Sains Tahun 6 Bab 9 Bahan Buangan
Bahan Buangan
– bahan buangan ialah bahan yang tidak diperlukan dan tidak mahu disimpan
i) Terbiodegradasikan
– bahan buangan yang boleh mereput
– bahan buangan ini dierputkan oleh mikroorganisma dan kembali mendapat nutrien di dalam tanah
– Contoh: sisa makanan, kertas, bahan kumuh, tinja
ii) Tidak Terbiodegradasikan
– bahan buangan yang tidak boleh direputkan oleh mikroorganisma
– boleh menyebabkan terjadinya bencana alam seperti banjir kilat akibat longkan tersumbat
– Contoh: kaca, logam, plastik, sisa toksik
Jenis Bahan Buangan
i) Logam
– besi buruk, tin aluminium, tin susu
ii) Kaca
– botol kaca, akuarium, cermin, peralatan kaca
iii) Sisa makanan
– sisa-sisa makanan yang dibuang
iv) Sisa Toksik
– bahan buangan seperti cecair kimia, sisa pertanian, bahan buangan industri
vi) Bahan kumuh dan tinja
– bahan buangan dari badan manusia dan haiwan
vii) Kertas
– surat khabat lama, majalah, kotak
viii) Plastik
– bahan sintetik, pembungkus makanan, botol, bekas plastik
Pengurusan Bahan Buangan Secara Terancang
i) Pihak berkuasa tempatan
ii) Bahan buangan dihantar ke pusat pengumpulan sampah
iii) Bahan buangan diasing mengikut jenis
a) Dibakar dalam incenerator dan dilupuskan
b) Dikitar semula
Amalan Pengurusan Bahan Buangan
i) Dibungkus dan diikat kemas
ii) Diasingkan mengikut jenis sebelum dibuang
iii) Menyediakan bekas khas untuk mengisi bahan kimia dan minyak
iv) Menghasilkan baja kompos menggunakan sisa makanan
Amalan 3R
i) Reduce (Kurangkan)
– membawa beg kitar semula apabila keluar membeli barang di kedai
ii) Reuse (Guna Semula)
– menggunakan semula tin dan botol terpakai
– menggunakan surat khabar untuk alas dan membalut
iii) Recycle (Kitar Semula)
– surat khabar, buku dan majalah dikitar menjadi tisu
– botol plastik dikitar menjadi objek yang baharu
Kesan Buruk Tidak Menguruskan Bahan Buangan Dengan Betul
i) Pembaziran sumber
ii) Penyebaran wabak penyakit
iii) Pencemaran air
iv) Pembaziran tenaga
v) Banjir kilat
vi) Menjejaskan hidupan akuatik
Kuiz Sains Bab 9: Klik Sini
Sains Tahun 6 Bab 9:
Nota Sains: Tahun 6