Categories
RBT Tingkatan 3

RBT Tingkatan 3 Bab 2

RBT Tingkatan 3 Bab 2 Pembangunan Produk.

Penghasilan Produk
– aktiviti menghasilkan produk baharu atau mengubah suai produk sedia ada bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan pada masa kini dan akan datang.

Langkah proses penghasilan produk
i) Kajian keperluan pelanggan
ii) Penyelesaian masalah inventif
iii) Projek brief
iv) Penjanaan idea
v) Lakaran idea
vi) Penghasilan model
vii) Pengujian/penambahbaikan
viii) Pendokumentasi

Menyatakan produk yang hendak dihasilkan
A) Kajian keperluan pelanggan
– untuk memastikan idea reka bentuk produk yang akan dihasilkan memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan

Kriteria
i) Maklumat pelanggan
– pereka bentuk dapat mengenal pasti pelanggan yang berpotensi untuk membeli produk dihasilkan

ii) Latar belakang produk
– latar belakang seperti jenama, kegunaan, kebaikan, kelemahan dan pengeluar produk merupakan faktor yang boleh mempengaruhi keputusan pelanggan untuk membeli sesuatu produk

iii) Penambahbaikan
– melalui kajian keperluan pelanggan, pereka bentuk boleh melakukan penambahbaikan dengan mengenal pasti pandangan pelanggan dari pelbagai aspek terhadap produk

Penyelesaian masalah inventif – kaedah penyelesaian masalah secara sistematik dengan masalah dan penyelesaiannya telah dikenal pasti terlebih dahulu dan bukan berdasarkan idea spontan.

Proses penyelesaian masalah inventif

i) Kenal pasti masalah inventif
ii) Bina model fungsi dengan garisan interaksi
iii) Buat analisis berantai punca kesan
iv) Tentukan jenis percanggahan fizikal
v) Pilih prinsip inventif yang sesuai
vi) Hasilkan cadangan penyelesaian masalah dalam bentuk lakaran

Kaedah penyelesaian masalah inventif
i) Pengantara – memperkenalkan komponen baharu untuk membantu pelanggan
ii) Tidak simetri – mengubah bentuk kepada simetri atau tidak simetri

B) Projek brief
– proses perbincangan awal antara pengurus projek dengan pelanggan yang turut dihadiri oleh pereka bentuk
– pereka bentuk menterjemahkan idea reka bentuk produk daripada pelanggan kepada bentuk lakaran

Kriteria pertimbangan utama
i) Fungsi
ii) Persembahan
iii) Tujuan pasaran
iv) Kuantiti
v) Stail/gaya
vi) Kualiti
vii) Anggaran kos seunit
viii) Jangka masa

– maklumat dalam borang projek brief yang telah disaring, akan diaplikasikan dalam bentuk jadual dan lakaran
– aplikasi projek brief dalam bentuk jadual melibatkan semua ciri-ciri projek brief
– aplikasi projek brief dalam bentuk lakaran melibatkan lakaran produk menggunakan prinsip dan elemen reka bentuk serta idea inovasi

Aplikasi projek brief
i) Tajuk projek
ii) Gambaran keseluruhan projek
iii) Reka bentuk produk
iv) Perancangan dalam pengurusan projek
v) Analisis kajian rka bentuk produk dan pasaran
vi) Lakaran idea
vii) Penghasilan mock-up atau model

Mengenal pasti asas teknologi yang sesuai
A) Justifikasi pereka bentuk semasa memilih teknologi
i) Aplikasi teknologi yang dipilih
– menggabungkan dan mengaplikasikan teknologi yang sesuai dan tepat semasa proses menghasilkan reka bentuk produk baharu

ii) Tujuan penggunaan teknologi
– memahami tujuan suatu teknologi dipilih bagi reka bentuk produk baharu yang akan dihasilkan

iii) Fungsi teknologi
– teknologi yang digunakan mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah yang terdapat pada produk sedia ada

iv) Kekuatan dan kelemahan teknologi
– mengenal pasti kekuatan dan kelemahan teknologi adalah amat penting dalam proses menghasilkan suatu reka bentuk produk baharu.

B) Teknologi yang sesuai dengan kehendak reka bentuk produk
Aplikasi teknologi – (Komponen, kekuatan, kelemahan)
i) Reka bentuk mekanikal
ii) Reka bentuk elektrik

Merancang Konsep, Elemen dan Prinsip Reka Bentuk
A) Konsep penghasilan idea
– penghasilan produk bermula dengan menyampaikan idea tentang produk dalam bentuk lakaran.

i) Bentuk mengikut fungsi
– reka bentuk produk mengikut fungsi yang dikehendaki oleh pelanggan
– reka bentuk produk mesti memenuhi fungsi sepenuhnya

ii) Fungsi mengikut bentuk
– reka bentuk akan mewujudkan fungsi bagi produk yang telah dihasilkan
– reka bentuk menentukan bagaimana produk aka berfungsi
– produk mempunyai reka bentuk yang menarik

B) Elemen dan prinsip reka bentuk
Elemen reka bentuk – unsur yang digunakan dalam lakaran bagi mempamerkan idea awal suatu rekaan
i) garisan
– cantuman satu siri titik yang mempunyai panjang dan jarak
– digunakan untuk menghasilkan rupa, bentuk, jalinan dan bayang

ii) warna
– kesan pembalikan cahaya ke atas sesuatu objek
– warna dibahagikan 3 kumpulan iaitu primer, sekunder dan tertier dan boleh dikategorikan kepada warna panas dan sejuk

iii) bentuk
– merujuk kepada objek yang mempunyai ruang, isi padu dan mempunyai lebih daripada satu permukaan.

iv) rupa
– dibentuk apabila hujung garisan bertemu dengan permulaannya
– ruang yang dikelilingi oleh garisan

v) nilai
– kesan terang atau gelap sesuatu rona atau warna

vi) ruang
– kawasan kosong yang dikelilingi oleh elemen garisan
– ruang antara dua objek atau rongga dalam sesuatu objek

vii) tekstur
– merupakan teknik memberikan impak terhadap orang yang melihat sesuatu permukaan
– impak juga boleh dirasai melalui sentuhan

viii) saiz
– ukuran atau dimensi bagi sesuatu objek

Prinsip reka bentuk – konsep atau peraturan yang digunakan oleh pereka bentuk ketika menggunakan elemen-elemen reka bentuk
i) harmoni
– merujuk kepada sesuatu yang dapat memberikan kedamaian.

ii) keseimbangan
– merujuk kepada kesamaan, perhatian atau tumpuan pelbagai elemen yang digabungkan untuk membentuk suatu komposisi

iii) pergerakan
– merujuk kepada aliran yang akan memimpin pergerakan pandangan mata terhadap sesuatu objek

iv) kontras
– merujuk kepada perbezaan ketara pada ciri elemen yang digunakan

v) pengulangan
– merujuk kepada penyusunan elemen yang sama secara berulang

vi) penekanan
– merujuk kepada tumpuan terhadap elemen yang diserlahkan

vii) keringkasan
– merujuk kepada olahan terhadap idea yang kompleks untuk menghasilkan inti pati atau elemen yang penting sahaja

viii) kesatuan
– merujuk kepada gabungan semua elemen untuk membentuk imej, konsep, tema atau idea yang sempurna

ix) kepelbagaian
– merujuk kepada aplikasi pelbagai elemen, gaya, kualiti, nilai dan idea dalam sesuatu reka bentuk

Menghasilkan lakaran produk

A) Lakaran 3D
Maklumat
i) Elemen reka bentuk yang digunakan
ii) Nama produk
iii) Saiz produk dan komponen
iv) Bahan yang digunakan pada produk
v) Komponen atau bahagian-bahagia produk
vi) Prinsip reka bentuk yang digunakan

rbt t3b2 1

B) Lakaran ceraian
– lakaran yang menunjukkan hubungan antara setiap komponen pada suatu reka

Fungsi lakaran ceraian
i) menunjukkan urutan pemasangan komponen-komponen pada reka bentuk produk
ii) menggambarkan rupa sebenar reka bentuk produk
iii) menunjukkan kedudukan komponen-komponen pada reka bentuk produk
iv) menunjukkan hubungan antara komponen-komponen pada reka bentuk produk
v) menunjukkan urutan untuk mencantum reka bentuk produk yang mempunyai lebih daripada satu bahagian
vi) memudahkan proses pembuatan dan penyelenggaraan reka bentuk produk
rbt t3b2 2

C) Lukisan Kerja
– lukisan yang menerangkan dengan terperinci rupa bentuk komponen suatu produk yang akan dihasilkan
– lukisan ini dihasilkan sebelum suatu model atau produk dihasilkan

i) Isometrik
rbt t3b2 3
– lukisan piktorial yang dapat memberikan maklumat dan gambaran objek dengan lebih jelas

ii) Skematik
rbt t3b2 4
– litar elektronik yang menunjukkan kedudukan komponen elektronik dalam bentuk simbol

iii) Unjuran ortografik
rbt t3b2 5
– menunjukkan bentuk suatu objek dalam 2D melalui pandangan atas, hadapan dan sisi
– ukuran sebenar dinyatakan dalam lukisan unjuran ortografik untuk digunakan sebagai rujukan semasa proses penghasilan produk

Menyediakan Jadual Kerja
Jadual kerja – suatu perancangan aktiviti yang dipersembahkan dalam bentuk jadual.

Garis panduan
i) Menentukan aktiviti yang pelru ada di dalam jadual
ii) Menyusun aktiviti mengikut keutamaan
iii) Menganggarkan sumber yand diperlukan untuk setiap aktiviti
iv) Menganggarkan tempoh masa untuk melaksanakan setiap aktiviti
v) Menganggarkan kos dan menyediakan bajet bagi projek

Membuat senarai bahan, peralatan dan bajet
A) Senarai bahan
Contoh: kayu, MDF. kepingan akrilik hitam, span, suis tekan tutup, bateri AA

B) Senarai peralatan
i) Gergaji jig
rbt t3b2 6
– memotong papan lapis, papan dan MDF dengan ketebalan tertentu serta kepingan akrilik secara melengkung atau lurus

ii) Pembaris Keluli
rbt t3b2 7
– mengukur, menguji kerataan permukaan dan memindahkan ukuran kepada bahan kerja

iii) Sesiku L
rbt t3b2 8
– membuat garisan bersudut tepat, menguji kerataan permukaan dan menguji kepersegian

iv) Mesin gerudi
rbt t3b2 9
– membuat kerja-kerja mengerudi lubang dan memasang skru

v) Mesin pelelas
rbt t3b2 10
– membuat kemasan, meratakan dan melicinkan permukaan bahan kerja

vi) Apit G
rbt t3b2 11
– mengapit bahan kerja ketika proses mengglu, menggerudi, memahat atau menggergaji

vii) Set memateri elektronik
rbt t3b2 12
– memateri komponen elektronik

viii) Penjalur wayar
rbt t3b2 13
– menjalur penebat wayar dan memotong wayar

ix) Pemotong styrofoam
rbt t3b2 14
– memotong bahan kerja seperti span dan polistirena

x) Alas memotong dan pisau pemotong
rbt t3b2 15
– alas untuk meletakkan bahan kerja ketika memotong menggunakan pisau pemotong

xi) Ragum meja
rbt t3b2 16
– memegang bahan kerja semasa proses memotong, melelas dan lain-lain

xii) Set lukisan kejuruteraan
rbt t3b2 17
– peralatan yang digunakan ketika menghasilkan lukisan kerja


C) Bajet produk
– anggaran perbelanjaan yang dierlukan untuk memastikan projek yang dijalankan berjaya dan menguntungkan

Kaedah unit – bajet yang dibuat berdasarkan kuantiti barangan atau perkhidmatan
Kaedah SMART – digunakan pakai dalam penentuan bajet projek
Specific (spesifik) – penetapan tujuan atau objektif projek

Measurable (boleh diukur) – pengukuran pengagihan kewangan dalam kos yang terlibat

Attainable (boleh dicapai) – projek boleh dilaksanakan dari sudut keupayaan kewangan dan tenaga kerja

Realistic (realistik) – sesuai dengan kehendak pengguna dan dianalisis sama ada kehendak mereka mencapai tujuan projek

Time-bound (jangka masa ditetapkan) – tempoh masa dan sumber kewangan mencukupi untuk menyiapkan projek

Menghasilkan produk berfungsi atau befungsi sebahagian
a) Mock-up
Bahan
– direka bentuk bukan menggunakan bahan sebenar
– kertas, gabus, kadbod, polistirena, kayu lembut dan lain-lain

Skala
– tidak mengikut saiz produk sebenar
– sama ada lebih kecil, sama besar atau lebih besar daripada produk sebenar

Kefungsian
– tidak berfungsi sepenuhnya

b) Produk berfungsi sebahagian
Bahan
– tidak semestinya direka bentuk menggunakan bahan sebenar
– foam, kadbod, paip PVC, MDF, polistirena. kayu, papan lapis dan lain-lain

Skala
– tidak mengikut saiz produk sebenar
– sama ada lebih kecil, sama besar atau lebih besar daripada produk sebenar

Kefungsian
– tidak menunjukkan fungsi sebenar produk
– hanya sebahagian komponen boleh berfungsi.
– produk hanya dinilai dari segi reka bentuk luaran

c) Produk berfungsi
Bahan
– direka bentuk menggunakan bahan sebenar
– boleh direka bentuk menggunakan kayu, keluli, zink, getah, plastik, perspeks dan lain-lain bergantung kepada reka b entuk dan kegunaan produk

Skala
– mengikut saiz produk sebenar

Kefungsian
– berfungsi sepenuhnya
– diuji dalam situasi sebenar dari segi reka bentuk dan kefungsian

B) Kepentingan merancang pembinaan produk
i) menghasilkan produk yang menepati keperluan dan kehendak pengguna
ii) membolehkan penambahbaikan dilakukan pada reka bentuk dan fungsi produk
iii) membantu menganggar kos jualan produk
iv) merancang tenaga kerja yang diperlukan
v) menjalankan pengujian dan penilaian yang lengkap terhadap produk dari segi reka bentuk dan kefungsian
vi) menentukan kaedah dan tempoh pembinaan produk

C) Langkah menghasilkan produk berfungsi
i) mengukur, menanda dan memotong bahan
mengukur: dilakukan berdasarkan lukisan unjuran ortografik
menanda: dilakukan pada permukaan yang hendak dipotong dan digeudi
memotong: dilakukan untuk mendapatkan bentuk mengikut reka bentuk yang dikenhendaki dengan membuang bahagian yang tidak diperlukan

ii) membina dan mencantum bahagian-bahagian produk
iii) membuat kemasan
– kemasan dapat menambahkan nilai estetika, nilai komersial dan ketahanan terhadap sesuatu produk

Membuat pengujian dan penilaian
Faktor keberkesanan
i) mematuhi projek brief
ii) memenuhi kehendak pelanggan
iii) ketepatan rupa bentuk

A) Pengujian
– untuk tujuan penambahbaikan dan sebagai rujukan pada masa akan datang

i) Ujian Makmal
– pengujian terhadap produk berfungsi di dalam makmal bengkel dengan menggunakan peralatan dan kelengkapan tertentu yang bersesuaian dengan jenis produk

ii) Ujian Parameter
– pengujian terhadap produk berfungsi yang dibuat dalam situasi dan di lokasi yang sebenar bagi menentukan kefungsian, kesesuaian, keupayaan serta kebolehgunaan produk.

B) Penilaian
– untuk menganalisis keputusan pengujian yang telah diperoleh

C) Kesesuaian Produk
– ditentukan berdasarkan penilaian terhadap keputusan pengujian yang telah dijalankan terhadap produk

D) Tahap Keselamatan
– memastikan produk yang telah dihasilkan adalah selamat digunakan

Membuat cadangan penambahbaikan produk berdasarkan laporan keputusan ujian

Perkara utama penambahbaikan produk
1) menambah atau menggantikan komponen yang rosak atau tidak bersesuaian
2) membuat pengubahsuaian pada bahagian tertentu supaya produk lebih mantap dan efisien
3) menambah baik kemasan pada produk seperti susunan komponen dan warna yang digunakan
4) mengubah reka bentuk produk untuk disesuaikan dengan fungsinya
5) memberi perhatian terhadap ciri-ciri ergonomik bagi keselesaan pengguna
6) memberi perhatian kepada ciri-ciri keselamatan yang perlu ada pada produk

Menyediakan Dokumentasi

A) Pendokumentasian
– satu laporan bertulis yang menghuraikan perincian reka bentuk meliputi maklumat daripada peringkat penjanaan idea sehingga ke peringkat mock-up atau model produk dihasilkan.

Kepentingan pendokumentasian
1) Menjadi bukti rekaan seseorang pereka bentuk
2) Diperlukan untuk memfailkan permohonan paten
3) Memudahkan membuat rujukan dan penyelidikan

B) Format Laporan Penghasilan Produk
1) Muka hadapan
2) Abstrak
3) Pengenalan
4) Perancangan konsep
5) Jadual kerja
6) Penghasilan produk
7) Cadangan penambahbaikan
8) Bibliografi

C) Persembahan

Kuiz RBT Bab 2: Klik Sini
RBT Tingkatan 3 Bab 2:
Nota RBT: Tingkatan 3

RBT Tingkatan 3

RBT Tingkatan 3 Bab 1

RBT Tingkatan 3

RBT Tingkatan 3 Bab 2

RBT Tingkatan 3

RBT Tingkatan 3 Bab 3

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara