Categories
Sains Tingkatan 3

Sains Tingkatan 3 Bab 6

Sains Tingkatan 3 Bab 6 Elektrik Dan Kemagnetan

Sumber tenaga

Sumber tenaga boleh baharu
– sumber tenaga yang boleh digantikan secara berterusan dan tidak akan habis
– hidro, ombak, solar, pasang surut, angin, biojisom, geoterma

Sumber tenaga tidak boleh baharu
– sumber tenaga yang tidak boleh diganti dan akan habis digunakan
– tenaga nuklear, arang batu, gas asli, petroleum

Proses penjanaan tenaga elektrik
generator – alat yang digunakan untuk menjana tenaga elektrik
sn t3b6 1
– apabila engkol pada model diputarkan, satu arus yang dikenali sebagai arus aruhan akan terhasil

i) Gerakan dawai
sn t3b6 2
– dawai penyambung atau solenoid digerakkan melalui ruang antara kutub magnet dengan pantas
– arus aruhan dihasilkan dalam dawai penyambung atau solenoid dan mengalir melalui galvanometer

ii) Gerakan magnet
sn t3b6 3
– magnet digerakkan supaya garis medan magnet dipotong oleh dawai penyambung atau solenoid
– arus aruhan dihasilkan dalam dawai penyambung atau solenoid dan mengalir melalui galvanometer

Tenaga elektrik dijanakan di stesen jana kuasa

1) Diesel, gas asli dan arang batu
sn t3b6 4
Mekanisme
– pembakaran bahan api
– air dididihkan menjadi stim
– stim memutarkan turbin
– penjana menghasilkan tenaga elektrik
Perubahan bentuk tenaga
– tenaga kimia > tenaga haba > tenaga kinetik > tenaga elektrik

2) Tenaga solar
sn t3b6 5
Mekanisme
– sinaran matahari
– panel suria menukarkan tenaga cahaya daripada matahari kepada tenaga elektrik
Perubahan bentuk tenaga
tenaga cahaya > tenaga elektrik

3) Hidroelektrik
sn t3b6 6
Mekanisme
– air tersimpan dalam empangan yang tinggi
– air mengalir dari aras tinggi ke aras rendah
– aliran air memutarkan turbin
– penjana menghasilkan tenaga elektrik
Perubahan bentuk tenaga
– tenagan keupayaan graviti > tenaga kinetik > tenaga elektrik

4) Tenaga angin
sn t3b6 7
Mekanisme
– udara bergerak
– angin menggerakkan bilah
– bilah memutarkan turbin
– penjana menghasilkan tenaga elektrik
Perubahan bentuk tenaga
tenaga kinetik > tenaga elektrik

5) Bahan api nuklear
sn t3b6 8
Mekanisme
– tindak balas nuklear
– air dididihkan menjadi stim
– stim memutarkan turbin
– penjana menghasilkan tenaga elektrik

Perubahan bentuk tenaga
– tenaga nuklear > tenaga haba > tenaga kinetik > tenaga elektrik

6) Biojisim
Mekanisme
– metana dihasilkan oleh biojisim
– air dididihkan menjadi stim
– stim memutarkan turbin
– penjana menghasilkan tenaga elektrik

Perubahan bentuk tenaga
– tenaga kimia > tenaga haba > tenaga kinetik > tenaga elektrik

Arus terus dan ulang-alik
Arus terus (a.t) – arus elektrik yang mengalir dalam satu arah sahaja
Arus ulang-alik (a,u) – arus elektrik yang arah alirannya berubah-ubah secara berterusan

Osiloskop sinar katod – alat elektronik yang boleh digunakan untuk menunjukkan perbezaan bentuk graf, arah arus dan perubahan voltan bagi arus terus dan ulang-alik.
sn t3b6 9

Transformer
sn t3b6 10
– alat mengubah voltan bagi arus ulang-alik
– terdiri daripada satu teras besi lembut berlamina yang dililit oleh gegelung dawai berlebat, gegelung prime dan gegelung sekunder

sn t3b6 11
i) transformer injak naik
– voltan primer (input) yang merentasi gegelung primer adalah lebih rendah daripada voltan sekunder (output) yang merentasi gegelung sekunder
– bilangan lilitan pada gegelung primer adalah kurang daripada bilangan lilitan pada gegelung sekunder

ii) transformer injak turun
– voltan primer (input) yang merentasi gegelung primer adalah lebih tinggi daripada voltan sekunder (output) yang merentasi gegelung sekunder
– bilangan lilitan pada gegelung primer adalah lebih banyak daripada bilangan lilitan pada gegelung sekunder.

Penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik
i) stesen jana kuasa
ii) stesen transformer injak naik
iii) rangkaian grid nasional
iv) stesen transformer injak turun
v) pencawang masuk utama
vi) lapangan suis
vii) pencawang bahagian

Sistem pendawaian
i) pendawaian satu fasa
sn t3b6 12
– sesuai dan cukup stabil bagi penggunaan tenaga elektrik yang tidak melebihi 10kW atau 50A seperti di kawasan perumahan

ii) pendawaian tiga fasa
sn t3b6 13
– di kawasan komersial dan industri, penggunaan tenaga elektrik yang lebih 10kW atau 50A, pendawaian tiga fasa lebih stabil.

Palam 3-pin dan 2-pin

Palam 3-pin – peralatan elektrik seperti cerek dan seterika memperoleh elektrik daripada soket pada dindin melalui palam 3-pin
Palam 2-pin – peralatan seperti pengering rambut dan radio memperoleh tenaga elektrik daripada soket pada dinding melalui palam 2-pin

sn t3b6 14

Komponen keselamatan
i) Suis
ii) Fius
iii) Earth leakage circuit breaker (ELCB)
iv) minitature circuit breaker (MCB)
v) Dawai bumi
vi) Pengalir kilat

Fius
sn t3b6 15
– seutas wayar halus yang pendek, mudah menadi panas dan melebur apabila arus yang mengalir melaluinya lebih besar daripada nilai fius tersebut.
– sekiranya wayar pada fius itu melebur, bekalan arus elektrik akan terputus

i) Fius kartrij
ii) Fius wayar boleh ganti

Nilai fius – nilai maksimum arus yang dapat mengalir melalui fius tanpa menyebabkan wayar fiusnya melebur. (1A,2A,3A,5A,10A,13A,15A dan 30A)
contoh – cerek eletrik menggunakan arus elektrik maksimum 11.34A, maka fius dipasang seharusnnya nilai fius 13A

Pengiraan kos penggunaan elektrik
kecekapan tenaga – peratus tenaga input yang diubah kepada bentuk tenaga output yang berfaedah
sn t3b6 16

kuasa, P – kadar tenaga elektrik, E, yang digunakan oleh suatu alat elektrik
arus, I – kadar pengaliran cas elektrik, Q, melalui suatu konduktor.
Voltan, V – tenaga elektrik, E, ynag digunakan untuk menggerakkan seunit cas elektrik,Q melalui suatu konduktor.
sn t3b6 17
sn t3b6 18
sn t3b6 19

Pengiraan kos
Tenaga elektrik yang digunakan (kWj) = kuasa (kW) x Masa (j)

* sebuah cerek 2kW mengambil masa 10 minit untuk mendidihkan air. Hitungkan kos penggunaan tenaga elektrik untuk mendidihkan air itu jika kadar bagi setiap unit ialah 21 sen

tenaga elektrik yang digunakan
= 2kW x 10/60 j
= 1/3 kWj
= 1/3 unit

kos penggunaan elektrik
= 1/3 x 21 sen
= 7 sen

Kuiz Sains Bab 6: Klik Sini
Sains Tingkatan 3 Bab 6:
Nota Sains: Tingkatan 3

Sains Tingkatan 3

Sains Tingkatan 3 Bab 1

Sains Tingkatan 3

Sains Tingkatan 3 Bab 2

Sains Tingkatan 3

Sains Tingkatan 3 Bab 3

Sains Tingkatan 3

Sains Tingkatan 3 Bab 4

Sains Tingkatan 3

Sains Tingkatan 3 Bab 5

Sains Tingkatan 3

Sains Tingkatan 3 Bab 6

Sains Tingkatan 3

Sains Tingkatan 3 Bab 7

Sains Tingkatan 3

Sains Tingkatan 3 Bab 8

Sains Tingkatan 3

Sains Tingkatan 3 Bab 9

Sains Tingkatan 3

Sains Tingkatan 3 Bab 10

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara

Hadis

Perbanyakkan Selawat di Hari Jumaat