Categories
Sains Tingkatan 1

Sains Tingkatan 1 Bab 1

Sains tingkatan 1 bab 1

Sains Tingkatan 1 Bab 1 Pengenalan Kepada Penyiasatan Saintifik

1.1 Sains Adalah Sebahagian Daripada Kehidupan Seharian

> Sains ialah disiplin ilmu yang melibatkan pemerhatian dan eksperimen yang sistematik terhadap fenomena alam semula jadi

Kepentingan
1) Menyumbang kepada bidang kejuruteraan seperti pembinaan bangunan pencakar langit yang canggih

2) Penciptaan satelit menyebabkan komunikasi menjadi lebih cepat dan efektif.

3) Meningkatkan hasil tanaman dengan penemuan baja, racun serangga dan penggunaan kaedah hidroponik

4) Penemuan vaksin dan antibiotik dalam bidang perubatan membantu mengawal penyakit berjangkit dan mengurangkan kadar kematian

Karier dalam Sains
1) Doktor
2) Farmasi
3) Fizik
4) Geologi
5) Kimia
6) Jurutera

1.2 Makmal Sains

Peraturan Dalam Makmal
1) Masuk ke dalam makmal sains dengan kebenaran guru sahaja.
2) Tidak boleh membawa makanan atau minuman ke dalam makmal sains
3) Tidak boleh membawa sebarang radas atau bahan kimia keluar daripada makmal.
4) Jangan melakukan sebarang eksperiman tanpa kebenaran guru
5) Jangan bermain dengan bahan dan radas di dalam makmal.
6) Laporkan sebarang kemalangan dengan segera kepada guru.
7) Bersihkan kesemua bahan dan radas setelah eksperimen selesai

Radas-radas Di Dalam Makmal
1) Mangkuk Pijar
2) Tabung Uji
3) Mangkuk Penyejat
4) Kelalang Gas
5) Pipet
6) Penyepit
7) Kelalang Penyukat
8) Silinder Penyukat
9) Penunu Bunsen
10) Corong Turas

Simbol Amaran
sains tingkatan 1 bab 1 merengsa Merengsa
sains tingkatan 1 bab 1 radioaktif Radioaktif
sains tingkatan 1 bab 1 mengakis Mengakis
sains tingkatan 1 bab 1 toksik Beracun/Toksik
sains tingkatan 1 bab 1 meletup Mudah Meletup
sains tingkatan 1 bab 1 terbakar Mudah Terbakar

1.3 Kuantiti Fizik Dan Unitnya
Kuantiti Fizik
1) Panjang – meter – m
2) Jisim – kilogram – kg
3) Masa – saat – s
4) Suhu – kelvin – K
5) Arus elektrik – ampere – A

Simbol dan Nilai Imbuhan Awalan
1) mega – M – 1.000.000
2) kilo – k – 1.000
3) senti – c – 0.01
4) milli – m – 0.001
5) mikro – µ – 0.000.001

Kepentingan Unit Piawai

 Menyeragamkan unit-unit kuantiti fizik yang digunakan secara berlainan oleh pelbagai negara. Menyeragamkan unit-unit kuantiti fizik yang digunakan secara berlainan oleh pelbagai negara.
 Memudahkan perbandingan yang melibatkan pengukuran. Memudahkan perbandingan yang melibatkan
 Komunikasi antarabangsa. Komunikasi antarabangsa.
 Memudahkan pemahaman kajian saintifik dan eksperimen. Memudahkan pemahaman kajian saintifik dan
 Memudahkan penukaran maklumat. Memudahkan penukaran maklumat

1.4 Penggunaan Alat Pengukur, Kejituan, Kepersisan, Kepekaan dan Ralat

Alat Pengukur
1) Panjang – jarak antara dua titik
2) Jisim – kuantiti jirim yang terkandung dalam objek
3) Masa
4) Suhu – darjah kepanasan atau kesejukan objek
5) Arus elektrik
6) Isi Padu Air

Diameter
> Angkup Dalam – mengukur diameter dalam objek
> Angkup Luar – mengukur diameter luar objek

Garis Lurus
> Pembaris Meter – mengukur panjang garis lurus

Garis Melengkung
>Tali dan Pembaris – mengukur garis melengkung

1.5 Ketumpatan
> Jisim per unit isi padu bahan
> Ketumpatan = Jisim(g) / Isi padu(cm)
> Unit = gcm-3

1.6 Langkah-Langkah Dalam Penyiasatan Saintifik
1) Mengenal Pasti Masalah
2) Membuat Hipotesis
3) Merancang Eksperimen
4) Mengawal Pemboleh Ubah
5) Mengumpul Data
6) Menganalisis dan Mentafsir Data
7) Membuat kesimpulan
8) Menulis Laporan

1.7 Sikap Saintifik dan Nilai Murni Dalam Menjalankan Penyiasatan Saintifik
• Jujur dan tepat semasa merekod dan mengesahkan data.
• Rajin dan tabah.
• Bertanggungjawab terhadap keselamatan diri dan rakan serta ke atas alam sekitar.
• Menyedari bahawa sains adalah salah satu cara untuk memahami alam.
• Menghargai keseimbangan alam semula jadi.
• Saling menghormati.
• Mensyukuri kurniaan Tuhan.
• Berfikiran analitikal dan kritikal.
• Berfikiran terbuka.
• Baik hati.
• Bersifat objektif.
• Sistematik.
• Berkerjasama.
• Adil dan saksama.
• Berani mencuba.
• Berfikiran secara rasional.
• Yakin dan berdikari.

Kepentingan Amalan Sikap Saintifik Dan Nilai Murni Dalam Penyiasatan Saintifik
1) Sains sentiasa tertakluk kepada pembetulan untuk memperbaiki yang sedia ada menjadi lebih baik.

2) Sikap saintifik yang positif dan nilai murni yang baik membantu dalam pembangunan saintifik dan meningkatkan peluang untuk berjaya dalam penyiasatan saintifik.

Kuiz Sains Bab 1: Klik Sini
Sains Tingkatan 1 Bab 1: Muat Turun Nota
Nota Sains: Tingkatan 1