Sains Tingkatan 4 Bab 7 Koordinasi Badan
Sistem Endokrin Manusia
– sistem di dalam badan yang mengkoordinasikan fungsi badan yang melibatkan bahan kimia
– berfungsi sebagai penghantar maklumat ke seluruh badan menggunakan hormon
hormon – sejenis bahan kimia organik yang dirembeskan oleh kelenjar khas yang dikenali sebagai kelenjar endokrin
– kelenjar tanpa duktus kerana hormonnya tidak dibawa melalui duktus tetapi dirembeskan secara terus ke dalam sistem peredaran darah untuk diedarkan ke seluruh badan
Kelenjar Endokrin – kelenjar tanpa duktus
– mengkoordinasikan aktiviti badan dengan bergerak balas terhadap rangsangan daripada persekitaran
Hormon
i) Kesan adalah lama
ii) Sejenis protein
iii) Gerak balas adalah perlahan
iv) Merangsang fungsi tisu atau organ khusus
v) Dirembeskan dalam kuantiti yang sedikit
vi) Organ sasaran – mempunyai reseptor sesuai yang boleh mengenal dan bergerak balas terhadap hormon yang tertentu
Kedudukan Kelenjar endokrin utama
i) Kelenjar pituitari
Hormon antidiuresis
– mengawal kuantiti air yang diserap sepenuh oleh ginjal
Hormon pertumbuhan
– merangsang pertumbuhan (kanak-kanak), mengekalkan komposisi badan (dewasa), mengekalkan jisim otot (dewasa)
ii) Ovari
Estrogen
– mengawal ciri-ciri seks sekunder perempuan
– merangsang penghasilan ovum
– menyediakan uterus untuk penempelan embrio
Progesteron
– mengekalkan ketebalan dinding uterus untuk penempelan embrio
iii) Kelenjar tiroid
Tiroksina
– mengawal kadar metabolisme badan
– mengawal pertumbuhan fizikal dan mental dalam kanak-kanak
iv) Kelenjar adrenal
Adrenalina
– menyediakan badan untuk bertindak dalam keadaan kecemasan
v) Pankreas
Insulin
– mengawal aras glukosa di dalam darah dengan menukarkan glukosa yang berlebihan kepada klukogen untuk disimpan di dalam hati
vi) Testis
Testosteron
– mengawal perkembangan ciri-ciri seks sekunder lelaki
– merangsang penghasilan sperma
Ketidakseimbangan Hormon
i) Testosteron
Kekurangan hormon menyebabkan
– lambat akil baligh
– bilangan sperma yang rendah
Berlebihan hormon menyebabkan
– sifat kelakian pada wanita
ii) Estrogen
Kekurangan hormon menyebabkan
– perkembangan ciri-ciri seks sekunder perempuan terjejeas
Berlebihan hormon menyebabkan
– sifat keperempuanan pada lelaki
iii) Progesteron
Kekurangan hormon menyebabkan
– masalah haid
– sakit kepala
– sembelit
– keguguran kandungan
iv) Pertumbuhan
Kekurangan menyebabkan
– kekerdilan
Berlebihan menyebabkan
– pertumbuhan tidak terkawal
– akrornegali (kegergasian)
v) Antidiuresis
Kekurangan menyebabkan
– air tidak dapat diserap semula di duktus pengumpul di ginjal
– penghasilan urin yang berlebihan
– sentiasa berasa dahaga
– diabetes insipidus
Berlebihan menyebabkan
– sakit kepala
– pening
vi) Insulin
Kekurangan menyebabkan
– glukosa berlebihan tidak dapat ditukar menjadi glikogen
– aras glukosa darah meningkat
– diabetes melitus
Berlebihhan menyebabkan
– aras glukosa rendah
– hipoglisemia
– dahaga yang berlebihan
Gangguan Kepada Koordinasi Badan
– koordinasi badan boleh terganggu disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya ialah pengambilan dadah yang di luar kawalan.
Jenis Dadah
i) Penenang
– menghalang atau melambatkan pergerakan impuls dalam koordinasi badan
– pengguna akan mengantuk dan kurang cemas
– kesan juga bergantung pada dos yang diambil
– Contoh: barbiturat, alkohol
ii) Perangsang
– mempercepat pergerakan impuls dalam koordinasi badan
– pengguna akan berasa sangat yakin dan berwaspada terhadap perubahan sekeliling
– kesan juga bergantung pada dos yang diambil
– Contoh: amfetamina, metamfetamin
iii) Inhalan
– bahan kimia yang boleh disedut menerusi pernafasan
– menyebabkan halusinasi
– merosakkan otak, peparu dan ginjal
– Contoh: pelaru, bahan gas
iv) Halusinogen
– mengubah laluan impuls di dalam otak
– menyebabkan khayal, menjejaskan persepsi
– menjejaskan koordinasi otot
– menyebabkan terdengar suara-suara dan terlihat objek yang tidak wujud
– Contoh: ketamin dan LSD (dietilamida asid lisergik)
Kesan dadah pada sistem saraf
i) Merangsang
– degupan jantung, kadar pernafasan, tekanan darah
– lebih bertenaga, aktif, perasaan tidak menentu dan ganas
ii) Melambatkan
– degupan jantung, kadar pernafasan tekanan darah
– lambat bergerak balas terhadap rangsangan, mengantuk dan koordinasi otot yang lemah
Kesan penyalahgunaan Dadah dan Alkohol pada koordinasi badan
i) Ketidakseimbangan hormon
– badan akan mengalami gangguan koordinasi. badan akan terdedah kepada bahaya dan kecederaan. tubuh badan akan mengalami pertumbuhan yang melampau atau tidak berlaku perkembangan jika berlaku kerosakan pada kelenjar pituitari. perkembangan skes sekunder akan terbantut jika hormon estrogen dan testosteron gagal berfungsi secara normal
– gejala ketidakseimbangan hormon dapat diperhatikan melalui perubahan fizikal dan mental penghaidap seperti badan terlalu besar dan tinggi, terlalu kurus, murung dan kurang daya ingatan
ii) Petuturan tidak jelas
– mengambil alkohol akan memberikan kesan buruk kepada bahagian serebrum dalam otak Serebrum ialah bahagian otak yang mengawal pertuturan manusia
– hal ini menyebabkan mereka yang minum alkohol secara berlebihan akan mengalami pertuturan yang tidak jelas dan meracau
iii) Tindakan refleks yang lambat
– bahan kimia psikoaktif di dalam dadah dan etanol di dalam alkohol akan melambatkan gerak balas sistem saraf terhafap rangsangan. bahan kimia akan berada di antara neuron aferen dengan interneuron. pergerakan impuls akan terhalang dan akan melambatkan proses penghantaran maklumat ke otak
– hal ini dapat diperhatikan pada penagih dadah dan mereka yang minum minuman beralkohol berlebihan
iv) Hilang Keseimbangan
– pengambilan dadah dan minuman beralkohol akan menyebabkan koordinasi otot lemah dan mengakibatkan cara berjalan tidak betul, terhuyung-hayang dan hilang keseimbangan badan.
Kesan penyalahgunaan Dadah dan Alkohol pada fizikal dan mentl
i) Sirosis hati
– pengambilan minuman beralkohol yang berterusan dan penyalahgunaan dadah boleh memberikan kesan toksik kepada hati dan menyebabkan sirosis hati
– sirosis hati ialah keadaan hati mengalami kerosakan yang kronik, berparut, mengeras dan tidak berfungsi seperti hati yang sihat. parut ini akan merebak secara perlahan-lahan sehingga fungsi hati hilang sepenuhnya
ii) Ulser perut
– alkohol boleh menyebabkan ulser perut
– ulser peut atau ulser peptik merupakan satu keadaan selaput di dalam perut mengalami luka
– hal ini demikian kerana alkohol menyebabkan perut menghasilkan lebih banyak asid daripada biasa yang akan mengakibatkan iritasi dan radang pada selaput di dalam perut
– pesakit akan mengadu pedih atau sakit di kawasan ulu hati, berasa kembung perut, loya dan muntah
– pesakit ulser perut juga boleh mengalami gejala yang lebih serius seperti muntah darah dan najis berwarna hitam
iii) Perlakuan ganas
– pengambilan dadah seperti amfetamina akan mengaktifkan sel-sel otak dan meningkatkan kadar metabolisme. pengguna akan menjadi lebih aktif, tidak dapat tidur, bersikap ganas dan agresif
– seseorang yang minum alkohol secara berelebihan akan mabuk dan hilang kewarasan fikiran. mereka akan berkelakuan seperti orang gila, ketawa berseorangan, bertindak di luar kawalan dan boleh menjadi ganas
iv) Halusinasi
– dadah seperti ganja mengganggu fungsi otak. dadah ini akan mengubah persepsi seseorang pengguna
– hal ini menyebabkan penagih itu mengalami halusinasi, paranoid atau perasaan syak wasangka dan takut terhadap orang lain. halusinasi juga mungkin menyebabkan kelakuan menjadi agresif terhadap orang lain
Minda yang Sihat
Ciri-ciri minda sihat
i) boleh berfikir dan membuat pertimbangan yang wajar
ii) mampu mengesan rangsangan dan bergerak balas dengan sewajarnya
iii) boleh mengingati peristiwa silan yang sedih dan gembira
iv) sanggup menerima cabaran
v) mampu membezakan antara yang betul dengan salah
vi) bertanggungjawab
vii) hidup tenteram dan mempunyai pandangan positif terhadap kehidupan
viii) bebas daripada prasangka
xi) berfikiran terbuka dan tidak emosional
x) mampu menaakul
Faktor mempengaruhi kesihatan minda
i) penyalahgunaan dadah
ii) penuaan
iii) tekanan mental
iv) ketidakseimbangan hormon semasa haid atau sindrom prahaid dan juga selepas putus haid
v) pengambilan minuman beralkohol secara berlebihan
vi) kecedaraan pada bahagian otak akibat jangkitan mikroorganisma/patogen, kemalangan atau tumor
Kepentingan mempunyai minda yang sihat
i) Keluarga
– dapat membina keluarga bahagia
– membuat keputusan secara bijak
– menjadi teladan dalam keluarga supaya diikuti oleh ahli keluarga
ii) Tempat kerja
– menjalin hubungan yang baik antara pekerja dengan majikan
– menjalin hubungan yang baik antara rakan sekerja
– menghasilkan kerja yang berkualiti
– berdisiplin
iii) Negara
– berfikir dengan positif
– amalkan nilai-nilai keagamaan dan moral
– mengamalkan cara hidup sihat
– dapat menjanakan ekonomi negara
iv) Masyarakat
– belajar menangani kritikal dengan baik
– boleh berperanan sebagai kawan untuk bertukar-tukar fikiran
– membantu masyarakat yang dalam kesusahan
Kuiz Sains Bab 7: Klik Sini
Sains Tingkatan 4 Bab 7:
Nota Sains: Tingkatan 4