Categories
Sajak

Sajak Erti Hidup Bererti

Sajak Erti Hidup Bererti: Maksud Rangkap, Persoalan, Gaya bahasa, Unsur Bunyi, Bentuk, Nilai dan Pengajaran .

Maksud
Rangkap 1

Fikiran penyajak sering dihimbau oleh nasib malang yang mengongkongi hidupnya dan tidak pernah berubah. Tiada siapa yang datang menziarahinya. Keluhan daripada seorang insan tua yang kesunyian.

Rangkap 2
Kebahagiaan hidup yang diimpikan oleh penyajak hanya angan-angan sahaja sehingga penghujung hidupnya. Anak-anak kandungnya sendiri sudah melupainya dan tidak sanggup untuk menjaganya. Anak-anaknya saling menolak untuk menjaganya. Penyajak mencari kehidupannya sendiri dan menanggung penderitaan hidup tanpa ada tempat bergantung yang kukuh.

Rangkap 3
Penyajak menganggap dirinya tidak dihargai dan diperlukan lagi walaupun mereka anak kandungnya sendiri. Penyajak berharap agar anak-anaknya sama ada yang sanggup berbakti atau yang telah melupakannya akan diberikan keinsafan. Penyajak berharap agar hidup dengan berkasih sayang dan menggantikan hubungan yang hambar sebelum ini. Manusia jangan leka, dalam putaran hidup ini akan ada yang hidup dan mati kecuali Tuhan yang kekal.

TEMA
Keluhan ibu tua yang diabaikan oleh anaknya sendiri. Seorang ibu yang mengharapkan belaian kasih sayang anak-anak pada penghujung usianya. Namun begitu anak-anak tidak mengendahkan dan mengambil tanggungjawab menjaganya. Jauh di sudut hatinya masih mengharapkan anak-anaknya akan insaf.

PERSOALAN
1. Kasih sayang seorang ibu
Contoh: ibu yang mengandungkan dan menjaga anak semasa kecil

2. Berbakti kepada ibu
Contoh: anak-anak tidak boleh mengabaikan ibu yang melahirkan dan membesarkan mereka

3. Kebahagiaan hidup ialah impian semua orang
Contoh: harapan seorang ibu agar anak-anak dapat memberikan kebahagiaan pada hari tuanya

4. Tanggungjawan seorang anak
Contoh : anak-anak perlu insaf terhadap tanggungjawab menjaga kebajikan ibu kandung dan memberikan kebahagian kepadanya

5 Kekuasaan Tuhan
Contoh : ada yang mati ada yang hidup tiada yang kekal kecuali Tuhan

GAYA BAHASA
1. Personifikasi – malam sepi, semoga disirami benih keinsafan
2. Simile – bagai kalung
3. Sinkope -yang melingkari leherku siapa yang akan datang menjengukku kucari erti hidup anakku bakaku
4. Anafora – dari sulung ditendang ke bongsu dari angah ditendang ke sulung balik
5. Responsi – dari sulung ditendang ke bongsu dari angah ditendang ke sulung balik
6. Metafora -Keheningan tasik, kehijauan rumput, benih keinsafan

PENGAJARAN
1. Kita mestilah sayang akan ahli keluarga dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka dan menjaga ibu bapa sehingga hari tua mereka.

2. Kita perlulah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan demi mematangkan diri, terutamanya menghadapi usia yang tua.

3. Kita haruslah taat kepada ibu bapa dan tidak melupakan mereka selepas berpindah dari rumah ibu bapa, malah sentiasa menjenguk mereka.

4. Kita mestilah berdikari sewaktu hidup di bandar seorang diri supaya tidak terlalu bergantung pada orang lain, walaupun sewaktu tua.

5. Kita mestilah sabar menghadapi apa-apa cabaran yang menimpa kita agar dapat menjadikan diri kita lebih kental.

6. Kita haruslah menjadi anak yang bertanggungjawab dengan menjaga kebajikan ibu bapa dan menyejahterakan serta membahagiakan mereka.

NILAI
1. Kasih sayang – kasih sayang seorang tua terhadap anaknya tetap utuh walaupun anaknya itu melupakannya.
2. Ketabahan – ketabahan dalam mengharungi kehidupan seorang diri dan kesunyian tanpa dihiraukan oleh anak-anak.
3. Keinsafan – penyajak sedar dan insaf bahawa yang kekal hanyalah Tuhan.
4. Bertanggungjawab – sikap tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anaknya dengan mendoakan mereka agar dikurniakan keinsafan.

Sajak Erti Hidup Bererti: Muat Turun Nota
Nota Ringkas: Tingkatan 5

Sajak

Sajak Kuingin Berterima Kasih

Sajak

Sajak Kunci Bahasa

Sajak

Sajak Kita Umpama Sehelai Daun

Sajak

Sajak Aku

Sajak

Sajak Dalam Persekitaran Kita

Sajak

Sajak Kucari Damai Di Sini

Sajak

Sajak Pada Sekuntum Mawar

Sajak

Sajak Roti

Sajak

Sajak Bintang

Sajak

Sajak Kijang Yang Lelah

Sajak

Sajak Pesan Ibu Beribu

Sajak

Sajak Senja Di Palang Besi

Sajak

Seloka Santap Istiadat

Sajak

Puisi Gurindam Dua Belas Fasal Ketiga

Sajak

Sajak Aku Membaca Lagi

Sajak

Sajak Gelanggang

Sajak

Sajak Sang Gembala Kuda

Sajak

Sajak www.sibermerdeka.com.my

Sajak

Gurindam Beberapa Petua Hidup

Sajak

Seloka Berbuat Istana Zaman Dahulu

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara