Sains Tingkatan 4 Bab 11 Daya Dan Gerakan
Gerakan Linear – gerakan suatu objek dalam lintasan yang lurus
Jarak – jumlah panjang lintasan gerakan suatu objek
Sesaran – jarak lintasan terpendek yang menyambungkan dua lokasi dalam satu arah tertentu
Unit S.I Jarak dan Sesaran – meter (m)
Laju – kadar perubahan jarak
Laju purata – kadar perubahan jumlah jarak yang dilalui
Pecutan – kadar perubahan halaju (meter per saat per saat ms−2 )
Jenis Gerakan Linear
i)
– Jarak antara titik seragam
– halaju seragam
ii)
– Jarak antara 2 titik berturutan bertambah secara seragam
– halaju bertambah secara seragam (Pecutan Seragam)
iii)
– Jarak antara 2 titik berturutan berkurang secara seragam
– halaju berkurang secara seragam (Nyahpecutan seragam)
iv)
– Jarak antara 2 titik berturutan tidak seragam
– Halaju tidak seragam
Graf Gerakan Linear
– digunakan untuk menyampaikan maklumat dan data tentang suatu gerakan
i) Graf sesaran-masa
– digunakan untuk menunjukkan sesaran suatu objek yang bergerak berubah dengan masa
Halaju = sesaran / Masa
ii) Graf halaju-masa
– membolehkan sesaran, halaju dan pecutan suatu objek yang bergerak itu ditentukan
Pecutan = Perubahan halaju / Masa
Pecutan Graviti Dan Jatuh Bebas
i) Pecutan graviti – pecutan suatu objek disebabkan oleh tarikan daya graviti
ii) Jatuh Bebas – apabila jatuh di bawah tindakan daya graviti sahaja
Jisim Dan Inersia
Jisim – kuantiti jirim yang terkandung di dalam suatu objek
Inersia – sifat semula jadi suatu objek yang cenderung menentang sevarang perubahan keadaan asal objek dalam keadaan pegun atau bergerak.
Hukum Geraka Newton Pertama – suatu objek akan kekal dalam keadaan asalnya iaitu sama ada pegun atau sedang bergerak dengan laju malar jika tiada daya luar yang bertindak terhadapnya
Kesan Inersia Dalam Kehidupan Harian
i) payung yang basah dapat dikeringkan dengan memutarkan payung itu dengan laju. disebabkan inersia, titisan hujan akan terus bergerak walaupun payung sudah berhenti berputar.
ii) semasa kapal terbang mendarat, kapal yang berjisim besar tidak dapat berhenti dalam jarak yang pendek disebabkan inersia. Oleh itu, landasan yang sangat panjang diperlukan untuk kapal terbang mendarat dengan selamat
iii) kepala tukul yang longgar boleh diketatkan dengan menghentakkan bahagian pemegang tukul pada permukaan keras.
Kuiz Sains Bab 11: Klik Sini
Sains Tingkatan 4 Bab 11:
Nota Sains: Tingkatan 4