Sains Tingkatan 4 Bab 9 Kimia Industri
Aloi – campuran beberapa jenis logam atau campuran logam dan bukan logam mengikut peratusan yang tertentu
– kebanyakan logam tulen adalah lembut dan mudah terkakis oleh itu aloi dihasilkan untuk membaiki sifat logam tulen.
– apabila satu atau lebih unsur logam atau bukan logam lain dicampurkan ke dalam logam tulen, atom unsur ini menyukarkan penggelongsoran antara lapisan atom logam tulen.
Aloi | Komposisi | Sifat | Kegunaan |
Keluli | besi 99%, karbon 1% | keras dan kuat | – membina bangunan dan jambatan – membuat badan kenderaan dan landasan kereta api |
Piuter | timah 96%, kuprum 3%, antimoni 1% | -permukaan berkilau -tahan kakisan | – membuat barangan perhiasan seperti bingkai gambar |
Gangsa | kuprum 88%, timah 12% | -keras -tahan kakisan -warna yang menarik | -membuat tugu, ukiran logam, duit syiling, pingat |
Loyang | kuprum 75%, zink 25% | -kuat -permukaan berkilat -mudah ditempa -warna keemasan | -membuat kunci, tombol pintu, alatan muzik |
Duralumin | aluminium 95%, kuprum 3%, magnesium 1%, mangan 1% | -ringan -kuat -tahan kakisan | -membuat badan pesawat, kapal terbang |
Kaca dan Seramik
kaca – diperbuat daripada silika
silika – sebatian yang mengandungi silikon dioksida dan wujud secara semula jadi di dalam pasir
– silika tulen dileburkan sekitar 1500 darjah celcius sehingga menjadi cecair dan dibentuk menjadi kaca
Kaca | Komposisi | Ciri-Ciri |
Kaca silika terlakur | Silika | -tahan terhadap haba -lengai terhadap bahan kimia |
Kaca soda kapur | Silika, kalsium karbonat, natrium karbonat | -takat lebur yang rendah -mudah dibentuk |
Kaca borosilikat | Silika, boron oksida, natrium oksida, aluminium oksida | -ketahanan yang sangat tinggi terhadap haba dan kimia berbanding dengan kaca soda kapur |
Kaca plumbum | Silika,plumbum(II) oksida, natrium oksida | -takat lebur yang rendah -mempunyai indeks biasan yang tinggi |
Seramik – terdiri daripada bahan logam yang terbentuk hasil daripada tindakan haba pada suhu yang tinggi
– diperbuat daripada tanah liat, komponen tanah liat ialah aluminium silikat
– seramik tahan haba dan tekanan yang tinggi, keras, rapuh, lengai terhadap bahan kimia, dan tidak berkarat.
Aplikasi kaca dan seramik
i) radas makmal
ii) penutup kaca mentol
iii) prisma kaca
iv) tingkap kaca
v) pinggan mangkuk
vi) jubin
vii) pasu bunga
Polimer – molekul besar berbentuk rantai yang terdiri daripada gabungan unit molekul kecil
Monomer – unit molekul kecil yang membentuk polimer
Kelas polimer
i) Polimer semula jadi
– polimer yang wujud secara semula jadi
a) kanji (glukosa)
– memberikan tenaga
b) protein (asid amino)
– membina sel dan tisu badan
c) getah asli (isoprena)
– membuat produk berasaskan getah
ii) Polimer sintetik
– polimer buatan manusia yang menggunakan bahan kimia
a) Polietena (etena)
– membuat botol plastik, beg plastik, baldi
b) Polistirena (stirena)
– membuat bekas pembungkusan peralatan elektrik
c) Perspeks (metil metakrilat)
– membuat cermin pesawat, tingkap kenderaan
d) Getah sintetik (neoprena)
– membuat sarung tangan, tayar kereta, tapak kasut
Proses Pempolimeran dan Penyahpolimeran
Pempolimeran – proses pencantuman monomer melalui pembentukan ikatan kimia untuk menghasilkan polimer yang bermolekul besar berbentuk rantai
Penyahpolimeran – proses apabila polimer berbentuk rantai dipisahkan kepada monomer-monomernya melalui tindak balas kimia
Getah asli (lateks) – didapati apabila batang pokok getah ditoreh
– susu getah asli diproses menjadi getah asli
Ciri getah asli
i) kenyal
ii) lembut
iii) tidak tahan haba
iv) penebat elektrik
v) tidak telap udara
Tindakan asid dan alkali terhadap lateks
i) Asid
– apabila asid ditambah ke dalam lateks, ion hidrogn yang bercas positif daripada asid akan meneutralkan cas ngatif pada prmukaan mmbran protin
– tanpa cas negatif tersebut, molkul getah akan berlanggar antara satu sama lain
– hal ini menyebabkan membran protein pecah dan rantai polimer getah akan keluar dan saling berbelit lalu membentuk satu gumpalan pepejal.
ii) Alkali
– apabila alkali ditambah ke dalam lateks, ion hidroksida daripada alkali akan meneutralkan ion hidrogen daripada asid
-tanpa asid, cas negatif kekal pada membran protein dan molekul getah tetap menolak antara satu sama lain dan tidak berlanggar
– molekul getah akan kekal dalam keadaan cecair.
Pemvulkanan Getah
– proses pemanasan getah bersama sulfur
– proses ini boleh membaiki sifat getah dan menjadikannya lebih kuat
– atom-atom sulfur ditambahkan ke dalam molekul polimer getah asli yang berbentuk rantai.
– getah yang diperoleh melalui proses ini dipanggil getah tervulkan
Ciri Getah tervulkan
i) tahan terhadap haba
ii) tidak tetap terhadap cecair dan udara
iii) tidak bertindak balas dengan asid dan alkali
iv) tidak mudah teroksida di udara
v) penebat elektrik yang baik
vi) keras dan lebih kenyal
Kuiz Sains Bab 9: Klik Sini
Sains Tingkatan 4 Bab 9:
Nota Sains: Tingkatan 4