Sains Tingkatan 4 Bab 10 Kimia Dalam Perubatan Dan Kesihatan
Perubatan Tradisional, Moden Dan Komplementari
Perubatan Tradisional – kaedah perubatan yang menggunakan tumbuh-tumbuhan, haiwan dan bahan semula jadi yang diaplikasikan secara khusus mahupun gabungan bgagi diagnosis dan merawat penyakit
Ciri-Ciri
i) Kos rawatan yang rendah
ii) Rawatan menggunakan bahan semula jadi daripada tumbuhan dan haiwan
iii) Keberkesanan rawatannya lebih perlahan dan memakan masa
iv) Diwarisi dan diamalkan turun-temurun
v) Pembuktikan keberkesanan secara pengalaman
Perubatan Moden – campuran seni merawat dengan pelbagai bidang ilmu sains yang mempunyai hubungan langsung dengan sains kesihatan dan bioperubatan melibatkan bidang-bidang
Ciri-ciri
i) Kos rawatan yang mahal
ii) Pembuktikan keberkesanan secara klinikal
iii) Rawatannya adalah lebih berkesan dan lebih cepat
iv) Rawatan menggunakan ubat-ubatan sintetik
v) Menggunakan kaedah moden
Perubatan Komplementari – kepelbagaian kaedah dalam penjagaan kesihatan yang berasal daripada pelbagai bentuk budaya sejak zaman-berzaman.
Ciri-ciri
i) Mengambil kira pandangan pengamal perubatan moden dan tradisional
ii) Tidak melibatkan pembedahan dan jahitan terhadap tubuh badan
iii) Tidak menggunakan ubat-ubatan teraputik, dadah dan bahan sintetik kimia
Ubat-Ubatan Yang Digunakan Dalam Perubatan
Ubat – dadah atau bahan yang diambil untuk mengawal kesihatan, merawat atau mencegah penyakit
Ubat tradisional – diperoleh daripada sumber semula jadi seperti tumbuhan dan haiwan tanpa diproses secara kimia
Contoh Ubat tradisional
i) Aloe vera (lidah buaya)
– lendiran daripada daunnya disapu pada kulit untuk mengurangkan kesakitan kulit akibat selaran matahari atau terkena benda panas
ii) Ginseng
– digunakan untuk memelihara kesihatan badan
iii) Halia
– melegakan bengkak dan sengal-sengal pada badan serta menghilangkan angin dalam badan
iv) Pokok bunga raya
– daunnya melegakan sakit kepala dan merawat masalah keguguran rambut
v) Kuinina
– kulit pokok Cinchana sp. digunakan untuk membuat ubat penyakit malaria
Ubat Moden – dihasilkan di dalam makmal untuk kegunaan ramai dan dijual di pasaran secara meluas
Contoh Ubat Moden
i) Analgesik
– berfungsi melegakan kesakitan
ii) Antibiotik
– berfungsi untuk membunuh atau menghalang pertumbuhan bakteria berjangkit
iii) Psikoteraputik
– digunakan merawat pesakit psikiatrik
– 3 jenis ubat psikoteraputik
a) stimulan – merangsang dan mengaktifkan kegiatan otak, badan dan perasaan pesakit
b) antidepresan – mengawal keadaan kemurungan
c) antipsikotik – penenang
Perubatan Komplementari – rawatan tambahan yang dilakukan bersama dengan perubatan moden dalam merawat penyakit.
Contoh Perubatan Komplementari
i) Akupunktur – merangsang sistem saraf untuk melegakan kesakitan
ii) Kiropraktik – membetulkan semula kedudukan tulang menggunakan tangan
iii) Urutan tradisional – memanipulasi tisu lembut badan menggunakan tangan, jari dan penumbuk
iv) Homeopati – menguatkan keupayaan tubuh melawan penyakit yang menyerang, bukannya menyediakan bahan untuk membunuh kuman penyakit tersebut
v) Terapi herba – menggunakan tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang memiliki khasiat untuk mengubati penyakit
Penggunaan Ubatan Buatan Manusia dan Sumber Semula Jadi
A) Ubat Buatan manusia
– dihasilkan di makmal dan dikomersialkan secara besar-besaran untuk kegunaan ramai
– perlu diambil secara berterusan atau berhenti apabila telah sembuh
– bukti penyembuhan berdasarkan ujian klinikal
– berisiko mendapat kesan sampingan
i) digunakan tanpa nasihat daripada doktor
ii) pesakit tidak mengikut dos yang betul
B) Ubat Sumber Semula Jadi
– diperoleh daripada tumbuhan dan haiwan
– perlu diambil atau diamalkan secara berterusan dalam jangka masa yang lama supaya berkesan
– bukti penyembuhan melalui kepercayaan dan pengalaman orang terdahulu
– berisiko mendapan kesan sampingan
i) digunakan tanpa nasihat daripada doktor
ii) pesakit tidak mengikut dos yang betul
Kesan Penyalahan Ubat-Ubatan
i) Menyebabkan ubat itu kurang berkesan untuk melawan penyakit.
ii) Menyebabkan kematian
iii) Menyebabkan ketagihan ubat jika diambil secara berlebihan
iv) Menyebabkan kesan sampingan yang teruk seperti alahan, muntah, sakit kepala, demam dan pengsan
Radikal Bebas
Radikal Bebas – atom yang kekurangan satu elektron yang menjadikan atom tersebut tidak stabil, reaktif dan cenderung untuk menyerang atom lain.
Kesan Radikal Bebas Terhadap Manusia
i) menyebabkan penyakit seperti penyakit kardiovaskular dan ketidaksuburan
ii) merosakkan buah pinggang, hati dan peparu
iii) menyebabkan penuaan awal
Proses pengoksidaan – tindak balas kimia yang berlaku apabila suatu bahan tindak balas mengalami kehilangan elektron.
– ianya berlaku scara semula jadi di dalam badan menghasilkan radikal bebas
Bahan Antioksidan
Bahan antioksidan – sebatian kimia yang diperlukan oleh badan manusia untuk melambatkan atau menghentikan proses pengoksidaan
– bahan ini melindungi sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas dan dianggap sebagai barisan pertahanan terhadap risiko mendapat sesetengah penyakit
Contoh Makanan Antioksidan
i) Beta karotena
ii) Lutein
iii) Likopena
iv) Vitamin C
v) Vitamin E
Produk Kesihatan
Bahan Aktif – komponen tertentu di dalam sesuatu produk yang mempunyai kesan terhadap penyembuhan atau pencegahan penyakit
Penggunaan Produk Kesihatan
i) suplemen diambil untuk memulihkan penyakit dan mengekalkan kesihatan
ii) produk kesihatan yang baik dapat menjamin tumbesaran yang normal dan meningkatkan daya pencegahan penyakit
iii) gaya hidup masyarakat kini yang sibuk bekerja dan tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang menyebabkan produk kesihatan menjadi keperluan demi menjamin kesihatan
Kuiz Sains Bab 10: Klik Sini
Sains Tingkatan 4 Bab 10:
Nota Sains: Tingkatan 4