Sains Tingkatan 2 Bab 10 Gelombang Bunyi
Ciri-ciri gelombang bunyi
Bunyi – bentuk tenaga yang dihasilkan oleh getaran
Pemindahan bunyi – bunyi memerlukan medium untuk merambat samada melalui pepejal, cecair dan gas kecuali vakum.
Pepejal – bunyi dipindahkan dengan cepat kerana susunan zarah tersusun rapat
Cecair – bunyi dipindahkan dengan perlahan kerana susunan zarah kurang rapat
Gas – bunyi dipindahkan dengan sangat perlahan kerana susunan zarah berjauhan antara satu sama lain
Pantulan dan Penyerapan Bunyi
i) Permukaan keras dan licin – memantulkan bunyi dengan baik
ii) Permukaan lembut dan kasar – menyerap bunyi dengan baik
Kenyaringan – dihasilkan begantung pada amplitude gelombang bunyi
Kelangsingan – bergantung frekuensi gelombang bunyi yang dihasilkan
Gema – terhasil apabila gelombang bunyi memantulkan kembali kepada pendengar dari suatu permukaan keras.
Ultrabunyi – sejenis gelombang bunyi yang berfrekuensi lebih daripada 20,000Hz yang menggunakan untk memberi panduan arah.
Had pendengaran
i) Manusia – 20Hz hingga 20,000Hz, julat ini semakin kurang atau kurang sensitif apabila usia manusia semakin meningkat
ii) Kelawar – 2,000Hz – 110,000Hz
iii) Anjing – 67Hz – 45,000Hz
iv) Dolfin – 40Hz – 100,000Hz
v) Gajah – 16Hz – 12,000Hz
vi) Kuda – 55Hz – 33,500Hz
Stetoskop – membantu doktor mendengar denyutan jantung pesakit
Pembesar suara – menjadikan suara lebih kuat
Alat bantu pendengaran – menguatkan bunyi yang memasuki telinga
Kuiz Sains Bab 10: Klik Sini
Sains Tingkatan 2 Bab 10: Muat Turun Nota
Nota Sains: Tingkatan 2