Categories
Sains Tingkatan 5

Sains Tingkatan 5 Bab 4

Sains Tingkatan 5 Karbon

Kepelbagaian Sebatian Karbon
Sebatian Karbon – sebatian yang mengandungi unsur karbon

a) Sebatian Karbon Organik
– berasal daripada benda hidup
– terbakar dalam udara menghasilkan karbon dioksida
– saiz molekul besar
– larut dalam pelarut organik
– contoh: karbohidrat, protein, vitamin, sutera, petrol

b) Sebatian Karbon Tidak Organik
– bukan berasal dari benda hidup
– tidak terbakar dalam udara
– saiz molekul kecil
– tidak larut
– contoh: karbon monoksida, kalsium karbonat

Hidrokarbon
– sebatian karbon yang hanya mengandungi unsur karbon dan hidrogen
Sumber:petroleum, gas asli, arang batu

Asal usul
i) Petroleum: daripada tumbuhan dan haiwan laut yang tertimbun di dasar laut berjuta-juta tahun dahulu
ii) Gas asli: terperangkap antara petroleum dan batuan tidak tetap dalam tanah
iii) Arangbatu: daripada tumbuhan di kawasan paya yang tertimbun di bawah tanah berjuta-juta tahun dahulu

Alkohol
– sebatian yang mengandungi unsur karbon, hidrogen dan oksigen
– mengandungi kumpulan hidroksil
– Nama ahli berakhir dengan -ol
– Contoh: methanol, etanol, propanol, heksanol

a) Sifat Fizik
– cecair pada suhu bilik
– tidak berwarna
– berbau sedap
– mudah meruap
– mudah terlarut campur dengan air
– larut dalam pelarut organik

b) Sifat Kimia
i) Pembakaran
– Alkohol mudah terbakar dalam udara
– Menyala dengan nyalaan biru tanpa jelaga
– Menghasilkan gas karbon dioksida dan air
Alkohol + Oksigen > Air + Karbon Dioksida
snt5b4 2
ii) Pengesteran
snt5b4 3
– Ester dihasilkan apabila alkohol bertindak balas dengan asid organik
– Asid sulfurik digunakan sebagai mangkin
– Ester berbau harum, tidak terlarut campur dengan air, dan kurang tumpat daripada air

c) Kegunaan
– sebagai bahan api
– sebagai pelarut
– membuat minuman beralkohol/keras
– membuat minyak wangi
– membuat ubat

d) Keburukan Alkohol
– merosakkan otak, hati, ginjal dan arteri darah
– mabuk dan hilang keupayaan mengimbangi badan
– pemikiran tidak waras
– mengakis permukaan dalam perut dan menyebabkan gastrik
– gerakbalas lambat

e) Penyediaan Alkohol
snt5b4 4
– Etanol dapat dihasilkan melalui proses penapian
– Etanol daripada penapian glukosa dapat ditulenkan melalui proses penyulingan
snt5b4 5

Lemak
– sebatian organik yang mengandungi unsur karbon, hidrogen dan oksigen
snt5b4 6

Kesan Pengambilan Lemak Tepu Terhadap Kesihatan
i) Lemak tepu mengandungi kandungan kolesterol yang tinggi
ii) Kolesterol yang berlebihan dalam darah termendap pada dinding dalam arteri/salur darah menyebabkan lumen sempit
iii) Keaddan ini menyebabkan:
– tekanan darah tinggi
– arteriosclerosis (penebalan dinding arteri)
– serangan penyakit jantung
– strok

snt5b4 7

Kelapa Sawit Dan Kepentingannya
Struktur Buah Sawit
snt5b4 8

Proses Pengekstrakan Minyak Kelapa Sawit
1) Pensterilan
– Buah sawit bersama tandannya disterilkan dengan stim
– Melembutkan sabut buah kelapa sawit
– Memudahkan penanggalan buah daripada tandannya
– Membunuh bakteria dan kulat pada buah

2) Penanggalan
– Buah kelapa sawit ditanggalkan daripada tandannya dalam mesin penanggal

3) Pencernaan
a) Sabut
i) Pengekstrakan
– sabut ditekan dengan menggunakan Penggempar, penekan hidraulik atau penakan skru untuk mengeluarkan baki minyak di dalamnya

ii) Penurasan
– campuran minyak mentah dengan gentian sabut dituraskan

iii) Penulenan
– Stim dialirkan melalui minyak untuk menyingkirkan bau. Kemudian minyak dialirkan melalui karbon yang diaktifkan untuk menyingkirkan warna

b) Biji Buah
i) Pengeluaran Minyak Isirung
ii) Tempurung dipecahkan dan isirung dipisahkan daripada tempurung
iii) Minyak dalam isirung dikeluarkan dengan menggunakan penekan hidraulik atau penekan skru
iv) minyak ditulenkan untuk mendapat minyak isirung

Kegunaan Minyak Kelapa Sawit
i) Dakwat percetakan
ii) Marjerin
iii) Minyak Masak
iv) Bahan gentian lemak koko
v) Sabun dan bahan pencuci
vi) Lilin
vii) Minyak pelincir

Kebaikan Minyak Kelapa Sawit
i) Sumber vitamin A dan E
ii) Mengandungi beta-karotena: bajam pencegah kanser
iii) Kandugan pengantioksida yang tinggi
iv) Mengurangkan kolesterol yang berbahaya dalam badan
v) Menghalang pembekuan darah yang abnormal

Pembuatan Sabun Dan Tindakan Pencuciannya
1) Hidrolisis Beralkali/Saponifikasi
snt5b4 9
– minyak dididihkan bersama dengan larutan beralkali
– 2 peringkat berlaku iaitu:
Peringkat 1
– Molekul minyak diuraikan melalui hidrolisis kepada gliserol dan asid lemak
– Alkali bertindak sebagai mungkin sahaja

Peringkat 2
– Ion natrium bergabung dengan asid lemak
– garam asid lemak (sabun) dan air terbentuk

– Natrium klorida ditambahkan untuk memendakkan sabun

2) Penurasan
snt5b4 10
– Campuran dituraskan dengan kertas turas
– Baki turasan dibilas dengan air suling dan dikeringkan
– Sedikit air dituangkan ke atas baki turasan dan dikacau. Buih-buih terbentuk

Persamaan perkataan pembentukan sabun
snt5b4 12

Struktur Molekul Sabun
snt5b4 13

Tindakan Pencucian Sabun
a) Peringkat 1
snt5b4 14
– tegangan permukaan air dikurangkan apabila sabun dicampurkan dengan air
– air sabun mudah bergerak melalui gentian kain

b) Peringkat 2
snt5b4 15
– Bahagian ekor molekul sabun larut dalam gris
– Bahagian kepala molekul sabun berada dalam air

c) Peringkat 3
snt5b4 16
– Apabila baju digosok dan air dikacau, tompok gris terus ditanggalkan daripada permukaan baju

d) Peringkat 4
snt5b4 17
– Buih-buih sabun yang terbentuk membantu mengapungkan titisan gris dalam air

Polimer
– Molekul besar terdiri daripada gabungan molekul-molekul kecil (monomer)

a) Polimer Asli
– wjud semula jadi
– berasal daripada organisma hidup
– contoh: karbohidrat, protein, selulosa, petroleum

b) Polimer Sintetik
– polimer buatan manusia
– diperbuat daripada petroleum dan gas asli
– contoh: neoprene, getah butil
snt5b4 18

Penyahpolimeran
snt5b4 19
– Serpihan perspeks dalam tabung didih dipanaskan
– Serpihan perspeks melebur dan bertukar kepada wap
– Wap terkondensasi membentuk cecair tanpa warna
snt5b4 21

Pempolimeran
snt5b4 20
– Lauroil peroksida (sebagai mangkin) ditambahkan kepada cecair terkumpul
– Campuran itu direndam dalam air suam (kira-kira 500C).|
– Pepejal lut sinar yang terbentuk ialah polimer perspeks
snt5b4 22

Getah Asli
Ciri-ciri
i) Monomernya ialah isoprena
ii) Kenyal (berupaya kembali ke bentuk asal selepas diregang)
iii) Konduktor haba yang lemah
iv) Tidak mengalirkan elektrik (penebat)
v) Lembut
vi) Tidak larut dalam air
vii) Tidak tahan haba
viii) Lembut dan melekit apabila dipanaskan
ix) Keras dan rapuh apabila disejukkan

Tindakan Asid Dan Alkali Ke Atas Lateks
a) Lateks
snt5b4 23
– Setiap molekul getah disaluti membran protein dengan cas-cas negatif tersebar di permukaan luarnya
– molekul getah yang bercas sama menolak antara satu sama lain lalu menghalang penggumpalan lateks

b) Tindakan asid ke atas lateks
– Ion-ion hidrogen yang bercas positif daripada asid formik akan meneutralkan cas-cas negatif pada zarah-zarah getah
– Tanpa cas-cas negatif, zarah-zarah getah berlanggar antara satu sama lain da menyebabkan membran protein zarah getah pecah
– Molekul-molekul getah dibebaskan dan berpadu antara satu sama lain. Gumpalan getah terbentuk

c) Tindakan ammonia (alkali) ke atas lateks
– Getah asli bersifat lembut, tidak tahan haba, dan mudah hilang kekenyalan
– Rantai-rantai molekul getah asli mudah menggelongsor di antara satu sama lain
– Proses pemvulkanan dilakukan dengan menambahkan atom-atom sulfur ke dalam molekul getah asli. Rantai silang antara molekul getah asli terbentuk
– Getah tervulkan menjadi lebih kuat, lebih tahan haba dan lebih kenyal
– Rangkai silang menghalang molekul getah daripada menggelongsor di antara satu sama lain

Perbezaan Antara Sifat Getah Asli Dengan Getah Tervulkan
snt5b4 27

Penghasilan Getah Tervulkan Dalam Industri Pembuatan Tayar
snt5b4 28

snt5b4 29
Penghasilan getah tervulkan dalam makmal
– mencelupkan kepingan getah asli ke dalam larutan sulfur klorida dalam metal benzena

Kuiz Sains Bab 4: Klik Sini
Sains Tingkatan 5 Bab 4:
Nota Sains: Tingkatan 5

Sains Tingkatan 5

Sains Tingkatan 5 Bab 4

Sains Tingkatan 5

Sains Tingkatan 5 Bab 3

Sains Tingkatan 5

Sains Tingkatan 5 Bab 2

Sains Tingkatan 5

Sains Tingkatan 5 Bab 1

Hadis

Mimpi Yang Baik

Hadis

Kelebihan Mempelajari Al-Quran

Hadis

Adat Memberi Salam

Hadis

Nasihat Dari Rasulullah SAW

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah