Sains Tingkatan 4 Bab 1 Langkah Keselamatan Di Dalam Makmal
Peralatan Perlindungan Diri
– kelengkapan yang diperlukan untuk memberikan perlindungan kepada pemakainya daripada bahaya
i) Gogal
– melindungi mata daripada terkena bahan kimia berbahaya
ii) Topeng muka
– melindungi hidung dan mulut daripada terhidu bahan kimia yang sengit dan mudah meruap serta debu
iii) Sarung tangan
– diperbuat daripada getah melindungi tangan daripada bahan kimia berbahaya
iv) Baju makmal
– terdiri daripada lapisan keselamatan dan mudah untuk dibuka sekiranya berlaku kecemasan
– untuk melindungi kerosakan pada pakaian
v) Kasut bertutup/keselamatan
– melindungi kaki daripada tumpahan bahan kimia dan serpihan kaca
Peralatan Perlindungan Diri Di Dalam Makmal
1) Kabinet aliran laminar
– untuk mengelakkan kontaminasi semasa aktiviti berkaitan dengan mikrobiologi dijalankan
2) Penyiram kecemasan
– untuk membersihkan dan membilas bahagian badan atau pakaian yang terkena bahan kimia
3) Kebut wasap
– untuk menjalankan eksperimen yang menggunakan bahan yang mudah meruap, terbakar, beracun, mengakis dan berbau
4) Pembilas mata
– untuk membilas dan mencuci mata yang terkena bahan kimia dengan segera
Pembuangan bahan sisa
A) Bahan yang boleh dibuang ke dalam singki
– cecair atau larutan yang berkepekatan rendah dan tidak berbahaya
B) Bahan yang tidak boleh dibuang ke dalam singki
– sisa pepejal
– sebatian pelarut organik
– bahan kimia
– logam berat
– bahan toksik
– bahan sisa organik
– bahan buangan radioaktif
– bahan meruap
– bahan reaktif
Langkah mengurus bahan sisa biologi
A) Peralatan tajam
i) masukkan ke dalam bekas khas
ii) tidak diautoklaf
iii) bekas disimpan di tempat yang selamat sebelum dilupuskan
B) Pepejal tidak tajam
i) bungkus dan masukkan ke dalam beg plastik biobahaya
ii) diautoklaf dan dimasukkan ke dalam tong biobahaya
C) Bangkai organ
i) dibalut dalam bahan penyerap, dibungkus rapi di dalam beg plastik biobahaya dan disejuk beku sebelum dilupuskan
D) Cecair
i) dinyahkontaminasi secara autoklaf
ii) dilupuskan secara terus ke dalam sistem kumbahan melalui singki makmal atau tandas
Langkah mengurus kemalangan di dalam makmal
A) Bahan kimia tertumpah
i) segera memberitahu guru atau pembantu makmal
ii) jadikan kawasan tumpahan sebagai kawasan larangan
iii) sekat tumpahan daripada merebak menggunakan pasir untuk membentuk sempadan
iv) kaut tumpahan bahan kimia
v) buang dengan selamat
B) Bahan kaca jatuh pecah dan tumpahan merkuri
i) segera memberitahu guru atau pembantu makmal
ii) jadikan kawasan tumpahan sebagai kawasan larangan
iii) tabur serbuk sulfur untuk menutupi tumpahan
iv) hubungi jabatan bomba
Pemadam kebakaran
Jenis alat pemadam kebakaran
A) Air (Label merah)
– memadamkan kebakaran melibatkan bahan pepejal seperti kain, kertas dan kayu
B) Buih (Label Krim)
– memadamkan kebakaran melibatkan bahan pepejal seperti kayu dan kertas serta jenis cecair atau gas yang mudah terbakar seperti minyak, cat dan gas asli
C) Karbon dioksida (Label Hitam)
– memadamkan kebakaran yang melibatkan peralatan elektrik, gas dan wap
D) Serbuk kering
– memadamkan semua jenis kebakaran
Kaedah penggunaan pemadam kebakaran
i) tanggalkan pin keselamatan daripada pemadam kebakaran. Pastikan alat pemadam kebakaran ditegakkan
ii) halakan muncung alat pemadam kebakaran ke pangkal api. Pastikan anda berada pada jarak 2.0 – 2.5 meter dari api
iii) tekan pemicit atas alat pemadam
iv) ratakan semburan ke seluruh sumber api dengan menggerakan muncungnya dari sisi ke sisi
Kuiz Sains Bab 1: Klik Sini
Sains Tingkatan 4 Bab 1:
Nota Sains: Tingkatan 4