Categories
Sains Tingkatan 5

Sains Tingkatan 5 Bab 1

Sains Tingkatan 5 Bab Mikroorganisma Dan Kesannya Ke Atas Kehidupan

Mikroorganisma – organisma yang seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar kecuali menggunakan mikroskop

Jenis Mikroorganisma
i) Bakteria
ii) Virus
iii) Protozoa
iv) Kulat
v) Alga

Pengelasan Mikroorganisma
1) Virus
snt5b1 1
a) Rupa Bentuk
– Bukan sel hidup
– Tidak mempunyai nukleus, sitoplasma, membran sel dan dinding sel
– Terdiri daripada lapisan protein dan bahan baka

b) Saiz
– Mikroorganisma paling seni kerana boleh melalui penapis porselin
– 0.0006 µm hingga 0.4 µm

c) Habitat
– Dalam sel hidup

d) Cara Pembiakan
– Secara replikasi

2) Bakteria

snt5b1 2
a) Rupa Bentuk
– Organisma unisel (Satu sel)
– Dikelaskan ikut bentuk
snt5b1 3

b) Saiz
– 0.2µm – 2.0µm

c) Habitat
– Udara, air, tanah, makanan, tumbuhan, haiwan, organisma mati

d) Cara Pemakanan
– Saprofit atau parasit

e) Pembiakan
– Belahan dedua
– Keadaan tidak sesuai membentuk spora


3) Kulat
snt5b1 4
a) Rupa Bentuk
– Organisma unisel dan multisel

b) Saiz
– 10µm – 100µm

c) Habitat
– Kawasan lembap dan gelap

d) Cara Pembiakan
– Menghasilkan spora kecuali yis secara pertunasan

e) Cara Pemakanan
– Saprofit dan parasit

4) Protoza
snt5b1 5
a) Rupa Bentuk
– Organisma unisel
– Mikroorganisma terbesar

b) Saiz
– 5µm – 250µm

c) Cara Pembiakan
– Pengkonjugatan dan belahan dedua

d) Cara Pemakanan
– Parasit
– Dapat makanan daripada persekitaran

5) Alga
snt5b1 6
a) Rupa bentuk
– Organisma unisel dan multisel

b) Saiz
– 1µm – 10,000µm

c) Habitat
– Kawasan lembap, berair dan bercahaya

d) Cara Pembiakan
– Belahan dedua dan pengkonjugatan

e) Cara Pemakanan
– Mempunyai klorofil, maka boleh sintesis makanan sendiri secara fotosintesis

Faktor Yang Mempengaruhi Aktiviti Mikroorganisma
– Keadaan yang diperlukan untuk pertumbuhan dan pembiakan mikroorganisma
i) Nutrien
– Keperluan asas untuk bertumbuh dan membiak

ii) Nilai ph
– pH 7 – paling sesuai

iii) Cahaya
– parasit dan saprofit tumbuh dalam keadaan gelap
– alga (berklorofil) perlu cahaya

iv) Kelembapan
– perlu air untuk terus hidup

v) Suhu
– rendah – kurang aktif
– tinggi – mati
– 370C – optimum
– 1200C – spora bakteria mati

Peranan Mikroorganisma Berfaedah Dalam Kehidupan Harian
a) Pencernaan Makanan
– Salur makanan herbivor mempunyai bakteria dan protozoa yang menghasilkan enzim selulase untuk mencerna selulosa
snt5b1 7
– Anai-anai mempunyai protozoa
– Protozoa dalam ususnya untuk pencernaan Selulosa

b) Pereputan
– Bakteria pengurai dan kulat pengurai menguraikan tisu organisma mati kepada sebatian ammonium

c) Perubatan
– Antibiotik penisilin diekstrak daripada kulat untuk merawat penyakit sifilis dan gonorea
– Insulin yang digunakan untuk merawat penyakit kencing manis. Kini dihasilkan oleh bakteria yang dimodifikasikan secara genetik
– Vaksin yang mengandungi patogen yang mati atau dilemahkan disuntik ke dalam badan seseorang untuk mencegah jangkit penyakit

d) Pertanian
– Bakteria pengikat nitrogen dalam nodul akar tumbuhan kekacang menukarkan gas nitrogen dalam atmosfera kepada nitrat
– Bakteria pengurai dan kulat pengurai menguraikan bahan organik kompleks kepada yang ringkas
– Sebilangan mikroorganisma digunakan sebagai kawalan biologi untuk menghapuskan perosak tanaman

e) Perindustrian
i) Pembuatan roti – Yis menguraikan gula dan menghasilkan karbon dioksida yang menaikkan aduan roti lembut

ii) Pembuatan minuman beralkohol – Yis ditambah pada jus buah-buahan dan diperam dalam tempoh tertentu

iii) Membuat tali dan kain – Bakteria pengurai mereputkan tisu-tisu antara gentian dalam batang jut dan rami. Gentian yang diperoleh digunakan untuk membuat tali dan kain

iv) Pembuatan kicap soya – Yis bertindak balas dengan kacang soya menghasilkan kicap

v) Pembuatan Yogurt – Bakteria Lactobacillus bertindak ke atas susu mentah

Kesan Mikroorganisma Berbahaya Kepada Manusia
1) Bakteria
snt5b1 8a

2) Virus
snt5b1 9a

3) Kulat
snt5b1 10 a

4) Protozoa
snt5b1 11 a

Cara Jangkitan Penyakit
a) Melalui Air
– Air dicemari oleh pathogen dari najis pesakit
– Contoh Penyakit: Taun, disenteri, keracunan makanan

b) Melalui Udara
– Semasa pesakit batuk, bersin atau bercakap virus dibebas ke dalam udara
– Contoh Penyakit: Selesema, campak, tibi

c) Melalui Makanan
– Makanan dicemari oleh pathogen
– Contoh Penyakit: Taun, hepatitis A dan keracunan makanan

d) Melalui Vektor
– Organisma yang menyebarkan pathogen
– Contoh:
Melalui gigitan nyamuk
i) Nyamuk tiruk – demam malari
ii) Nyamuk aedes – demam denggi

– Melalui sentuhan pada makanan
i) Lalat – taun

e) Melalui Sentuhan
– Sentuhan barangan pesakit: Contoh: Panau, kurap
– Merebak melalui hubungan jenis seperti gonorea, sifilis dan AIDS

Pencegahan Jangkitan Penyakit Yang Disebabkan Oleh Mikroorganisma
1) Kawalan Vektor
a) Cara jangkitan penyakit oleh lalat
snt5b1 12
– Menutup makanan dengan tudung salji
– Menghapuskan tempat pembiakan lalat
– Menjaga kebersihan dapur dan persekitaran rumah

b) Cara jangkitan penyakit oleh nyamuk
snt5b1 13
– Menggunakan kelambu semasa tidur
– Menghapuskan tempat pembiakan lalat
– Menyembur minyak di atas permukaan air
– Membela ikan di dalam kolam makan larva dan pupa nyamuk

2) Pensterilan
a) Penggunaan Haba
i) Autoklaf
– Mensterilkan radas makmal dan alat perubatan
– Distimkan dibawah tekanan tinggi pada suhu 1200C selama 20 minit
– Dapat hapus spora bakteria

ii) Pendidihan
– Suhu 1000C selama 20 minit
– Tidak bunuh spora bakteria
– Mensteril air minuman dan alat pembedahan

b) Penggunaan Bahan Kimia
i) Antiseptik
– Digunakan pada kulit
– Contoh: Iodine, asid borik, akriflavin
– Dapat membunuh bakteria
– Tidak kesan terhadap virus

ii) Disinfektan
– Digunakan pada bangunan dan radas
– Contoh: Formalin, lisol, asid karbolik

c) Penggunaan Sinaran
i) Sinar Ultraungu
– Digunakan dalam makmal dan hospital untuk menghapuskan mikroorganisma dalam udara
– Sesuai digunakan alat-alat yang tidak tahan haba

ii) Sinaran Gama
– Dapat memusnahkan bakteria termasuk sporanya
– Untuk mensterilkan alat berubatan

3) Pengimunan
a) Pengimunan – proses yang meningkatkan keupayaan badan untuk menentang sesuatu penyakit
b) Keimunan – keupayaan badan menentang sesuatu penyakit yang disebabkan oleh patogen
c) Antigen – bendasing yang masuk ke dalam badan. Contoh: bakteria & virus
d) Antibodi – bahan kimia yang dihasilkan oleh sel darah putih (limfosit)

Aktif (Badan menghasilkan antibodi sendiri)
a) Semula jadi (diperoleh selepas sembuh daripada penyakit)
b) Buatan (diperoleh melalui pemvaksinan)

snt5b1 14
snt5b1 15
– Suntikan kedua untuk merangsang penghasilan antibodi mencapai aras keimunan

Pasif (Badan menerima antibodi dari luar)
a) Semula jadi (antibodi diperoleh daripada ibu pada peringkat fetus atau sewaktu penyusuan bayi)
b) Buatan (diperoleh melalui suntikan antiserum)
snt5b1 16
– Antiserum mengandungi antibodi untuk menentang sesuatu patogen bagi penyakit tertentu
– Mencegah penyakit: Tetanus, rabies, difteria

Perbandingan Antaran Keimunan Aktif Dan Keimunan Pasif
– Persamaan: menentang Patogen

Keimunan AktifKeimunan Pasif
VaksinBahan yang disuntikAntiserum
Patogen yang mati atau dilemahkanKandungan bahan yang disuntikAntibodi
Merangsang sel darah putih hasil antibodiFungsi bahan yang disuntikMembunuh patogen dalam badan
SihatJenis pesakit yang diberi keimunanSedang menghidapi penyakit
LambatTempoh memperoleh keimunanCepat
Tahan lamaKetahanan keimunanSementara

Cara Merawat Penyakit Yang Disebabkan Oleh Mikroorganisma
1) Rawatan Tradisional – penggunaan sumber semulajadi seperti herba @ bahagian haiwan tertentu untuk membuat ubat

2) Rawatan Moden
a) Penggunaan Antibiotik
i) antibiotik ialah bahan kimia yang diekstrak daripada kulat dan bakteria
ii) boleh menghalang pertumbuhan kulan dan bateria
snt5b1 18
snt5b1 17

b) Penggunaan Antiserum
i) Antiserum – serum yang mengandungi antibodi yang diekstrak daripada haiwan
ii) Pencegahan penyakit: rabies, tetanus, difteria

c) Penggunaan ubat sintetik
i) Ubat sintetik ialah bahan yang dibuat untuk tujuan rawatan
ii) Boleh menghalang pertumbuhan @ membunuh patogen

d) Pembedahan
e) Radioterapi

Kuiz Sains Bab 1: Klik Sini
Sains Tingkatan 5 Bab 1:
Nota Sains: Tingkatan 5

Sains Tingkatan 5

Sains Tingkatan 5 Bab 4

Sains Tingkatan 5

Sains Tingkatan 5 Bab 3

Sains Tingkatan 5

Sains Tingkatan 5 Bab 2

Sains Tingkatan 5

Sains Tingkatan 5 Bab 1

Hadis

Mimpi Yang Baik

Hadis

Kelebihan Mempelajari Al-Quran

Hadis

Adat Memberi Salam

Hadis

Nasihat Dari Rasulullah SAW

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah