Categories
Sains Tingkatan 4

Sains Tingkatan 4 Bab 2

Sains Tingkatan 4 Bab 2 Bantuan Kecemasan

Resusitasi Kardiopulmonari (Cardiopulmonary Resuscitation, CPR)
– bantuan kecemasan yang melibatkan gabungan teknik tekanan di bahagian dada dan hembusan ke dalam mulut mangsa untuk mengembalikan degupan jantung dan pernafasannya

Situasi memerlukan CPR
i) Jika seorang individu tidak bernafas
ii) Jika seorang individu tidak memberikan respon terhadap rangsangan
iii) Jika seorang individu tiada degupan jantung atau nadi

Punca memerlukan CPR
i) Serangan jantung
ii) Renjatan elektrik
iii) Lemas
iv) Panahan petir

Langkah CPR
1) Periksa respon mangsa
– apabila seseorang rebah secara tiba-tiba dan pengsang, pergi ke arah mangsa dan pastikan keadaan sekitarnya selamat
– periksa respon mangsa, tepuk bahu mangsa dan tanya respon
– jika tiada respon, jerit minta pertolongan dan minta bantuan orang lain di sekeliling untuk menghubungi talian kecemasan 999

2) Buka saluran pernafasan
– pastikan mangsa berbaring dengan bahagian dadanya menghadap ke atas di permukaan yang rata
– donggakkan kepala mangsa ke belakang dan angkat dagunya untuk membuka saluran pernafasannya
– periksa sama ada mangsa bernafas atau tida dengan mendenga bunyi hembusan nafas daripada mulut dan hidung mangsa serta melihat pergerakan dada mangsa

3) Tekanan dada
– jika nadi atau pernafasan tidak dikesan, teknik tekanan dada perlu dilakukan untuk membantu peredaran darah di dalam badan mangsa
– letakkan sebelah tapak tangan di bahagian tengah dada mangsa. Dengan memastikan tangan dalam keadaan lurus, tekup tangan tadi dan selang-selikan jari
– bangun dan condongkan badan sedikit ke depan dengan bahu berada tegak dengan dada mangsa dan tekan ke bawah lebih kurang 5 cm dan tidak lebih daripada 6cm. Lepaskan tekanan dengan tangan masih pada dada mangsa, Biarkan dada mangsa kembang semula sepenuhnya sebelum tekanan seterusnya dilakukan
– tekanan dada dilakukan pada kadar 100-120 tekanan per minit

4) Bantuan pernafasan
– jika masih tiada pernafasan, picit hidung mangsa dan hembuskan udara ke dalam mulutnya selama 1 saat setiap hembusan.
– langkah ini membolehkan udara beroksigen masuk ke dalam trakea dan sampai ke peparu

5) tekanan dada sebanyak 30 kali diikuti dengan 2 kali hembusan mulut ke mulut dilakukan secara berulangan sehingga ambulans tiba atau sehingga mangsa sedar.
– jika mangsa bernafas tetapi masih belum sedar, ubah kedudukan badan mangsa dalam keadaan mengiring.

Heimlich Manoeuvre
– bantuan kecemasan yang dilakukan untuk menyelamatkan seseorang individu yang tercekik

Situasi memerlukan Heimlich Manoeuvre
i) Memegang leher dengan kedua-dua tangan
ii) Tidak boleh bercakap atau batuk
iii) Sukar bernafas
iv) Kulit, bibir dan kuku kelihatan kebiruan dan kehitaman

Langkah Heimlich Manoeuvre
i) Berdiri di belakang mangsa dan bongkokkan badan mangsa sedikit ke hadapan
ii) Kelilingkan tangan dari belakang mangsa dan genggamkan tangan kanan
iii) Letakkan genggaman tangan kanan di antara pusat dengan bawah rusuk mangsa. Letakkan tangan kiri di atas tangan kanan yang digenggam
iv) Tekan dan sentak ke atas dengan kuat dan cepat. Tekanan yang diberikan akan menambahkan tekanan di dalam peparu menyebabkan bendasing tertolak keluar

Kuiz Sains Bab 2: Klik Sini
Sains Tingkatan 4 Bab 2:
Nota Sains: Tingkatan 4

Sains Tingkatan 4

Sains Tingkatan 4 Bab 12

Sains Tingkatan 4

Sains Tingkatan 4 Bab 11

Sains Tingkatan 4

Sains Tingkatan 4 Bab 10

Sains Tingkatan 4

Sains Tingkatan 4 Bab 9

Sains Tingkatan 4

Sains Tingkatan 4 Bab 8

Sains Tingkatan 4

Sains Tingkatan 4 Bab 7

Sains Tingkatan 4

Sains Tingkatan 4 Bab 6

Sains Tingkatan 4

Sains Tingkatan 4 Bab 5

Sains Tingkatan 4

Sains Tingkatan 4 Bab 4

Sains Tingkatan 4

Sains Tingkatan 4 Bab 3

Sains Tingkatan 4

Sains Tingkatan 4 Bab 2

Sains Tingkatan 4

Sains Tingkatan 4 Bab 1

Hadis

Mimpi Yang Baik

Hadis

Kelebihan Mempelajari Al-Quran

Hadis

Adat Memberi Salam

Hadis

Nasihat Dari Rasulullah SAW

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah