Sains Tingkatan 4 Bab 4 Teknologi Hijau Dalam Melestarikan Alam
Kelestarian Alam Sekitar
Teknologi hijau – pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia
Kepentingan teknologi hijau
i) mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar
ii) mengurangkan pengeluaran karbon
iii) meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan manusia
iv) menjimatkan penggunaan sumber asli negara dengan menggunakan sumber tenaga boleh baharu
Tonggak utama
i) tenaga – mempromosikan kecekapan tenaga dan mencari ketidakbergantungan tenaga
ii) alam sekitar – meminimumkan kesan negatif dan memulihara alam sekitar
iii) ekonomi – menambah ekonomi negara melalui penggunaan teknologi
iv) sosial – meningkatkan kualiti hidup untuk semua
Sektor dalam Teknologi Hijau
i) Sektor Tenaga
– memfokuskan penggunaan tenaga alternatif yang lebih bersih, bebas karbon serta dapat menggantikan penggunaan bahan api fosi.
ii) Sektor Pertanian Dan Perhutanan
– berfokus kepada pengawalan kadar gas karbon dioksida di dalam udara melalui petanian dan perhutanan
iii) Sektor Pengangkutan
– berfokus kepada penambahbaikan prasarana pengangkutan yang lebih bersih, bahan bakar kenderaan dan pengangkutan awam
iv) Sektor Pengurusan Sisa Dan Air Sisa
– memfokuskan usaha untuk meminimumkan pembuangan sisa dan air sisa ke persekitaran dengan cara mengolah sisa atau air sisa menjadi sesuatu yang baharu
v) Sektor Bangunan
– berfokus kepada pembinaan Bangunan Hijau yang menekankan aspek-aspek sepeti penelitian kualiti yangbaik terhadap alam sekitar dan bangunan.
vi) Sektor Perindustrian Dan Pembuatan
– berfokus kepada program kecekapan tenaga dan pengurusan tenaga bagi mengurangkan kesan-kesan negatif
vii) Sektor Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
– berfokus pengamalan TMK hijau dalam pembuatan, reka bentuk, penggunaan serta pelupusan peralatan komputer.
Sektor Tenaga
Isu Sosiosaintifik
i) Pemanasan global
ii) Pencemaran udara
iii) Pembuangan tidak terang
iv) Pencemaran air
v) Penebangan hutan
Isu Sosiosaintifik dalam Sektor Tenaga
– penggunaan sumber tenaga tidak boleh baharu meningkat setiap tahun mengikut kadar keperluan setiap negara di dunia
– pembakaran sumber bahan api fosil menghasilkan gas rumah hijau menyebabkan belakunya pemanasan global yang semakin kritikal
– kesan pembakaran bahan api fosil menyumbang kepada perubahan iklim yang ekstrem sehingga menyebabkan berlakunya kemarau panjang dan pelbagai lagi bencana alam
Aplikasi menangani isu Sosiosaintifik
i) Sumber tenaga angin
– sumber tenaga bersih yang boleh menggantikan penggunaan sumber bahan api fosil pada masa hadapan
ii) Sumber tenaga hidro
– sumber tenaga boleh baharu yang kini menjadi antara sumber tenaga utama dunia untuk penjanaan tenaga elektrik
iii) Sumber tenaga solar
– sumber tenaga boleh baharu yang berpotensi dibangunkan memandangkan Malaysia menerima cahaya matahari yang mencukupi sepanjang tahun
iv) Sumber tenaga geoterma
– tenaga alternatif yang sesuai menggantikan penggunaan bahan api fosil
Sektor Pengurusan Sisa Dan Air Sisa
Isu Sosiosaintifik dalam Sektor Pengurusan Sisa Dan Air Sisa
i) Kumbahan, sisa kimia serta sampah sarap yang dibuang ke sungai dan laut telah mengganggu ekosistem sungai dan lautan sertan kawasan berhampiran
ii) Penjanaan, pengurusan dan penguraian sisa pepejal menyumbang kepada peningkatan gas rumah hijau. Hal ini menyebabkan berlaku perubahan iklim dunia
iii) Sisa makanan yang tidak dilupuskan dengan baik menyebabkan pencemaran alam sekitar
iv) Kira-kira 268 juta tan kertas dihasilkan setahun. Bagi menghasilkan 1 tan kertas sahaja, kita memerlukan 2 hingga 4 tan batang kayu. Kertas menjadi penyumbang utama sisa pepejal
Aplikasi menangani isu Sosiosaintifik
i) Pencegahan dan pengurangan
– pengguna digalakkan untuk meminimumkan penggunaan kertas dengan mengguna semula kertas-kertas terpakai atau menggunakan kertas apabila betul-betul diperlukan sahaja
ii) Pengasingan dan kitar semula
– pihak kerajaan telah menggalakkan pengasingan sisa rumah sejak tahun 2015. Melalui pengasingan ini, kita dapat mengurangkan pembuangan bahan kitar semula, di samping mengurangkan sisa pepejal di tapak pelupusan
iii) Rawatan dan pemprosesan
– proses rawatan biologi ke atas sisa pepejal membolehkan sisa-sisa tersebut diubah kepada bahan organik yang bermanfaat
iv) Tolak, Kurangkan, Guna Semula, Kitar Semula dan Pemulihan (5R)
– Konsep 5R telah diperkenalkan bagi menggantikan konsep 3R sebelum ini.
Sektor Pertanian Dan Perhutanan
Isu sosiosaintifik dalam sektor pertanian dan perhutanan
i) Penerokaan hutan
– berleluasa akan mengganggu kitaran gas di Bumi. Merujuk kepada hutan merupakan ‘peparu bumi’. Penukaran gas karbon dioksida kepada gas oksigen hanya berlaku semasa tumbuhan menjalankan proses fotosintesis
ii) Pembakaran terbuka
– dilakukan oleh para petani di kawasan ladang mereka boleh menyebabkan belakunya jerebu yang teruk. Keadaan yang berlarutan ini boleh menjejaskan kualiti udara di seluruh negara dan negara jiran
iii) Penggunaan racun seranggan dan baja kimia
– berleluasa oleh para petani telah menyebabkan tanah tanaman tercemar
Aplikasi Menangani Isu Sosiosaintifik
i) merawat dan memproses kembali sisa-sisa pertanian untuk dijadikan baja kompos merupakan amalan Teknologi Hijau yang mampu mengawal keseimbangan alam semula jadi
ii) penanaman semula pokok-pokok boleh membantu mengekalkan spesies yang sedia ada
iii) aktiviti pembalakan pelu dikawal supaya sumber hutan terperlihara
Sektor Pengangkutan
Isu sosiosaintifik dalam sektor pengangkutan
i) asap kenderaan yang dikeluarkan mengandungi gas-gas kimia. Kehadiran gas ini di dalam udara menyebabkan kesan rumah hijau yang menyumbang kepada perubahan iklim yang mendadak
ii) 95% kenderaan bermotor yang digunakan pada hari ini menggunakan petrol dan diesel. Petrol dan diesel diperoleh daripada petroleum. Kira-kira 60% petroleum di dunia digunakan dalam sektor pengangkutan. Petroleum yang merupakan sumber tenaga tidak boleh baharu akan habis digunakan
Aplikas Menangani Isu Sosiosaintifik
i) Pengangkutan hijau
– sebarang bentuk pengangkutan mesra alam yang membebaskan gas rumah hijau pada kadar yang amat minimum atau tidak membebaskan gas rumah hijau
ii) Penciptaan kenderaan gas asli
– menggunakan sama ada gas asli cecair atau gas asli mampat
– kenderaan yang menggunakan petrol boleh diubah suai untuk penggunaan LNG atau CNG
iii) Penggunaan bahan api bio sebagai pengganti petroleum
– sumber alternatif yang merujuk kepada metil ester asid lemak yang dihasilkan daripada minyak sayuran serta lemak haiwan
Kuiz Sains Bab 4: Klik Sini
Sains Tingkatan 4 Bab 4:
Nota Sains: Tingkatan 4