Categories
Sains Tingkatan 1

Sains Tingkatan 1 Bab 3

sains tingkatan 1 bab 3

Sains Tingkatan 1 Bab 3 Koordinasi Dan Tindak Balas

Homeostasis Dalam Benda Hidup
 Homeostasis-proses kawalan atur faktor fizikal dan faktor kimia dalam badan pada julat yang normal

 Sebarang perubahan nilai daripada julat normal mencetuskan suatu mekanisme pembetulan

Mekanisme Pembetulan
 Nilai yang melebihi julat normal diturunkan semula kepada nilai normal

 Nilai yang turun di bawah nilai normal ditingkatkan semula kepada nilai normal

 Melalui mekanisme pembetulan ini,sel dapat berfungsi dengan cekap

 Faktor fizikal seperti suhu badan manusia perlu dikekalkan pada 37 ̊c kerana pelbagai tindak balas biokimia berlaku dalam sel badan kita pada suhu ini

 Tindak balas biokimia hanya akan berlaku sekiranya persekitaran dalam badan dalam keadaan stabil dan seimbang.

 Jika suhu badan di luar julat suhu normal badan, tindak balas biokimia dalam sel berhenti.Keadaan ini boleh membawa maut

 Haiwan berdarah panas iaitu mamalia dan burung juga mempunyai sistem kawal atur yang serupa seperti manusia

 Suhu badan haiwan ini dikawal atur pada suatu nilai yang tetap walaupun suhu persekitaran berubah

 Selain homeostasis,haiwan mempunyai ciri penyesuaian serta perlakuan yang membantu mengekalkan keadaan homeostasis dalam badan, contohnya

 Haiwan yang hidup di habitat sejuk mempunyai bulu yang tebal

 Pada musim sejuk kebanyakan haiwan berhibernasi

 Keadaan persekitaran yang panas di tropika menyebabkan kerbau berkubang di dalam air

HAIWAN CARA HOMEOSTASIS
1) Anjing Menjelirkan lidah
2) Beruang Kutub Berbulu tebal Kulit berlemak
3) Kerbau Berkubang di dalam lumpur
4) Badak Air Berendam dalam air
5) Kucing Menjilat badan
6) Buaya Berendam dalam air

Kawal Atur Suhu Badan
 Manusia mempunyai sistem saraf dan sistem endokrin yang berfungsi mengkoordinasi dan bergerak balas terhadap sesuatu rangsangan
Hipotalamus merupakan bahagian posterior otak depan yang berfungsi mengawal atur keseimbangan dinamik persekitaran dalam
sains tingkatan 1 bab 3 hipotalamus

a) Suhu badan meningkat melebihi 37 darjah celcius
i) Sel otak yang mengesan perubahan suhu dirangsang
ii) Satu isyarat dicetuskan dan dihantar melalui sistem saraf ke bahagian badan yang lain
iii) Kelenjar peluh dirangsang untuk mengeluarkan lebih banyak peluh
iv) Salur darah mengembang. Lebih banyak darah mengalir ke permukaan kulit untuk memancarkan haba berlebihan ke persekitaran

b) Suhu badan jatuh di bawah 37 darjah celcius
i) Sel otak yang mengesan perubahan suhu dirangsang
ii) Satu isyarat dicetuskan dan dihantar melalui sistem saraf ke bahagian badan yang lain
iii) Kelenjar peluh tidak dirangsang tetapi badan menggigil untuk menjanakan lebih banyak haba
iv) Bulu roma berdiri tegak untuk memerangkap haba
v) Salur darah mengecut. Kurang darah mengalir ke permukaan kulit maka kurang haba dipancarkan dari badan ke persekitaran

c) Kawal atur kandungan air dalam badan

sains tingkatan 1 bab 3 kandungan air

Sistem Kawal Atur Faktor Persekitaran Yang Lain
 Selain berpeluh,seseorang atlet yang menjalani aktiviti cergas juga bernafas tercungap-cungap dan jantungnya berdegup dengan pantas

 Keadaan kekurangan oksigen dalam badan dapat diatasi melalui kadar pernafasan yang kuat dan cepat

Kawal atur kandungan oksigen dan karbon dioksida dalam ketika aktiviti cergas
i) Atlet melakukan aktiviti cergas
ii) Kadar pernafasan dan kadar denyutan jantung meningkat
iii) Kadar pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida yang lebih cepat di peparu
iv) Darah mengangkut lebih banyak oksigen dan glukosa dengan cepat
v) Tisu otot
vi) Respirasi sel meningkat. Tenaga tambahan dijanakan. Karbon dioksida disingkirkan lebih cepat dari peparu

Homoeostasis dalam tumbuhan
 Tumbuhan mempunyai dua sistem utama iaitu sistem pucuk dan sistem akar

Sistem Pucuk
 Daun,batang dan bunga
 Mengangkut makanan dan air keseluruh tumbuhan

Sistem Akar
 Terdiri daripada akar utama,akar sisi dan rerambut akar
 Menyerap air dan garam mineral daripada tanah
 Memberi sokongan pada tumbuhan
 Dalam persekitaran yang panas- tumbuhan berkeadaan layu
 Dalam persekitaran yang kurang panas- tumbuhan berkeadaan segah
 Pada hari panas- transpirasi membawa kesan penyejukan kepada tumbuhan

Transpirasi
 Proses kehilangan air melalui sejatan pada stoma tumbuhan
 Menyejukkan daun dan mencegah kepanasan melampau pada tumbuhan
 Mengawal atur air dalam tumbuhan


PEMBUKAAN DAN PENUTUPAN STOMA
i) Pembukaan stoma
– Pada siang hari, stoma terbuka untuk pertukaran gas berlaku. Wap air juga akan hilang daripada daun melalui stoma. Wap air ini tersejat daripada daun melalui transpirasi. Daun kelihatan mengembang.
sains tingkatan 1 bab 3 stoma terbuka

ii) Penutupan stoma
– Pada hari yang terlalu panas stoma tertutup untuk mengurangkan air yang tersejat daripada daun melalui transpirasi. Daun kelihatan menguncup di bawah cahaya matahari terik.
sains tingkatan 1 bab 3 stoma tertutup

Hari Terlalu Panas
 Transpirasi yang berterusan akan menyebabkan tumbuhan mengalami kelayuan
 Stoma tertutup untuk mengurangkan transpirasi dan mencegah tumbuhan daripada penyahidratan

KEPENTINGAN HOMEOSTASIS KEPADA MANUSIA DAN BENDA HIDUP
i) Menyediakan keadaan persekitaran dalam yang optimum supaya semua proses hidup dalam badan organisma berjalan dengan lancar
ii) Membolehkan organisma hidup dalam satu julat habitat yang lebih luas supaya spesis itu dapat menyebarkan dirinya ke persekitaran yang berubah-ubah
iii) Mengekalkan persekitaran dalam yang seimbang dan stabil walaupun persekitaran luar berubah
iv) Membolehkan tindak balas yang dimangkinkan oleh enzim berlaku pada kadar optimum
v) Membolehkan kadar metabolisme organisma dikawal dengan cekap mengikut keperluan dirinya

Kuiz Sains Bab 3: Klik Sini
Sains Tingkatan 1 Bab 3: Muat Turun Nota
Nota Sains: Tingkatan 1