Categories
Sains Tingkatan 4

Sains Tingkatan 4 Bab 5

Sains Tingkatan 4 Bab 5 Genetik

Pembahagian Sel
Gen, Asid Deoksiribonukleik (DNA) dan Kromosom

i) Nukleus – mengandungi kromosom
ii) Kromosom
– struktur bebenang halus yang tediri daripada asid nukleik dan protein, panjang dan berlingkar yang terletak di dalam nukleus
– setiap kromosom mengandungi satu molekul panjang DNA

iii) DNA
– terdiri daripada unit asas yang dikenali sebagai nukleotida
– setiap unit nukleutida terdiri daripada 3 komponen iaitu gula deoksiribosa, bes bernitrogen dan kumpulan fosfat
– DNA terdiri dariapada 2 rantai polinukleoitda yang berpintal antiselari antara satu sama lain membentuk struktur yang dikenali sebagai heliks ganda dua

iv) Gen
– unit asas pewarisan yang menentukan ciri-ciri individu
– berfungsi mengawal ciri-ciri yang diwarisi dalam organisma
– gen tersusun sebagai segmen pada DNA di sepanjang kromosom
– terdapat beribu-ribu gen di dalam satu molekul DNA

Kariotip Manusia
– penyusunan kromosom homolog manusia
sn t4b5 2
sn t4b5 1

Mitosis dan Meiosis
Mitosis
sn t4b5 3
– proses pembahagian sel yang membentuk 2 sel anak yang seiras. dengan setiap satunya mengandungi bilangan kromosom dan kandungan bahan genetik yang sama dengan sel induk
– berlaku dalam sel soma di dalam badan manusia dan haiwan
– berlaku dalam tisu meristem sepeti di hujung akar dan pucuk tumbuhkan

Meiosis
sn t4b5 4
– proses apabila sel membahagi menjadi 4 sel anak yang tidak seiras dengan setiap satunya mengandungi separuh daripada bilangan kromosom sel induk.
– belaku dalam organ pembiakan untuk menghasilkan gamet bagi pembiakan seks
– berlaku dalam testis lelaki dan ovari perempuan

Persamaan Metosis dan Meiosis
i) replikasi DNA
ii) pembahagian sel

Perbezaan
Metosis
i) berlaku di sel soma
ii) 2 sel anak dihasilkan
iii) tiada pindah silang
iv) sel anak seiras dari segi genetik
v) tiada variasi
vi) bilangan kromosom sel anak sama dengan sel induk

Meiosis
i) berlaku di sel pembiakan
ii) 4 sel anak dihasilkan
iii) ada pindah silang
iv) sel anak berbeza dari segi genetik
v) ada variasi
vi) bilangan kromosom sel anak separuh daripada sel induk

Kepentingan
i) mitosis penting untuk pertumbuhan
ii) meiosis penting untuk penghasilan gamet
iii) mitosis menghasilkan sel baharu yang sama dengan sel induk. Apabila kulit terluka, sel kulit yang sihat akan bermitosis untuk menghasilkan sel baharu
iv) mitosis menggantikan sel-sel rosak atau mati.

Pewarisan
– pemindahan ciri daripada ibubapa kepada anak-anaknya
– ciri-ciri diturunkan melalui gen
– sepasang gen yang berada pada lokus atau kedudukan yang sdama pada kromosom homolog akan mengawal satu trait organisma

Alel – pasangan gen yang berada pada lokus yang sama
Alel dominan – mempamerkan ciri yang dikawalnya dan menutupi kesan alel resesif
Alel resesif – hanya menunjukkan ciri yang dikawal apabila alel yang dominan tidak hadir

Mekanisme Pewarisan
Gregor Mendel – orang pertama menemui mekanisme pewarisan secara teratur dan mendalam
– beliau menggunkan pokok kacang pea berbaka tulen dalam eksperimen beliau tentang kacukan monohibrid
– kacukan monohibrid melibatkan kajian tentang satu ciri pada satu masa

Genotip – maklumat genetik dalam sesuatu organisma
Fenotip – ciri-ciri fizikal yang dipamerkan pada sesuatu organisma itu
sn t4b5 5

Mutasi
– perubahan spontan dan rawak yang berlaku kepada gen dan kromosom yang boleh menyebabkan perubahan ciri kepada anak yang mewarisi bahan genetik suai tersebut

Jenis Mutasi
A) Mutasi Kromosom – berlaku apabila terdapat perubahan dalam bilangan atau struktur kromosom
i) Sindrom Down
– berlaku kerana tedapat penambahan satu kromosom pada pasangan kromosom ke-21
– penghidap sindrom Down mempunyai 47 kromosom berbanding dengan individu normal yang mempunyai 46 kromosom
Ciri-ciri: kerencatan fizikal dan mental, leher pendek, mata sepet dan badan lebih rendah

ii) Sindrom Turner (XO)
– penghidap ini mempunyai kurang bilangan kromosom seks berbanding dengan individu normal
– jumlah keseluruhan kromosom hanya 45 kromosom (44 + XO) sahaja
– individu yang menghidap sindrom Turner ialah seorang perempuan yang kehilangan satu kromosom X.
– tidak mengalami perkembangan ciri-ciri seks sekunder seorang perempuan

iii) Sindrom Klinefelter (XXY)
– mempunyai lebih bilangan kromosom seks berbanding dengan individu normal
– jumlah keseluruhan kromosom adalah 47 kromosom (44 + XXY)
– individu yang menghidap sindrom Klinefelter ialah seorang lelaki dengan penambahan satu kromosom X
– mempunyai ciri-ciri perempuan

B) Mutasi Gen – perubahan kimia yang berlaku pada sesuatu gen
i) Buta warna
– mempunyai gen mutan resesif yang terdapat pada kromosom X
– tidak dapat membezakan antara warna merah dan hijau
– penyakit ini dikawal oleh gen resesif pada kromosom X

ii) Anemia sel sabit
– disebabkan perubahan spontan yang berlaku kepada gen yang bertanggungjawab dalam penghasilan hemoglobin
– mempunyai bentuk sel darah merah abnormal yang berbentuk sabit yang menjejaskan pengangkutan oksigen
– disebabkan oleh gen rsesif pada autosom

iii) Talasemia
– sejenis penyakit genetikf yang disebabkan oleh mutasi pada gen yang mengawal penghasilan hemoglobin
– mempunyai sel darah merah yang kecil dan jangka hayat sel ini lebih singkat
– boleh menyebabkan kekurangan darah yang teruk

iv) Hemofilia
– mengalami kesukaran darah membeku
– berlaku mutasi pada gen menghasilkan faktor pembekuan
– individu akan kehilangan darah berterusan sekiranya terluka atau tercedera

Faktor mutasi
i) Semula jadi
ii) Kehamilan pada usia yang lewat
iii) Karsinogen
iv) Sinar ultraungu
v) Sinar-X
vi) Sinaran radioaktif

Penyakit gangguan gen

Hemofilia
– penyakit genetik yang dialami oleh seseorang individu apabila darah pada lukanya lambat membeku
– hanya diwarisi apabila terdapat alel resesif yang membawa penyakit hemofilia pada kromosom X

Amniosentesis
– mengesan keabnormalan sel fetus pada minggu ke-15 hingga ke-20 kehamilan
– pada mulanya kedudukan fetus di dalam uterus dikenal pasti menggunakan teknik ultrabunyi untuk memastikan kedudukan fetus yang selamat

Kaedah Amniosentesis
i) jarum akan dimasukkan dengan berhati-hati melalui bahagian abdomen ibu menembusi dinding uterus
ii) bendalir amnion yang mengandungi sel fetus yang terampai diekstrak keluar
iii) bendalir amnion ini kemudiannya diemparkan untuk mengasingkan bendalir amion dan sel fetus
iv) sel fetus yang terasing akan digunakan untuk mendapatkan kariotip

Kaedah Kariotip
sn t4b5 6

Aplikasi Penyelidikan Genetik
i) Sains forensik – satu daripada bidang sains dan teknologi yang menjalankan kajian tentang penyiasatan jenayah dengan mengenalpasti dan mengesahkan kronologi sesuatu kejadian berdasarkan bukti-bukti saintifik yang diperoleh

ii) Terapi gen – satu teknik yang masih dalam peirngkat eksperimen bertujuan untuk membaiki gen-gen mutan yang menyebabkan penyakit.

iii) Genealogi genetik – kajian pengumpulan genetik untuk menentukan salasilah atau susur galur tentang keluarga, keturunan dan sejarahnya

Teknologi Kejuruteraan Genetik
– istilah digunakan kepada pengubahsuaian genetik sesuatu organisma.

i) Teknologi DNA Rekombinan
– merupakan teknologi yang mengabungkan 2 spesies yang berbeza untuk menghasilkan satu ciri genetik baharu

ii) Organisma Termodifikasi Genetik (GMO)
– organisma yang diubah suai secara genetik untuk tujuan tertentu
– menggabungkan gen daripada 2 spesies yang berbeza, boleh dilakukan dengan menggabungkan gen haiwan dengan gen tanaman atau gen bakteria untuk menghasilkan GMO dengan ciri baharu yang tidak mungkin boleh dihasilkan melalui proses persilangan tradisional.

Kesan Tekologi Kejuruteraan Genetik
Kebaikan
i) mengenal pasti dan menentukan penyakit baka dan seterusnya merawat penyakit tersebut
ii) menghasilkan tanaman dan ternakan yang berkualiti
iii) menghasilkan tanaman dan ternakan yang mempunyai daya tahan penyakit yang tinggi berbanding dengan generasi sebelumnya
iv) menghasilkan tanaman yang lebih banyak dan memerlukan masa yang lebih singkat untuk tuaian
v) penghasilan insulin dan enzim daripada bakteria yang boleh membantu kesihatan manusia

Keburukan
i) hasil perubahan genetik memberikan alahan dan kesan-kesan sampingan kepada pengguna yang mengalami alahan
ii) penyelidikan genetik yang menghasilkan spesies baharu menyebabkan spesies asal akan pupus
iii) boleh menyebabkan kesan sampingan seperti mutasi pada pengguna
iv) pengubahsuaian genetik mungkin digunakan secara tidak beretika
v) menghasilkan organisma yang mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap pestisid

Variasi
– perbezaan ciri antara individu daripada spesies yang sama

i) Variasi selanjar
– variasi yang menunjukkan perbezaan yang tidak ketara atau tidak jelas antara individu dalam populasi yang sama
– kuantitatif
– ditentukan oleh gen`

ii) Varias tidak selanjar
– variasi yang menunjukkan perbezaan yang ketara atau sangat jelas antara individu dalam populasi yang sama

Faktor Variasi
i) Genetik
– pindah silang antara kromosom homolog semasa meiosis membolehkan petukaran bahan genetik dan menghasilkan kombinasi genetik yang baharu
– penyusunan kromosom secara bebas menghasilkan gamet yang mempunyai maklumat genetik berlainan
– persenyawaan secara rawak antara gamet jantan dengan gamet betina menghasilkan rigot dengan kombinasi genotip yang berlainan
– mutasi kromosom dan gen menghasilkan fenotip baharu akibat perubahan dalam maklumat genetik

ii) Persekitaran
– seseorang akan mempunyai warna kulit yang lebih gelap jika selalu terdedah kepada cahaya matahari
– akan menjadi gemuk sekiranya terlebih makan
– bungan hydrangea sp berwarna biru jika ditanam di dalam tanah berasid dan berwarna merah jambu jika ditanam di dalam tanah beralkali atau neutral

Kepentingan variasi
i) membolehkan organisma menyesuaikan diri terhadap perubahan persekitarannya
ii) membolehkan membezakan dan mengecam setiap individu dalam spesies yang sama dengan mudah
iii) membenarkan pemilihan semula jadi iaitu organisma dengan ciri-ciri yang sesuai akan terus hidup manakala organisma dengan ciri-ciri yang kurang sesuai akan pupus
iv) meningkatkan nilai tambah sesuatu haiwan dan tumbuhan. Boleh meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil pertanian.

Kuiz Sains Bab 5: Klik Sini
Sains Tingkatan 4 Bab 5:
Nota Sains: Tingkatan 4

Sains Tingkatan 4

Sains Tingkatan 4 Bab 12

Sains Tingkatan 4

Sains Tingkatan 4 Bab 11

Sains Tingkatan 4

Sains Tingkatan 4 Bab 10

Sains Tingkatan 4

Sains Tingkatan 4 Bab 9

Sains Tingkatan 4

Sains Tingkatan 4 Bab 8

Sains Tingkatan 4

Sains Tingkatan 4 Bab 7

Sains Tingkatan 4

Sains Tingkatan 4 Bab 6

Sains Tingkatan 4

Sains Tingkatan 4 Bab 5

Sains Tingkatan 4

Sains Tingkatan 4 Bab 4

Sains Tingkatan 4

Sains Tingkatan 4 Bab 3

Sains Tingkatan 4

Sains Tingkatan 4 Bab 2

Sains Tingkatan 4

Sains Tingkatan 4 Bab 1

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara