
Sains Tingkatan 1 Bab 4 Pembiakan
4.1 Pembiakan Aseks Dan Seks
Pembiakan – Proses penghasilan individu baru daripada induk untuk mengekalkan kemandirian spesies.
Jenis Pembiakan
i) Aseks
a) pembiakan vegetatif
– pembiakan vegetatif melibatkan bahagian daun batang dan akar
b) belahan dedua
– satu sel matang akan membahagi menjadi dua
c) penjanaan semula
– bahagian badan organisma yang tertanggal atau terasing boleh berkembang menjadi individu baru.
d) pertunasan
– sel hidra induk > sel induk mula betunas > sel anak akan teruberkembang dan membesar > sel anak akan terpisah daripada induk menghasilkan sel anak yang baru
e) pembentukan spora
– spora matang yang terhasil dilepaskan apabila kandul spora pecah
– spora tumbuh menjadi tumbuhan baru.
ii) Seks
– melibatkan persenyawaan antara gamet jantan dan gamet betina untuk menghasilkan zigot
a) organisma jantan/betina
b) gamet jantan/betina
c) zigot
d) organisma baru
Perbezaan Persenyawaan luar dan dalam
Perbezaan Aseks dan Seks
4.2 Sistem Pembiakan Manusia
Sistem Pembiakan Lelaki
Fungsi – menghasil, menyimpan dan menyalurkan sperma serta menghasilkan hormon untuk sifat kelelakian
i) Vesikel semen – menghasilkan bendalir semen
ii) Uretra – menyalurkan air kencing dan semen keluar dari badan
iii) Duktus Sperma – menyalurkan sperma dari testis ke uretra
iv) Zakar – memindahkan semen ke dalam faraj perempuan
v) Skrotum – melindungi testis
vi) Testis – menghasilkan sperma
vii) Kelenjar prostat – menghasilkan cecair yang berkhasiat dan melindungi sel sperma
Sistem Pembiakan Perempuan
-menghasilkan ovum
-menyediakan perkembangan fetus
-menghasilkan hormon perempuan
i) Tiub Falopio – tempat persenyawaan antara sperma dan ovum berlaku
ii) Ovari – menghasilkan gamet betina dan hormon seks wanita
iii) Uterus (rahim) – tempat embrio berkembang dan membesar
iv) Serviks – mengeluarkan mukus untuk memudahkan sperma berenang ke dalam uterus
v) Faraj – menerima sperma dan menjadi saluran bayi dilahirkan
Perubahan Fizikal Ketika Akil Baligh
Akil Baligh – bermaksud peringkat permulaan sistem pembiakan menjadi matang menghasilkan sel pembiakan.
– Umur lelaki ketika mencapai akil baligh adalah lebih kurang 14-17 tahun manakala perempuan antara 10-12 tahun.
Perubahan Lelaki
– peti suara (larinks) membesar, suara menjadi garau
– misai dan janggut mula tumbuk
– bulu tumbuh di muka, ketiak dan dada.
– testis menghasilkan sperma dan hormon seks
– bulu tumbuh di bahagian sulit
– Zakar dan skrotum mula membesar
Perubahan Perempuan
– buah dada membesar
– punggung mula padat dan lebat
– bulu tumbuh di bahagian ketiak
– Ovari menghasilkan ovum dan hormon seks
– bulu tumbuh di bahagian sulit
– kitaran haid bermula
Perbandingan Gamet
Sperma
i) Kepala – membawa genetik lelaki
ii) Leher – menghasilkan tenaga bagi pergerakan ekor
iii) Ekor – menggerakkan sperma
Ovum
i) membran sel – memberi bentuk kepada ovum
ii) nukleus – mengandungi bahan keturunan daripada ibu
iii) sitoplasma – membekalkan nutrien kepada ovum
iv) lapisan jeli – membantu ovum menempel pada dinding uterus
Perbezaan dan persamaan gamet
4.3 Kitar Haid
– Haid merupakan tanda bermulanya kitar haid bagi setiap perempuan
– peluluhan lapisan dinding uterus dan darah yang mengalir melalui faraj.
i) Fasa Haid – lapisan dinding uterus, salur darah dan ovum yang tidak tersenyawa terluluh dan disingkirkan apabila hadi bermula
ii) Fasa Pemulihan – dinding uterus mula dibina semula dan menebal. Salur darah pada dinding uterus mula terbentuk dan bersedia untuk menerima penempelan sel yang telah disenyawakan
iii) Fasa Subur – Ovum dibebaskan dari ovari pada hari ke-14 kitar haid. Dinding uterus dan salur darah terus berkembang. Jika ada sperma, persenyawaan mungkin berlaku.
iv) Fasa prahaid – Dinding uterus terus menebal dan kaya dengan salur darah. Jika berlaku prsenyawaan, penempelan embrio akan terjadi di dinding uterus. Kitar haid akan berulang semula sekiranya persenyawaan tidak berlaku
Kepentingan mengurus kebersihan diri semasa haid
– penjagaan sangat penting bagi memastikan sistem pembiakan tidak dijangkiti oleh mikroorganisma seperti bakteria, virus dan kulat
1) Semasa haid, wanita perlu sentiasa menukar tuala wanita 3-4 kali sehari
2) Wanita haid digalakkan mandi dengan kerap untuk membersihkan tubuh badan
Kitar Haid Tidak Stabil
1) Kemandulan
2) Kesukaran merancang keluarga
3) Masalah kesihatan seperti anemia
4.4 Persenyawaan Dan Kehamilan
Embrio yang telah menempel pada dinding uterus akan terus berkembang menjadi fetus yang menyerupai manusia (bayi). Proses ini dinamakan sebagai kehamilan. Selepas kira-kira 38 minggu, fetus akan dilahirkan melalui faraj.
Minggu 1-4
– tangan dan kaki mula terbentuk
– embrio mempunyai ekor yang kecil
Minggu 7-9
– hidung, telinga dan jari akan kelihatan
Minggu 10-19
– embrio akan kelihatan seperti bayi
– embrio kini dipanggil fetus
Minggu 20-37
– fetus akan semakin kelihatan menyerupai bayi
Minggu 38-40
– fetus terbentuk dengan lengkap
– badan fetus berputar sehingga kepalanya menuju ke arah serviks
– dinding berotot uterus mengecut dengan kuat, amnion pecah dan bendalir amnion dibebaskan
– fetus ditolak keluar dari uterus melalui faraj dan seterusnya keluar daripada badan
Kepentingan Dan Fungsi Plasenta dan Tali Pusat
4.5 Faktor yang mempengaruhi perkembangan fetus dan bayi
Kelas Makanan untuk wanita hamil
i) Serat
ii) Ferum
iii) Karbohidrat dan Lemak
iv) Vitamin C
v) Asid Folik
vi) Protein
vii) Kalsium Dan fosforus
Kesan yang mungkin berlaku kepada wanita hamil
i) Rokok
– bayi yang dilahirkan berkemungkinan bersaiz kecil
– risiko kematian bayi semasa kelahiran berkemungkinan tinggi
– bayi yang dilahirkan berkemungkinan terencat akal dan cacat fizikal
– bayi berkemungkinan dilahirkan pramtang
ii) Minuman beralkohol
– fetus berkemungkinan terencat
– fungsi otak, sistem saraf dan jantung berkemungkinan musnah
iii) Dadah
– fetus berkemungkinan cacat
Kepentingan Susu ibu
i) Susu ibu mengandungi segala keperluan makanan bayi
ii) Susu ibu mempunyai antibodi yang dapat melindungi bayi daripada sesetengah penyakit
iii) Hubungan bayi dan ibu menjadi erat dan penting untuk emosi bayi
iv) Penghadaman bayi lebih baik dengan meminum susu ibu berbanding dengan susu formula.
4.6 Kemandulan Dan Pencegahan Kehamilan
Kemandulan ialah ketidakupayaan seseorang untuk melahirkan anak.
Punca Kemandulan Lelaki
1) Bilangan sperma tidak mencukupi
2) Testis tidak menghasilkan sperma
3) Kualiti sperma rendah
4) Mati pucuk
5) Hormon tidak seimbang
6) Organ seks cacat atau berpenyakit
7) Masalah kesihatan
Punca Kemandulan Wanita
1) ketumbuhan dalam uterus
2) uterus yang tidak normal
3) tiub falopio tersumbat
4) ovari tidak dapat menghasilkan ovum
5) hormon tidak seimbang
6) organ seks cacat atau berpenyakit
7) masalah kesihatan
Kaedah Mengatasi Kemandulan
1) Rawatan hormon
2) Pembedahan
3) Kaedah persenyawaan in vitro (IVF)
Kaedah Pencegahan Kehamilan
1) Pil pencegah hamil
2) Implan
3) Penggunaan Kondom
4) Alat kontraseptif dalam uterus
5) Vasektomi
6) Ligasi
4.7 Pembiakan Tumbuhan
Struktur dan Fungsi Bahagian Bunga
1) Stamen – organ pembiakan jantan bunga
2) Ranggi – biasanya berwarna-warni untuk menarik perhatian serangga dan haiwan
3) Sepal – biasanya berwarna hijau dan berfungsi untuk melindungi bunga pada peringkat kudup
4) Pistil – organ pembiakan betina bunga.
Pendebungaan
Pendebungaan ialah proses pemindahan butir debunga matang dari anter ke stigma.
i) Uniseks
ii) Biseks
Pendebungaan Sendiri
– butir debunga dipindahkan ke stigma bunga yang lain tetapi pada pokok yang sama
– butir debunga dipindahkan ke stigma bunga yang sama
Pendebungaan Kacuk
– butir debunga dipindahkan ke stigma bunga yang lain dan pokok yang lain tetapi daripada spesies pokok yang sama
Kelebihan Pendebungaan kacuk
i) Pokok lebih sihat dan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran
ii) pokok baharu mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap perosak dan penyakit
iii) biji benih lebih berkualiti
iv) tanaman mempunyai varieti baharu
Proses Persenyawaan
1) Butir debunga jatuh ke atas stigma
2) Tiub debunga tumbuh ke arah ovari membawa gamet jantan
3) Selepas tiub debunga menembusi ovul, gamet jantan bercantum dengan gamet betina.
Fungsi Biji Benih
Kuiz Sains Bab 4: Klik Sini
Sains Tingkatan 1 Bab 4: Muat Turun Nota
Nota Sains: Tingkatan 1