Sains Tingkatan 4 Bab 6 Sokongan, Pergerakan Dan Pertumbuhan
Sokongan, Pergerakan dan Pertumbuhan Haiwan
Jenis Sokongan pada Haiwan
i) Rangka Dalam
– jenis sokonngan bagi semua vertebrata termasuk manusia
– terbina daripada tulang atau rawan
– berperanan untuk menyokong berat badan, melindungi organ dalaman dan mengekalkan bentuk badan
– asas pautan bagi otot untuk menggerakkan bahagian badan
ii) Rangka Luar
– jenis sokongan bagi kebanyakan invertebrata
– teridiri daripada lapisan keras kitin berlilin atau cengkerang
– berfungsi untuk menyokong berat badan, mengekalkan bentuk badan dan melindungi organ dalaman haiwan
– tapak bagi perlekatan otot
iii) Rangka Hidrostatik
– terdiri daripada dinding berotot yang melitupi rongga badan yang diisi dengan bendalir
– bendalir ini mengenakan tekanan pada dinding berotot badan dalam semua arah menyebabkan badan haiwan yang lembut menjadi tegar
– mengekalkan dan mengawal bentuk badan
– memainkan peranan dalam pergerakan haiwan tersebut
Saiz Rangka Luar dengan Pertumbuhan
– diukur dan dilihat dengan membina graf unit petumbuhan melawan masa
– graf lengkung pertumbuhan
– unit pertumbuhan adalah
i) tinggi (cm)
ii) isi padu (cm³)
iii) jisim segar (g)
iv) jisim kering (g)
Fungsi Rangka Dalam Bagi Haiwan
i) Haiwan Vertebrata Darat
– memerlukan rangka yang kuat dan tegar untuk menyokong badan
– mempunyai rangka yang besar dan sepadan dengan saiz badan
– berat badan disokong terutamanya oleh lengkungan pektoral dan lengkungan pelvis
ii) Haiwan Vertebrata Akuatik
– mempunyai rangka dalam yang lebih kecil berbanding dengan badannya
– lengkungan pektoral dan lengkungan pelvis haiwan akuatik adalah kecil dan lemah
– berat badan disokong oleh daya apungan air
iii) Burung
– mempunyai struktur tulang yang beradaptasi untuk terbang
– tulang sternum burung yang pipih dan luas berfungsi sebagai perlekatan otot untuk penerbangan.
– tulang burung juga berongga dan ringan
– saiz tengkorak burung adalah kecil berbanding dengan tengkorak haiwan lain dan bertujuan untuk memudahkan burung terbang
Sistem Rangka Manusia
Rangka Paksi
i) Tengkorak
– tengkorak manusia terdiri daripada 2 bahagian iaitu tulang kranium dan tulang muka
– tulang kranium berfungsi melindungi otak
– tulang muka berfungsi memberikan bentuk asas atau rangka muka dan juga menyokong gigi
ii) Turus vertebra
– terdiri daripada 33 ruas tulang kecil
– tulang-tulang yang bersambung ini akan membentuk satu turus yang kuat dan boleh melentur
– berfungsi melindungi saraf tunjang
iii) Tulang rusuk dan sternum
– dibentuk daripada 12 pasang tulang rusuk yang bersendi dengan vertebra toraks di bahagian belakang
– 7 pasang tulang rusuk bersendi dengan sternum secara terus dan 3 tulang rusuk bersambung secara tidak langsung oleh rawan
– 2 pasang tergantung bebas
– berfungsi melindungi organ utama iaitu jantung dan peparu
Rangka Apendaj
i) Lengkungan pektoral
– menghubungkan tulang tangan dengan rangka paksi
– tediri daripada tulang klavikel dan tulang skapula
ii) Tulang tangan
– tediri daripada humerus, radius, ulna, karpus, metakarpus dan falanks
– hujung humerus yang berbentuk bulat bersendi dengan lengkungan pektoral
– radius dan ulna bersendi dengan tulang karpus yang membentuk pergelangan tangan
– metakarpus membentuk tapak tangan dan bersendi dengan tulang karpus
– falanks yang membentuk jari akan bersendi dengan tulang metakarpus
iii) Lengkungan pelvis
– bersendi dengan rangka paksi
– terbentuk daripada sepasang tulang punggung
– menyokong berat badan
– melindungi pundi kencing dan organ pembiakan
iv) Tulang kaki
– terdiri daripada femur, tibia, fibula, tarsus, metatarsus dan falanks
– hujung tulang femur yang bebentuk bulat bersendi dengan lengkungan pelvis
– hujung sebelah bawah femur pula bersendi dengan tulang tibia dan fibula
– tibia dan fibula merupakan tulang pada betis
– hujung bawah tulang tibia dan fibula ini bersendi dengan tulang tarsus iaitu tulang pergelangan kaki
– tulang tarsus bersendi dengan tulang metatarsus yang membentuk tapak kaki
– metatarsus pula bersendi dengan tulang falanks atau tulang jari kaki
Sistem sokongan dengan faktor kestabilan haiwan
Pusat Graviti
– merujuk kepada titik keseimbangan suatu sistem sokongan atau objek
– titik keseimbangan ialah titik keseluruhan berat sistem sokongan atau objek itu bertindak untuk mengimbangi kedudukan sistem sokongan atau objek tersebut
– haiwan yang mempunyai pusat graviti yang rendah lebih stabil berbanding haiwan yang mempunyai pusat graviti yang tinggi
Faktor mempengaruhi kestabilan
i) Pusat graviti – objek dengan pusat graviti yang tinggi kurang stabil berbanding dengan objek yang mempunyai pusat graviti yang rendah
ii) Luas tapak – objek dengan luas tapak yang besar lebih stabil berbanding dengan objek yang mempunyai luas tapak yang kecil
Pergerakan Dan Pertumbuhan Manusia
– pengecutan dan pengenduran otot rangka menghasilkan pergerakan
Otot beantagonis – setiap pasang otot yang bertindak secara berlawanan
Fungsi sendi dan otot dalam pergerakan
i) sendi tempat pertemuan antara dua atau lebih tulang
ii) sendi membenarkan anggota bergerak dinamakan sendi bergerak (sendi engsel pada siku)
iii) sendi tidak membenarkan bahagian anggota bergerak dinamakan sendi tak bergerak (sendi pada tengkorak)
Peringkat Pertumbuhan Manusia
i) Bayi
– bermula 0-3 tahun
– kadar pertumbuhan sangat pesat kerana pembahagian sel berlaku dengan pesat
ii) Kanak-kanak
– kadar pertumbuhan tidak secepat semasa pertumbuhan peringkat bayi
– kadar pertumbuhan lelaki lebih cepat berbanding dengan perempuan
iii) Remaja
– pada umur 13-15 tahun, mengalami pertumbuhan yang pesat
– lelaki mengalami pertumbuhan yang perlahan berbanding dengan perempuan
– pada saat ini kebiasaannya perempuan lebih tinggi dan besar berbanding dengan lelaki
– pada umur 16-20 kepesatan akan mula mengurang bagi perempuan dan berhenti berbanding dengan lelaki yang pertumbuhannya akan terus berlaku sehingga umur 18-20 tahun
iv) Dewasa
– lelaki lebih tinggi dan besar daripada perempuan
– pada peringkat ini pertumbuhan manusia akan malar dan hampir sifar
– pertumbuhan manusia berhenti kecuali pada bahagia tertentu seperti kuku, kulit dan rambut
v) Tua
– pertumbuhan manusia hampir berhenti
– tubuh badan mula menyusut dan mengecil di bahagian-bahagian otot serta kulit mula mengering
Sokongan, Pertumbuhan dan Kestabilan dalam Tumbuhan
– sokongan utama bagi tumbuhan ialah batang dan akar
– batang menyokong berat batang, daun, bunga dan buah
– akar memberi sokongan kepada tumbuhan dengan mencengkam tanah
Sistem sokongan tumbuhan Darat dan Akuatik
A) Tumbuhan Darat
i) berkayu
– tisu berkayu yang keras, kuat dan tegar
– tidu dibina daripada lignin iaitu bahan kompleks yang tegar dan keras
ii) herba (tidak berkayu)
– bergantung pada air yang tersimpan di dalam sel batang untuk sokongan
– mendapat sokongan daripada kesegahan sel
– lembut dan layu jika kekurangan air
B) Tumbuhan Akuatik
– tidak mempunyai tisu berkayu untuk sokongan
– mendapat sokongan daripada daya apungan air
– mempunyai batang dan daun yang mempunyai tisu aerenkima
– tisu aerenkima terdiri daripada sel yang berdinding nipis dan membentuk ruang-ruang udara di dalam tumbuhan akuatik
Kuiz Sains Bab 6: Klik Sini
Sains Tingkatan 4 Bab 6:
Nota Sains: Tingkatan 4