Sains Tingkatan 3 Bab 3 Pengangkutan
Organisma ringkas – tidak mempunyai sistem pengangkutan yang khusus
Organisma kompleks – mempunyai sistem pengangkutan yang khusus
Kepentingan fungsi sistem pengangkutan
1) Sistem pengangkutan mengangkut bahan keperluan sel untuk menghasilka tenaga melalui respirasi sel.
2) menyingkirkan bahan kumuh yang bertoksik keluar dari sel di dalam organisma ke persekitaran keluar
3) mengangkut bahan keperluan sel tumbuhan untuk menjalankan semua proses hidup dalam tumbuhan
Sistem Peredaran Darah
Sistem peredaran darah Haiwan Vertebrata
– organisma kompleks
– darah sentiasa mengalir di dalam salur darah yang berterusan ke seluruh bahagian badan dalam satu kitaran lengkap melalui jantung.
Sistem peredaran darah Manusia
– peredaran darah yang dipam oleh satu organ yang iaitu jantung ke seluruh badan dan salur darah yang khusus sepeti arteri, kapilari dan vena.
Struktur dan fungsi jantung manusia
i) Atrium kanan: mempunyai dindin berotot yang nipis
fungsi
– darah terdeoksigen dari seluruh badan kecuali peparu memasuki atrium kanan melalui vena kava superior dan vena kava inferior
– apabila atrium kanan mengecut, darah terdeoksigen dipaksa mengalir masuk ke dalam ruang di bawahnya ventrikel kanan
ii) Injap trikuspid:
fungsi
– hanya membenarkan pengaliran darah satu hala dari atrium kanan ke ventrikel kanan
iii) Ventrikel kanan: mempunyai dinding berotot yang tebal
fungsi
– apabila ventrikel kanan mengecut, darah terdeoksigen dipaksa mengalir keluar ke dalam arteri pulmonari untuk dibawa ke peparu
iv) Injap sabit
fungsi
– memastikan darah mengalir dalam satu hala dan tidak berpatah balik ke ventrikel
v) Atrium kiri: mempunyai dinding berotot yang nipis.
fungsi
– darah beroksigen dari peparu memasuki atrium kiri melalui vena pulmonari
– apabila atrium kiri mengecut darah beroksigen dipaksa mengalir masuk ke dalam ruang di bawahnya iaitu ventrikel kiri
vi) Injap bikuspid
fungsi
– hanya membenarkan pengaliran darah satu hala dari atrium kiri ke ventrikel kiri
vii) Ventrikel kiri: mempunyai dinding berotot yang paling tebal
fungsi
– apabila ventrikel kiri mengecut, darah beroksigen dipaksa mengalir keluar ke dalam aorta untuk dibawa ke seluruh bahagian badan kecuali peparu.
viii) Septum: dinding otot yang memisahkan jantung sebelah kiri dengan jantung sebelah kanan
fungsi
– menghalang darah beroksigen becampur dengan darah terdeoksigen.
Struktur dan Fungsi salur darah utama
i) arteri
struktur
– dinding yang tebal, berotot dan banyak tisu elastik adalah untuk menahan tekanan darah yang tinggi
– tiada injap
– saiz lumen kecil
fungsi
– mengangkut darah beroksigen keluar dari jantung ke seluruh badan kecuali peparu
– arteri pulmonari mengangkut darah terdeoksigen dari jantung ke peparu
peredaran darah
– pengaliran darah yang cepat pada tekanan darah yang tinggi
– denyutan nadi dikesan
ii) kapilari
struktur
– dinding paling nipis setebal satu sel tanpa otot atau tisu elastik
– tiada injap
– saiz lumen paling kecil
fungsi
– membenarkan pertukaran gas, makanan dan bahan kumuh antara darah dengan sel badan secara resapan melalui dinding nipis kapilari
peredaran darah
– pengaliran darah yang perlahan pada tekanan darah yang menurun
– tiada denyutan nadi
iii) vena
struktur
– dinding yang nipis, sedikit berotot dan elastik untuk memudahkan pengaliran darah pada tekanan darah yang rendah
– mempunyai injap
– saiz lumen besar
fungsi
– mengangkut darah terdeoksigen balik semula ke jantung dari seluruh badan kecuali peparu
– vena pulmonari mengangkut darah beroksigen dari peparu ke jantung
peredaran darah
– pengaliran darah yang perlahan pada tekanan darah yang rendah
– tiada denyutan nadi
Sistem peredaran darah ‘Ganda Dua’
– manusia dan mamalia mempunyai sistem perdaran darah ‘ganda dua’ yang terdiri daripada sistem peredaran pulmonari dan sistem perdaran sistemik.
Denyutan jantung
i) Diastol (diastole)
– bunyi ‘dub’ dihasilkan oleh penutupan injap sabit pada aorta dan arteri pumonari semasa pengeduran ventrikel berlaku
– bacaan tekanan darah yang mengalir dan mengisi jantung dipanggil bacaan tekanan diastolik
ii) Sistol (systole)
– bunyi ‘tub’ dihasilkan oleh penutupan injap trikuspid dan bikuspid antara atrium dengan ventrikel semasa pengecutan ventrikel berlaku
– bacaan darah yang mengalir keluar dari jantung dipanggil bacaan tekanan sistolik.
Pengukuran tekanan darah
i) Kadar denyutan nadi
– dihasilkan pengecutan dan pengenduran dinding arteri berotot
ii) Faktor mempengaruhi kadar denyutan nadi
a) jantina – perbezaan saiz jantung. jantung perempuan lebih kecil saiz mengepam kurang darah bagi setiap denyutan dan perlu berdenyut pada kadar yang tinggi berbanding lelaki
b) umur – semakin meningkat umur semakin rendah kadar denyutan
c) kesihatan badan – denyutan nadi terlalu tinggi atau rendah adalah merbahaya boleh membawa maut
Darah manusia
Komponen darah
– terdiri daripada sel darah merah, sel darah putih, platlet dan plasma darah
Kumpulan darah manusia
i) Darah A – mempunyai hanya antigen A
ii) Darah B – mempunyai hanya antigen B
iii) Darah AB – mempunyai antigen A dan antigen B
iv) Darah O – tidak mempunyai antigen A atau antigen B
Antibodi dalam plasma Darah
– plasma darah mengandungi antibodi
– jenis antibodi dalam plasma darah antibodi Anti-A dan Anti-B
Padanan kumpulan darah penderma dan penerima
Kepentingan menderma darah
– setiap hari darah diperlikan untuk menyelamatkan nyawa
– darah mungkin diperlukan untuk pembedahan, mangsa kemalangan atau merawat pesakit dan lain-lain.
Pengangkutan dalam Tumbuhan
transpirasi – suatu proses kehilangan air dalam bentuk wap air dari permukaan daun ke udara secara penyejatan.
daun – bahagian tumbuhan yang menjadi tempat berlakunya kehilangan air yang banyak melalui proses transpirasi
i) keratan rentas daun
– epidermis daun terdiri daripada satu lapisan sel epidermis tunggal yang menyaluti kedua-dua permukaan atas dan bawah daun.
– sel epidermis merembeskan kutikel berlilin yang menyaluti permukaan luar daun untuk mengurangkan kehilangan air seamsa transpirasi.
ii) fungsi stoma dalam transpirasi
– kebanyakan air yang hilang ketika transpirasi dalam tumbuhan berlaku melalui liang stoma yang terdapat pada epidermis daun
– semasa fotosintesis berlaku pada waktu siang, stoma lazimnya terbuka.
– bukaan stoma menyebabkan tumbuhan kehilangan air secara transpirasi.
iii) pelembakan
– kehilangan air daripada tumbuhan dalam bentuk cecair melalui hidatod yang sentiasa tebuka pada pinggir daun
-gutasi berlaku pada waktu malam atau ketika kelembapan udara yang tinggi
Kadar transpirasi
– bilangan stoma mempengaruhi kadar transpirasi tumbuhan
– transpirasi berlaku dengan lebih cepat sekiranya tumbuhan itu mempunyai banyak stoma.
Faktor mempengaruhi transpirasi
i) Suhu
ii) Kelembapan udara
iii) Keamatan cahaya
iv) Pergerakan udara
Struktur dan fungsi tumbuhan
xilem – berfungsi mengangkut air dan garam mineral terlarut dari akar ke daun melalui batang bagi menjalankan fotosintesis dan untuk menggantikan kehilangan air semasa transpirasi
floem – befungsi mengangkut sukrosa yang terhasil dalam daun semasa fotosintesis ke bahagian lain tumbuhan
Sistem peredaran Darah Haiwan dan Tumbuhan
Persamaan
– kedua-duanya ialah sistem pengangkutan
– mengangkut air, nutrien dan bahan terlarut
– wujud dalam organisma kompleks
Perbezaan
i) struktur
haiwan – sistem bertiub dengan jantung dari injap
tumbuhan – sistem bersalur tanpa pam atau injap
ii) jenis salur pengangkutan
haiwan – tiga jenis salur iaitu arteri, kapilari dan vena
tumbuhan – dua jenis salur iaitu xilem dan floem
iii) sambungan antara salur pengangkutan
haiwan – arteri, kapilari dan vena disambung menjadi satu salur yang berterusan
tumbuhan – xilem dan floem tidak bersambung dan merupakan dua salur yang berasingan
Kuiz Sains Bab 3: Klik Sini
Sains Tingkatan 3 Bab 3:
Nota Sains: Tingkatan 3