RBT Tingkatan 3 Bab 3 Reka Bentuk Dan Instrumen Pemasaran
Menyatakan Maksud Pemasaran
Pemasaran
– aktiviti perniagaan yang menyalurkan barang dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna
– proses atau aktiviti yang dilakukan oleh pengeluar untuk memasar dan menyampaikan maklumat tentang sesuatu produk bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
Aliran bidang pemasaran
1) Keperluan dan kehendak pengguna
2) Permintaan
3) Produk
4) Nilai
5) Pertukaran
6) Urus niaga
7) Pasaran
a) Pengeluar
– menentukan produk yang hendak dikeluarkan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
b) Pergudangan
– kegiatan menyimpan produk di dalam gudang. Di sini aktiviti akhir seperti melabel dan membungkus dilakukan
c) Pengguna organisasi
– pengguna yang membeli produk untuk digunakan dalam kegiatan perniagaan seperti teksi sewa beli
d) Pengguna akhir
– pengguna yang membeli produk bagi kegunaan peribadi, keluarga atau isi rumah
e) Pengangkutan
– aktiviti mengagihkan produk dari satu tempat ke tempat yang memerlukan
f) Promosi
– aktiviti pengiklanan, promosi jualan, jualan langsung dan publisiti yang bertujuan untuk memperkenalkan produk
g) Perniagaan
– aktiviti jual beli produk dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna bertujuan untuk mendapatkan keuntungan
Menerangkan peranan reka bentuk dalam pemasaran
Peranan reka bentuk dalam pemasaran
1) Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
– produk yang dicipta ialah sesuatu yang boleh ditawarkan kepada pengguna
Ciri-ciri produk
a) fungsi produk
b) reka bentuk produk
c) kekuatan dan kelemahan produk
d) nilai produk
e) trend
2) Merupakan saluran komunikasi pengeluar kepada pengguna
Komunikasi – proses untuk menyampaikan maklumat dan peihal mengenai produk dan perkhidmatan
Pengenalan diri produk
a) Penjenamaan
– pemberian jenama kepada sesuatu barang yang dihasilkan
Jenis: bentuk nama, bentuk cap, bentuk cap dagangan, bentuk persendirian
b) Kesetiaan
– pilihan pengguna untuk terus kekal dengan produk dan jenama tertentu
c) Boleh Diingat
– produk yang mempunyai identiti boleh diingat oleh pengguna
d) Dikenali
– produk telah lama berada dipasaran dan boleh dikenali walaupun hanya melalui bentuk fizikalnya sahaja
e) Kebolehpercayaan kepada jenama
– pengguna akan memilih produk yang mempunyai jenama yang boleh dipercayai dan mempunyai ciri-ciri yang terbaik dari segi kualiti, fungsi, jaminan keselamatan dan reka bentuk.
3) Mengukuhkan penjenamaan sesuatu produk
– cara meningkatkan kualiti produk, perkhidmatan dan keuntungan adalah dengan melibatkan kegiatan rakan strategik
a) Rakan perkongsian teknologi dan produk
– gabungan teknologi dan produk daripada pengeluar yang berlainan digabungkan untuk menghasilkan reka bentuk produk baharu
b) Rakan strategik perniagaan
– dapat mewujudkan kerjasama dengan rakan niaga strategik yang berdaya maju, berpengalaman dan menguntungkan kedua-dua belah pihak
Mengenal pasti kaedah reka bentuk pengiklanan
Pengiklanan – sebarang bentuk persembahan atau komunikasi berbayar, bersifat tidak peribadi dan ditujukan kepada golongan sasaran
– mempromosikan. memperkenalkan, meningkatkan atau melariskan jualan sesuatu produk, perkhidmatan atau idea penaja yang tertentu
A) Kaedah reka bentuk pengiklanan
– karya dalam bentuk audio dan visual yang dicipta serta disusun untuk digunakan dalam iklan dengan tujuan untuk memasarkan produk
Kaedah
i) Matlamat produk
– bagi memperkenalkan ciri-ciri atau keistimewaan produk yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
ii) Penyampaian fakta
– fakta yang disampaikan berkaitan fungsi yang memerlukan bantuan teknikal dari segi penggunaan dan pengendalian produk
iii) Demonstrasi
– disampakan melalui rakaman yang ditayangkan di media massa atau secara langsung di hadapan pengguna
iv) Perbandingan
– perbandingan antara produk baharu dengan produk yang telah lama berada di pasaran
v) Kiasan atau ibarat
– untuk menegaskan kelebihan yang akan diperoleh pengguna sekiranya menggunakan produk mereka
vi) Kenyatan merangsang
– untuk membuatkan pelanggan berfikir dan tertarik dengan produk
vii) Gambar pegun
– titik fokus atau tumpuan pada bahagian tertentu produk
B) Media Pengiklanan
– saluran, atau perantaraan yang digunakan untuk menyampaikan iklan kepada pengguna
1) Media cetak
– dilakukan melalui surat khabar, majalah, brosur, katalog, poster dan lain-lain
2) Media elektronik
– menggunakan lakonan, gambar, perkataan, suara dan muzik untuk menjadikan iklan tersebut lebih menarik
– radio, televisyen, dan papan digital
3) Media sosial
– kemudahan internet di hujung jari membolehkan pengeluar menggunakan media sosial sebagai platform untuk memperkenalkan produk mereka di serata dunia
C) Faktor pemilihan media pengiklanan
1) Jenis dan sifat produk
– setiap produk yang akan diiklankan perlu sesuai dengan media pengiklanannya
2) Kos pengiklanan
– pengeluar perlu mengetahui jumlah keseluruhan kos pengiklanan yang dipilih supaya sesuai dengan kemampuan dan saiz operasi perniagaan mereka
3) Luas pasaran
– luas pasaran sesuatu produk akan mempengaruhi jenis media yang akan dipilih
4) Sasaran pengguna
– pengeluar perlu memastikan media pengiklanan yang betul untuk menyampaikan maklumat kepada kumpulan sasarannya.
5) Saiz perniagaan
– pengeluar yang mempunyai perniagaan bersaiz besar mampu memilih media pengiklanan yang lebih berkesan dan mahal berbanding dengan penriagaan yang bersaiz kecil
Menganalisis kaedah reka bentuk pengiklanan yang dipilih
Ciri-ciri pengiklanan yang berkesan
1) Kreatif
– gabungan ilustrasi dan perkataan menghasilkan daya penarik yang memberikan kesan psikologi kepada pengguna
2) Memberi impak
– mempunyai reka bentuk yang membuat pengguna terpuka dan teruja untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk yang diiklankan
3) Mesej yang jelas
– mesej yang hendak disampaikan kepada pengguna mestilah jelas supaya pengguna sasaran lebih tertarik dengan produk
4) Maklumat yang tepat
– mempunyai maklumat tepat dan telut untuk mendapatkan kepercayaan pengguna terhadap produk
5) Mudah diingat
– gabungan ilustrasi, tema dan slogan yang sesuai akan menghasilkan visual yang menari, mudah diingat dan dikenali oleh pengguna
6) Unsur unik dan tersendiri
– unsur unik dan tersendiri amat penting bagi iklan sesuatu produk untuk menarik perhatian pengguna
Membuat rumusan kaedah reka bentuk pengiklanan yang sesuai
– perlu dilakukan agar penambahbaikan dapat dilaksanakan sebelum reka bentuk pengiklanan dihasilkan
Menghasilkan reka bentuk pengiklanan
– penghasilan iklan produk
Kuiz RBT Bab 3: Klik Sini
RBT Tingkatan 3 Bab 3:
Nota RBT: Tingkatan 3