam kepada peradaban dunia
i) Keagamaan sendiri – satu nilai akidah – percaya kepada Allah swt. Sediakan sistem perundangan berdasarkan Quran dan Hadis. Berasaskan syariah dan akidah mudah diterima kerana sarwajagatnya. Islam tidak menghapuskan amalan, cara hidup dan adat setempat.
ii) Perluasan kawasan penyebaran Islam. Melahirkan bentuk jeraan dan masyarakat seperti:
– Kerajaan Delhi Mughal
– Cina wujud masyarakat Islam
– Umaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniah wujud kerajaan pusat yang kuat.

b) Membolehkan orang Islam menguasai ekonomi. Dengan memastikan keselamatan laluan perdagangan. Dibuat dengan cara
– Uthamaniah mempunyai Armada laut yang kuat. Menguasai Laut Merah, Mediteranean dan Teluk Parsi

c) Pedagang Islam berjaya berdagang hingga ke India, Ceylon, Kepulauan Melayu, Cina, Sepanyol, Selatan Perancis, Armenia dan selatan gurun Sahara
d) Menguasai Istanbul pusat pertembungan dunia timur dan barat
e) Mempengaruhi proses urbanisasi dan organisasi sosial
i) mempengaruhi penyelarasan undang-undang yang saksama- Contoh di Balkan Zaman Uthmaniyah
ii) Kebudayaan dan Intelektual
– perkembangan pendidikan agama dan bukan agama seperti Matematik, sains dan teknologi. Zaman Abasiyah pelajar diwajibkan belajar – ilmu Mantik (logik), geografi, sejarah, sains fizikal dan biologi.
– tatatertib berpakaian, berfikir, bertutur, berdagang dan berpolitik Zaman Uthmaniyah, Sepanyol – orang bukan Islam mengamalkan cara hidup Islam
a) bertutur dalam bahasa Arab, berpakaian Islam, tatasusila kehidupan – dilakukan sehingga zaman Renaissance
b) peranan penting dimainkan oleh golongan Mudejar – orang Islam setempat yang menetap di kawasan majoriti Kristian
c) Pertukaran pendapat antara cendikiawan
i) peringkat awal cendikiawan Islam mengumpul maklumat dan teks penulisan
ii) Diterjemahkan daripada penulis Greek spt Aristotloe, Plato, Galen dan Hipocrates
iii) Proses penterjemahan wujudkan perpustakaan – Baituhikmah, Zaman Abbasiyah
iv) Wujudkan budaya keilmuan dan intelektual yang tinggi
v) Ahli fikir Islam yang terawal menjalankan penyelidikan ialah:
– Abu al-Aswad al Duali 7M
– Hunayn bin Ishaq 873M – terjemah karya Greek
– Al-Fazari – terjemahan hasil karya Tamadun India

vi) Perkembangan penterjemahan dan intelektual
– Zaman kemuncak antara 8M – 1258M, mula runtuh Kerajaan Abbasiyah
– Lahirkan cendikiawan Islam seperti:
*Zakaria al-Razi (865 -925M) Perubatan – Kepentingan klinikal, Hasilkan 20 karya seperti Al-Hawi (Ensiklopedia perubatan) Terjemahkan hasil Galen -ahli perubataan Greek
* Al-Zahrawi (936-013M) – Kajian Perubatan dan Farmasi
* Al-Khawarizmi – Matematik dan Astronomi
* Al-Battani – Matematik dan Astronomi
* Abu Ishaq – Matematik dan Astronomi
* Al-Biruqi – Matematik dan Astronomi
* Al-Bitruni – Matematik dan Astronomi
* Al-Farabi – Pemikiran politik dan Undang-Undang
* Al-Miskawayh – Pemikiran politik dan Undang-Undang
* Al-Mawardi – Pemikiran politik dan Undang-Undang
* Ibn-Sina – Ilmu Mantik dan falsafah
* Al-Kindi – Ilmu Mantik dan Falsafah
* Fakhr al-Din – Ilmu Mantik dan Falsafah
* Al-Razi – Ilmu Mantik dan Falsafah
* Ibn Al-Arabi – Ilmu Mantik dan Falsafah
* Ibn Rushd – Ilmu Mantik dan Falsafah
* Imam Ghazali – Ilmu Mantik dan Falsafah


Kuiz Sejarah Bab 6: Klik Sini
Sejarah Tingkatan 4 Bab 6:
Nota Sejarah: Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 9

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 10

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 8

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 7

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingaktan 4 Bab 6

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 5

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 4

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 3

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 2

Sejarah Tingkatan 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 1

Hadis

Mimpi Yang Baik

Hadis

Kelebihan Mempelajari Al-Quran

Hadis

Adat Memberi Salam

Hadis

Nasihat Dari Rasulullah SAW

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah