Categories
Sajak

Sajak Kunci Bahasa

Sajak Kunci Bahasa: Maksud Rangkap, Persoalan, Gaya bahasa, Unsur Bunyi, Bentuk, Nilai dan Pengajaran

Maksud
Rangkap 1
Bahasa yang bermaruah tidak akan diucapkan oleh lidah dengan
bahasa yang tidak sopan.

Rangkap 2
Bahasa berbuah itu ialah ucapan yang baik boleh digunakan
berkali-kali.

Rangkap 3
Bahasa bersejarah ialah bahasa dalam perbincangan dan perbahasan
secara berkesan.

Rangkap 4
Bahasa berwasilah ialah bahasa yang digunakan bagi mengeratkan
perhubungan dan persahabatan.

Rangkap 5
Bahasa berbudi merupakan bahasa yang sudah menjadi lumrah
digunakan oleh masyarakat untuk urusan harian.

Rangkap 6
Bahasa begitu indah dan tidak habis walaupun digunakan pada setiap hari.

Tema
Bahasa dan kepentingannya dalam kehidupan manusia.

Persoalan
1) Bahasa hendaklah digunakan dengan betul.
2) Sejarah telah mencatatkan bahawa bahasa juga mencetuskan
perbahasan.
3) Bahasa boleh digunakan untuk memperkukuh silaturahim.
4) Bahasa yang berbudi sudah menjadi amalan dan budaya dalam
masyarakat.
5) Bahasa begitu indah kerana manusia tidak boleh dipisahkan daripada bahasa.

Bentuk dan Ciri-ciri Sajak
1) Berbentuk terikat.
2) Terdiri daripada enam rangkap.
3) Setiap rangkap mempunyai dua baris.
4) Bilangan katanya dua hingga empat patah kata sebaris.
5) Terdiri daripada enam hingga sebelas suku kata sebaris.
6) Rima akhir setiap rangkap ialah aa.
7) Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
8) Bahasa Arab. Contoh: berwasilah; ukhuwah; ummah.
9) Repetisi. Contoh: Bahasa.
10) Asonansi. Contohnya, Bahasa bermaruah (perulangan vokal a).
11) Aliterasi. Contohnya, Bahasa berbuah (perulangan konsonan b).

Nilai
1) Berhati-hati.
2) Kebijaksanaan.
3) Perpaduan.
4) Berbudi bahasa.
5) Menghargai bahasa.

Pengajaran
1) Kita hendaklah berhati-hati dalam berkomunikasi.
2) Kita harus bijak menggunakan bahasa.
3) Kita harus memperkukuh perpaduan menerusi wahana bahasa.
4) Masyarakat hendaklah menggunakan bahasa yang sopan.
5) Pengguna bahasa harus menghargai bahasa.

Sajak Kunci Bahasa: Muat Turun Nota
Nota Ringkas: Tingkatan 1