Sains Tingkatan 3 Bab 9 Cuaca Angkasa Lepas
Matahari – bebola gas yang membara, hampir keseluruhan matahari terdiri daripada dua jenis gas iaitu gas hidrogen dan gas helium.
Struktur Matahari
Fenomena
i) Granul
– bahagian atas zon perolakan bagi plasma yang sangat panas dengan suhu setinggi 5800°C
– diameter purata: 1km
ii) Tompok matahari
– kawasan gelap yang kelihatan pada permukaan matahari
– kelihatan gelap kerana suhunya lebih rendah daripada kawasan sekitarnya yang terdiri daripada granul
– merupakan lokasi letusan yang amat besar di fotosfera
iii) Kitaran suria
– aktiviti tompok matahari kelihatan wujud dan lenyap mengikut pusingan 11 tahun yang dikenali
iv) Semarak suria (prominen)
– berbentuk gelungan yang sangat besar atau lajur melengkung yang terdiri daripada gas menyala di sebelah atas tompok Matahari.
– dapat mencapai ketinggian beratus-ratus ribu kilometer dan mungkin kekal selama beberapa hari atau bulan.
– sangat kuat boleh melemparkan jasad dari Matahari ke angkasa lepas pada kelajuan antara 600 km/s sehingga melebihi 1000 km/s
v) Nyalaan suria
– berbentuk lajur yang terdiri daripada gas bercas yang banyak meletus daripada Matahari dan kerap berlaku berdekatan dengan tompok Matahari
– letusan gas yang kuat
– mencapai tahap kecerahan maksimum dalam masa beberapa saat atau minit dan kemudian malap selepas beberapa minit atau jam
– nyalaan suria menyemburkan zarah gas yang bercas keluar pada kelajuan yang tinggi ke angkasa lepas.
– zarah gas yang bercas ini sering saling betindak balas dengan atom dan molekul dalam atmosfera bumi lalu menghasilkan peragaan cahaya yang mempesonakan di langit yang dikenali sebagai aurora yang secara uniknya hanya berlaku di ruang udara sekitar kutub bumi.
vi) Lentingan jisim korona
– berbentuk awan yang besar dan terdiri daripada plasma yang meletus daripada matahari dan kerap berlaku bersama dengan nyalaan suria yang besar dan kuat
– letusan zarah gas yang bemagnet
– menyemburkan zarah yang bermagnet keluar pada kelajuan yang tinggi ke angkasa lepas dan kelihatan sebagai sebuah awan yang mengembang
vii) Angin suria
– zarah dalam plasma seperti elektron, proton dan zarah alfa yang meletus dari matahari ke angkasa lepas bergerak bersama-sama dengan kelajuan yang tinggi.
– membawa medan magnet antara planet bersama dengannya
– kelajuan angin suria adalah supersonik dengan nilai antara 250km/s hingga 750 km/s
Magnetosfera bumi – suatu ruang dalam angkasa lepas yang meliputi Bumi di mana medan magnet dalam magnetosfera Bumi ialah gabungan antara medan magnet Bumi dengan medan magnet dalam ruang di angkasa lepas
Pembentukan magnetosfera
– terbentuk daripada interaksi antara medan magnet yang dibawa oleh angin suria dengan medan magnet Bumi
– bilangan dan tenaga dalam zarah yang dibawa oleh angin suria berubah-ubah, bentuk magnetosfera turut berubah-ubah.
Kepentingan
– melindungi Bumi daripada kesan buruk yang disebabkan oleh zarah berbahaya daripada Matahari atau jasad lain dalam Alam Semesta.
– sekatan biologi yang melindungi hidupan d i Bumi
– menghalang zarah bercas, zarah bercas berlebihan akan mengganggu telekomunikasi, sistem navigasi dan talian kuasa elektrik
– mengurangkan tekanan yang dikenakan oleh fenomena angin suria
Cuaca Angkasa
– permukaan Matahari seperti nyalaan suria, semarak suria, tompok Matahari dan lentingan jisim korona
– angkasa lepas seperti angin suria, ribut pancaran suria dan ribut geomagnet
Interpretasi data cuaca angkasa lepas
– untuk meramal bila berlakunya lentingan jisim korona di Matahari
– untuk menentukan sebab berlakunya nyalaan suria dan lentingan jisim korona di permukaan Matahari
Kuiz Sains Bab 9: Klik Sini
Sains Tingkatan 3 Bab 9:
Nota Sains: Tingkatan 3