Sains Tingkatan 4 Bab 12 Tenaga Nuklear
Penggunaan Tenaga Nuklear
Tenaga nuklear – tenaga alternatif yang boleh menjanakan tenaga elektrik bagi menggantikan atau mengurangkan penggunaan petroleum dan arang batu
– menghasilkan sinaran mengion yang digunakan dalam pelbagai bidang
– penggunaan tenaga nuklear dapat meningkatkan taraf kesihatan dan taraf hidup manusia
– membebaskan jumlah gas rumah hijau yang sedikit berbanding dengan sumber tenaga yang lain
Kesan Buruk Tenaga Nuklear
– sisa radioaktif yang dihasilkan boleh menjejaskan kesihatan dan mengancam nyawa alam kehidupan
– boleh menyebabkan kesan yang buruk kepada manusia jika disalahgunakan
– kos pembinaan bangunan reaktor nuklear adalah sangat tinggi
Penghasilan Tenaga Nuklear
– dihasilkan melalui pembelahan nukleus dan pelakuran nukleus
Pembelahan Nukleus – proses pemecahan satu nukleus radioaktif yang berat kepada dua atau lebih nukleus yang lebih ringan dan lebih stabil disertai dengan pembebasan tenaga
– berlaku apabila satu netron yang perlahan membedil satu nukleus radioaktif yang berat
– bedilan daripada neutron itu menyebabkan nukleus itu pecah kepada dua atau lebih nukleus yang lebih ringan dan stabil
– proses ini membebaskan tenaga yang banyak
– tindak balas berantai
Pelakuran Nukleus – proses percantuman dua nukleus radioaktif yang ringan membentuk satu nukleus yang lebih berat disertai dengan pembebasan tenaga
– dua nukleus kecil dan ringan bercantum dan membentuk satu nukleus yang lebih besar dan berat
– berlaku pada suhu yang amat tinggi
– membebaskan tenaga nuklear yang lebih banyak berbanding dengan pembelahan nukleus.
Penjanaan Tenaga Elektrik (Tenaga Nuklear)
Faktor Penggunaan Tenaga Nuklear Bagi Negara Yang Menggunakannya
i) kurang sumber tenaga lain
ii) sumber pendapatan negara
iii) keluasan negara yang besar serta kepadatan penduduk yang tinggi
iv) teknologi yang canggih
Impak Penggunaan Tenaga Nuklear
i) Kesan Somatik
– keletihan
– loya
– katarak
– leukemia
– keguguran rambut
ii) Kesan Genetik
– kecacatan pada bayi
– mutasi sel
– kanser
Tenaga Nuklear Di Malaysia
Faktor sebelum membina tenaga nuklear
i) bahan api fosil yang akan habis dan kosnya semakin mahal
ii) kesan pencemaran oleh tenaga nuklear juga adalah lebih rendah berbanding dengan sumber bahan api fosil
iii) kawasan yang strategik, berhampiran dengan punca air bagi memudahkan proses penyejukan
iv) kadar tenaga yang dikeluarkan adalah jauh lebih besar
Kuiz Sains Bab 11: Klik Sini
Sains Tingkatan 4 Bab 11:
Nota Sains: Tingkatan 4