Categories
RBT Tingkatan 3

RBT Tingkatan 3 Bab 1

RBT Tingkatan 3 Bab 1 Aplikasi Teknologi

Reka Bentuk Mekatronik

Reka bentuk mekatronik – reka bentuk produk atau sistem yang menggabungkan disiplin ilmu elektrik, mekanikal, elektronik, kawalan dan pengaturcaraan untuk mencapai tujuan yang dikenhendaki

Sejarah Perkembangan Revolusi Industri
1) Revolusi Industri 1.0
– penggunaan reka bentuk mekanikal bagi menggantikan tenaga manusia untuk menghasilkan suatu produk

2) Revolusi Industri 2.0
– penemuan tenaga elektrik yang membolehkan produk dihasilkan dalam kuantiti lebih besar dan cepat

3) Revolusi Industri 3.0
– penggunaan meluas reka bentuk elektronik dan seterusnya penggabungan reka bentuk bagi menghasilkan reka bentuk mekatronik

4) Revolusi Industri 4.0
– penggabungan reka bentuk mekatronik bersama Internet benda, data raya dan pengkomputeran awan bagi membentuk sistem pengeluaran pintar

Elemen Revolusi Industri 4.0
i) Robot berautonomi
ii) Keselamatan siber
iii) Data raya
iv) Realiti terimbuh
v) Pengkomputeran awan
vi) Simulasi
vii) Pembuatan bahan tambah
viii) Internet benda
xi) Persepaduan sistem

Mekatronik – gabungan semua elemen asas iaitu elektrik, mekanikal, elektronik dan kawalan dan pengaturcaraan

Elemen Mekatronik
i) Kawalan dan pengatucaraan
Kawalan – satu kaedah kawalan sistem yang digunakan untuk mengurus, mengarah atau mengawal atur tindakan bagi memastikan reka bentuk mekatronik berfungsi secara automatik dengan sempurna

Pengaturcaraan – proses untuk membangunkan atur cara komputer dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan.

ii) Elektrik
– sistem yang menggunakan arus elektrik, sama ada arus terus atau ulang-alik sebagai sumber bekalan kuasa
– berfungsi untuk membekalkan arus elektrik bagi membolehkan peranti mekatronik menjalankan fungsi yang ditetapkan

iii) Elektronik
– susunan dan sambungan fizikal komponen elektronik dalam suatu litar bagi menjalankan operasi suatu sistem

iv) Mekanikal
– gabungan beberapa komponen mekanikal yang berfungsi sebagai penghantar untuk memindahkan suatu sumber geraka kepada bentuk yang lain
– membolehkan produk berfungsi sama ada secara bergerak atau berputar

Menerangkan fungsi elemen mekatronik pada produk sedia ada

1) Kereta kawalan Jauh
kereta
Sistem Mekanikal – gear berfungsi untuk mengurangkan atau meningkatkan halaju dan menambah daya kilas motor
Sistem Elektronik – menerima dan menukarkan isyarat input dari alat kawalan jauh kepada isyarat elektrik bagi memacu motor AT
Sistem Elektrik – bateri sebagai sumber tenaga elektrik
Sistem Kawalan dan pengaturcaraan – terdiri daripada mikropengawal dan sistem kawalan yang diatur cara. Berfungsi untuk mengawal halaju dan arah putaran motor AT

2) Pintu gelangsar automatik
sliding door
Sistem Elektronik – komponen elektronik disatukan di dalam litar pemacu motor. Penderia gerakan mengesan sebarang pergerakan dan memberikan isyarat kepada sistem kawalan
Sistem Elektrik – terdiri daripada motor AT dan pengubah. Berfungsi untuk membekalkan tenaga elektrik pada keseluruhan sistem
Sistem kawalan dan pengaturcaraan – terdiri daripada sistem kawalan yang telah diatur cara. berfungsi untuk memproses isyarat input dari penderia gerakan dan menghantar isyarat output kepada pemacu motor AT untuk membuka dan menutup pintu

3) Mesin basuh automatik
mesin basuh
Sistem mekanikal – antara komponen mekanikal ialah tali, takal, sawat, gear, dram dan galas bebola. Gabungan komponen ini menghasilkan putaran pada dram ketika mencuci pakaian
Sistem Elektronik – butang pada panel kawalan digunakan oleh pengguna untuk memberikan arahan
Sistem Elektrik – membekalkan tenaga elektrik kepada sistem kawalan motor dan motor AU.
Sistem kawalan dan pengaturcaraan – untuk menghasilkan tindakan kawalan terhadap sistem elektrik, elektronik dan mekanikal dalam mesin basuh automatik. Fungsi kawalan bergantung kepada pengaturcaraan yang direka dan tindakan kawalan yang dimasukkan pada panel kawalan mesin basuh automatik

Menghasilkan Gambar Rajah Blok
1) Kereta Kawalan Jauh
rbt t3b1 1
– panel kawalan pada telefon pintar bertindak sebagai pemancar isyarat (transmitter) menghantar isyarat input kepada mikropengawal (receiver) pada kereta kawlaan jauh melalui sambungan Bluetooth
– pemacu motor dan motor AT akan menggerakkan roda seperti diarahkan oleh mikropengawal

2) Pintu Gelangsar Automatik
rbt t3b1 2
– penderia gerakan pada pintu gelangsar automatik akan mengesan sebarang pergerakan di hadapannya
– isyarat input akan dihantar kepada sistem kawalan yang terdiri daripada mikropengawal.
– isyarat kawalan diterima daripada mikropengawal akan menggerakkan motor AT yang digabungkan bersama mekanisme takal dan tali sawat untuk mengerakkan pintu
– pintu akan sentiasa dalam keadaan tertutup jika tiada sebarang pergerakan dikesan oleh penderia gerakan

3) Mesin Basuh Automatik
rbt t3b1 3
– isyarat input daripada mod pilihan pada panel kawalan akan dihantar kepada sistem kawalan yang terdiri daripada mikropengawal.
– penderiak juga akan memberikan isyarat input apabila air di dalam dram telah penuh
– isyarat kawalan yang diterima akan menggerakkan motor AU yang digabungkan bersama mekanisme takal dan tali sawat setelah menerima isyarat input.

Menghasilkan Lakaran

Kereta Kawalan Jauh
1) Model Fungsi – mengenal pasti masalah suatu produk
rbt t3b1 4

2) Analisis berantai punca-kesan
rbt t3b1 5

3) Cadangan penyelesaian masalah
rbt t3b1 6

4) Gambar rajah blok yang telah diubah suai
rbt t3b1 7

5) Lakaran idea
rbt t3b1 8

6) Lakaran 3D Bermaklumat
rbt t3b1 9

Membuat Penambahbaikan Produk
– lakaran perkembangan idea yang telah dihasilkan dan dipilih perlu dianalisis keberkesanannya
– merujuk pada lakaran perkembangan idea yang diplih, justifikasi terhadap idea, bahan dan teknologi yang dipilih perlu dilakukan bagi menentukan sama ada menghasilkan produk berfungsi sebahagian atau produk berfungsi sepenuhnya
– penambahbaikan dan pengubahsuaian yang dicadangankan pada lakaran perkembangan idea akan dibangunkan melalui proses pembangunan produk.

Langkah proses penambahbaikan
1) Membuat lakaran
2) Memilih bahan
3) Membuat pengaturcaraan
4) Membina dan memasang
5) Membuat kemasan
6) Produk akhir

Membuat penilaian
– penilaian merupakan perkara penting untuk membuat pertimbangan terhadap hasil penambahbaikan yang telah dilakukan terhadap produk
– beberapa ujian parameter digunakan bagi menilai kefungsian produk mengikut objektif yang telah ditetapkan
– keputusan pengujian akan direkodkan dalam bentuk laporan

Kuiz RBT Bab 1: Klik Sini
RBT Tingkatan 3 Bab 1:
Nota RBT: Tingkatan 3

RBT Tingkatan 3

RBT Tingkatan 3 Bab 1

RBT Tingkatan 3

RBT Tingkatan 3 Bab 2

RBT Tingkatan 3

RBT Tingkatan 3 Bab 3

Rencana Sign Of Time

Gog And Magog

Rencana Sign Of Time

Usury

Hadis Rencana

Antara Kebajikan Dan Dosa

Berita Rencana

Kementerian Pendidikan Malaysia Teliti Cadangan Tempatkan Calon SPM, STPM Di Asrama

Hadis

Komunikasi Yang Baik

Sign Of Time

One Eye

Sign Of Time

Ten Sign Of Last Hour

Hadis

Mengeratkan Silaturrahim

Berita

Virus G4 EA H1N1 Ditemui Di China

Hadis

Mencari Rezeki Yang Halal

Berita

Majlis Akad Nikah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Berita

SPM Bermula Pada 6 Januari 2021

Berita

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan

Eschatology

Mata Wang Dunia 2020

Hadis

Jauhi Sifat Takbur

Hadis

Kelebihan Solat Jenazah

Hadis

Kelebihan Azan

Berita

Sony Telah Memperkenalkan Konsol Terbaru PS5

Berita

KKM Mendedahkan 3 Produk Komestik Yang Mengandungi Racun Berjadual

Hadis

3 Perkara