Sains Tingkatan 3 Bab 4 Kereaktifan Logam
Kepelbagaian Mineral
Mineral – unsur atau sebatian pepejal yang wujud secara semula jadi dengan struktur hablur dan komposisi kimia yang tertentu
i) unsur – emas, berlian, perak
ii) sebatian – bauksit, hematit, galena, kasterit
kalsium silikat – sebatian semula jadi yang boleh digunakan sebagai bahan tambahan dalam makanan manusia
batu kapur – suatu mineral yang mempunyai banyak kegunaan dalam kehidupan harian
Siri kereaktifan logam
i) Tindak balas yang cergas – logam yang lebih reaktif
ii) Tindak balas yang kurang cergas – logam yang kurang reaktif
*Logam paling reaktif berada di atas
*Logam kurang reaktif berada di bawah
Kedudukan karbon dan hidrogen dalam siri kereaktifan logam
Pengekstrakan logam – proses untuk memperoleh sesuatu logam daripada bijihnya
i) K, Na, Ca, Mg, Al
– pengekstrakan melalui elektrolisis sebatian logam dalam keadaan lebur
– bagi logam yang lebih tinggi daripada karbon dalam siri kereaktifan logam, pengekstrakan logam daripada sebataian logam tersebut adalah melalui elektrolisis
ii) Zn, H, Fe, Sn, Pb
– pengekstrakan melalui penurunan oksida logam oleh karbon
– bagi logam yang lebih rendah daripada karbon dalam siri kereaktifan logam, pengekstrakan logam daripada bijih logam daripada bijih logam tersebut adalah melalui penurunan oksida logam tersebut dengan karbon.
iii) Cu, Hg
– pengekstrakan logam dilakukan melalui pemanasan terus sebatian logam tersebut
iv) Ag, Au
– wujud dalam bentuk unsur dalam kerak bumi.
Proses pengekstrakan besi – dilakukan di dalam relau bagas
1) Campuran bijih besi atau oksida besi yang dipekatkan, arang kok dan batu kapur dimasukkan ke dalam relau bagas melalui bahagian atas relau bagas
2) Semburan udara yang sangat panas dipamkan ke dalam relau bagas melalui bahagian bawah relau bagas.
3) Tindak balas yang berlaku di dalam relau bagas pada suhu yang tinggi
– penghasilan ferum
– penghasilan sanga
4) Pada suhu yang tinggi di dalam relau bagas
i) ferum: yang dihasilkan akan melebur.
– Leburan ferum mengalir ke bahagian bawah relau.
– Dari semasa ke semasa, leburan ferum dituang keluar ke dalam acuan dan dibiarkan menyejuk dan membeku.
– Leburan ferum yang membeku ini dikenali sebagai besi tuangan
ii) sanga: yang dihasilkan akan melebur
– leburan sanga juga mengalir ke bahagian bawah relau
– oleh sebab leburan sanga adalah kurang tumpat daripada leburan ferum, sanga terapung di atas leburan ferum
– Dari semasa ke semasa, leburan sanga dikeluarkan dan digunakan untuk membuat tapak bangunan dan jalan.
Isu perlombongan di Malaysia
i) Pencemaran udara akibat pembakaran bahan api
ii) penggunaan tenaga elektrik yang banyak
iii) pencemaran udara oleh gas yang dihasilkan dari relau bagas
iv) pemusnahan habitat akibat pembinaan lombong
v) pencemaran bunyi oleh jentera perlombongan
vi) hakisan tanah akibat penggalian bijih
vii) pencemaran air akibat pencucian bijih
Kuiz Sains Bab 4: Klik Sini
Sains Tingkatan 3 Bab 4:
Nota Sains: Tingkatan 3