Categories
Sains Tingkatan 2

Sains Tingkatan 2 Bab 3

Sains Tingkatan 2 Bab 3 Nutrisi

7 Kelas Utama Makanan
1) Karbohidrat
– sejenis sebatian organik yang mengandungi unsur karbon, hidrogen dan oksigen
-membekalkan tenaga yang banyak

2) Protein
– mengandungi unsur karbon, hidrogen dan nitrogen
– diperlukan untuk pertumbuhan sel-sel yang telah mati

3) Lemak
– mengandungi unsur karbon, hidrogen dan oksigen
– sumber dan simpanan tenaga. melindungi organ badan

4) Vitamin
-organik yang tidak membekalkan tenaga
– untuk mengekalkan kesihatan yang baik
– vitamin larut air (vit B & C) & vitamin larut lemak (vit A,D, & K)
sains t2b3 vitamin

5) Mineral
– bahan bukan organik
– untuk mengawal atur proses-proses badan mengekalkan kesihatan
sains t2b3 mineral
6) Pelawas
– bahan tidak dapat diuraikan oleh sistem pencernaan
– untuk merangsang peristalsis

7) Air
– mengandungi unsur hidrogen dan oksigen
– pelarut bahan kimia dan medium pengangkutan nutrien dan oksigen ke dalam sel.
– mengawal atur suhu badan melalui penyejatan

Gizi seimbang – pemakanan yang mengandungi semua kelas makanan yang diperlukan oleh tubuh badan dalam kuantiti yang betul

sains t2b3 piramid mknn

Faktor mempengaruhi keperluan kalori
1) Saiz Badan
2) Umur
3) Pekerjaan
4) Jantina
5) Keadaan kesihatan
6) Iklim

Nilai Kalori Makanan
-Makanan mengandungi beberapa kelas asas iaitu karbohidrat, protein dan lemak
– nilai tenaga atau nilai kalori. unit kalori (cal) atau joule (J)

Sistem pencernaan manusia
Pencernaan – proses penguraian makanan yang kompleks dan besar kepada molekul yang lebih kecil, ringkas dan boleh larut supaya dapat diserap ke dalam sel badan

Jenis Pencernaan
sains t2b3 pencernaan

Persamaan dan perbandingan pencernaan
sains t2b3 perbandingan

Struktur Sistem Pencernaan Manusia
sains t2b3 sistem pencernaan manusia
1) Mulut
-makanan dikunyah oleh gigi. Cebisan makanan dilembutkan oleh air liur. Amilase liur dalam air liur menguraikan kanji kepada maltosa

2) Esofagus
-makanan yang memasuki esofagus disebut bolus. Proses peristalsis pada dinding esofagus menolak bolus untuk masuk ke dalam perut.

3) Perut
– Dinding perut merembeskan protease dan asid hidroklorik. Asid hidroklorik mengaktifkan protease dan membunuh bakteria di dalam makanan yang masuk ke dalam perut. Protease mencernakan protein kepada polipeptida. Makanan yang menjadi separa cecair disebut sebagai kim.

4) Duodenum
– Makanan memasuki bahagian pertama usus kecil, iaitu duodenum. Hati menghasilkan jus hempedu dan disimpan oleh pundi hempedu. Jus hempedu mengemulsikan lemak menjadi titisan kecil dan meneutralkan asid dalam kim. Pankreas menghasilkan jus pankreas yang mengandungi enzim amilase, protease dan lipase. Amilase pankreas mencernakan kanji menjadi maltosa. Protease mencernakan polipeptida menjadi dipeptida. Lipase mencernakan lemak menjadi asid lemak dan gliserol.

5) Usus Kecil
– Usus kecil merembeskan enzim maltase, protease dan lipase. Maltase mencernakan maltosa menjadi glukosa. Protease mencernakan dipeptida menjadi asid amino. Lipase mencernakan lemak menjadi asid lemak dan gliserol.

6) Usus Besar
– Makanan yang tidak tercerna akan memasuki usus besar. Proses penyerapan semula air berlaku di dalam usus besar.

7) Rektum
– Makanan yang tidak tercerna dikenali sebagai tinja akan memasuki rektum dan tersimpan sementara di dalamnya

8) Dubur
– Tinja disingkirkan dari badan melalui dubur.

sains t2b3 enzim pencernaan

Proses pengangkutan hasil pencernaan
Asimilasi – proses pengagihan hasil akhir pencernaan bagi kegunaan sel badan kita
Glukosa – digunakan untuk menghasilkan tenaga dalam proses respirasi
Asid amino – digunakan untuk membentuk komponen sel-sel
Asid lemak dan gliserol – bergabung untuk membentuk lemak yang berfungsi sebagai penebat haba dan pelindung organ dalaman

sains t2b3 proses asimilasi

Penyahtinjaan – makanan yang tidak dicerna dan tidak diserap akan begerak ke usus besar. Semasa bergerak di sepanjang usus besar, air dan garam mineral akan diserap semula ke dalam aliran darah. Makanan yang tidak diserap dan dicerna menjadi sisa pepejal dipanggil sebagai tinja. Tinja akan disimpan sementara di dalam rektum sebelum disingkirkan melalui dubur.

Kuiz Sains Bab 3: Klik Sini
Sains Tingkatan 2 Bab 3: Muat Turun Nota
Nota Sains: Tingkatan 2

Sains Tingkatan 2

Sains Tingkatan 2 Bab 1

Sains Tingkatan 2

Sains Tingkatan 2 Bab 2

Sains Tingkatan 2

Sains Tingkatan 2 Bab 3

Sains Tingkatan 2

Sains Tingkatan 2 Bab 4

Sains Tingkatan 2

Sains Tingkatan 2 Bab 5

Sains Tingkatan 2

Sains Tingkatan 2 Bab 6

Sains Tingkatan 2

Sains Tingkatan 2 Bab 7

Sains Tingkatan 2

Sains Tingkatan 2 Bab 8

Sains Tingkatan 2

Sains Tingkatan 2 Bab 9

Sains Tingkatan 2

Sains Tingkatan 2 Bab 10

Sains Tingkatan 2

Sains Tingkatan 2 Bab 11

Sains Tingkatan 2

Sains Tingkatan 2 Bab 12

Sains Tingkatan 2

Sains Tingkatan 2 Bab 13

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara