Sains Tingkatan 2 Bab 8 Daya Dan Gerakan
Daya – tarikan atau tolakan dikenakan ke atas suatu objek
Jenis daya
1) Graviti – daya mengarah ke pusat bumi menyebabkan semua benda yang dilambung akan jatuh semula ke tanah.
2) Geseran – daya menentang gerakan dan bertindak di antara dua permukaan yang saling bersentuhan
3) Normal – daya yang dihasilkan apabila suatu objek bersentuhan dengan suatu permukaan
4) Apungan – daya tujah yang bertindak pada sesuatu objek yang terapung di dalam sesuatu bendalir
5) Berat – suatu objek ditakrifkan sebagai daya graviti yang bertindak ke atasnya
6) Elastik – wujud apabila sesuatu bahan diregangkan atau dimampatkan
Ciri Daya – kuantiti vektor yang mempunyai magnitud dan arah
Pengukuran Daya – daya diukur dengan neraca spring (newton, N)
Kesan Daya – daya itu boleh mengubah bentuk, saiz dan gerakan jasad tersebut.
1) Objek pegun bergerak
2) Menghentikan objek yang bergerak
3) Mengubah kelajuan objek yang sedang bergerak
4) Mengubah arah gerakan objek
5) Mengubah bentuk dan saiz objek
Daya Apungan
i) sesuatu objek akan terapung jika daya apungan yang bertindak padanya cukup untuk menampung beratnya.
ii) sesuatu objek akan tenggelam jika daya apungan yang bertindak padanya tidak cukup untuk menampung beratnya.
Daya apungan = Berat sebenar – berat ketara
Ketumpatan dan Kesan Apungan –
i) setiap objek mempunyai ketumpatan yang berbeza.
ii) objek yang kurang tumpat berbanding cecair, membuatkan objek tersebut akan terapung
iii) objek yang lebih tumpat berbanding cecair, membuatkan objek tersebut akan tenggelam
Tuas– sebuah palang yang berputar pada satu titik yang tetap. Tuas terdiri daripada daya, beban dan fulkrum.
Daya – tolakan dan tarikan yang dikenakan pada palang
Beban – objek yang hendak digerakkan
Fulkrum – Titik sokongan yang tetap
Kelas Tuas
1) Contoh objek Tuas kelas 1 – playar, pembuka tin, gunting
2) Contoh objek Tuas kelas 2 – pemecah kekeras, kereta sorong
3) Contoh objek Tuas kelas 3 – penyepit ais, joran
Momen Daya – kesan putaran yang dihasilkan oleh daya.
Tekanan
i) daya yang betinda ke atas suatu permukaan begantung kepada keluasan permukaan daya itu dikenakan
ii) Permukaan kecil menghasilkan tekanan besar, permukaan besar menghasilkan tekanan kecil
iii) Tekanan = Daya (N) / Luas permukaan
Tekanan Gas – molekul-molekul udara sentiasa bergerak bebas dan berlanggar pada dinding bekasnya, kekerapan perlanggaran antara molekul udara pada dinding bekas itu akan menghasilkan daya yang menolak pada dinding bekas tersebut.
Faktor tekanan udara – isi padu & suhu.
Aplikasi tekanan udara
1) pam sedut
2) hemisfera magdeburg
3) penyedut minuman
4) sifon
5) picagari
6) pembersih vakum.
Altitud dengan tekanan atmosfera
i) Tekanan rendah – kurang molekul udara memberi tekanan
ii) Tekanan tinggi – lebih banyak molekul udara memberi tekanan
Kuiz Sains Bab 8: Klik Sini
Sains Tingkatan 2 Bab 8: Muat Turun Nota
Nota Sains: Tingkatan 2