Sains Tingkatan 2 Bab 2 Ekosistem
Kelas Orgranisma
pengeluar,pengguna dan pengurai
Pengeluar– organisma yang boleh membuat makanan sendiri (tumbuhan)
Pengeluar Primer– organisma yang memakan organisma lain (herbivor dan omnivor).
Pengurai– organisma yang menguraikan haiwan dan tumbuhan mati kepada bahan yang lebih ringkas atau nutrien (saprofitisme)
Pengguna Sekunder – haiwan omnivor dan karnivor yang makan pengguna primer.
Pengguna Tertier – haiwan karnivor sekunder yang makan pengguna sekunder
Rantai Makanan – digunakan untuk menunjukkan hubungan pemakanan antara organisma
Siratan Makanan– gabungan beberapa rantai makanan
Kitar Nutrien– pemindahan nutrient dan tenaga dalam ekosistem.
Kitar Air
Kitar Oksigen dan Karbon Dioksida
Langkah Menyelesaikan Masalah Gangguan Kepada Kitar Nutrien
1) Sistem pertanian terancang
2) Menggunakan kenderaan awam
3) Menyimpan air hujan untuk kegunaan harian
4) Menanam semula pokok
5) Memperketat undang-undang
Habitat– persekitaran atau tempat tinggal organisma
Spesies– sekumpulan organisma yang mempunyai ciri-ciri yang serupa dan boleh saling membiak dan menghasilkan anak
Populasi– sekumpulan organisma yang sama spesies dah hidup di habitat yang sama
Komuniti– beberapa populasi organisma yang berbeza dan hidup bersama dalam satu habitat dan saling berinteraksi antara satu sama lain
Ekosistem– beberapa komuniti yang tinggal bersama dalam satu habitat, saling berinteraksi, dalam komponen hidup dan bukan hidup
Keseimbangan ekosistem – organisma bersandarkan benda bukan hidup seperti air, cahaya, udara dan tanah
Interaksi antara organisma
1) Simbiosis
– Dua atau lebih organisma berlainan spesis hidup bersama dan berinteraksi antara satu sama lain
2) Mangsa-pemangsa
– Satu organisma memakan organisma lain
3) Persaingan
– satu habitat bersaing mendapatkan keperluan asas
Simbiosis
1) Mutualisme – interaksi memberi manfaat kepada kedua-dua organisma
2) Komensalisme – interaksi satu organisma sahaja yang mendapat manfaat tanpa memudaratkan atau menguntukan organisma lain
3) Parasitisme – interaksi yang menguntungkan satu organisma dan memudaratkan organisma lain
Kawan Biologi– kaedah menggunakan organisma iaitu pemangsa semula jadi, parasit atau patogen untuk mengurangkan bilangan haiwan perosak di suatu tempat.
Kelebihan & Kelemahan
Faktor mempengaruhi sains populasi dalam suatu ekosistem
1) Serangan penyakit
2) Kehadiran pemangsa
3) Sumber makanan
4) Perubahan cuaca
Perubahan dalam Ekosistem
1) Kekurangan bekalan air
2) Migrasi
3) Perubahan saiz populasi
Kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar
1) Kepupusan spesis flora fauna
2) Hakisan tanah
3) Kesan rumah hijau
4) Pencemaran udara, air dan tanah
5) Hujan asid
6) Banjir Kilat
7) Bau busuk akibat pereputan sisa pepejal
Langkah mengatasi
1) Menguatkuasa undang-undang
2) Meningkatkan kesedaran orang awam
3) Mengamalkan Refuse, Reduce, Recycle, Repurpose.
4) Menggunakan kawalan biologi
Kuiz Sains Bab 2: Klik Sini
Sains Tingkatan 2 Bab 2: Muat Turun Nota
Nota Sains: Tingkatan 2