Sains Tingkatan 4 Bab 8 Unsur Dan Bahan
Asas Jirim
Atom – zarah paling kecil di dalam sesuatu unsur. Unit paling asas dalam unsur
Molekul – gabungan 2 atau lebih atom secara kimia. Boleh terdiri daripada gabungan jenis atom yang sama atau berbeza
Ion – Zarah-zarah yang bercas positf atau negatif. Terbentuk apabila sesuatu atom menderma atau menerima elektron
Kewujudan Unsur dalam pelbagai bentuk
i) Unsur feurm
ii) Unsur Hidrogen
Jadual Berkala Unsur Moden
– unsur disusun mengikut tertib menaik nombor proton dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah.
– nombor proton ditakrifkan sebagai bilangan proton yang terdapat di dalam nukleus suatu atom
Susunan Elektron Unsur
– atom neutral, bilangan proton adalah sama dengan bilangan elektron
– elektron disusun mengelilingi nukleus dalam petala elektron
– elektron akan memenuhi petala terdekat dengan nukleus dahulu
– elektron hanya dapat diisi dalam petala baharu apabila petala sebelumnya telah diisi
Pembentukan Ion Positif dan Negatif
– kebanyakan atom mempunyai susunan elektron yang tidak stabil
– atom ini akan cenderung untuk membentuk susunan elektron yang stabil
– atom neutral membentuk ion melalui pendermaan elektron pada petala terluarnya kepada aton lain atau menerima elektron pada petala terluar daripada atom lain
– Ion Positif: terbentuk apabila atom unsur logam menderma elektron
– Ion Negatif: terbentuk apabila atom unsur bukan logam menerima elektron
Isotop
Isotop: berasal perkataan Yunani “isos” yang bermaksud sama dan “lopos” yang bermaksud tempat.
– terdapat unsur yang atomnya mempunyai bilangan proton yang sama tetapi bilangan neutron yang berlainan.
– atom ini dikenali sebagai isotop
– isotop biasanya ditulis nombor nukleonnya sahaja
– Nombor nukleon: jumalh bilangan proton dan neutron di dalam nukleus atom itu.
Kegunaan Isotop dalam Pelbagai Bidang
Radioisotop – isotop tidak stabil yang memancarkan sinaran radioaktif.
i) Perubatan
– sinar gama daripada kobalt-60 digunakan untuk membunuh sel kanser
ii) Teknologi makanan
– sinar gama daripada kobalt-60 juga digunakan untuk membasmi mikroorganisma pada sayur-sayuran tanpa mengubah kualiti makanan itu
iii) Pertanian
– Fosforus-32 disuntik ke dalam akar tumbuhan untuk mengkaji kadar penyerapan baja fosforus dalam pertumbuhan
Kuiz Sains Bab 8: Klik Sini
Sains Tingkatan 4 Bab 8:
Nota Sains: Tingkatan 4