Categories
Sajak

Sajak Kita Umpama Sehelai Daun

Sajak Kita Umpama Sehelai Daun: Maksud Rangkap, Persoalan, Gaya bahasa, Unsur Bunyi, Bentuk, Nilai dan Pengajaran

Maksud
Rangkap 1
Kehidupan manusia di muka bumi ini boleh diibaratkan sebagai sehelai daun. Apabila manusia dilahirkan , membesar dan menjadi dewasa, seharusnya mereka telah mampu menyumbangkan jasa untuk menerangi kehidupan insan lain agar keluar dari belenggu penderitaan.

Rangkap 2
Jika kita gagal menjadi manusia yang tahu membuat jasa, maka tiadalah ruang dan peluang bagi mereka yang hidup dalam kepayahan untuk bergantung harap.

Rangkap 3
Kehidupan manusia ibarat sehelai daun yang akan menjadi tua dan mati. Maka janganlah kita terlalu sombong dan bangga diri dengan kelebihan yang dimiliki sehingga melupakan kesusahan hidup orang lain yang bergantung harap kepada kita.

Rangkap 4
Jadikanlah hidup kita seperti sehelai daun, sewaktu hidup menyumbang jasa. Malah setelah matipun, banyak jasa dan bakti kita masih dapat dimanfaatkan oleh orang lain.

Tema
Mengamalkan sikap yang baik dalam kehidupan.

Persoalan
1) Senantiasa memberi sumbangan dan kebaikan kepada masyarakat.
2) Tidak kedekut dan malas untuk membantu orang lain. Hal ini akan menyebabkan hubungan dengan masyarakat akan menjadi renggang.
3) Sikap angkuh dan mementingkan diri sendiri akan menyusahkan orang lain.

Bentuk
1) Bebas
2) Terdapat empat rangkap
3) Baris-baris ayat dan rima akhir
 Rangkap 1 terdapat 5 baris. Rima akhir ababc
 Rangkap 2 terdapat 4 baris. Rima akhir abcd
 Rangkap 3 terdapat 5 baris. Rima akhir abcbd
 Rangkap 4 terdapat 3 baris. Rima akhir abb.

GAYA BAHASA
1) Simile
Contoh : kita umpama sehelai daun
2) Personifikasi
Contoh : tempat bercanda unggas meriang
3) Pengulangan baris
Contoh : kita umpama sehelai daun
4) Asonansi – pengulangan vokal a
Contoh : andai kikir jasa dan bakti
4) Aliterasi – pengulangan konsonan m
Contoh : hijau menunas menyegar mata

NILAI
 Nilai bertanggungjawab
Contoh: Bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang lain
 Nilai prihatin
Contoh: Prihatin terhadap golongan miskin dan anak-anak yatim
 Nilai kesederhanaan
Senantiasa mengamalkan sikap sederhana dalam kehidupan

PENGAJARAN
1) Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap kepentingan masyarakat
2) Kita mestilah prihatin terhadap golongan yang memerlukan
3) Kita hendaklah sentiasa mengamalkan sikap yang sederhana

Sajak Kita Umpama Sehelai Daun: Muat Turun Nota
Nota Ringkas: Tingkatan 1