
Sains Tingkatan 1 Bab 7 Udara
Komposisi Udara
Udara – mengandungi nitrogen, oksigen, karbon dioksida dan gas-gas nadir.
Kepentingan Gas Dalam Kehidupan Harian
Oksigen – pernafasan, pembakaran enjin roket, kimpalan dan pemotongan logam dalam industri.
Karbon Dioksida – fotosintesis, pembuatan minuman berkarbonat, alat pemadam api, kitar karbon
Nitrogen – penghasilan asid nitrik dan ammonia, kitar nitrogen, nitrogen cecair sebagai agen penyejuk
Gas Nadir – gas helium digunakan untuk mengisi belon udara, gas neon digunakan dalam lampu, gas argon untuk mengisi mentol
Kitar Karbon- kitar yang mengekalkan kandungan karbon dioksida dalam udara dengan mengambil karbon dioksida dari udara dan menggembalikkan semula ke udara secara berterusan
Kitar Oksigen – kitar yang melibatkan pengambilan oksigen daripada udara dan pengembalian oksigen semula ke udara secara berterusan
Langkah Mengelakkan Gangguan Kitar Oksigen dan Karbon
i. mencegah pembalakan haram
ii. mengelakkan penggunaan racun serangga berleluasa
iii. mengelakkan pembebasan asap kenderaan yang berlebihan
iv. tidak melakukan pembakaran hutan
Pembakaran
– tindak balas yang berlaku apabila suatu bahan dipanaskan dengan kehadiran oksigen dan membebaskan tenaga haba dan tenaga cahaya
Alat Pemadam Api
i) Menyelimuti
ii) Mendinginkan
iii) Mengurangkan jumlah bahan yang terbakar
iv) Memutuskan sumber bahan bakar
Sikap berjaga-jaga mengelakkan kebakaran
i) Jauhkan bahan yang mudah terbakar daripada api
ii) Simpan mancis dan pemetik api di tempat selamat
iii) Sentiasa peka terhadap barangan elektrik yang digunakan
iv) Tidak membuang puntung rokok ketika apinya masih menyala
v) memasang alat pengesan asap dan penggera kebakaran
vi) Tidak meletakkan terlalu banyak beban pada satu sumber elektrik
Pencemaran Udara – satu keadaan yang melibatkan kehadiran sebarang bahan pencemar dalam udara.
Punca Bahan Pencemar
i) Bahan Radioaktif – loji kuasa nuklear
ii) pestisid, baja kimia – aktiviti pertanina dan perladangan
iii) Klorofluorokarbon – peti sejuk, kilang elektronik, pendingin udara.
iv) Habuk & Debu– tapak pembinaan, kilang asbestos, kuari
Punca dan Kesan buruk pencemaran udara
i. Kesihatan Manusia– kesesakan nafas, sakit kepala, kanser peparu.
ii. Bangungan Dan Infrastruktur – mengotorkan bangunan, mengakis struktur, pengaratan besi.
iii. Tumbuhan Dan Haiwan – tanah berasid, kadar fotosintesis rendah.
iv. Iklim Bumi – jerebu,penipisan lapisan ozon, hujan asid
Langkah mencegah dan mengawal pencemaran udara
i) Undang-undang – denda kepada pesalah
ii) Pendidikan – mendidik tentang pencemaran udara, galakan berjalan kaki, berbasikal atau pengangkutan awam
iii) Sains Dan Teknologi – kenderaan hibrid, memasang penapis cerobong asap di kilang, menukar bermangkin pada kenderaan.
Kuiz Sains Bab 7: Klik Sini
Sains Tingkatan 1 Bab 7: Muat Turun Nota
Nota Sains: Tingkatan 1