Categories
Sains Tingkatan 5

Sains Tingkatan 5 Bab 3

Sains Tingkatan 5 Bab Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar

Keseimbangan Alam Sekitar
Takrif: Interaksi antara organisma dengan organisma lain dan dengan alam sekitarnya untuk mewujudkan suatu kestabilan dinamik
Kitar semulajadi: Mengekalkan keseimbangan alam dengan mengitar semula sumber alam

a) Kitar Air
snt5b3 1

b) Kitar Karbon

snt5b3 2

c) Kitar Nitrogen
snt5b3 3

d) Siratan Makanan
snt5b3 4

snt5b3 5
– Pengeluar = tumbuhan yang mensitesiskan makanan secara fotosintesis
– Pengguna Primer = Haiwan yang memakan tumbuhan
– Pengguna Sekunder = Haiwan yang memakan pengguna primer
– Pengguna Tertier = Haiwan yang memakan pengguna sekunder
– Pengurai = Bakteria dan kulat yang menguraikan bahan organik

Kesan Bencana Alam
a) Kemarau Panjang
– menyebabkan perubahan iklim
– memusnahkan habitat
– kematian fauna dan flora
– siratan makanan terjejas
– manusia kehilangan sumber makanan @ kebuluran

b) Banjir
– Kawasan rendah ditenggelami air
– Hakisan tanah berlaku
– Pencemaran air
– Pemusnahan habitat
– Harta benda termusnah
– Merebak penyakit seperti taun
– Kebuluran

c) Letupan Gunung Berapi
– Bentuk fizikal bumi berubah
– Habitat musnah
– Hidupan mati
– Pencemaran udara di sekitar gunung berapi

d) Gempa Bumi
– Habitat musnah
– Tumbuhan dan haiwan mati
– Rantai makanan terputus

e) Taufan
– Harta benda musnah
– Hidupan mati
– Habitat musnah
– Rantai makanan terganggu

f) Kebakaran Hutan
– Habitat haiwan termusnah
– Tumbuhan dan haiwan mati
– Pencemaran udara: jerebu yang menjejaskan kesihatan

Pencemaran Alam Sekitar
– Takrif: Peningkatan kuantiti bahan pencemar yang mengakibatkan perubahan fizikal atau kimia dalam alam sekitar

Punca Pencemaran Alam Sekitar
a) Pembakaran bahan api fosil seperti petroleum, gas asli dan arang batu dalam perindustrian
i) Gas berasid seperti karbon dioksida dan sulfur dioksida
– menjejaskan kesihatan
– merendahkan pH air sungai, kolam dan tidak sesuai untuk hidupan
– merendahkan pH tanah, tanah kurang subur

ii) Jelaga dan debu
– mengaburi pandangan
– menjejaskan sistem respirasi
– menutup stoma daun dan mengurangkan fotosintesis

iii) Karbon dioksida
– menyebabkan kesan rumah hijau
– suhu dunia naik
– ais di kawasan kutub lebur dan menyebabkan paras air laut naik
– kawasan rendah tenggelam
– perubahan dalam arah angin yang menyebabkan bencana alam

iv) Karbon monoksida
– merosakkan jantung
– mengurangkan kebolehan darah membawa oksigen dalam badan
– dos kecil, pening dan sakit kepala
– dos besar, maut

b) Pembuangan bahan sisa industri seperti bahan toksik, asap, bahan radioaktif dan haba dalam perindustrian
i) Bahan toksik seperti logam berat (merkuri, nikel dan kadmium)
– Merkuri: kecacatan fetus dan ganggu sistem saraf, menyebabkan penyakit minamata
– Plumbum: meninggikan tekanan darah, menjejaskan pertumbuhan dan merosakkan sistem saraf
– Kadmium: menyebabkan penyakit dan masalah kepada organ pembiakan
– Nikel: menyebabkan kanser dan penyakit kulit

ii) Bahan sisa kelapa sawit dan getah yang mereput
– menghasilkan gas berbau busuk (ammonia dan hidrogen sulfida)
– jika dibuang ke dalam sungai atau kolam, bakteria pengurai akan menguraikannya dan menggunakan oksigen daripada air. Kekurangan oksigen dalam air menyebabkan hidupan akuatik mati

iii) Bahan radioaktif
– dos tinggi menyebabkan loya, kanser, kecacatan fetus, kemandulan dan kematian

iv) Asap
– mengakis bangunan
– merendahkan pH air
– tanah tidak subur
– kraung hasil pertanian

v) Terma (haba)
– menaikkan suhu udara
– menaikkan suhu air sungai dan kolam
– mengurangkan oksigen terlarut dalam air. Hidupan akuatik mati

c) Penggunaan bahan kimia dan pestisid dalam bidang pertanian
i) Baja kimia
– Nitrat dan fosfat larut dalam air kolam atau tasik menyebabkan blum alga
– apabila alga mati dan mereput, ia menggunakan dari air dan menghasilkan gas yang berbau busuk. Hidupan air akan terbunuh akibat kekurangan oksigen

ii) Pestisid
– digunakan untuk membunuh serangga, kulat dan lalang boleh mencemarkan udara dan tanah
– ia akhirnya akan larut dalam air dan mengalir ke dalam sungai atau kolam
– ini mencemarkan air dan menyebabkan hidupan akuatik terbunuh
– sesetengah pestisid tidak terbiodegradasi dan akan tersimpan dalam tisu tumbuhan atau haiwan
– pestisid akan memasuki badan manusia sekiranya manusia termakan tumbuhan atau haiwan tercemar

d) Kenderaan dan jentera
i) Bunyi
– merosakkan gengendang telinga
– meninggikan denyutan jantung dan tekanan darah
– mengganggu keselsaan hidup

ii) Jelaga / serbuk karbon
– mengotorkan udara
– menghitamkan bangunan
– menyumbat salur pernafasan dan mengganggu pernafasan
– menghasilkan jerebu
– kadar fotosintesis kurang: hasil tanaman merosot

e) Rumah dan pasar
i) Sampah sarap organik
– seperti sisa makanan menarik perhatian perosak yang membawa openyakit seperti taun

ii) Sampah sarap bukan organik
– plastik, kaca dan barangan logam mengotorkan alam sekitar
– plastik bahan tidak terbiodegradasi
* menghasilkan gas toksik jika dibakar
* menyekat pengaliran air dibuang ke dalam longkang
* membunuh haiwan laut, jika di buang ke dalam laut
– tin logam yang berkarat menyebabkan kecederaan dan penyakit tetanus

f) Pembuangan kumbahan
i) air kumbahan
– mengandungi najis, air kencing dan kertas tandas
– kumbahan yang dibuang ke dalam kolam dan sungai membawa penyakit seperti taun dan disenteri

Kesan Pencemaran Alam Sekitar
i) Kepupusan spesies
ii) Kehilangan sumber ekonomi
iii) Kemerosotan keindahan alam
iv) Kemerosotan kesihatan manusia
v) Pemusnhan habitat

Fenomena Pemanasan Global
– peningkatan suhu bumi dikenali sebagai pemanasan global
– Kesan rumah hijau: Pemanasan bumi akibat haba yang terperangkap dalam atmosfera oleh gas-gas yang disebut gas rumah hijau
– Gas rumah hijau yang utama ialah karbon dioksida, klorofluorokarbon, metana dan nitrogen dioksida
snt5b3 6

Langkah-Langkah Mencegah Pemanasan Global
i) Kurangkan penggunaan bahan api fosil
ii) Kurangkan aktiviti penebangan
iii) Menanam semula pokok-pokok yang ditebang
iv) Menguatkuasakan undang-undang

Penipisan Lapisan Ozon
– kedudukan lapisan ozon: lapisan stratosfera atmosfera
– 1 molekul ozon terdiri daripada 3 atom oksigen
– fungsi lapisan ozon: melindungi hidupan di bumi daripada sinaran ultraungu

a) Punca
– penggunaan barangan yang mengandungi CFC seperti penyaman udara, Peti sejuk dan aerosol

b) Proses
– CFC terurai oleh cahaya ultraungu dan membebaskan klorin
– klorin menguraikan ozon kepada klorin monoksida dan oksigen
– tindakan klorin daripada CFC lebih cepat daripada pembentukan ozon
– akibatnya lapisan ozon semakin nipis

c) Kesan
– penipisan lapisan ozon mengakibatkan cahaya ultraungu berkeamatan tinggi sampai ke bumi
– mengakibakan:
i) kanser kulit
ii) katarak mata
iii) kekurangan hasil tanaman: tisu tumbuhan rosak
iv) kematian fitoplankton: menjejaskan rantai makanan

Pengawalan Penggunaan CFC
i) Guna HFC
ii) Kurangkan penggunaan CFC
iii) Tidak membuang Sisa barangan CFC merata tempat
iv) Mendidik orang ramai tentang kesan CFC terhadap ozon
v) Memperoleh semula CFC daripada penyaman udara dan peti sejuk semasa servis

Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
a) Industri
– memasang cerobong tinggi supaya asap dan gas toksik dapat dibebaskan pada aras atmosfera tinggi
– memasang pemendak elektrostatik pada cerobong untuk menarik zarah-zarah bahan pencemar daripada asap sebelum asap dibebaskan
– bahan buangan toksik harus diproses supaya menjadi tidak beracun sebelum dibuangkan
– sisa bahan radioaktif disimpan dalam tong keluli tebal yang dilindungi oleh konkrit dan ditanam di tempat yang sesuai
– air panas dari kilang atau janakuasa elektrik harus disejukkan dalam kolam sebelum dialirkan ke dalam sungai

b) Pertanian
– menentukan baja kimia dan pestisid yang digunakan tidak berlebihan
– petani harus mengamal tanaman bergilir untuk kurangkan penggunaan baja kimia dan pestisid
– petani digalakkan menggunakakn kawalan biologi untuk menghapuskan perosak

c) Kenderaan dan Jentera
– asap ekzos harus di kawal
– pemeriksaan dijalankan dari masa ke masa
– pengubah bermangkin boleh dipasang pada paip ekzos. Alat ini dapat menukarkan karbon monoksida, nitrogen dioksida kepada karbon, air dan karbon dioksida
– menggunakan petrol tanpa plumbum. Ini mengurangkan kuantiti plumbum dalam udara

d) Sampah sarap
– dari rumah harus dibuang ke dalam tong sampah yang bertutup atau beg plastik yang diikat
– sampah sarap yang dikutip dibakar dalam tempat tertutup atau insinerator

e) Kumbahan
– disalurkan ke dalam kolam pengoksidaan. Bakteria aerob akan menguraikan kumbahan kepada bahan ringkas dan tidak berbau

f) Bunyi
– lapangan terbang dan kilang yang menghasilkan bunyi bising dibina di tempat yang jauh daripada kawasan perumahan

Pemulihan dan Pemuliharaan
a) Bekas lombong dipulih menjadi tempat rekreasi
b) Tanah terbiar menjadi tanah pertanian, industri atau kawasan perumahan atau tempat rekreasi
c) Kawasan yang kaya dengan flora dan fauna dikekalkan
d) Sebelum sesuatu projek dijalankan, penilaian alam sekitar harus dibuat terlebih dahulu
e) Kemudahan seperti insinerator, tapak pembuangan sampah sarap, sistem memproses kumbahan, harus diselia dan dikawal dengan baik
f) Penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
g) Mendidik orang ramai tentang kepentingan pemeliharan dan pemuliharaan alam sekitar
h) Membuat penyelidikan teknologi baru untuk mengurangkan punca pencemaran

Pengolahan Dan Pengurusan Sumber Alam
Tujuan Pengolahan
– Sumber alam adalah terhad dan tidak boleh diperbaharui
– Harus menjaga sumber alam supaya tidak membazir dan salahguna
– Menentukan penggunaan sumber alam tidak menjejaskan keseimbangan alam dan tidak membawa kesan buruk
– dapat dicapai dengan pengawalan aktiviti:
i) pembukaan tanah
ii) perlombongan
iii) pembalakan
iv) penangkapan hidupan laut

a) Pembukaan Tanah
– penilaian alam sekitar harus dijalankan sebelum tabah dibuka
– masalah timbul: hakisan tanah
– cara atasi hakisan tanah:
i) menanam tanaman tutup bumi
ii) membina teres dilereng bukit
iii) tidak mencabut pokok sembarangan

b) Pembalakan
– memusnahkan hutan sebagai habitat dan menjejaskan keseimbangan alam
– menyebabkan hakisan tanah, banjir kilat, pencemaran sungai dan kepupusan spesies
– atasi:
i) penebangan terpilih
ii) penanaman semula hutan
iii) mengadakan hutan simpanan

c) Perlombongan
– sumber asli seperti bijih logam, petroleum, gas asli dan arang batu tidak dapat diperbaharui
– logam boleh dikitar semula
– bahan ganti bagi bahan api fosil seperti tenaga solar, tenaga hidro, tenaga angin, tenaga biojisim

d) Penangkapan Hidupan Laut
– sumber laut semakin kurang kerana:
i) penangkapan hidupan laut secara besar-besaran
ii) kaedah penangkapan membunuh hidupan kecil
iii) bina tukun tiruan untuk pembiakan ikan
iv) pencegahan tumpahan minyak
v) pastikan bahan kimia bertoksik daripada kilang tidak meracuni kehidupan laut
vi) pukat tunda dan pukat hanyut diharamkan
vii) spesies yang mengalami kepupusan dilindungi

Kuiz Sains Bab 3: Klik Sini
Sains Tingkatan 5 Bab 3:
Nota Sains: Tingkatan 5

Sains Tingkatan 5

Sains Tingkatan 5 Bab 4

Sains Tingkatan 5

Sains Tingkatan 5 Bab 3

Sains Tingkatan 5

Sains Tingkatan 5 Bab 2

Sains Tingkatan 5

Sains Tingkatan 5 Bab 1

Hadis

Mimpi Yang Baik

Hadis

Kelebihan Mempelajari Al-Quran

Hadis

Adat Memberi Salam

Hadis

Nasihat Dari Rasulullah SAW

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah