Categories
Sajak

Sajak Aku

Sajak Aku: Maksud Rangkap, Persoalan, Gaya bahasa, Unsur Bunyi, Bentuk, Nilai dan Pengajaran

Maksud
Rangkap 1
Penyajak mendapati dirinya keseorangan tanpa ada manusia lain di
pantai ini.

Rangkap 2
Penyajak menyusuri sepanjang pesisir pantai sambil membayangkan
dirinya ialah Nabi Adam.

Rangkap 3
Penyajak menggambarkan hari tersebut seolah-olah merupakan hari
Nabi Adam iaitu manusia pertama yang dicipta oleh Tuhan. Pada hari itu, baginda dapat melihat keindahan alam ciptaan Tuhan buat kali pertama.

Rangkap 4
Sebelum baginda dicipta oleh Tuhan, baginda tidak pernah mendengar deruan ombak.

Rangkap 5
Baginda juga tidak pernah merasai tiupan angin.

Rangkap 6
Baginda juga tidak pernah mengetahui kewujudan hidupan laut dan
tumbuh-tumbuhan di situ.

Rangkap 7
Baginda percaya akan kekuasaan Tuhan yang Maha pencipta kerana
baginda baru sahaja dicipta.

Tema
‘Aku’ karya Rosli K. Matari ialah percaya akan kewujudan
Tuhan. Penyajak menyatakan kewujudan Tuhan dengan membuktikannya melalui manusia dan alam yang dicipta oleh-Nya.

Persoalan
Persoalan kesyukuran terhadap kurniaan Tuhan
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa manusia harus bersyukur kepada Tuhan yang mencipta hidupan dan alam ini.

Persoalan ketaatan kepada Tuhan
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa manusia sebagai ciptaan Tuhan
harus taat kepada Tuhan.

Persoalan kedamaian alam semula jadi
Contoh : Penyajak menggambarkan keindahan alam semula jadi melalui angin yang bertiup di mana-mana dan bunyi ombak.

Bentuk
 Sajak ini terdiri daripada tujuh rangkap.
 Terdapat tiga baris setiap rangkap.
 Jumlah perkataan antara satu hingga empat perkataan sebaris.
 Bilangan suku kata dalam setiap baris antara lima hingga sepuluh
suku kata.

Gaya Bahasa dan Unsur Bunyi
 Imej alam – laut; langit; pohon; ombak; angin; kulit kerang; ru
 Sinkope – kecuali diriku
Tidak terasa olehku
Aku percaya Kau pencipta
 Inversi – Tidak ada manusia lain Kelmarin aku belum ada
 Asonansi – Tidak ada manusia lain (pengulangan vokal a)
 Aliterasi – sentuhan angin ini ( pengulangan konsonan n)

Nilai
Keinsafan; kesyukuran; kasih sayang; rasional
Pengajaran
 Kita hendaklah sentiasa bermuhasabah agar dapat meningkatkan
tahap keimanan kita.
 Kita perlulah bersyukur kepada Tuhan kerana diciptakan di bumi ini.
 Kita perlu yakin akan kewujudan Tuhan.
 Kita hendaklah mencintai alam sekitar supaya alam sekitar akan
terpelihara.

Sajak Aku: Muat Turun Nota
Nota Ringkas: Tingkatan 1