
Sains Tingkatan 1 Bab 9 Bumi
Sistem Dan Struktur Bumi
4 Komponem bumi – atmosfera, biosfera, hidrosfera dan geosfera
Hidrosfera – zon air
Atmosfera – zon udara
Geosfera – zon batu dan tanah
Biosfera – zon kehidupan
Stratifikasi atmosfera
eksosfera – gas helium, hidrogen (480KM ke atas)
termosfera – ion memantulkan gelombang radio (80-480KM)
mesosfera – pembakaran dan penghancuram meteorit (50-80KM)
straosfera – lapisan ozon (13-50KM)
troposfera – benda hidup bernafas, awan hujan dan salji (0-13KM)
~ Dari troposfera ke stratosfera altitud semakin meningkat, semakin rendah tekanan udara dan suhu juga rendah.
Stratifikasi Dalam Lautan
Zon Permukaan
– air sangat cetek dan cahaya boleh menembusinya, membolehkan zon ini sesuai untuk habitat tumbuhan
Zon Tengah Malam
-mempunyai sedikit cahaya atau tiada cahaya, tumbuhan sukar untuk hidup tetapi tahap kedalaman ini menjadi habitat untuk haiwan laut yang besar.
Zon Gelap
-tiada cahaya boleh sampai, haiwan dalam zon ini mempunyai badan yang berkilau atau bersinar dalam gelap
Kitaran Air
Lapisan Bumi
3 Lapisan utama
-kerak,mantel dan teras
Lapisan Mantel
– litosfera, astenosfera, mesosfera
Bahan Bumi
i) Igneus
– terbentuk daripada proses penyejukan dan pembekuan magma atau lava yang mengalir keluar dari lapisan mantel
– mengadungi pelbagai bahan mineral
ii) Sedimen
-terbentuk daripada mampatan bahan-bahan enapan yang dibawa oleh sungai, glasier, dan angin
– terdiri daripada lapisan yang banyak berongga dan mengandungi fosil
iii) Metamorfik
-terbentuk apabila bantuan igneus atau batuan sedimen terdedah kepada tekanan dan suhu yang sangat tinggi
– lebih keras daripada batuan asal yang membentuknya
Proses pembuatan batuan
Proses Utama Bumi
i) Proses Eksogen – berlaku di permukaan bumi. Hakisan, luluhawa, susutan jisim dan darat, angkutan dan pengenapan
ii) Proses Endogen – berlaku di dalam bumi, membentuk dan mengubah permukaan bumi. Proses olakan mantel, pergerakan kerak bumi, aktiviti magma
Fenomena Geobencana
i) Volkanisme
ii) Pemanasan global
iii) Tsunami
iv) Tanah runtuh
v) Lubang benam
vi) Gempa bumi
vii) Tanah jerlus
viii) Hujan Asid
Usia Bumi – dianggarkan 4,5 billion tahun daripada meteorit yang diperolehi.
Fosil – bahan bumi yang terbenam dan tertimbus
Sumber Bumi dan geologi gunaan
Air permukaan– dijumpai di atas permukaan bumi
Air Bawah Tanah– dikenali sebagai akuifer, meliputi ruang kosong antara butiran tanah sehingga aras batuan tidak telap air
Mineral Ekonomi – logam, bukan logam dan nadir
Proses Hidroterma – air kolam dipanaskan oleh haba daripada bumi secara semula jadi atau proses hidroterma.
Kesan Buruk daripada aktiviti manusia
1) Hakisan Tanah
2) Banjir kilat
3) Kepupusan flora dan fauna
4) Pencemaran air, udara, terma dan bunyi
5) Pemanasan global
Kuiz Sains Bab 9: Klik Sini
Sains Tingkatan 1 Bab 9: Muat Turun Nota
Nota Sains: Tingkatan 1