Categories
Sains Tingkatan 2

Sains Tingkatan 2 Bab 4

Sains Tingkatan 2 Bab 4 Kesihatan Manusia

Penyakit- merupakan keadaan tidak normal pada badan atau minda yang menyebabkan ketidakselesaan, sukar berfungsi atau memberi tekanan.

Penyakit berjangkit
– Penyakit berlaku disebabkan jangkitan daripada patogen secara langsung atau melalui medium dan vektor
– Penyakit yang boleh berpindah daripada seorang individu kepada individu lain

Penyakit tidak berjangkit
– Penyakit berlaku disebabkan faktor genetik atau gaya hidup.
– Penyakit yang tidak berpindah daripada seorang individu kepada individu lain.

Patogen- organisma yang menyebabkan penyakit.

Jangkitan Melalui Udara
sains t2b4 jangkitan

Cara mencegah jangkitan melalui udara
1) Menutup mulut dan hidung semasa bersin, batuk atau menguap
2) Tidak meludah di merata-rata tempat
3) Mengelakkan diri daripada berada di tempat yang penuh sesak
4) Memastikan tempat tinggal cukup cahaya kerana sinar ultraungu yang boleh membunuh sesetengah mikroorganisma dalam udara.

Penyakit Melalui Air
– berlaku di kawasan yang tidak mempunyai bekalan air paip terawat dan sistem sanitasi yang sempurna.
– banjir juga boleh merebakkan penyakit berjangkit

Cara mencegah jangkitan melalui air
1) Mencampurkan klorin di dalam kolam renang dan sistem bekalan air
2) Membina tandas yang mempunyai sistem sanitasi yang sempurna
3) Mendidihkan air minuman dengan sempurna
4) Mencuci tangan dengan sabun selepas menggunakan tandas

Penyakit Melalui Sentuhan
– akibat tersentuh kulit yang telah dijangkiti atau memakai pakaian pesakit

Penyakit Melalui Vektor
– sesetengah patogen menggunakan haiwan untuk memindahkannya daripada satu hos kepada hos yang baharu. Haiwan yang memindahkan patogen ini dikenali sebagai vektor
sains t2b4 jenis penyakit vektor

Cara mencegah penyakit berjangkit
sains t2b4 pencegahan

Pertahanan Badan – patogen yang memasuki badan melalui sistem respirasi, pencernaan, perkumuhan dan kulit harus dimusnahkan oleh badan.

Mekanisme pertahanan tidak spesifik
1) Barisan pertahanan pertama – menghalang patogen daripada memasuki badan
i) Kulit
ii) Membran mukus

2) Barisan pertahanan kedua – melawan patogen melalui fagositosis
i) Operasi fagositosis

Mekanisme pertahanan spesifik
1) Barisan pertahanan ketiga – melawan patogen melalui penghasilan antibodi
i) Sistem keimunan badan

Imunisasi – suatu usaha untuk memberikan daya tahan secara aktif pada manusia terhadap penyakit tertentu dengan memasukkan vaksin

Vaksin– mengandungi antigen yang diperoleh dari sebahagian struktur virus atau bakteria yang telah dilemahkan atau dimatikan, ianya berfungsi untuk merangsang sistem imun tubuh, membentuk keimunan terhadap jangkitan penyakit tertentu

Keimunan pasif – badan memperoleh antibodi daripada sumber luar
Keimunan aktif – badan menghasilkan antibodi sendiri apabila dirangsan oleh antigen

Punca sistem imun lemah
1) terdedah kepada pencemaran udara
2) terdedah kepada pestisid
3) mengalami tekanan perasaan
4) pengambilan gula secara berlebihan

Cara menguatkan sistem imun
1) mendapat rehat yang mencukupi
2) beriadah dan menghirup udara segar
3) tidak merokok dan tidak terdedah kepada asap rokok
4) melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala

Kuiz Sains Bab 4: Klik Sini
Sains Tingkatan 2 Bab 4: Muat Turun Nota
Nota Sains: Tingkatan 2

Sains Tingkatan 2

Sains Tingkatan 2 Bab 1

Sains Tingkatan 2

Sains Tingkatan 2 Bab 2

Sains Tingkatan 2

Sains Tingkatan 2 Bab 3

Sains Tingkatan 2

Sains Tingkatan 2 Bab 4

Sains Tingkatan 2

Sains Tingkatan 2 Bab 5

Sains Tingkatan 2

Sains Tingkatan 2 Bab 6

Sains Tingkatan 2

Sains Tingkatan 2 Bab 7

Sains Tingkatan 2

Sains Tingkatan 2 Bab 8

Sains Tingkatan 2

Sains Tingkatan 2 Bab 9

Sains Tingkatan 2

Sains Tingkatan 2 Bab 10

Sains Tingkatan 2

Sains Tingkatan 2 Bab 11

Sains Tingkatan 2

Sains Tingkatan 2 Bab 12

Sains Tingkatan 2

Sains Tingkatan 2 Bab 13

Hadis

Mimpi Yang Baik

Hadis

Kelebihan Mempelajari Al-Quran

Hadis

Adat Memberi Salam

Hadis

Nasihat Dari Rasulullah SAW

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah