Sains Tingkatan 5 Bab Nutrisi Dan Pengeluaran Makanan
Kepentingan Amalan Pengambilan Nutrisi Yang Baik Dan Seimbang
Nutrisi
1) Nutrisi Seimbang
– Mengandungi semua kelas makanan yang diperlukan oleh badan dalam kuantiti yang sesuai
– Diperlukan untuk pertumbuhan, pembekalan tenaga, kesihatan, dan memperbaiki tisu yang rosak
2) Nutrien yang diperlukan berasal daripada protein, karbohidrat, lemak, vitamin, garam mineral, selulosa dan air
3) Nilai Kalori
– Jumlah tenaga terbebas ketika makanan dioksidakan dengan lengkap
– 1 kalori = Jumlah tenaga yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 gram air sebanyak 1oC
– 1 g karbohidrat = 4 kcal
– 1 g lemak = 9 kcal
– 1 g protein = 4 kcal
4) Kalorimeter Bom
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Keperluan Kalori Seseorang
a) Umur
– Keperluan kalori kian menurun selepas seseorang mencapai pertumbuhan maksimum.
i) Kanak-kanak dan remaja memerlukan banyak tenaga kerana sedang mengalami tumbesaran
ii) Kadar metabolisme orang muda lebih tinggi berbanding dengan orang dewasa dan orang tua
b) Saiz Badan
– Orang berbadan besar memerlukan lebih tenaga daripada orang berbadan kecil kerana
i) mempunyai bilangan sel yang lebih banyak
ii) lebih tenaga diperlukan untuk menampung keperluan metabolisme bagi setiap sel
c) Jantina
– Orang lelaki memerlukan lebih tenaga kerana
i) saiz badan lebih besar
ii) lebih aktif dan cergas
iii) lemak di bawah kulitnya lebih nipis berbanding dengan perempuan
d) Iklim Persekitaran
– Penduduk di kawasan beriklim sejuk memerlukan lebih banyak tenaga daripada penduduk di kawasan beriklim panas. Tenaga itu diperlukan untuk mengekalkan suhu badan dalam cuaca yang sejuk
e) Aktiviti Fizikal
– Seseorang yang melakukan kerja berat, aktif, cergas dan giat bersukan memerlukan lebih banyak tenaga berbanding dengan orang yang bekerja ringan dan kurang aktif
f) Keadaan Kesihatan
i) Ibu yang hamil dan ibu yang menyusu anak memerlukan lebih banyak makanan yang kaya dengan protein, besi, vitamin dan kalsium. Keperluan tenaga harian ibu yang hamil dan menyusu anak juga lebih tinggi berbanding dengan wanita yang tidak hamil
ii) Pesakit tidak memerlukan makanan yang berkalori tinggi, tetapi mereka patut dibekalkan makanan yang berdasarkan program pemulihan penyakit
Amalan Pengambilan Nutrisi Dan Masalah Kesihatan
– Pelbagai penyakit dan gejala akibat nutrisi yang tidak seimbang
a) Kwasyiorkor
– Pertumbuhan terbantut, perut buncit, cirit birit, kulit bersisik dan mengelupas
– Disebabkan oleh kekurangan protein dalam diet
– Dicegah melalui pengambilan lebih banyak daging, ikan dan susu
b) Marasmus
– Mempunyai badan yang kurus dan lemah
– Disebabkan oleh kekurangan karbohidrat dalam diet
– Dicegah melalui pengambilan lebih nasi dan makanan dibuat daripada tepung gandum
c) Goiter
– Mempunyai kelenjar tiroid yang bengkak dan mungkin kemandulan
– Disebabkan oleh kekurangan iodin dalam diet
– Dicegah melalui pengambilan lebih makanan laut
d) Beri-beri
– Menghidapi masalah bengkak, lumpuh, gangguan sistem saraf, dan hilang selera
– Disebabkan oleh kekurangan vitamin B
– Dicegah melalui pengambilan lebih telur, beras cerut dan makanan beryis
e) Osteoporosis
– Mengakibatkan bongkok dan tulang mudah terpatah khasnya di kalangan wanita
– Disebabkan oleh kekurangan kalsium dan vitamin D
– Dicegah melalui pengambilan lebih keju, susu, ikan bilis, bijiran, dan sayur-sayuran
f) Skurvi
– Mengakibatkan pendarahan gusi
– Disebabkan oleh kekurangan vitamin C
– Dicegah melalui pengambilan lebih buah-buahan sitrus dan sayur-sayuran
Masalah Kesihatan Disebabkan Tabiat Pemakanan Yang Tidak Sihat
a) Kegendutan
– Disebabkan oleh terlalu banyak memakan makanan berlemak dan berkarbohidrat tinggi, serta kekurangan senaman
– Penyakit sampingan: sesak nafas, kencing manis, penyakit jantung, penyakit ginjal dan tekanan darah tinggi
– Diatasi dengan mengurangkan makanan berkalori tinggi, mengambil makanan berselulosa tinggi dan lebih bersenam
b) Anoreksia nervosa
– Merupakan penyakit psikologi di mana seseorang mengurangkan penambilan makanan, tidak memakan, memakan ubat cirit-birit atau sengaja memuntahkan makanan yang telah dimakan dengan tujuan menjaga bentuk badan
– Lazim berlaku pada golongan remaja perempuan
– Pesakit adalah terlalu kurus, pucat, lemah, kitar haid terganggu dan mempunyai gejala malnutrisi
– Diatasi dengan rawatan pakar perubatan dan pakar psikologi serta pengambilan gizi seimbang mengikut program pemulihan
c) Pengambilan makanan berkolesterol tinggi yang berlebihan
i) Arteriosklerosis
– mengakibatkan strok, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
ii) Batu karang
– pembentukan batu karang pada pundi hempedu
d) Pengambilan makanan bergula tinggi yang berlebihan
i) Karies gigi
– mengakibatkan gigi mereput, gusi bengkak dan berdarah
ii) Kencing manis
– menyebabkan strok, tekanan darah tinggi, kemerosotan fungsi organ penting seperti mata dan ginjal
e) Pengambilan makanan bergaram tinggi yang berlebihan
i) Tekanan darah tinggi
– menyebabkan penyakit jantung dan strok
Pengeluaran Makanan Dan Keperluan Nutrien Oleh Tumbuhan
Proses Fotosintesis
Tumbuhan Dan Keperluan Nutrien
– Tumbuhan memerlukan nutrien dalam bentuk garam mineral. Garam mineral yang diperlukan dalam kuantiti surih sebagai mikronutrien, manakala garam mineral yang diperlukan dalam kuantiti yang besar dikenali sebagai makronutrien
Makronutrien
a) Karbon (C), Hidrogen (H), Oksigen (O)
– Diperlukan untuk pembentukan karbohidrat, protein dan lemak
– Kekurangan mengakibatkan pertumbuhan terbantut
b) Nitrogen (N)
– Diperlukan untuk pembentukan asid amino, protein, klorofil dan asid nukleik
– Kekurangan mengkibatkan pertumbuhan terbantut dan daun menjadi kuning (klorosis)
c) Sulfur (S)
– Diperlukan untuk pembentukan protein, asid nukleik dan enzim
– Kekurangan mengakibatkan pertumbuhan akar dan penghasilan bunga dan buah
– Kekurangan mengakibatkan pertumbuhan dan perkembangan sistem akar terbantut, daun kelihatan ungu
d) Fosforus (P)
– Diperlukan untuk pembentukan protein dan enzim
– Menggalakkan pembahagian sel, pertumbuhan sistem akar, dan penghasilan bungan dan buah
– Kekurangan mengakibatkan pertumbuhan dan perkembangan sistem akar terbantut, daun kelihatan ungu
e) Kalsium (Ca)
– Diperlukan untuk pembentukan lamela tengah sel
– Mengekalkan sifat separa telap membran sel
– Kekurangan mengakibatkan bentuk daun muda tidak sekata, pertumbuhan terbantut dan kematian tunas
f) Kalium (K)
– Diperlukan untuk pembentukan asid amino, protein dan kanji
– Mengaktifkan enzim
– Kekurangan mengakibatkan pertumbuhan terbantut, berbatang lembut dan daun bertompok perang
g) Magnesium (Mg)
– Diperlukan untuk pembentukan klorofil dan mengaktifkan enzim respirasi
– Kekurangan mengakibatkan pertumbuhan terbantut dan klorosis
Kitar Nitrogen
– Kepentingan nitrogen: Untuk sistesis protein, klorofil dan asid nukleik
– Nitrat diserap dalam bentuk ion
a) Bakteria pengikat nitrogen
– Tinggal dalam nodul akar tumbuhan kekacang
– Fungsi: Menukarkan nitrogen dalam atmosfera kepada nitrat
b) Tindakan Kilat
– Tenaga dalam kilat menyebabkan nitrogen dan oksigen dalam atmosfera berpadu membentuk nitrogen dioksida
– Nitrogen dioksida larut dalam air hujan
– Meresap ke dalam tanah dan bertindakbalas dengan garam lain dalam tanah untuk membentuk nitrat
Kepentingan Kitar Nitrogen
a) Memastikan kuantiti nitrogen dalam atmosfera, tanah dan hidupan adalah seimbang
b) Membekalkan nitrat kepada tumbuhan
c) Mengekalkan kesuburan tanah
Kuiz Sains Bab 2: Klik Sini
Sains Tingkatan 5 Bab 2:
Nota Sains: Tingkatan 5